Wednesday, June 24, 2009

:: Fadhilat Bulan Rejab

Hari ni 24 Jun 2009 bersamaan 1 Rejab 1430.

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya .

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari
- mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari
- dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Dipetik dari Portal Pusat Islam UUM

Nota Tazkirah: saper2 yg blum ganti puasa tuh, eloklah melaksanakannya di bulan ini..( ingatan utk diri sendiri jugak ) ;)

Tuesday, June 23, 2009

:: The awards goes to Being Coach Potato..yeah!!

Penganugerahan award sempena Festival Awards Sesama Bloggers yg ke-1
(dlm sejarah kewujudan blog ini)

Pihak Penaja Award :
Imm, zla and zla again..thanks babes!

Ucapan Penerima Award :
Terima kasih kepada peminat2 blog saya .Tanpa sokongan anda, sudah tentu tiadalah Being Coach Potato dalam blog list anda..hehehe
..( to kili: dengan munculnyer entry nih, maka dpt lah blog nih terpublish dlm top10 blog list ko ye )


Imm to Nik "member kamceng masa kat UPM dulu. Byk jasanya kpdku terutama masa nak siapkan assignment pasal programming. Career s'rang menyimpang jauh dari Food Engineering tetapi merupakan major skill and her speciality..programmer. Betulkan Nik? "

Nik to Imm: xder la major skill..my major skill masih berkaitan food engineering yakni makan (food) dgn kelajuan maksima (engineering) ..hehehe..


zla to Nik "Senior masa uni dulu2 ni..sangat suka blog nye..Kakak Senior yang sweet sangat!"

Nik to zla : owh my x-junior, thanks..btw, akak pun xtau tang maner la yg sweet tuh =)

ok..jom kiter lihat awards aperkah yg diberikan kpd Being Coach Potato..

First award given by Imm, the supermom



2nd award given by zla, the gorgeous makeup artist



3rd award given by zla again..yeah..



Nota Hari Anugerah : Selain awards, turut disertakan dlm pakej hadiah adalah 'Tagged'..so, next entry will be on Award Tagged..wait and see who will be given these valuable awards..( sori ya..mengejar masa ( sambil mencuri tulang yg bersepah ) ketika menaip entry ini..so, x sempat nk jawab tagged award tuh..(maklumlah menyalahgunakan masa 'free' di opis namernya kan..)

Monday, June 15, 2009

:: Quick Update: Lim's Wedding

Misi merealisasikan entry yg direquest oleh Imm, Sha & Yanz.

Memandangkan mesin taip di rumah masih tidak beroperasi ngn baik,( juga disebabkan hari ni adalah hari isnin ) maka entry ditulis menggunakan pc opis, di waktu semua opismate kuar lunch..hehe..

For the moment, just 3 pics jer sempat diupload..










Monday, June 8, 2009

:: Back to Zaman Purba Kala

di suatu weekend yg cam x best..
aku..jadi tak tentu arah..
celik jer mata di pagi hari ( owh..baru ku sedar, di tengahari rupanya),
aku dah hilang arah tuju..
ke hulu ke hilir..tapi masih buntu mencari arah tuju..
selama ini, aku masih mampu bertahan di situ untuk tempoh 48 jam tanpa perlu menjenguk operasi lrt, komuter di BTS samada tergendala atau tidak..

kucing2 di belakang rumah juga agak pelik melihat aku mundar mandir dari dapur ke ruang tamu..sesekali ( owh tidak..byk kali jugak) pintu peti ais dibukak dengan tujuan menambahkan stamina badan utk ke hulur ke hilir..

namun, ader kebaikan terserlah disebalik sindrom ini..
surat khabar Metro Ahad yg bertarikh 31 Mei dikhatam..( owh..ditekankan di sini 31 Mei..)..majalah CHIP keluaran May juga hampir dikhatam..handphone kerap kali dicharge gara2 didesak putarkan mp3 ( yg jarang diupdate) 24 jam..

cam bosan jer kan scope cerite kat atas..tp hakikatnya itulah sindrom yg aku alami gara2 kehilangan sesuatu yg agak kamceng ngn aku selama nih..iaitu komputer...uwahhhhhhhhh..komputer sudah rosak maaaa...seakan duduk dlm zaman batu purba kala..dan yg membuatkan aku sakit hati time paleolitik mode ini adalah melihat tersergam indahnya broadband yg hampir seminggu lebih tidak aku gunapakai..ye..ye..aku begitu bermurah hati kasi derma kt maxis every 14hb...grrr..


