Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Sunday, February 9, 2014

:: Rezeki - Sesungguhnya Allah Maha Adil


Perkongsian:

"kau tak keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."
"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belajar setakat sijil ni.."
"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."
"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."
"aku kahwin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau tak nak anak ke.."



Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?

Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?

Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?

Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit, maka sebab itu dia masih tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran, maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

- - -

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. dan jangan bersedih. 


Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda,


Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.


Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

~Hamba Allah~


Terima kasih kepada penulis asal.

Wednesday, September 11, 2013

:: Sedekah Al-Fatihah


Sekadar berkongsi amalan saudara kita ini . InsyaAllah,turut menjadi amalan kita semua.


Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Tuesday, September 13, 2011

:: APABILA kamu..

..teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR

..lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT

..ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA

..inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD

..inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.

Tuesday, July 12, 2011

:: Perkahwinan itu sebahagian daripada iman

"Being married forces you to fine tune those not-so-great-aspects of yourself and strive to be better. Love comes in here too; when you are in a loving relationship (and in love and loved); you have this amazing reservoir of energy within you that allows you to flourish and nurture. It brings out the best in you and makes you strive to be better because someone cares and loves you; and vice versa. It is kind of like how we instinctively react to another’s perception of us, when they think well of us and believe in us, we want to do even better; but when they disparage us we will get defensive. Is it any wonder that our beloved Prophet ﷺ said that marriage is half of faith?"

(via islamicthinking)

Monday, June 6, 2011

:: Be thankful for what you have before it becomes what you HAD.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.


Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Friday, June 3, 2011

:: Allah masih sayangkan kamu

 

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.

[Al-Anbiyaa’: 35]

 

..Semoga diri ini semakin kuat dalam ujianNya ..

 

Note:

1 Rejab 1432 /3 Jun 2011

Semoga bulan Rejab ini membawa seribu kenikmatan dan keberkatan kepada kita semua. [Fadhilat bulan Rejab]

Friday, March 4, 2011

:: Kebersihan Rohaniah

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tapi ia buruk bagi kamu.Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al-Baqarah,ayat 216

Panduan untuk hati yang bersih:

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa . Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri sendiri mengenai perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan
14. Berkawan dengan orang baik-baik
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16.  Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.
Credit to: http://sisdee.blogspot.com/2011/03/penjagaan-hati.html

Tuesday, February 22, 2011

:: [Pedoman] Amalan Zikir Harian

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:

 

HARI

BACAAN

ISNIN

clip_image003

SELASA

clip_image005

RABU

clip_image006

KHAMIS

clip_image007

JUMAAT

clip_image008

SABTU

clip_image009

AHAD

clip_image010

Friday, November 26, 2010

:: Being alone is great, but being with them is even better!

SDC14020
Untuk beroleh bahagia,
seseorang itu perlu belajar untuk berasa bahagia dan gembira dengan dirinya sendiri, tanpa campur tangan pihak lain.
Dengan itu, barulah dia dapat mengatasi dan menghadapi rasa takut apabila tiba dia ditinggalkan berseorangan.

(Petikan dari artikel Bahagiakan Dirimu – Solusi No.25)

Friday, August 13, 2010

::[Pedoman] Checklist kesilapan yang anda, kamu dan saya mungkin/pernah lakukan ketika Ramadhan



13 KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN
Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah,bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Dibulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah
Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan pelbagai kesalahan. Antaranya:-

1.Berpuasa tetapi tidak solat. Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2.Tidak menjaga batas-batas agama aurat .Lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3.Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4.Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda. 
 
5.Semakin cepat marah.Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6.Membazir ketika berbuka puasa.Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7.Tidak mengeluarkan zakat fitrah
 
8.Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun.Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9.Hanya puasa makan dan minum sahaja. Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10.Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan.Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11.Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna; Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat; Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan

12.Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Credit to : http://mrsfiza212.blogspot.com/2010/08/kesilapan-di-bulan-ramadhan.html

Monday, July 12, 2010

:: [Pedoman] Syaaban bulan menghapuskan dosa


SABDA Rasulullah SAW: “Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadan pula adalah bulan bagi umatku.”

