Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Monday, December 6, 2010

:: Kecantikan adalah hak milik setiap blog..

 
Cantik dan menarik adalah subjektif..sebab kalu korang buat dalam bentuk objektif, sudah tentu tidak cukup 4 pilihan jawapan A, B,C,D..maksudnya korang boleh tafsir kecantikan sesebuah blog berdasarkan pandangan mata kasar korang sendiri kan, yang penting ianya ikhlas dari hati naluri kan


..ada yang kata blog yang simple lebih menarik dan cantik berbanding blog yang macam pelangi, ada yang kata blog itu cantik sebab sebenarnya nak kata yang bloggernya memang dah cantik, so blog sekadar menumpang glemer kan....haha..ada kata blog itu cantik dan menarik sebab blogger dia designer, so boleh create template yang totally tak akan dijumpai di mana-mana website yang kasi free template kan…ada yang kata blog itu cantik sebab cerita pasal tip-tip kecantikan (berkaitan tak?"..hehe)..ada juga yang labelkan sesuatu blog itu cantik dan menarik sebab jalan cerita setiap entri memang awesome..kesimpulannya, terpulang kepada pembaca dan blogger untuk menilai kecantikan dan menariknya sesebuah blog itu..yang penting, selalu update sebab nuffnang tak kasi income berdasarkan kecantikan paras rupa blog mahupun blogger kan.. hehe

 
Ok la, minggu lepas ,www.mzhany.com berkata-kata di alam maya bahawa blog ini cantik dan menarik..hehe..Terima kasih Puan Hany..macam dah berkurun blog ni tak kene tagged..kurang publisiti, mungkin juga jalan cerita tahap cerekarama sahaja..tak box-office.. kutipan nuffnang pun tak sampai lagi RM40 juta kan..hehe..


85520212_thumb
 
 
~ Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?
Blog www.mzhany.com adalah blog yang mesra alam sebab warna dia hijau..hehe..Antara blog wajib kunjung setiap kali on pc opis..haha..maklum la, apabila abis opis hour, kehidupan kembali kepada paleolitik sebab no access to dunia internet..Blog hany nih memang sentiasa update walaupun ianya adalah auto-publish..at least dia seorang pekerja yang komited dengan urusan opis..tak seperti diri ini yang kadang-kadang curi sedikit masa untuk kasi update blog..haha....Blog hany nih best sebab banyak info bleh collect..seperti dapat info pasal boleh beli tiket bas express balik kampung kat Putrajaya Sentral..Selain itu, pencapaian rekod peribadi buat popia simpul dengan air tangan sendiri bertitik tolak dari entri blog hany juga..


~ Kenangan manis dalam hidup anda?
Dapat ambil foto famili pada hari raya tahun lepas selepas 8 tahun.....Paling manis dalam kehidupan apabila dapat tengok abah dan ma gembira dan bahagia di samping anak-anaknya..

Lulus lesen kereta pun dikategorikan kenangan manis jugak walaupun nak lulus tuh bukan main pahit-maung kena lalui..haha..3 kali test adalah pengalaman yang tak semua orang lalui kan, melainkan korang saja-saja nak repeat byk kali..hehe..

Dapat masuk Universiti, dapat degree, dapat kije (walaupun 6 bulan menganggur), dapat gaji pertama, dapat makan nasi minyak kawan-kawan, dapat pakai kereta sendiri dan segala nikmat kehidupan yang Allah berikan adalah paling ternilai dan manis..


~ Kenangan pahit dalam hidup anda?
Handset pertama dalam hidup, Nokia 3310 telah dicuri orang.. tapi aku anggap semua itu ada hikmah, sebab lepas tuh dapat pakai handset model baru ..hehe..tapi sebulan jugak la hidup tanpa handset..dulu, nak pakai handset bukannye mudah macam budak-budak zaman sekarang kan..

Pahit yang lain telah berjaya ditawarkan..hahaha..maknanya, dah lupa ingatan apa yang pahit itu..yang penting, pahit ke manis ke masam ke, itu semua perisa sebuah kehidupan..kalu asyik manis je pun, tak elok untuk kesihatan kan, gula pun dah naik harga..hehe..

~Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
Alhamdulillah, dengan nikmat kehidupan yang Allah SWT berikan, sebagai hambaNYA, aku berpuas hati..namun, tidak boleh dinafikan masih ada perancangan dan harapan yang ingin dicapai dengan izinNya..insyaAllah..

~ Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai?
Dulu kan, sebelum wujudnya mendalah blog begini, aku biasanya tulis wish-list pada hari jadi dalam kertas yang dikoyak dari buku sekolah..hehe…lepas tuh, kertas itu akan dilipat, then diselit kat buku..wish-list dulu2 lebih kepada kebendaan seperti mahu walkman ,mahu beg begitu-begini...haha..tapi bila usia dah masuk 20-an , wish-list semakin nampak kematangan dari segi tatabahasa dan struktur ayat..haha.. antaranya, sebelum usia 30 tahun, sudah ada rumah sendiri (walaupun kebendaan, tapi itu adalah aset kan..)..sekarang masih berumah sewa dan tengah belajar bagaimana mahu bijak mengurus kewangan sebab seperti masih kurang bijaksana perihal pengurusan RM( bukan Rosmah Mansor )..tengah YES pulak kan, lagi la ..hehe..


Impian yang sejak dulu tertunda adalah sambung belajar..heh..semangat tgk Imm sambung PhD..

Lagi impian, mahu belajar buat roti..haha..ok2, serius mahu belajar buat roti tanpa guna breakmaker..breadmaker adalah mahal, lagipun kata  nak berjimat kan..hehe..

Impian seterusnya , macam korang yang single kat luar sana, korang sure dah penat nak kasi default response setiap kali member2 tanya “wei, nasi minyak ko bila lagi?” .." asyik pegi majlis org je, majlis ko bile?”..so semoga ada sesi pengulungan kepada sesi soal-jawab/perbahasan ini ....

Impian lain, mahu tukar template baru untuk blog nih untuk edisi 2011 supaya tahun depan dapat anugerah blog cantik dan menarik lagi..hehe..
ok2, dah lebih limit dah kan..

 ~ Tag 5 orang untuk award ini.
http://loveville-cippzzyshmr.blogspot.com/

http://keypadlock83.blogspot.com/

http://teapot-teko.blogspot.com/

http://blogmamaqistina.blogspot.com/

http://sorotankami.blogspot.com/

Friday, March 26, 2010

:: Nilai sebuah award kepada artis, pengarah, penerbit..dan kini blogger..

Header: Tajuk entry adalah sekadar hiasan. Tidak ada kene mengena dengan yang popular ataupun tak popular..

Kat sekolah dulu, korang ade dapat anugerah apa2 tak? Anugerah Pelajar Cemerlang?? aku..tak pernah sebab selalu fail biologi time ujian..hehe..Anugerah Pelajar Contoh...aku?? err..pernah la utk kategori Tingkatan 4 ..tp macam hipokrit plak..ke menang tanpa bertanding..hahaha..

Sebenarnya anugerah2 itu adalah satu penghargaan untuk diri..betul tak? At least korang ada pengalaman naik atas pentas kat perhimpunan atau dewan sekolah..hehehe..melainkan korang jadik pengawas yang ditugaskan jd mc, jadik tukang naik bendera ke atau pembawa dulang hadiah..sure korang dah biasa..

Kekadang orang pandang sinis mereka2 yang turun naik pentas amik anugerah/hadiah nih..diorang akan cop mereka2 ini sebagai SS (Sri Serdang,..ehh..bukan..syok sendiri)..tak patut kan atau dengan kata lain 'Jeles'..hehe.....aku pernah kena..hahaha..dah sekolah nak kasi hadiah, aku terima je la..tak kan aku nak buat pengumuman kat depan perhimpunan "Dengan ini saya ingin menarik diri dari sebarang pertandingan anjuran sekolah demi memberi peluang kepada barisan pelapis"..ala-ala Dato' CT berhajat menarik diri dari ABPBH la..hehe

Time tuh nama aku diumumkan pemenang sajak sains kut (wahh..tak main sastera2 nih, terus kuar scientifik term dalam intipati sajak tuh..haha..tp kimia/fizik/bio tetap tak dapat A..hehe)..ehh, kalu tak silap time tuh aku cipta sajak utk bulan Bahasa, sekali cikgu simpan sajak tuh utk bulan Sains sebab sajak aku tuh tak sesuai untuk bulan Bahasa..hehehe..camtu la cite nyer...sajak pasal nuklear ngn meteor berjaya dicipta tanpa perlu daftar diri untuk jadi angkasawan negara semata-mata mencari ilham di angkasa lepas..hehe

Ok, bila nama aku diumum sebagai pemenang, aku terdengar la ada budak kelas lain sound kat belakang aku " Asyik dia nih je menang".. hehehe..mcm tgk Mawi naik turun pentas time zaman kegemilangan dia la..hahaha..tp aku menang atas hasil perahan otak bukan sms..hehe..owh, seingat aku la, cikgu suruh aku deklamasikan sajak tuh kat depan perhimpunan..haruslah aku rasa nk buat2 pitam..hehe..at last, tak jadi gak coz time perhimpunan adalah singkat sebab kene nyanyi lagu Negara Ku banyak kali..dulu, asal student nyanyi slow jer, terus cikgu disiplin bangun dari seat dan sound "Ulang semula..tak semangat langsung"..hehe..maklumla ramai yang miming..hehe..