Nota tertulis di dlm gua batu kapur
: tabiat menulis entry di opis berlaku apabila hari itu adalah hari isnin..naper ek??? ye la...aku xder mesin taip kt rumah..huhuu..

Friday, May 22, 2009

:: Singular vs Plural

Tagged by cik hanybunny yg bleh jawab ngn jujur soklan2 tag nih coz dia dh nk kawen..

  • Tetibe aku rase cam x mampu nk jawab tagged nih..hahaha..fail..!!
  • Tetibe aku rase pelik kenapa tagged sebegini rupa diwujudkan..hahaha
  • Tetibe aku rase was-was nk jawab ke tak..
  • ...tetibe aku rase "ala, ko jawab jer la..lagipun ko xder entry nk post kann..kann"

How old are you?.........
26 thn 12 hari

Are you single?.........
singular..

At what age do you think you'll get married?.......
selepas 26 tahun 12 hari..so, pepandai la korang kire..infiniti kan..maknernyer..not thinking yet..bleh?..hehee..


Do you think you’ll be marrying the person you are with now?.....
who is the person with me now..sila jawab..sila jawab..aku sendrik pun x tahu..korang tahu ker?

If not, who do you want to marry?....
hoho..soklan nih sesuai utk mereka2 yg byk pasang spare part ..hehehe..

Who will be your bridesmain & bestman?.....
nanti aku bukak online application utk kedua2 position nih..so, yg berkelayakan jer akan dipertimbangkan..

Do you want a garden / beach or traditional wedding?....
kite org melayu..ikut adat..

Where do you plan to go on honeymoon?...
if each airport still menjalankan quarantine utk H1N1, and tambang Air Asia/ MAS x semurah tambang bas balik ke kampung ku, maka duk diam2 la dlm Malaysia..hehehe


How many guest do you think you’ll invite?....
depends on price of sekeping kad kawen..hahaha..semakin murah, semakin ramai dijemput..hehehe..


Will that include your exes?....
of cos..dgn syarat mereka2 ini tidak berkonspirasi utk merosakkan majlis ..hehhee..


How many layers of cake do you want?....
London layer cake yg Erra Fazira jadi duta tuh ader berapa layer ek?


When do you want to get married, morning or evening?....
morning


Name the song / tune you’d like to play at your wedding?...
The song that composed by me..hehehe..ikut halwa telinga sendrik..


Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork, knife?....
setiap meja disediakan perkakas di bawah..maknernyer..gune jer tangan



Champagne or red wine?...
not for both..ice blended bleh?hehehe


Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?.....
depends on laporan kaji cuaca tempat yg nk pegi tuh..


Money or household items?....
both.


How many kids would you like to have?....
rezki jgn ditolak..


Will you record your honeymoon in DVD / CD?.....
setakat digicam berharga less than 0.6k tuh, cukup la setakat amik gambar..tu pun kalu ader budget , maka dicuci gmbr2 itu, if not, simpan jer dlm pendrive or upload secara percuma di facebook..hehehe..


TAG kawan2 yg blom kawen seperti:
zla
cipah
zuhair
zakia

dan mereka2 yg masih lagi in singular mode ;)


Nota singular: yeahh..balik kg ari nih with him ;)

Monday, May 18, 2009

:: Di manakah 23?

Tagged by cik hanyBunny yg sudah arif mengetag org lain..hehehe

1.Bekas kekasih saya adalah

> invisible atau dgn kater lain tidak wujud sama sekali setakat 26 tahun ini..hehee..


2.Saya sedang mendengar
>ketukan kibod sendiri utk menaip ayat2 nih..


3.Mungkin saya patut
>datang opis awal esok..


4.Saya suka beli
>makanan..sebab makanan membina sel-sel neutron otak ku untuk
menguatkan daya ingatan, peka dan cerdas berpikir..sebab tuh, kalu
ngantuk kt opis, aku kene cari makanan to boost my mind power..hehehe..


5.Sahabat-sahabat baik
>adalah mereka2 yg x meng'ghaib'kan diri di kala aku dlm zone kesusahan, juga yg sentiasa membimbing aku ke jalan yg benar walaupun peta jalan tuh bersimpang siur..


6.Saya tak paham
>kenapa saya xder mood nk buat kije ari nih..dh nk balik, baru mood tuh dtg..alamatnyer, simpan jer la mood tuh utk esok..hehehe...


7.Saya kehilangan
>berat badan..yuhoooo...hahahha..kan best kalu statement nih sahih kebenarannya..tp actually saya kehilangan mood utk bekerja ari nih coz ari nih ari isnin..bleh? tp esok, belum tentu saya dapat jejak kasih ngn mood kerja..kecuali dlm mode mengejar dateline..


