Dulu, ketika masih bergantung kepada duit belanja sekolah yang diberikan oleh abah, aktiviti membeli barang keperluan seperti bedak ,pencuci muka adalah bergantung kepada bajet yang diluluskan..barang-barang keperluan seperti itu lazimnya dibeli di mini market, kedai runcit dan jika bernasib baik, mungkin dibeli di pasaraya berdekatan..ketika itu belum ada Watson , Guardian di tempat kelahiran..
Apabila mula bergantung kepada duit PTPTN selama setahun dan diteruskan dengan duit biasiswa JPA, maka mula bijak pandai menjejak kaki ke Watson dan Guardian untuk mencari bedak, pencuci muka..even ubat gigi pun gigih dibeli di gedung farmasi itu..hehe..di kalangan rakan-rakan rapat, diorang tahu, setiap kali pegi outing, sah-sah Watson kene masuk dalam list tempat untuk dilawati walapun telah tekad di depan pintu masuk untuk tidak berbelanja apa2..tapi tetiba tak sampai 15 minit mundar – mandir, aku dah berada di depan kaunter bayaran..salahkan cashier itu..hehe
..dan sekarang , ditakdirkan Watson betul2 di depan opis, maka setiap kali gaji masuk, sekurang-kurangnya akan berlaku investment di situ walaupun hanya sebungkus tisu jenama Watson..hehe..dan pada suatu hari, cashier di Watson itu promote agar aku beli passport keahlian..sebelum kejadian itu, aku dah pernah tengok iklan kat TV pasal benda nih..Setelah diberi penerangan secara ringkas tapi padat, terus aku labur RM12 untuk passport itu ..bayaran adalah untuk sepanjang hayat..

Inilah rupa paras passport itu..dan inilah passport pertama ku..passport ke seberang laut belum buat lagi..hehe
..dan ini adalah kad keahlian yang harus disertakan setiap kali membuat bayaran untuk collect point. Setiap RM1 akan diberi 1 point..
Selepas beli passport tu, kena activate secara online di http://vip.watsons.com.my/web/ dan sehari selepas account activate, automatic 200 bonus points dimasukkan dalam account.
Buku panduan disertakan dalam pakej passport ini..
..dan yang spesel di sini, dapat voucher discounts untuk pelbagai produk dan brand…
..dan last week dah guna salah satu voucher iaitu untuk losen Vaseline , less RM3 dari harga asal..tapi voucher2 ini hanya valid sehingga March 2011..
Untuk keterangan lanjut mengenai kelebihan memiliki kad keahlian ini, sila layari https://vip.watsons.com.my/web/Home.do
Nota Kecantikan: Entry tidak ditaja oleh Watson..hehe