Showing posts with label tagged. Show all posts
Showing posts with label tagged. Show all posts

Monday, December 6, 2010

:: Kecantikan adalah hak milik setiap blog..

 
Cantik dan menarik adalah subjektif..sebab kalu korang buat dalam bentuk objektif, sudah tentu tidak cukup 4 pilihan jawapan A, B,C,D..maksudnya korang boleh tafsir kecantikan sesebuah blog berdasarkan pandangan mata kasar korang sendiri kan, yang penting ianya ikhlas dari hati naluri kan


..ada yang kata blog yang simple lebih menarik dan cantik berbanding blog yang macam pelangi, ada yang kata blog itu cantik sebab sebenarnya nak kata yang bloggernya memang dah cantik, so blog sekadar menumpang glemer kan....haha..ada kata blog itu cantik dan menarik sebab blogger dia designer, so boleh create template yang totally tak akan dijumpai di mana-mana website yang kasi free template kan…ada yang kata blog itu cantik sebab cerita pasal tip-tip kecantikan (berkaitan tak?"..hehe)..ada juga yang labelkan sesuatu blog itu cantik dan menarik sebab jalan cerita setiap entri memang awesome..kesimpulannya, terpulang kepada pembaca dan blogger untuk menilai kecantikan dan menariknya sesebuah blog itu..yang penting, selalu update sebab nuffnang tak kasi income berdasarkan kecantikan paras rupa blog mahupun blogger kan.. hehe

 
Ok la, minggu lepas ,www.mzhany.com berkata-kata di alam maya bahawa blog ini cantik dan menarik..hehe..Terima kasih Puan Hany..macam dah berkurun blog ni tak kene tagged..kurang publisiti, mungkin juga jalan cerita tahap cerekarama sahaja..tak box-office.. kutipan nuffnang pun tak sampai lagi RM40 juta kan..hehe..


85520212_thumb
 
 
~ Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?
Blog www.mzhany.com adalah blog yang mesra alam sebab warna dia hijau..hehe..Antara blog wajib kunjung setiap kali on pc opis..haha..maklum la, apabila abis opis hour, kehidupan kembali kepada paleolitik sebab no access to dunia internet..Blog hany nih memang sentiasa update walaupun ianya adalah auto-publish..at least dia seorang pekerja yang komited dengan urusan opis..tak seperti diri ini yang kadang-kadang curi sedikit masa untuk kasi update blog..haha....Blog hany nih best sebab banyak info bleh collect..seperti dapat info pasal boleh beli tiket bas express balik kampung kat Putrajaya Sentral..Selain itu, pencapaian rekod peribadi buat popia simpul dengan air tangan sendiri bertitik tolak dari entri blog hany juga..


~ Kenangan manis dalam hidup anda?
Dapat ambil foto famili pada hari raya tahun lepas selepas 8 tahun.....Paling manis dalam kehidupan apabila dapat tengok abah dan ma gembira dan bahagia di samping anak-anaknya..

Lulus lesen kereta pun dikategorikan kenangan manis jugak walaupun nak lulus tuh bukan main pahit-maung kena lalui..haha..3 kali test adalah pengalaman yang tak semua orang lalui kan, melainkan korang saja-saja nak repeat byk kali..hehe..

Dapat masuk Universiti, dapat degree, dapat kije (walaupun 6 bulan menganggur), dapat gaji pertama, dapat makan nasi minyak kawan-kawan, dapat pakai kereta sendiri dan segala nikmat kehidupan yang Allah berikan adalah paling ternilai dan manis..


~ Kenangan pahit dalam hidup anda?
Handset pertama dalam hidup, Nokia 3310 telah dicuri orang.. tapi aku anggap semua itu ada hikmah, sebab lepas tuh dapat pakai handset model baru ..hehe..tapi sebulan jugak la hidup tanpa handset..dulu, nak pakai handset bukannye mudah macam budak-budak zaman sekarang kan..

Pahit yang lain telah berjaya ditawarkan..hahaha..maknanya, dah lupa ingatan apa yang pahit itu..yang penting, pahit ke manis ke masam ke, itu semua perisa sebuah kehidupan..kalu asyik manis je pun, tak elok untuk kesihatan kan, gula pun dah naik harga..hehe..

~Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
Alhamdulillah, dengan nikmat kehidupan yang Allah SWT berikan, sebagai hambaNYA, aku berpuas hati..namun, tidak boleh dinafikan masih ada perancangan dan harapan yang ingin dicapai dengan izinNya..insyaAllah..

~ Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai?
Dulu kan, sebelum wujudnya mendalah blog begini, aku biasanya tulis wish-list pada hari jadi dalam kertas yang dikoyak dari buku sekolah..hehe…lepas tuh, kertas itu akan dilipat, then diselit kat buku..wish-list dulu2 lebih kepada kebendaan seperti mahu walkman ,mahu beg begitu-begini...haha..tapi bila usia dah masuk 20-an , wish-list semakin nampak kematangan dari segi tatabahasa dan struktur ayat..haha.. antaranya, sebelum usia 30 tahun, sudah ada rumah sendiri (walaupun kebendaan, tapi itu adalah aset kan..)..sekarang masih berumah sewa dan tengah belajar bagaimana mahu bijak mengurus kewangan sebab seperti masih kurang bijaksana perihal pengurusan RM( bukan Rosmah Mansor )..tengah YES pulak kan, lagi la ..hehe..


Impian yang sejak dulu tertunda adalah sambung belajar..heh..semangat tgk Imm sambung PhD..

Lagi impian, mahu belajar buat roti..haha..ok2, serius mahu belajar buat roti tanpa guna breakmaker..breadmaker adalah mahal, lagipun kata  nak berjimat kan..hehe..

Impian seterusnya , macam korang yang single kat luar sana, korang sure dah penat nak kasi default response setiap kali member2 tanya “wei, nasi minyak ko bila lagi?” .." asyik pegi majlis org je, majlis ko bile?”..so semoga ada sesi pengulungan kepada sesi soal-jawab/perbahasan ini ....

Impian lain, mahu tukar template baru untuk blog nih untuk edisi 2011 supaya tahun depan dapat anugerah blog cantik dan menarik lagi..hehe..
ok2, dah lebih limit dah kan..

 ~ Tag 5 orang untuk award ini.
http://loveville-cippzzyshmr.blogspot.com/

http://keypadlock83.blogspot.com/

http://teapot-teko.blogspot.com/

http://blogmamaqistina.blogspot.com/

http://sorotankami.blogspot.com/

Tuesday, June 23, 2009

:: The awards goes to Being Coach Potato..yeah!!

Penganugerahan award sempena Festival Awards Sesama Bloggers yg ke-1
(dlm sejarah kewujudan blog ini)

Pihak Penaja Award :
Imm, zla and zla again..thanks babes!

Ucapan Penerima Award :
Terima kasih kepada peminat2 blog saya .Tanpa sokongan anda, sudah tentu tiadalah Being Coach Potato dalam blog list anda..hehehe
..( to kili: dengan munculnyer entry nih, maka dpt lah blog nih terpublish dlm top10 blog list ko ye )


Imm to Nik "member kamceng masa kat UPM dulu. Byk jasanya kpdku terutama masa nak siapkan assignment pasal programming. Career s'rang menyimpang jauh dari Food Engineering tetapi merupakan major skill and her speciality..programmer. Betulkan Nik? "

Nik to Imm: xder la major skill..my major skill masih berkaitan food engineering yakni makan (food) dgn kelajuan maksima (engineering) ..hehehe..


zla to Nik "Senior masa uni dulu2 ni..sangat suka blog nye..Kakak Senior yang sweet sangat!"

Nik to zla : owh my x-junior, thanks..btw, akak pun xtau tang maner la yg sweet tuh =)

ok..jom kiter lihat awards aperkah yg diberikan kpd Being Coach Potato..

First award given by Imm, the supermom



2nd award given by zla, the gorgeous makeup artist



3rd award given by zla again..yeah..



Nota Hari Anugerah : Selain awards, turut disertakan dlm pakej hadiah adalah 'Tagged'..so, next entry will be on Award Tagged..wait and see who will be given these valuable awards..( sori ya..mengejar masa ( sambil mencuri tulang yg bersepah ) ketika menaip entry ini..so, x sempat nk jawab tagged award tuh..(maklumlah menyalahgunakan masa 'free' di opis namernya kan..)

Friday, May 22, 2009

:: Singular vs Plural

Tagged by cik hanybunny yg bleh jawab ngn jujur soklan2 tag nih coz dia dh nk kawen..

