Friday, February 25, 2011

:: Budu yang unik

Mari kita mukadimahkan entri ini dengan pengakuan di bawah:

“Saya mula belajar makan budu di usia yang lewat apabila terpengaruh dengan selera ibu tercinta yang berselera sungguh makan nasi apabila ada ikan singgang/ikan panggang berserta semangkuk budu yang diperah limau nipis dan cili padi, ditambah pula dengan ulam-ulaman.. Namun begitu, kegemaran saya itu terbantut gara-gara faktor kulit muka yang sensitif..lalu melupakan sejarah budu dalam hidup untuk jangka masa yang lama (sehingga hari ini)..Namun apabila makan nasi kerabu, tak apa pula ada budu..mungkin tidak nampak secara obvious wujudnya budu kerana dikaburi oleh warna nasi kerabu itu sendiri (senario yang sama bagi orang yang tak makan durian, tapi makan tempoyak)..Namun begitu, saya tidak pasti sama ada wujud kajian berkaitan kadar langsung antara sensitiviti kulit dan budu ..atau mungkin memang ditakdirkan jerawat di muka ini riang ria untuk bersorak keluar apabila saya makan budu..”

 

Budu sudah lama wujud dalam salasilah kehidupan masyarakat Kelantan khususnya dan rakyat pantai timur amnya ..Namun kini, masyarakat negeri lain pun sudah menggemari budu,tidak pada bau budu itu, tapi pada rasanya yang sedap lagi menambah selera makan..malah rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga sanggup membawa stok bekalan ke sana.. Tidak pasti bagaimana mereka membawa botol budu di dalam pesawat kerana ada yang mengatakan bahawa botol budu yang dibawa menaiki pesawat biasanya mudah pecah akibat proses penapaian..tapi kini tidak perlu risau lagi kerana telah ada Debudu iaitu budu dalam bentuk serbuk untuk membolehkan budu lebih bersifat mobile-friendly…hehe..Debudu adalah hasil kajian Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan, UMT..

 

Teringat kisah yang diceritakan oleh Ustaz Azhar ketika mengajar subjek Pendidikan Islam di Tingkatan 4 dahulu..Ketika ustaz belajar di Universiti Al-Azhar, dia tinggal bersama-sama rakan-rakan kuliahnya..dan pada suatu hari, dia ingin masak nasi goreng, namun tiada sos sebagai penambah rasa..sebagai alternatif, ustaz telah mencipta menu baru iaitu menggoreng nasi dengan budu..dan hasilnya, rakan-rakannya yang tak makan budu pun berselera sungguh makan nasi goreng itu.. hehe..maka sudah terbukti budu itu ibarat pembuka selera makan..

 

Budu juga dikatakan boleh mencipta suasana lebih mesra ketika makan beramai-ramai..Pernah dulu, ketika ke rumah nenek seorang rakan di Kota Bharu , kelihatan kaum kerabatnya begitu mesra dan happening walaupun hanya makan nasi berlaukkan ikan singgang dan budu..mungkin faktor berkongsi mangkuk budu yang sama barangkali..ketika itu aku masih belum belajar makan budu, maka melihat suasana sebegitu rupa seolah melihat salah satu keajaiban dunia..

 

Budu juga menjadi sumber pendapatan kepada penduduk tempatan sekitar Pantai Timur khususnya..Kilang budu yang terletak di sebelah bangunan sekolah menengah dulu cukup terkenal dengan aroma yang disebarkan setiap hari ketika sesi pembelajaran berlangsung..Namun, pelajar-pelajar di situ sudah kebal dengan suasana begitu, termasuklah penulis ini yang berpura-pura kebal..(tak kan nak request tukar sekolah) 

 

Budu juga dijadikan bahan eksperimen oleh para penyelidik di dalam negara mahupun di luar negara untuk mengesan khasiat yang terkandung di dalamnya, di samping mengemukakan fakta berhubung baik buruk budu itu..Ketika entri ini ditulis, sempat menggoogle jika ada nama saintifik bagi budu sementelah sudah sampai ke luar negara publisitinya..tapi gagal ditemui.. sekadar dikenali sebagai fermented anchovy sauce (sos ikan bilis).. 

 

Ok, sekarang mari kita google hasil kajian penyelidik berhubung budu yang femes itu. 

Kepada penggemar budu, anda mungkin boleh berkata ‘Yes’ untuk hasil kajian penyelidik di bawah ini:

 

[1]  Pengkaji dari Universiti North Carolina, Amerika Syarikat telah mengatakan bahawasanya unsur ganestin dan phytoestrogen  dalam budu mampu melawan radikal bebas, lalu memberi kesan kepada keremajaan kulit anda (melambatkan proses penuaan) dan dapat mencegah kanser payudara di samping menjadi faktor kepada kecerahan kulit muka..

Tapi INGAT: Jangan campurkan budu dalam produk anti-wrinkle mahupun produk whitening muka semata-mata untuk lebih kelihatan lebih awet muda..hehe..

 

[2]  Pakar pemakanan di Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman telah membuat kajian dan mendapati budu mengandungi bahan antioksidan iaitu gluthaione  yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh(immune) seseorang dan sekaligus mampu mencegah pelbagai penyakit merbahaya termasuk kanser.

 

[3]  Pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan (hasil ujian secara rawak) .

 

[4]  Jika anda mengalami cirit-birit, sila jangan salahkan budu..Budu dikatakan mampu mencegah cirit-birit kerana ia mengandungi zat antibakteria penyebab diarrhoea. Selain itu penemuan hasil kajian menunjukkan budu dapat menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser,hipertensi dan lain-lain pada peringkat lebih awal.

Bagi golongan yang menderita penyakit  diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh,  pengambilan budu sebagai makanan sampingan dikatakan mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan serta dapat menyembuhkan penyakit itu dengan adanya zat dalam budu yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh.. 

 

[5]  Pernah tengok iklan susu formula yang memaparkan bagaimana sel-sel otak kanak-kanak cepat berhubung dengan adanya kandungan DHA? Hah, budu juga dikatakan boleh meransang perkembangan sel otak dan meningkatkan kecerdasan otak -Fish is a brain food.

 

[6]  Budu juga bukan sahaja dikenali sebagai sumber protein yang berkualiti tinggi, malah dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

 

[7]  Budu turut berfungsi dalam membantutkan pertumbuhan  bakteria raffinosa dan stokiosa yang menjadi penyebab utama gejala masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa

 

Bagi bukan penggemar budu pula, mungkin anda berkata “Yes” kepada statement di bawah:

Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik. – Wikipedia

 

Dan bagi saudari yang membuat pengakuan di atas, dia terpaksa menganaktirikan budu dalam hidangannya gara-gara allergi ..itu sahaja..kalau kena paksa makan dalam Fear Factor , dia masih mampu menyahut cabaran dan wang kemenangan boleh cover buat rawatan muka kan..hehe..

Kepada yang dah terliur nak makan budu gara-gara baca entri ini, mari tatapi gambarajah di bawah , sekian.

220px-YosriBuduMangga 

Sumber rujukan: Utusan Malaysia ,Wikipedia, TryMasak

No comments: