Showing posts with label food indulgence. Show all posts
Showing posts with label food indulgence. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

:: Menulis atau sekadar gambar?

Meninjau blog sendiri sejak dua menjak ni  telah menimbulkan kesedaran bahawasanya tiada lagi karangan sekurang-kurangnya melebihi 15 patah perkataan dihasilkan di sini .. bukan kerana takut menulis gara-gara bos baca blog ni..haha..sebaliknya berterima kasih kepada bos sebab sudi baca blog ni lalu promote dalam meeting....ok2.. Hakikatnya, masa tak mengizinkan..ecehhh..sibuk sangatkah?? Kena akui jugak yang semangat menulis blog selalu muncul time kat opis..macam mana tuh? Dan untuk mengatasi masalah itu, gigih pujuk diri supaya kena komited kerja di opis..Seolah-olah memahami pujukan itu, lalu sebuah broadband telah disubscribe semula demi kerja freelance asalnya, tapi secara tak langsung, dapat la jugak  tulis karangan di rumah walaupun tak sehebat semangat menulis di opis..hehe.. 

Ok la, entry kali ni actually nak kongsi gambar je pun..kekok sebab dah lama tak update blog kat rumah..nak tulis intro kat atas tadi pun berapa kali diulang baca..hehe..ok2, mungkin dengan munculnya entry yang bersiaran dari rumah ini, semangat menulis akan kembali membara sehangat membakar kek petang tadi ketika bumbung rumah dibasahi air hujan dan air basuhan mesin basuh jiran tingkat atas..

Dengan bahan-bahan sedia ada di dapur, maka terhasillah kek badam bercoklat seperti gambar di bawah..istilah 'bercoklat' digunakan sebab housemate kasi idea suruh letak kepingan coklat yang dihiris..hehe.. bila siap bakar, kelihatan seperti kek pisang..haha..




Note: Tajuk entry bunyi macam conpius tapi at last jadi karangan bergambar..hehe..

Wednesday, September 7, 2011

:: Wordless Wednesday #1

SDC15141

Percubaan pertama menghasilkan Fruit Cocktail Trifle (28/8/2011) [kurang menjadi..hehe]

Tuesday, August 2, 2011

:: Plain Honey Cornflakes versi amatur

 

SDC15059

1 Ogos 2011 (Plain honey cornflakes version 2.0)

 

Resepi diolah mengikut experimen yg dilakukan untuk version 2.0 (untuk hasilkan lebih kurang 50 biji)

Bahan

1/4 daripada 250gm butter (boleh guna planta)

3 sudu besar gula (boleh dikurangkan)

1 sudu besar madu

1 1/2 cawan cornflakes

Cara:

1) Panaskan butter dengan api yang perlahan

2) Lepas tuh, masukkan gula dan madu

3) Kacau sehingga gula larut

4) Tutup api, masukkan cornflakes dan gaul sehingga rata

5) Guna sudu untuk masukkan ke dalam acuan kertas

6) Bakar lebih kurang 5 minit . Suhu antara 150-160 darjah celcius.

 

 

Mahu lihat versi pertama? Saksikan..

SDC15030

Sebelum

SDC15032

..selepas.. (Plain honey cornflakes version 1.0)

Percubaan pertama telah menghasilkan plain cornflake madu yang hangus! Siap berasap oven..haha....Sangat bimbang untuk menghubungi Ma di kampung untuk memaklumkan progress cabaran 'Cubalah Buat Biskut Raya Sendiri 2011' ini sehingga Ma sendiri yang bertanya keesokan harinya..dan kegagalan ini telah mendorong untuk meneruskan cabaran memandangkan stock cornflakes banyak lagi..maka terhasillah cornflakes madu version 2.0 malam tadi ..

Memandangkan masih dalam versi amatur, so cukup la setakat hasilkan 50 biji dulu ye :D

 

Note: Bakal bercuti selama 4 hari di kampung bermula esok..yeay! Bahan bukti di atas harus dibawa pulang ke kampung untuk diuji oleh pihak penganjur cabaran –> my mum :)

Eh lupa, xde pun entry pasal wish selamat berpuasa kan..terus letak entry makanan (aura bulan puasa agaknya)..ok2, kepada semua pengunjung di sini, selamat berpuasa..semoga ibadat kita diberkatiNya..amin

Thursday, July 14, 2011

:: POWERVEGGIES & FRUITS lebih hebat daripada POWER RANGERS?

Perhatian: Ini bukan iklan berbayar, mahupun pertandingan menulis review anjuran mana-mana pihak. Sekadar coretan seorang pengguna yang baru sahaja habiskan produk itu sebelum memulakan entry ini ..hehe....Abaikan jika anda tetiba seperti melihat seorang promoter produk minuman di depan anda setelah baca baris-baris ayat seterusnya..

 

Bayangkan hasil yang anda akan dapat apabila formula di bawah dimanfaatkan dalam seharian hidup anda ?

Purple Carrot +  Purple Beetroot + Purple Potato + Pumpkin + Spinach + Tomato + Celery + Bluberries + Prune + Lemon + Apple + Pineapple  + Grape  – SUGAR

= 100 % HEALTHY JUICE

 

Ya, mungkin ada yang berimaginasi sesi marathon ke tandas..Lupakan imaginasi itu kerana gabungan formula itu akan menghasilkan produk yang kaya dengan Vitamin C .. sekaligus sumber awet muda dengan adanya kandungan antioxidant yang tinggi.. jika anda ke tandas, itu menunjukkan proses pembuangan toksin dalam badan sedang berlaku..bagus kan.. badan bertambah segar dan muka bertambah ceria..

 

Ok, aktiviti mencuba formula di atas menggunakan blender di dapur mungkin memerlukan komitmen dari segi kos, masa dan tahap kerajinan diri yang boleh berubah mengikut waktu dan umur anda.. Kini, gabungan formula di atas boleh diperoleh dengan mudah di pasaraya berdekatan anda dengan adanya ‘Marigold Peel Fresh Powerveggies & Fruits’ . Cubalah rasai kesegarannya..yeah! Bagi mereka (termasuk diri sendiri) yang kurang makan sayur, eloklah tambah nilai kandungan zat sayur dalam badan dengan minum jus ini..

 

index

Credit to http://vimeo.com/20356005

Note: Jarang ada entry genre camni..hehe..sekadar menggambarkan kesegaran setelah minum Marigold Peel Fresh Powerveggies & Fruits pagi ni , lalu timbul mood nak menaip :D

Thursday, July 7, 2011

:: Anda seorang penggemar cookies?

Jom singgah blog http://kukiskuskus.blogspot.com/ .

2011-07-07_133541

Note: Sekadar promote bisnes opismate..hehe..

Friday, July 1, 2011

:: Naik taraf kerjaya seorang penjaga oven kepada pembuat kek

Akhirnya, cita-cita nak hasilkan sebiji kek (at least jiran boleh terbau aroma sebiji kek , bukan aroma benda terbakar dari pintu depan..hehe) dengan kudrat tenaga sendiri terlaksana..hehe.. Actually, ini adalah percubaan yang ke-3..yang pertama nak buat brownies, tapi terbantut tumbesarannya.. 2nd time try buat butter cake, boleh makan tapi nipis semacam coz x cukup adunan.. hasil bukti percubaan pertama dan kedua gagal dipamerkan.. apatah lagi hasil yang pertama yang terus masuk tong sampah..hehe

..dan hasil ketiga adalah marble cake..hehe..mengadun adunan tanpa mixer (bayangkan)…hanya mampu execise tangan dengan putaran 360 darjah utk dapatkan adunan yang betul2 sebati dan gebu..kebetulan hari tu tak pegi aerobik, so berbaloi exercise kat dapur..hehe..

SDC14850

SDC14851

Note: Teringin nak buat kek oreo, tapi belum sempat buat kek, oreo yang dibaham dulu..hehe..Untuk projek kek seterusnya,harus sediakan mixer di dapur dahulu nampak gayanya..(penat guna tenaga tangan..hehe)

Thursday, April 7, 2011

:: Apabila musim durian muncul..

..maka secara automatik sel-sel deria bau berkembang dengan cepat seperti simulasi dalam iklan susu DHA....

ok2, seperti satu perkembangan positif selari dengan peningkatan usia , maka tahun ini , seakan mahu tambah azam baru iaitu ‘Saya mahu cuba makan durian, ok at least boleh habiskan seulas..’..maksud di sini, durian mentah, bukan yang diproses ya..Semalam, housemate dengan senyum sinis bertanya lagi “Nik meme dop boleh make durie ko?” ..idle sebentar sebab time tuh tengah flashback semula tahun bila last makan seulas durian..lalu menjawab “hmm..dop tau la, rajin la tera make seulas dulu, tu pun mugo keno pakso..tapi gak, tempoyok make  pulok..hehe..”..sila pelik dengan kenyataan itu sebab ternyata gulai masak tempoyak diberi layanan esklusif berbanding seulas durian..

 

Semalam, jam 9.00 di TV3 ada paparan esklusif pasal durian, slot 360..ada la satu statement dikeluarkan ketika itu seperti ‘Bagi yang tidak gemar durian mentah, bolehlah mencuba durian yang telah diproses’ (ketika itu dipaparkan produk makanan berasaskan durian seperti popia perisa durian)..lalu housemate menyampuk ‘Hah, sini ado sore’..haha..hanya mampu menundukkan muka buat seketika ..terasa seperti ‘Orang yang tak makan durian itu adalah salah di sisi undang-undang’.

 

Dalam paparan semalam, team 360 buat tinjauan di Durian Buffet di SS2, PJ (jual durian pun ada website kan).. konsep di sini adalah  makan durian secara buffet..Wartawan ada la sebut jenis-jenis durian, termasuk nama durian raja kunyit..hehe..kepada Durian Lover di luar sana, apa kata sempena durian feast nih, pegi serbu sana..jangan lupa bawak Air Cap Kaki Tiga ye..hehe..