8.Ramai yang berkata
>"Nik, r u ok?" , "ehh..semua nampak samer.." [ merujuk wajah kami adik beradik berempat]


9.Makna nama
>Nikmat Itu Kemudian...hahaha..bleh plak..tp itulah kata2 my
childhood frenz tulis dlm autograph aku time darjah lima dulu..Juliana Baderi namenyer..[zaman budak2 dulu, siap ader 2 buku autograph..budget ramai peminat la..hahaha..tp ayat default or fames adalah " Semoga awak berjaya di dalam apa jua bidang" =)]..


10.Cinta itu adalah
> tajuk filem arahan Kabir Bhatia yg dilakonkan oleh Rashidi Ishak, Rita Rudaini,Sharifah Amani..


11.Di suatu tempat
>housemate2ku telah pun beristirehat sambil makan keropok goreng kut...sedangkan aku still duk ngadap monitor di bawah hembusan angin aircond yg x consistent..sekejap panas..sekejap sejuk..dan kini terlampau sejuk..


12.Saya akan
>berusaha sedaya upaya utk dapatkan lesen sebelum raya puasa tahun nih..insyaAllah..ye member2 ku sekalian, doakanlah agar salah satu azam 2009 member mu yg seorg nih tercapai..amin. =)


13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
>Cikgu ajar SELAMANYA tuh bukan ayat la..tuh perkataan..patut soklan tag ditukar kpd..Perkataan SELAMANYA membawa maksud AGELESS ..hehe


14.Telefon bimbit saya
>yg terkini adalah hasil trade in ngn handset adik..nk harapkan aku beli baru, lambat la coz x obses sgt bab2 hset2 terkini di pasaran..cukup la ngn Nokia XpressMusic nih =)


15.Bila saya terjaga dari tidur
>didapati roomate dan housemate yg lain sudah hilang...ye la, org lain masuk kije kul 8, tp kul 8 , aku still berselimut..hehehe


16.Saya paling meluat apabila orang
>yg jenis depan cakap lain, belakang cakap lain..dengan kata lain, dia nih adalah translator yg 'bagus'..


17.Pesta/Parti adalah
>tmpt yg korang bleh improve ur social skill..dan seharusnya kite perlu bersosial secara sihat..jgn join parti liar n yg menyesatkan akidah dahhh..ingat tuh, kawan2..renung2kan lah ye..


18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
>garfield..cumil kan..kat maner jumpe??? hah..kt dlm screen monitor 14" jenama Compad..hehe


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
>time jadi budak skolah rendah..best tuh, bleh lompat2 main getah..bleh main Police n Thief, pendek kater, otak adalah kreatif ketika di usia kanak2..betul x? hehehe..



20.Hari ini
>saya mendapat aura berbreakfast ngn buat sandwich sardin, then makan 2 keping di rumah, dan sekeping sebaik sahaja sampai opis ..kalu x, memang aku selalu jer escape breakfast, pastu kul 11, dh bergelumpur lapar menunggu time lunch hour....hari ini juga aku ngn komitednya menaip entry nih di opis..hehehe..sori bos =) sebagai terapi jari-jemari ku yg kejang coz x menaip aper2 during weekend yg lepas..hahaha..


21.Malam ini saya akan
>basuh baju dgn kaedah cucian tangan..hehehe..gunalah TOP..time hujan pun, baju x berbau hapak..


22.Esok pula saya akan
>jadi yg lebih baik daripada hari ini..[ ayat penuh poyoness ]..dgn kater lain, berusaha tidak menghapdet blog ketika opis hour..


24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini...
> cermin tuh x pecah..hehehe..


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan paling best ialah
>Pusat membeli-belah paling best :Jusco
>arked permainan paling best : tanah lapang depan kuarters kem batu 10 dulu..masuk kategori arked x? hehehe


26.Makanan Barat atau Jepun
>Barat coz Japanase food x compatible ngn anak tekak..pernah try sushi, pastu dh hilang selera..hehehe..


27.Bilik yang terang atau gelap
>terang. otherwise, rabun..


28.Makanan segera adalah menggemukkan
>lagi melazatkan sehingga menjilat jari..=)


29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
>"ya..udah..7.20" [ reply ym my indonesian colleague yg bertanyakan waktu maghrib sudah masuk atau blum ]


*****************************************
Mari sambung tag ini ..

saper2 nk terlibat dgn kesinambungan tag nih, dialu-alukan..tiada charge tersembunyi dikenakan.. ;)

Nota 23: serius, xder mood buat kije..mood nk balik kg jer...huhuuu