  • Tetibe aku rase cam x mampu nk jawab tagged nih..hahaha..fail..!!
  • Tetibe aku rase pelik kenapa tagged sebegini rupa diwujudkan..hahaha
  • Tetibe aku rase was-was nk jawab ke tak..
  • ...tetibe aku rase "ala, ko jawab jer la..lagipun ko xder entry nk post kann..kann"

How old are you?.........
26 thn 12 hari

Are you single?.........
singular..

At what age do you think you'll get married?.......
selepas 26 tahun 12 hari..so, pepandai la korang kire..infiniti kan..maknernyer..not thinking yet..bleh?..hehee..


Do you think you’ll be marrying the person you are with now?.....
who is the person with me now..sila jawab..sila jawab..aku sendrik pun x tahu..korang tahu ker?

If not, who do you want to marry?....
hoho..soklan nih sesuai utk mereka2 yg byk pasang spare part ..hehehe..

Who will be your bridesmain & bestman?.....
nanti aku bukak online application utk kedua2 position nih..so, yg berkelayakan jer akan dipertimbangkan..

Do you want a garden / beach or traditional wedding?....
kite org melayu..ikut adat..

Where do you plan to go on honeymoon?...
if each airport still menjalankan quarantine utk H1N1, and tambang Air Asia/ MAS x semurah tambang bas balik ke kampung ku, maka duk diam2 la dlm Malaysia..hehehe


How many guest do you think you’ll invite?....
depends on price of sekeping kad kawen..hahaha..semakin murah, semakin ramai dijemput..hehehe..


Will that include your exes?....
of cos..dgn syarat mereka2 ini tidak berkonspirasi utk merosakkan majlis ..hehhee..


How many layers of cake do you want?....
London layer cake yg Erra Fazira jadi duta tuh ader berapa layer ek?


When do you want to get married, morning or evening?....
morning


Name the song / tune you’d like to play at your wedding?...
The song that composed by me..hehehe..ikut halwa telinga sendrik..


Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork, knife?....
setiap meja disediakan perkakas di bawah..maknernyer..gune jer tangan



Champagne or red wine?...
not for both..ice blended bleh?hehehe


Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?.....
depends on laporan kaji cuaca tempat yg nk pegi tuh..


Money or household items?....
both.


How many kids would you like to have?....
rezki jgn ditolak..


Will you record your honeymoon in DVD / CD?.....
setakat digicam berharga less than 0.6k tuh, cukup la setakat amik gambar..tu pun kalu ader budget , maka dicuci gmbr2 itu, if not, simpan jer dlm pendrive or upload secara percuma di facebook..hehehe..


TAG kawan2 yg blom kawen seperti:
zla
cipah
zuhair
zakia

dan mereka2 yg masih lagi in singular mode ;)


Nota singular: yeahh..balik kg ari nih with him ;)

Monday, May 18, 2009

:: Di manakah 23?

Tagged by cik hanyBunny yg sudah arif mengetag org lain..hehehe

1.Bekas kekasih saya adalah

> invisible atau dgn kater lain tidak wujud sama sekali setakat 26 tahun ini..hehee..


2.Saya sedang mendengar
>ketukan kibod sendiri utk menaip ayat2 nih..


3.Mungkin saya patut
>datang opis awal esok..


4.Saya suka beli
>makanan..sebab makanan membina sel-sel neutron otak ku untuk
menguatkan daya ingatan, peka dan cerdas berpikir..sebab tuh, kalu
ngantuk kt opis, aku kene cari makanan to boost my mind power..hehehe..


5.Sahabat-sahabat baik
>adalah mereka2 yg x meng'ghaib'kan diri di kala aku dlm zone kesusahan, juga yg sentiasa membimbing aku ke jalan yg benar walaupun peta jalan tuh bersimpang siur..


6.Saya tak paham
>kenapa saya xder mood nk buat kije ari nih..dh nk balik, baru mood tuh dtg..alamatnyer, simpan jer la mood tuh utk esok..hehehe...


7.Saya kehilangan
>berat badan..yuhoooo...hahahha..kan best kalu statement nih sahih kebenarannya..tp actually saya kehilangan mood utk bekerja ari nih coz ari nih ari isnin..bleh? tp esok, belum tentu saya dapat jejak kasih ngn mood kerja..kecuali dlm mode mengejar dateline..