Sebagaimana kita ketahui, kita kini di penghujung Rejab dan dalam tempoh dua hari lagi menyusul kedatangan Syaaban iaitu bulan yang dianggap sebagai pintu gerbang bagi menanti kedatangan Ramadan.


Sebagaimana Ramadan yang penuh dengan kemuliaan, Syaaban adalah bulan untuk menghapuskan dosa sementara Ramadan pula bulan menyucikan diri daripada dosa dan antara amalan yang sangat digalakkan pada bulan ini adalah dengan ikhlas beramal kepadanya, terutama melakukan puasa.


Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas daripada kegelapan alam kubur, bebas daripada huru-hara Munkar dan Nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.”

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan jika dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.” Itulah antara kelebihan berpuasa pada Syaaban. Di samping itu berpuasa dalam bulan ini juga sebagai persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan pada Ramadan.


Selain memohon doa, umat Islam digalakkan bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT sebagaimana dinyatakan, dalam bulan ini juga ada satu malam yang sangat istimewa yang dikenali sebagai ‘Nisfu Syaaban’.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tibanya malam ini, datanglah malaikat Jibril lalu memberitahu sesungguhnya pintu-pintu langit serta pintu-pintu Rahmat Allah SWT sudah pun dibuka. Maka, bagi orang yang beriman dan beramal soleh, dirikanlah solat dengan disertai doa kerana dibukakan (oleh Allah SWT) 300 pintu Rahmat-Nya.


“Juga sesungguhnya, Allah akan mengampuni orang-orang yang tidak menyekutukan-Nya (serta syirik kepadanya) kecuali mereka yang mengamalkan sihir, mereka yang mencetuskan perbalahan serta bermusuhan, peminum arak, mereka yang melakukan zina dan memakan riba, manusia yang menderhaka pada orang tuanya, mereka yang memutuskan tali persaudaraan serta mereka yang menghasut orang lain, yakni mengapi-apikan dengan perasaan kebencian. Maka, sesungguhnya mereka tidak akan diampun melainkan dengan sebenar-benar taubat selain tidak mengulanginya.” (Riwayat Ibn Hibban) Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, sesungguhnya baginda Rasulullah SAW bersabda: “Dalam solat, lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah pada malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.” Jadi, antara kelebihan yang Allah SWT kurniakan pada hambanya, diberi dalam Syaaban bagi mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh melakukan amalan mereka.

Credit to: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pedoman_Syaabanbulanmenghapuskandosa/Article/index_html

Monday, June 14, 2010

:: Fadhilat Bulan Rejab


Hari ini 14 Jun 2010 adalah bersamaan 1 Rejab 1431.

Bulan Rejab merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya .

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Note:  Semoga Rejab tahun ini menjadi pemangkin perubahan yang lebih baik kepada kita semua..ameen..

Monday, April 19, 2010

:: Masih adakah esok untuk kita ?


Untuk paparan lebih jelas, sila klik gmbr di atas

"Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, nescaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri". (Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan).

Thursday, April 8, 2010

:: Nasihat seorang ibu kepada anak perempuannya






A Mother’s Advice to Her Daughter :: Pearls of Wisdom





Note: The speech that forms the main content of this article is over 1400 years old, from the pre-Islamic period. The advice in the article is certainly out of date and one-sided, but there is much wisdom here if you look it as mutual advice for how the husband and wife should treat each other. So both partners should serve one another, please one another, protect one another, etc.

Abd al-Malik (Radiyallaahu ‘anhaa) said:

When ‘Awf ibn Muhallim al-Shaybani, one of the most highly respected leaders of the Arab nobility during the jahiliyyah, married his daughter Umm Iyas to al-Harith ibn ‘Amr al-Kindi.

She was made ready to be taken to the groom, her mother, Umamah came into her room to advise her and said:

* “O my daughter, if it were deemed unnecessary to give you this advice because of good manners and noble descent, then it would have been unnecessary for you, because you posses these qualities, but it will serve as a reminder to those who are forgetful, and will help those who are wise.

* “O my daughter, if a woman were able to do without a husband by virtue of her father’s wealth and her need for her father, then you of all people would be most able to do without a husband, but women were created for men just as men were created for them.