 

 durian

Credit: Google Image

Kemudian, ada seorang interviewee yang ditanya sebab apa suka makan durian..lalu dia jawab “Tak tahu la..”..see..sama la jugak bila orang tanya ‘Kenapa tak makan durian?’..jawapan adalah sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk ayat skema..hehe..tapi lepas tuh, sempat pulak interviewee tuh sambung jawapan..’hmm..sebab rasa dia lemak manis’.. ok, orang yang tak makan durian, maybe boleh jawab ‘Tekak masing-masing kan’..

 

Walaupun azam di atas belum terlaksana, sempena musim durian kali ini, satu peningkatan telah berlaku yang mana telah melayakkan diri ini menyertai Fear Factor episod ‘Eat Durian Until You Get Full’ iaitu ‘ Saya sudah kalis dengan bau durian, no more pening-pening lalat’....so, housemate –housemate ku tidak perlu lagi makan durian secara illegal di dalam rumah sendiri..hehe..Cuma, bila dah kalis bau, tetiba boleh pulak  semalam terjadi kejadian tersilap bau…konpius dalam mengenalpasti antara bau gas bocor di dapur  dengan bau durian dalam peti ais..isk..isk..

 

Sebagai penutup entri, jom rewind semula zaman kanak-kanak di akhir 80-an dan di awal 90-an dulu dengan menyaksikan kehebatan pengaruh snek di bawah ini  dalam hidup anda ketika itu..walaupun tak makan durian, tapi snek ini tetap menjadi buruan selepas balik sekolah..dan pernah dimarah gara-gara kemaruk sangat makan snek ini, sehingga ditegah sama sekali dari membeli snek ini lagi..tapi serius, sedap terutama part habuk2 snek tuh..sehingga menjilat jari..

140320111803Packaging baru (Credit to http://setiapelangi.blogspot.com/2011/03/popcorn-durian-bedak-sejuk.html )

Note: Tahukah Durian Lover sekalian, durian yang dieksport dari Thailand ke US , boleh capai harga RM100 sebijik..Boleh jadi jutawan ni kalu ada dusun durian kan..

Monday, March 21, 2011

:: Apabila tauhu melakukan aksi akrobatik..

..maka tunggang-langgang dan terbaliklah tauhu itu ..hehe..

SDC14505

Tauhu Puff ( merujuk nama yang tertera pada plastik pembungkus)..tauhu ni biasa orang letak dalam mee kari..memandangkan mee kari belum masuk dalam cooking list version 1.0 , maka sebagai permulaan, just buat benda yang lebih simple ..hanya memerlukan teknik terbalikkan tauhu..bunyi macam simple, tapi mari kita lihat hasilnya dengan note : Ini adalah Kuih Tauhu Terbalik Version 1.0..maka sebarang kecacatan harus diterima dengan redha..hehe

 

SDC14515-4

..dan inilah hasilnya..hah, tetiba terus letak hasil kan..

  ok2, resepi adalah seperti di bawah, boleh diubahsuai ikut kreativiti dan selera masing2..


Bahan-bahan adalah:

1) Tauhu puff (ada juga orang panggil tauhu goreng)..aku beli secara timbang kat Pasar Sg.Besi.. 1 gram = Rm1.00 ,kalu tak silap aunty tu cakap..tapi ada yang dah siap jual dalam 10 biji/paket kan..

2) Resepi asal suruh letak isi udang, tapi lepas tengok harga udang RM16/sekilo kat pasar..lupakan dulu..haha..ganti dengan daging burger ayam yang dicincang dan digoreng terlebih dahulu..

3) Telur sebijik

4) Lada sulah

5) Sedikit garam..sebab dah guna daging burger, so budget dah tak perlu letak garam..tapi kena letak jugak sikit...tauhu kan tasteless..

6) Daun sup dan daun bawang

7) Lada (dipotong halus2) ..sebenarnya sekadar nak kasi nampak variasi warna je..hehe..

8) Minyak masak untuk menggoreng..


Mekanismenya adalah :

1) Potong bentuk pangkah (X) kat bahagian atas tauhu..pastu keluarkan isi ,then terbalikkan tauhu tersebut..dan rupa paras tauhu yang terkini akan seiras kelopak bunga yang tak mekar..

2) Untuk buat inti, campurkan isi udang/isi daging burger/daging cincang dengan telur, lada sulah, daun bawang/daun sup, lada,sedikit garam dan isi tauhu yang telah dikeluarkan tadi..gaul rata..

3) Inti yang siap digaul dimasukkan ke dalam tauhu yang diterbalikkan itu.

4) Tauhu yang dah siap berinti digoreng dengan api yang perlahan sehingga garing keemasan..(kadang2 terkuatkan api gak sebab penat tunggu nak garing..hehe..)

5) Dah siap, best makan panas-panas dengan sos cili..apatah lagi kalu cicah dengan sos cili jenama Life, dah macam makan ayam KFC..hehe..