8.Ramai yang berkata
>"Nik, r u ok?" , "ehh..semua nampak samer.." [ merujuk wajah kami adik beradik berempat]


9.Makna nama
>Nikmat Itu Kemudian...hahaha..bleh plak..tp itulah kata2 my
childhood frenz tulis dlm autograph aku time darjah lima dulu..Juliana Baderi namenyer..[zaman budak2 dulu, siap ader 2 buku autograph..budget ramai peminat la..hahaha..tp ayat default or fames adalah " Semoga awak berjaya di dalam apa jua bidang" =)]..


10.Cinta itu adalah
> tajuk filem arahan Kabir Bhatia yg dilakonkan oleh Rashidi Ishak, Rita Rudaini,Sharifah Amani..


11.Di suatu tempat
>housemate2ku telah pun beristirehat sambil makan keropok goreng kut...sedangkan aku still duk ngadap monitor di bawah hembusan angin aircond yg x consistent..sekejap panas..sekejap sejuk..dan kini terlampau sejuk..


12.Saya akan
>berusaha sedaya upaya utk dapatkan lesen sebelum raya puasa tahun nih..insyaAllah..ye member2 ku sekalian, doakanlah agar salah satu azam 2009 member mu yg seorg nih tercapai..amin. =)


13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
>Cikgu ajar SELAMANYA tuh bukan ayat la..tuh perkataan..patut soklan tag ditukar kpd..Perkataan SELAMANYA membawa maksud AGELESS ..hehe


14.Telefon bimbit saya
>yg terkini adalah hasil trade in ngn handset adik..nk harapkan aku beli baru, lambat la coz x obses sgt bab2 hset2 terkini di pasaran..cukup la ngn Nokia XpressMusic nih =)


15.Bila saya terjaga dari tidur
>didapati roomate dan housemate yg lain sudah hilang...ye la, org lain masuk kije kul 8, tp kul 8 , aku still berselimut..hehehe


16.Saya paling meluat apabila orang
>yg jenis depan cakap lain, belakang cakap lain..dengan kata lain, dia nih adalah translator yg 'bagus'..


17.Pesta/Parti adalah
>tmpt yg korang bleh improve ur social skill..dan seharusnya kite perlu bersosial secara sihat..jgn join parti liar n yg menyesatkan akidah dahhh..ingat tuh, kawan2..renung2kan lah ye..


18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
>garfield..cumil kan..kat maner jumpe??? hah..kt dlm screen monitor 14" jenama Compad..hehe


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
>time jadi budak skolah rendah..best tuh, bleh lompat2 main getah..bleh main Police n Thief, pendek kater, otak adalah kreatif ketika di usia kanak2..betul x? hehehe..



20.Hari ini
>saya mendapat aura berbreakfast ngn buat sandwich sardin, then makan 2 keping di rumah, dan sekeping sebaik sahaja sampai opis ..kalu x, memang aku selalu jer escape breakfast, pastu kul 11, dh bergelumpur lapar menunggu time lunch hour....hari ini juga aku ngn komitednya menaip entry nih di opis..hehehe..sori bos =) sebagai terapi jari-jemari ku yg kejang coz x menaip aper2 during weekend yg lepas..hahaha..


21.Malam ini saya akan
>basuh baju dgn kaedah cucian tangan..hehehe..gunalah TOP..time hujan pun, baju x berbau hapak..


22.Esok pula saya akan
>jadi yg lebih baik daripada hari ini..[ ayat penuh poyoness ]..dgn kater lain, berusaha tidak menghapdet blog ketika opis hour..


24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini...
> cermin tuh x pecah..hehehe..


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan paling best ialah
>Pusat membeli-belah paling best :Jusco
>arked permainan paling best : tanah lapang depan kuarters kem batu 10 dulu..masuk kategori arked x? hehehe


26.Makanan Barat atau Jepun
>Barat coz Japanase food x compatible ngn anak tekak..pernah try sushi, pastu dh hilang selera..hehehe..


27.Bilik yang terang atau gelap
>terang. otherwise, rabun..