Kesimpulannya, kalu dah diberi anugerah itu, hargailah..yang tak dapat tuh, berusahalah lagi..jangan kutuk2 member gile kuasa, giler glamour, gile hadiah, gile pentas..hahaha..yang pasti berusahalah dalam persaingan yang sihat..


So, setelah sekian lamer tak naik pentas menerima hadiah/anugerah, ari ni diumumkan aku telah menerima........



hehe.."Jutaan terima kasih kepada peminat2 kerana sentiasa menyokong saya. Jangan lupa beli album yang original"..ok2.tersilap skema ucapan ..


Yang pasti, terima kasih rakan ku cik EE coz bermurah hati kasi award ini ..tapi aku rasa cik EE lagi top blogger sebab follower dia 10 kali ganda follower aku..hahaha..ini dinamakan sifu kalah dengan anak didikan sendiri..hehe

Untuk berkongsi kegembiraan, keterujaan dan keglamoran award ini, aku dengan bermurah hati seperti cik EE ingin menyampaikan award Top Blogger 2010 kepada blogger2 yg telah dishort-listed..hehe..yg tak tersenarai, jangan khuatir, anda bleh copy paste award nih then letak kat blog anda..ikhlas nih..betul..
  • Cipah: Blogger ni memang terror BI..aku belajar english senyap2 dalam opis bila baca entry dia..hehe..

  • Imm: Blogger yg berhajat menjadikan blog dia sebagi e-journal sepanjang pengajian PhD..tp paling best so far journal byk pasal Muaz...hehe..

  • MrHabuk: Blogger ni prefer entry bergambar..satu gambar+sepotong ayat = entry yg lengkap..hehe

  • Hany : Blogger nih berkongsi kasih sayang berblogging dengan hubby dia..hehe..sentiasa update walaupun cite pasal dapur gas elektrik tapi cukup menarik utk ikuti episod seterusnya..hehe

  • Sue@Iza: Blogger nih memang sempoi and best..satu ari, paling kurang 2 entry kut (termasuk entry dari pc opis/laptop opis..hehe)..sure hasil nuffnang tinggi nih..

Note: Aku belum berkesempatan tgk Top Host 2010..last season, follow gak..

Tuesday, June 23, 2009

:: The awards goes to Being Coach Potato..yeah!!

Penganugerahan award sempena Festival Awards Sesama Bloggers yg ke-1
(dlm sejarah kewujudan blog ini)

Pihak Penaja Award :
Imm, zla and zla again..thanks babes!

Ucapan Penerima Award :
Terima kasih kepada peminat2 blog saya .Tanpa sokongan anda, sudah tentu tiadalah Being Coach Potato dalam blog list anda..hehehe
..( to kili: dengan munculnyer entry nih, maka dpt lah blog nih terpublish dlm top10 blog list ko ye )


Imm to Nik "member kamceng masa kat UPM dulu. Byk jasanya kpdku terutama masa nak siapkan assignment pasal programming. Career s'rang menyimpang jauh dari Food Engineering tetapi merupakan major skill and her speciality..programmer. Betulkan Nik? "

Nik to Imm: xder la major skill..my major skill masih berkaitan food engineering yakni makan (food) dgn kelajuan maksima (engineering) ..hehehe..


zla to Nik "Senior masa uni dulu2 ni..sangat suka blog nye..Kakak Senior yang sweet sangat!"

Nik to zla : owh my x-junior, thanks..btw, akak pun xtau tang maner la yg sweet tuh =)

ok..jom kiter lihat awards aperkah yg diberikan kpd Being Coach Potato..

First award given by Imm, the supermom



2nd award given by zla, the gorgeous makeup artist



3rd award given by zla again..yeah..



Nota Hari Anugerah : Selain awards, turut disertakan dlm pakej hadiah adalah 'Tagged'..so, next entry will be on Award Tagged..wait and see who will be given these valuable awards..( sori ya..mengejar masa ( sambil mencuri tulang yg bersepah ) ketika menaip entry ini..so, x sempat nk jawab tagged award tuh..(maklumlah menyalahgunakan masa 'free' di opis namernya kan..)