 

SDC14518

 

Jika tangan yang selalu pegang senduk atau biasa join tarian kebudayaan macam si Usop Wilca (maksudnya berseni lah tu) tiada masalah untuk membuat potongan yang lawa, tapi sebab tangan ini selalu pegang mouse dan keyboard, maka lihatlah betapa kembangnya kelopak tauhu di bawah..hehe..

 

SDC14530

 

Inti yang lebih tidak perlu dibazirkan..maka terciptalah burger seperti di bawah dengan inti yang dimasak terlebih dahulu.. roti burger adalah daripada jenama Gardenia yang ada 5 biji/paket dengan harga RM1.90..

SDC14543Note: Ini menu dinner malam tadi selepas makan bihun tomyam ( nafsu makan yang sukar diramal dan ditafsir oleh diri sendiri )..hehe..  

 


Soalan trivia:

Aura memasak boleh muncul dengan faktor pengaruh laman sosial, betul atau tidak?

Jawapan :

Sila lihat bukti di bawah..thanks Kak Jemah aka pemilik blog viruspadu.com

 

screenshot new

Monday, February 28, 2011

:: Chinese Doughnut version 1.0

Sudah gatal tangan untuk menghuru-harakan dapur di waktu petang..Makanya petang Sabtu lepas, sambil-sambil layan Mujhse Dosti Karoge  untuk keberapa kali dalam hidup,  berlangsunglah agenda menyediakan minum petang yang lebih formal jika hendak dibandingkan dengan biskut tawar atau roti sapuan butter sebelum ini..dan pilihan kali ini adalah donut yang dimodified ikut faktor sekeliling seperti kelam kabut mengingati resepi..lalu cipta resepi ikut suka hati..alhamdulillah, berhasil sebekas donut ala2 style chinese donut..bulat-bulat macam dragon ball..

248500744

Resepi asal boleh rujuk di sini

Ubahsuaian resepi: Untuk Chinese Doughnut versi 1.0 ini , susu segar digantikan dengan susu pekat yang dibancuh sedikit dengan air suam...kemudian,sesuka hati tambah bahan iaitu campur yis mauripan sebab sudah tertakhluk kepada standard piawaian membuat donut  iaitu perlu guna yis/ibu roti..hehe..resepi asal tidak memerlukan yis ye puan-puan..selain itu, untuk menjimatkan kos membeli gula castor, donut versi  ini menggunakan gula pasir yang sedia ada di dapur rumah , lalu dikisar halus....sekian..

Note: Operasi membuat brownies pada petang Ahad telah gagal..tumbesaran brownies terbantut..haha..cuba lagi di waktu akan datang dengan semangat yang lebih kental :D

Friday, February 25, 2011

:: Budu yang unik

Mari kita mukadimahkan entri ini dengan pengakuan di bawah:

“Saya mula belajar makan budu di usia yang lewat apabila terpengaruh dengan selera ibu tercinta yang berselera sungguh makan nasi apabila ada ikan singgang/ikan panggang berserta semangkuk budu yang diperah limau nipis dan cili padi, ditambah pula dengan ulam-ulaman.. Namun begitu, kegemaran saya itu terbantut gara-gara faktor kulit muka yang sensitif..lalu melupakan sejarah budu dalam hidup untuk jangka masa yang lama (sehingga hari ini)..Namun apabila makan nasi kerabu, tak apa pula ada budu..mungkin tidak nampak secara obvious wujudnya budu kerana dikaburi oleh warna nasi kerabu itu sendiri (senario yang sama bagi orang yang tak makan durian, tapi makan tempoyak)..Namun begitu, saya tidak pasti sama ada wujud kajian berkaitan kadar langsung antara sensitiviti kulit dan budu ..atau mungkin memang ditakdirkan jerawat di muka ini riang ria untuk bersorak keluar apabila saya makan budu..”

 

Budu sudah lama wujud dalam salasilah kehidupan masyarakat Kelantan khususnya dan rakyat pantai timur amnya ..Namun kini, masyarakat negeri lain pun sudah menggemari budu,tidak pada bau budu itu, tapi pada rasanya yang sedap lagi menambah selera makan..malah rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga sanggup membawa stok bekalan ke sana.. Tidak pasti bagaimana mereka membawa botol budu di dalam pesawat kerana ada yang mengatakan bahawa botol budu yang dibawa menaiki pesawat biasanya mudah pecah akibat proses penapaian..tapi kini tidak perlu risau lagi kerana telah ada Debudu iaitu budu dalam bentuk serbuk untuk membolehkan budu lebih bersifat mobile-friendly…hehe..Debudu adalah hasil kajian Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan, UMT..