* “O my daughter, you are about to leave the home in which you grew up, where you first learned to walk, to go to a place you do not know, to a companion to whom you are unfamiliar. By marrying you, he has become a master over you, so be like a servant to him, and he will become like a servant to you.

Take from me ten qualities, which will be a provision and a reminder for you:

* “The first and second of them are: be content in his company, and listen to and obey him, for contentment brings peace of mind, and listening to and obeying one’s husband pleases Allah.

* “The third and fourth of them are: make sure that you smell good and look good; he should not see anything ugly in you, and he should not smell anything but a pleasant smell from you. Kohl is the best kind of beautification to be found, and water is better than the rarest perfume.

* “The fifth and sixth of them are: prepare his food on time, and keep quiet when he is asleep, for raging hunger is like a burning flame, and disturbing his sleep will make him angry.

* “The seventh and eight of them are: take care of his servants (or employees) and children, and take care of his wealth, for taking care of his wealth shows that you appreciate him, and taking care of his children and servants shows good management.

* “The ninth and tenth of them are: never disclose any of his secrets, and never disobey any of his orders, for if you disclose any of his secrets you will never feel safe from his possible betrayal, and if you disobey him, his heart will be filled with hatred towards you.

* “Be careful, O my daughter, of showing joy in front of him when he is upset, and do not show sorrow in front of him when he is happy, because the former shows a lack of judgment whilst the latter will make him unhappy.

From Jamharah Khutah al-’Arab, 1/145


Credit to : http://islamgreatreligion.wordpress.com/2010/02/24/a-mothers-advice-to-her-daughter-pearls-of-wisdom/

Monday, July 6, 2009

:: Life is an Open Secret - Ramadan Special (sebelum dibeli)


last weekend, aku nk sgt mundar mandir kt MPH Midvalley tuh..but, kemalasan nk naik komuter yg sudah pasti penuh ngn mereka2 yg teruja ngn MegaSale (aku pun teruja but nilai MYR dlm akaun langsung x mengujakan salegirl/promoter nk promote brg kt aku..) membuatkan aku mendelaykan niat murni ku ke gedung ilmu tuh..actually, aku tgh nk meninjau the latest series book of Life is an Open Secret. So far, aku dh ader all collection of this series..first series aku beli kt Kinokuniya KLCC..then, second one beli kt MPH Midvalley time the writer, sis Zabrina buat promotion kt saner..tp time tuh aku x dpt pegi..tp pesan kt member sruh tolong belikan..dh beli tuh, siap dpt free satu lagi buku yg sama..then, member aku beli version Malay..so, both of us pun bertukar2 la buku yg dpt free tuh..then now, in my collection dh ader 3 buah buku..Think About It, You, Me and We and the last one Hidup Bukan Rahsia - Fikirkanlah



..skang in progress membeli this latest series

Life is an Open Secret - Ramadan Special..




Honestly, aku nk kasi tau yg all series of Life is an Open Secret nih best sgt2..x rugi korang beli..and harga pun berpatutan..so far harga this series rm24.50

member aku siap kasi tau yg dia berjaya menelaah semua chapter in Life is an Open Secret - You, Me and We dlm komuter..bagus2..xder la ko buang masa duk tgk panorama hutan dan tiang elektrik sepanjang bangi ke kl sentral tuh..so far aku x berjaya lagi nk baca aper2 dlm komuter ( melainkan carta perjalanan komuter or menjenguk tajuk utama newspaper yg dipegang oleh penumpang lain )

so, dengan ini diisytiharkan minggu nih adalah minggu membeli buku baru..( dulu budget tahun baru nk beli new book every month..but,x tercapai budget ku coz terbabas ke arah perbelanjaan menambahkan berat badan ..hehe)..

for those yg nk beli by online, sila klik belah kiri tetikus anda di sini

Nota Mari Membaca Buku: pernah plan nk tulis review pasal buku2 yg aku dh baca nih..but, blum tercapai semangat utk menulis..hopefully, akan ader entry yg berfaedah selepas ini..hehehe..masih jugak berhutang tagged entry..