Saturday, June 29, 2013

:: Jom #shoppingraya2013

Hidup ini satu perkongsian.
Yang pandai, berkongsi ilmu dengan yang tidak tahu..
Yang sihat, berkongsi perhatian dengan yang sakit..
Yang berkemampuan, berkongsi rezeki dengan yang miskin..
Yang cantik, berkongsi tip kecantikan dengan yang mahu cantik..
Yang berduka, berkongsi masalah dengan yang sudi mendengar..
Yang pandai masak, berkongsi resepi di Facebook, so ramai yang LIKE sempena bulan Ramadhan menjelma..eh..

Kesimpulannya, jangan sesekali wujud sikap individualistik dalam diri..
Rezeki kita bukan 100% milik kita walaupun bekerja 24/7.

Asalnya nak tulis mukadimah, tapi terus letak kesimpulan..
Isi kandungan sebenarnya nak berkongsi projek best dengan anda semua..
Kagum dengan semangat sahabat-sahabat yang menerajui projek best ini..
Inisiatif mereka untuk bergerak sebagai sebuah badan NGO secara langsung telah memberi peluang kepada sahabat-sahabat lain membuat kebajikan. Ibarat menghulurkan payung ketika seseorang sedang kebasahan terkena hujan (eh, macam iklan PIDM la)..so, bila orang tu dah dapat payung, orang itu boleh meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju di mana penting untuk orang lain juga, mungkin ahli keluarga yang sedang menunggunya. 

Ok, sekarang nak war-warkan apa nama projek best ni .

Shopping Raya 2013 anjuran Projek Iqra'.



Cun banner yang sama backgound color dengan blog kan..hehe



Projek ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda sibuk-sibuk mengira belanjawan untuk pakaian raya anda, memilih pusat membeli-belah yang hendak dituju ketika waktu lunch di bulan puasa, apatah lagi mengintai Facebook KL Sogo untuk tengok ada sale ke tak..

Projek ini adalah projek pelaburan saham untuk akhirat. Kita membantu mereka yang memerlukan. Tak semua orang mampu untuk meraikan kemeriahan menyambut hari raya di samping keluarga. Dengan adanya projek seperti ini, insyaAllah, ada sinar kegembiraan di wajah mereka.

Dengan  melibatkan 4 buah rumah anak yatim di 4 buah negeri, yang mana membabitkan 266 penerima terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU, insyaAllah Shopping Raya 2013 akan menjadi platform penyatuan tali silaturrahim sesama insan tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan. 

Bagaimana projek ini dijalankan?

Orang ramai diberi peluang untuk menaja wang atau menyumbang masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal yang terlibat. Bantuan yang dihulurkan akan digunakan untuk membolehkan mereka membeli -belah barang keperluan di pusat membeli-belah terpilih.

Nak join, dapatkan maklumat lanjut di 

2) Facebook Projek Iqra' (follow #shoppingraya2013)
3) Twitter Projek Iqra' ( follow #shoppingraya2013)

InsyaAllah, bantuan yang dihulurkan sama ada dari segi wang ringgit mahupun tenaga dapat menceriakan mereka yang memerlukannya sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Dan ingatlah matawang kita di akhirat ialah pahala kita. Jom kumpul pahala, sahabat-sahabat sekalian.



When you find yourself in a position to help someone, be happy because Allah SWT is answering that person's prayer through you - Ustadh Nouman Ali Khan