 

Teringat kisah yang diceritakan oleh Ustaz Azhar ketika mengajar subjek Pendidikan Islam di Tingkatan 4 dahulu..Ketika ustaz belajar di Universiti Al-Azhar, dia tinggal bersama-sama rakan-rakan kuliahnya..dan pada suatu hari, dia ingin masak nasi goreng, namun tiada sos sebagai penambah rasa..sebagai alternatif, ustaz telah mencipta menu baru iaitu menggoreng nasi dengan budu..dan hasilnya, rakan-rakannya yang tak makan budu pun berselera sungguh makan nasi goreng itu.. hehe..maka sudah terbukti budu itu ibarat pembuka selera makan..

 

Budu juga dikatakan boleh mencipta suasana lebih mesra ketika makan beramai-ramai..Pernah dulu, ketika ke rumah nenek seorang rakan di Kota Bharu , kelihatan kaum kerabatnya begitu mesra dan happening walaupun hanya makan nasi berlaukkan ikan singgang dan budu..mungkin faktor berkongsi mangkuk budu yang sama barangkali..ketika itu aku masih belum belajar makan budu, maka melihat suasana sebegitu rupa seolah melihat salah satu keajaiban dunia..

 

Budu juga menjadi sumber pendapatan kepada penduduk tempatan sekitar Pantai Timur khususnya..Kilang budu yang terletak di sebelah bangunan sekolah menengah dulu cukup terkenal dengan aroma yang disebarkan setiap hari ketika sesi pembelajaran berlangsung..Namun, pelajar-pelajar di situ sudah kebal dengan suasana begitu, termasuklah penulis ini yang berpura-pura kebal..(tak kan nak request tukar sekolah) 

 

Budu juga dijadikan bahan eksperimen oleh para penyelidik di dalam negara mahupun di luar negara untuk mengesan khasiat yang terkandung di dalamnya, di samping mengemukakan fakta berhubung baik buruk budu itu..Ketika entri ini ditulis, sempat menggoogle jika ada nama saintifik bagi budu sementelah sudah sampai ke luar negara publisitinya..tapi gagal ditemui.. sekadar dikenali sebagai fermented anchovy sauce (sos ikan bilis).. 

 

Ok, sekarang mari kita google hasil kajian penyelidik berhubung budu yang femes itu. 

Kepada penggemar budu, anda mungkin boleh berkata ‘Yes’ untuk hasil kajian penyelidik di bawah ini:

 

[1]  Pengkaji dari Universiti North Carolina, Amerika Syarikat telah mengatakan bahawasanya unsur ganestin dan phytoestrogen  dalam budu mampu melawan radikal bebas, lalu memberi kesan kepada keremajaan kulit anda (melambatkan proses penuaan) dan dapat mencegah kanser payudara di samping menjadi faktor kepada kecerahan kulit muka..

Tapi INGAT: Jangan campurkan budu dalam produk anti-wrinkle mahupun produk whitening muka semata-mata untuk lebih kelihatan lebih awet muda..hehe..

 

[2]  Pakar pemakanan di Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman telah membuat kajian dan mendapati budu mengandungi bahan antioksidan iaitu gluthaione  yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh(immune) seseorang dan sekaligus mampu mencegah pelbagai penyakit merbahaya termasuk kanser.

 

[3]  Pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan (hasil ujian secara rawak) .

 

[4]  Jika anda mengalami cirit-birit, sila jangan salahkan budu..Budu dikatakan mampu mencegah cirit-birit kerana ia mengandungi zat antibakteria penyebab diarrhoea. Selain itu penemuan hasil kajian menunjukkan budu dapat menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser,hipertensi dan lain-lain pada peringkat lebih awal.

Bagi golongan yang menderita penyakit  diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh,  pengambilan budu sebagai makanan sampingan dikatakan mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan serta dapat menyembuhkan penyakit itu dengan adanya zat dalam budu yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh.. 

 

[5]  Pernah tengok iklan susu formula yang memaparkan bagaimana sel-sel otak kanak-kanak cepat berhubung dengan adanya kandungan DHA? Hah, budu juga dikatakan boleh meransang perkembangan sel otak dan meningkatkan kecerdasan otak -Fish is a brain food.

 

[6]  Budu juga bukan sahaja dikenali sebagai sumber protein yang berkualiti tinggi, malah dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

 

[7]  Budu turut berfungsi dalam membantutkan pertumbuhan  bakteria raffinosa dan stokiosa yang menjadi penyebab utama gejala masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa

 

Bagi bukan penggemar budu pula, mungkin anda berkata “Yes” kepada statement di bawah:

Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik. – Wikipedia

 

Dan bagi saudari yang membuat pengakuan di atas, dia terpaksa menganaktirikan budu dalam hidangannya gara-gara allergi ..itu sahaja..kalau kena paksa makan dalam Fear Factor , dia masih mampu menyahut cabaran dan wang kemenangan boleh cover buat rawatan muka kan..hehe..

Kepada yang dah terliur nak makan budu gara-gara baca entri ini, mari tatapi gambarajah di bawah , sekian.