28.Makanan segera adalah menggemukkan
>lagi melazatkan sehingga menjilat jari..=)


29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
>"ya..udah..7.20" [ reply ym my indonesian colleague yg bertanyakan waktu maghrib sudah masuk atau blum ]


*****************************************
Mari sambung tag ini ..

saper2 nk terlibat dgn kesinambungan tag nih, dialu-alukan..tiada charge tersembunyi dikenakan.. ;)

Nota 23: serius, xder mood buat kije..mood nk balik kg jer...huhuuu

Saturday, May 9, 2009

:: Jogathon Tagged Series 2 - Tagged in FIVE (5)

Tagged by cik HanyBunny yg baru bertunang..hehe..congrates!

1. What were you doing five years ago?
jap..nk kire tuh tahun biler =)

ok..mari merentas masa bersama mesin merentas masa yg dipinjamkan oleh doraemon setelah dirasuah ngn sedozen kuih Dorayaki (どら焼き, どらやき, 銅鑼焼き, ドラ焼き) ..setibanya tahun 2004 itu, aku telah melihat situasi2 berikut:

::di bilik C-439, Kolej Ke-11, UPM , seorg mahasiswi tgh tido manakala roomatenya sedang study..

:: di bilik tutorial, Fakulti Kejuruteraan, UPM, seorg mahasiswi membuka pintu bilik tersebut lalu class tergendala jap..berikutan seat depan dh penuh, so mahasiswi itu mengambil seat di belakang sekali..then dia start blur ngn topik aper yg lecturer tgh ajar tuh..

:: secara accuratenya, 10 mei 2004, seorg mahasiswi menyambut ulang tahun ke-21.

2. What were the 5 things on your to do list today?

:: join aktiviti poco-poco kt tmn perumahan.

:: pegi pasar sg besi..stok utk masak bekalan ke opis =)

:: jumpe cousin kt putrajaya- amik karipap kurma sedap yg diorder..=)

:: wish happy mother's day to my beloved Ma and happy anniversary to Ma and Abah

:: update blog serajin yg mungkin before terminate broadband- hahaha..

3. What are 5 snacks that you enjoy?

:: addicted wif IKO..especially pack warna hijau + merah..kt opis, bleh abes kan 4 packs = 8 pieces di depan pc sambil mengetuk kibod tanpa pelawa geng2 opis lain ;P...tp tuh time harga IKO kt Jusco RM6.99..tp skang dh smpi rm8++..so, tetibe dh x addicted..back to biskut tawar je la..hehehe..

:: kerepek termasuk kategori snack x?..lantak la..yg pasti, aku hantu kerepek bawang...aku, kalu time pegi beraya, kalu rumah tuh ader kerepek bawang, harus la aku berterima kasih byk2 kt tuan rumah tuh coz memahami aku..hahaha..

:: keropok goreng yg digoreng oleh housemate ..pastu buat stok byk2 dlm balang dan diletakkan di atas meja makan..wakaf utk saper2 menikmatinya di kala menunggu ikan di dalam kuali or sup dalam periuk siap dimasak...juga menjadi santapan beramai2 di kala berdiskusi aka session mengumpat..hehehe..

:: coklat bar vochelle yg dibeli ngn harga rm2.10-rm2.30 ( hehe..tu price range yg biase aku dpt atau dgn maksud tersurat-> beli coklat bar yg kecik je..)

:: gardenia butterscotch =)

4. What are 5 jobs you've had?

:: cashier utk tempoh seminggu..but tercatat rekod dlm bibliography aku sebagai first time pegang cash machine..hehehe

:: mengutip doh pizza dari mesin doh, pastu leperkan doh guna mesin melanyak doh ( xtahu ape kejadah namer mesin tuh), then letakkan atas acuan pembakar, then bakar dlm oven pembakar yg besar dari saiz oven kt rumah aku..pastu sapu sos atas roti pizza itu ye, puan-puan, then tabur segala bagai bahan2 kt atas roti pizza..pastu freeze..pastu bungkus..masuk dlm kotak..

:: penebar roti canai amatur..

:: on pc, bukak macromedia flash, menekan F9 pada keyframe..then, tulislah ngn bahasa yg org normal x paham..tp computer jer pahamm.pastu press Ctrl+Enter,,if pepijat aka bug muncul, berusaha sehabis mungkin utk menghapuskannya..warning: jgn guna ubat gegat!

:: promoter/ penyebar flyers kepada pengunjung2 Karnival Halal Kelantan 2005 supaya pegi ke gerai ayam goreng ala kentucky milik tauke ku itu..