220px-YosriBuduMangga 

Sumber rujukan: Utusan Malaysia ,Wikipedia, TryMasak

Monday, December 13, 2010

:: Kawan Puff Pastry Square

2010-12-13_105953

Atas permintaan Imm,  dipersembahkan jenama  puff pastry yang digunapakai untuk menghasilkan Apple Puff Pocket. Sebelum Apple Puff Pocket, Sardine Puff telah mempelopori carta hasil pastry puff untuk rekod peribadi..hehe..

Tak semua pasaraya ada jual kulit puff pastry nih..kat Jusco, tak tahu ada ke tak..

Biasa beli kat Tesco dgn harga RM3.75  per packet..satu packet ada 10 keping, so kalu nak buat pastry puff sardin mcm kat kedai bakery tu, boleh dapat dalam 10 bijik la..bergantung kepada kreativiti masing-masing..

2512784319_7cf4ab5bba

Nota: Macam - macam resepi boleh direkacipta guna puff pastry nih..bergantung kepada kerajinan, kreativiti dan bil elektrik rumah anda  :D

Monday, December 6, 2010

:: Apple Puff Pockets..poket ajaib bukan kepunyaan Doraemon

Dipersembahkan seni persembahan dari oven Pensonic pada Sabtu lepas iaitu Apple Puff Pocket versi semi-hangus yang telah diubahsuai mengikut bahan yang sedia ada di dalam peti ais..

Hanya menggunakan epal hijau yang digaul dengan gula sebagai inti puff..kulit pastri tuh kene potong segitiga, pastu letak inti, pastu tindihkan bucu ke bucu untuk membentuk seperti gambarajah di bawah (bahasa penyampaian yang agak tidak sesuai untuk rancangan masakan)

SDC14136 

SDC14157

SDC14169
SDC14170
Bagaimanakah rasanya? seperti makan pai epal..hehe..

Nota: Untuk resepi asal, boleh rujuk di Recipe Gouda and Apple Puff Pockets

Tuesday, November 2, 2010

:: Projek mercun di dapur..


  Projek underground ini dilaksanakan pada pukul 10 malam tadi gara-gara kelaparan 


SDC13799
Projek  ini tidak membahayakan nyawa..sekadar memerlukan skill menepis percikan minyak dari kuali sahaja


SDC13809
Projek ini tidak sesuai disertai oleh mereka yang sedang dalam misi berdiet sebab kandungan kolestrol mampu memusnahkan misi itu


SDC13808
Projek ini boleh diubahsuai mengikut bahan-bahan yang sedia ada di dapur.. jangan paksa diri pergi pasaraya malam-malam semata-mata nak cari minyak bijan..


SDC13814
..dan peringatan terakhir, projek ini haruslah diakhiri dengan bacaan doa makan. Dan sesudah kenyang, ucaplah alhamdulillah..


owh lupa..sebelum anda bertanya, baik diumumkan.. jika dirujuk kepada buku resepi, projek mercun di dapur ini dikenali sebagai Firecracker Shrimp..mahu cuba, sila rujuk resepi asal di http://fiqah99.blogspot.com/2010/10/firecracker-shrimp.html ..

Tuesday, October 26, 2010

:: Mini Popia aka Popia Simpul aka Popia Riben, pendek kata ia adalah sejenis popia ;)

Makan popia simpul adalah satu nikmat..boleh leka , kira makan seorang sebalang pun boleh habis sambil tengok cite Forensic Heroes II (haha..cite nih lagik..udah2 la nik)…

kalu berkunjung ke rumah orang untuk berhari raya, then tuan rumah ada stok popia simpul/mini popia, harus target tahun depan datang lagik..hehe..sebab tahu makan je kan, tak pernah terlintas nak buat sendiri..sehinggalah terpandang edisi popia simpul made by Hany and MZ..dan pada raya yang lepas, plan nak buat tapi aura menyimpul popia tak muncul2..sehinggalah Kak Yah bersuara “Nik, pandai buat karipap mini tak? serunding daging tuh ada banyak”..ting!!terus “Karipap mini tak tahu, tapi boleh try buat mini popia”..lalu, terus gigih gi beli kulit popia..

then weekend, gigih la menggunting kulit popia..dan simpulan pun dilakukan walaupun ada yang gagal disimpul sebab ada kulit popia yang dah kering..so, cepat koyak..sebab buat sorang diri, maka agak lambat sikit hasilnya..tapi gigihkan jugak sebab kene capai target kan..at last, terhasillah sebekas mini popia ..bekas di sini adalah bekas saiz tau fu fa kat pasar malam tuh..macam dah lama buat simpulan, tapi banyak tuh je berjaya dihasilkan..

betul la, lenguh tangan mengalahkan taip entry blog..haha..patutla zura, my housemate cakap, better beli dah siap la..tapi bila tengok hasil air tangan sendiri, feeling tak sama macam feeling beli kat kedai sebab sambil makan, anda akan terharu tetibe sebab di sebalik ketidakhebatan skill memasak, masih ada sisa-sisa kegigihan menyimpul popia dengan muka serius dan penuh konsentrasi..haha..

SDC13729
2nd batch yang tanpa segan silu di ‘snap’

Nota Simpul: Next project in weekend goes to Mercun Udang aka Firecracker Shrimp..haha

Friday, August 27, 2010

:: Kisah sebuah karya yang dinamakan mini murtabak..

 SDC13568
Gambar berjaya disnap tanpa pengetahuan orang sekeliling..hehe

Sejarah kisah ini bermula apabila diri sendiri teringin nak makan murtabak setelah meronda-ronda blog yang menduga keimanan ketika bulan puasa yakni blog masakan....maka,balik dari opis, terus gi beli bahan-bahan..kenapa tak beli kat bazar?? sebab nak uji skill katanya..bleh?hehe..sampai kat rumah , dah 6.30 petang, so harapan untuk melaksanakan operasi mencipta mini murtabak sendiri terbantut sebab kapasiti dapur telah penuh dengan 2 orang chef bergegas menyiapkan juadah berbuka..so, operasi ditangguhkan keesokan harinya..

..dan keesokan harinya, terdamparlah  beberapa keping mini murtabak di atas sebuah pinggan hadiah sabun Daia..haha..melihat kepada hasil karya itu, ianya seakan nipis seperti kedekut isi kandungan..hehe..first trial macam berwaspada sikit sebab takut jika terlampau byk isi akan mengundang kepada kecacatan pada kulit popia itu..reasonable tak?heh..

Ok, mereka2 yang terlibat secara langsung dalam sejarah karya ini adalah:
1) daging kisar 
2) kulit popia
3) ubi kentang
4) bawang besar
5) bawang putih
6) rempah kari
7) lada merah
8) telur (2 biji)
9) serbuk Pasti Sedap menggantikan garam/ajinamoto

..dan alhamdulillah, karya yang dihasilkan 2 hari berturut-turut telah hilang tanpa meninggalkan kesan DNA di atas pinggan..thanks my housemates yg selalu support my-so-called-operasi-mentsunamikan-dapur lalu request supaya timbangan berat haruslah bertambah untuk murtabak next season.. “baiklah, akan diusahakan dengan bersungguh-sungguh” ;)

Note: Boleh ke tidak guna printer opis untuk print out resepi??..hehe..

Monday, August 23, 2010

:: Seperti Hot and Spicy Shrimp KFC lagaknya..hehe

 Sebelum:
  1. Udang (kuantiti mengikut budget..hehe)
  2. Tepung serbaguna cap *Nona ( tepung nih ada rasa pedas skit) depan kotak tuh ada gambar cili..hehe..beli dlm  harga RM1.30 sekotak..
  3. Serbuk roti (bread crumb) cap *Nona jugak...dibeli dgn harga rm2.30 sekotak..
  4. Sebiji telur( tapi amik putih telur sahaja, yang kuning gunapakai time goreng sayur..hehehee)
  5. Minyak masak yang tidak dikitar semula

Semasa:
  1. Udang tuh dibasuh, pastu dibuang kulit tapi kepala ngn ekor , tak buang sebab nak kasi udang nmpk besar..hehe
  2. Pukul putih telur sampai kembang..
  3. Celup satu per satu udang dalam putih telur tuh, kemudian golek-golekkan (perkataan apakah yang sesuai di sini?) atas tepung serbaguna sehingga rata
  4. Kemudian celup udang tuh dalam putih telur sekali lagi, kemudian golek-golekkan atas bread crumb sehingga rata..
  5. Kemudian, goreng time..goreng sampai  nampak macam dah tergoreng..hahah..maaflah, x tahu istilah-istilah dalam dunia masakan nih..sehingga warna keperangan kut

Selepas:
Hasilnya lebih kurang dan sama dengan rupa di bawah. Cuma packaging je out..hehe..


kfc-hot-and-spicy-shrimp

Hasil karya ciptaan sendiri gagal dipotretkan berikutan bimbang dipandang pelik oleh housemate2 yang mungkin berkata “ek eleh, gambar udang cenggitu pun nak amik gambar, baru masak udang nak kecoh”..haha..ok2, sebetulnya, sejak laptop takde, maka aktiviti snap-snap nih terbantut seketika..Yang pasti, bunyi je azan Maghrib, lepas baca doa bukak puasa, terus grab udang tuh sambil berkhayal seperti berada di dalam KFC..hehe

* boleh ditukar ganti dengan jenama lain, yang penting hasilnya masih lagi udang celup tepung bukan udang masak lemak cili api..

Note: Sejak bulan puasa nih, kerap bermundar-mandir  kat blog masakan..hahaha..tgk makanan, terus bertenaga, hilang ngantuk..isk..isk..

Friday, July 30, 2010

:: I'm a cookies monster



..kenapalah cookies itu sangat sedap??..
 





Thursday, July 29, 2010

:: Hitam Manis

bubur pulut hitam


Aku memang suka makan apa sahaja hidangan pulut except pulut durian ( boleh makan tapi tanpa durian..apakah ?? ) ..belum pernah menguji ketabahan dan kecekalan diri untuk menjamah pulut durian..hehe..mungkin suatu masa nanti, akan cabar diri untuk bersemuka dengan my fear factor durian....

Malam tadi, cik yah telah masak bubur pulut hitam..walaupun hitam, tapi manis....sebab cik yah berdarah Kelantan, maka tahap kemanisan bubur ini menepati selera tekak ini..

So, semalam dengan rasminya aku berjaya melicinkan 2 mangkuk bubur pulut hitam di tengah malam hari sambil layan drama melayu yang diulang tayang (sebab takde option cerita lain nak tengok ) sedangkan cik yah sedang kusyuk menaip di dalam biliknya dan cik zura sedang lena di buai mimpi..
Note: Last week, time aku balik kampung, both housemates ku telah kenduri durian di rumah sewa..sesungguhnya mereka memanjatkan kesyukuran kerana aku pulang ke kampung ketika itu..haha

Friday, June 25, 2010

:: Pasangan paling ideal untuk orang yang suka makan ayam adalah tauke ayam??

Header note : Entry ini didraft menggunakan Window Live Writer, berkat tunjuk ajar tutorial di sini

Jika tiada hidangan ayam di atas meja makan, maka tiada selera makan,noktah..begitulah hipotesis songsang yang kerap meracuni pemikiran di zaman kanak-kanak dulu..sehingga Abah mengeluarkan kenyataan seperti berikut  “Kalu suka sangat makan ayam, nanti kahwin ngn tauke ayam..tak pun anak tauke ayam”..hahhaha..nasib baik Abah tak cakap kahwin ngn Manager KFC atau lebih hebat dengan kerabat Kentucky Colonel..hehe..tapi kan sekarang KFC betul2 di belakang opis..setiap hari aku akan terpandang encik colonel itu..hehe

Tapi itu dulu, ketika pemikiran kanak-kanak tak cukup zat..kini, sudah matang mengumpul khasiat makanan..jika dulu langsung tidak memandang hidangan berklorofil, tapi setelah kerap membaca segmen kesihatan di majalah dan berkat ilmu mengenai piramid makanan dalam subjek biologi, maka menu mula dipelbagaikan namun masih tidak menyisihkan ayam di dalam pinggan..

Tapi, setakat suka tidak memadai jika tidak pandai masak menu berasaskan ayam..potong ayam pun masih gagal sehingga mengharapkan jurujual ayam..ehh..bukan..penjual ayam kat pasar memotong ikut portion yang paling mudah nak masak nanti..

  • Ujian menggoreng ayam sudah lulus walaupun goreng guna serbuk ‘Pasti Sedap’..
  •  
  • Ujian menggoreng ayam bersalut tepung juga lulus walaupun masih ragu-ragu sama ada isi kat dalam dah masak ke tak..hehe
  •  
  • Ujian memasak sup ayam  juga bleh dianggap lulus setelah melihat secara bersungguh2 rakan serumah masak..haha..
  •  
  • Ujian ayam masak halia adalah lulus atas pagar sebab rasa x sama macam tapau kat kedai makan..

ok, next…Ujian masak nasi ayam....sebelum ujian, harus call chef di kampung..hehe..

..dan hasilnya..

nasiayam
Gambar sekadar bahan bukti..hehe

..hasil percubaan pertama dengan 4 cups beras + seekor ayam telah mendapat tepukan gemuruh daripada penghuni rumah itu..sehingga licin periuk nasik..hhahaha..terima kasih la korang di atas sokongan padu korang menghabiskan hasil karya yang tak seberapa ini..hehe…

Note: sila abaikan struktur ayam itu ..gara-gara terlupa bagitau penjual ayam supaya potong kepada 4 portions..lalu, jadilah ayam sebegitu rupa..dan kepada penjual ayam itu, ini adalah amanat saya –> “selepas ini saya sebagai pembeli ayam di gerai anda mungkin tidak lagi menyuruh anda potong ayam2 itu sebab saya nak belajar camne memotong ayam dengan betul di dapur rumah walaupun mungkin berlaku gempa bumi atau tsunami di dapur itu ”..

juga abaikan pinggan mangkuk pelbagai rupa dan bentuk itu serta saiz sudu yang x sesuai itu, semuanya hanya sebab kami orang bujang (kalu orang dah kahwin, sah banyak koleksi pinggan mangkuk hadiah korang kahwin kan..hehe), so gambar bukan untuk hiasan, tapi sekadar bukti “Nik dah berjaya masak nasi ayam”..hehe..

Wednesday, June 23, 2010

:: Jika tersalah adunan, cuba cipta resepi lain..

Sudah bosan dengan default kuih cek mek molek yang berbentuk bujur itu..maka, marilah kita memodified kepada bentuk yang lebih mudah..dan letak pulak dalam bekas berjaring ala2 pintu gol kan, then hidang di sebelah remote tv..memang sah boleh jadi kuih rasmi Piala Dunia kan..


Note: Kalu Ma terbaca post nih, sah Ma akan bebel "Suka sangat la dia buat bende pelik2 camni" ..hehe