:: tukang basuh pinggan/lap meja/amik order/serve ABC Segera di gerai tauke tuh at Karnival Halal Kelantan 2005

:: cari duit extra byr sewa rumah ngn amik job buat system sampai mata cam spesis zombie kampung pisang

eehhh..dh lebih 5 ekk..kire halal la..

5. Tag 5 person and who are they?

:: Dia suka spongebob berwarna pink..tp bukan patric..ye adik2 diluar sana, jgn terpengaruh ngn akak sorang nih, tak ker susah nk cari tuh spongebob warna pink..

:: Dia masih setia untuk berblogging thru friendster, sapa2 nk produk Mardi, usha2 lah org ini..hehe

:: Dia suka membayar hutang tag ngn menulis tazkirah..bagus2..saya suka, tp tag nih x ader pengecualian yer..hehe

:: "Ok puan-puan, resepi masakan kite hujung minggu ini adalah ayam masak kicap yg diupgradekan mengikut selera anak tekak saya"

:: "Ummi, sambil2 dodoikan muaz, ummi jawab la tag aunty Nik tuh yer.."

Saturday, February 21, 2009

:: Bayar hutang dengan hanya menulis entri

Pisang emas dibawa belayar.
Masak sebiji di atas peti.
Hutang emas boleh dibayar.
Hutang Tag haruslah dibayar di dalam entri..hehe

"Nik…..sue tlh mengetag nik…..sile lah yerk…"

dengan ini pemilik blog ingin mengisytiharkan bahawasanyer penge'tag'an oleh Sue ini adalah yg ter'first' sepanjang riwayat blog ini..kesian kan, maklum la 'blog yg x bleh cari makan' camni memang x pernah kene tag....
[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this].


Random Habitat Habits of mine


1.habit semulajadi since zaman sekolah tp bleh diubah jika kuat pendirian:

I'm not a morning-person..but,bleh berjaga aka x tido smpi kul 6 am mengadap pc.....adhoc azam 2009: Datang opis seawal yg mungkin..myb seawal bas rapid kl and komuter mula menghidupkan enjinnyer.... hahaha.. melampau awal la tuh!!

2.habit biler dh tgk cite seram kt TV :

last week, layan citer antu bollywood kt TV9 ngn title "Bhool Bhulaiyaa"..smpi kul 1.30 am..trus x bleh tido...terimagine2 antu Manjulika depan mata..double dush!!..tp citer tuh xder la seram sgt pun..saje jer, buat2 feel seram biler nk tutup mata..satu lagi habit biler tgk citer seram adalah menghadkan sisi dan sudut penglihatan dgn objek2 berdekatan seperti bantal, buku ( tetibe kusyuk baca buku), sweater ( diapply ketika dlm wayang..org sebelah aku akan menjerit biler hantu depan skrin tetibe menjelma sebelah dia, berselubung semacam..hhehe )turut menjadi kebiasaan aku biler tgk citer seram, if feature antu tuh cam real jer,next time, aku x akan tgk part antu tuh keluar sehinggalah pertanyaan aku kpd rakan senonton "wei, antu tuh ader lagi ker" dibalas "dah..dah..dah xder dah."

3.habit biler duk kat opis - Part 1:

kasut yg dipakai seawal sampai di opis telah dicampak ke bawah meja lalu dicapai selipar made in japan berwarna biru yg dibeli di Tesco ngn harga berpatutan di mana lokasi penempatannya adalah di tepi dustbin.. tp akan tergopoh gapah mencari semula kasut jika dipanggil supervisor or meeting time...hehehe..kewujudan aku di opis tuh sukar dikesan berikutan kurangnyer aktiviti berlegar2 di dlm opis melainkan hanya dpt melihat aku yg berwajah serius di depan pc..staff yg commited ngn kije namernyer nih..hahahha..sile pantau history kt browser Firefox budak nih..check juga folder Download dlm My Document..lol

4. habit biler duk kat opis - Part 2 :

If ngantuk tahap melampau, akan duduk bersila atas kerusi..hehehe..if ader makanan atas meja, aku akan makan smpi abes eventho dlm keadaan separa sedar..hehhe..nih bleh diklasifikasi as teknik meditasi yg memerlukan kehadiran sumber protein, karbohidrat, lemak dan vitamin..

satu bar coklat vochelle or goreng pisang yg dibeli kt Faber ngn harga rm1 bleh diabeskan depan pc if mengantuk..ajaib tuh..

5. habit biler duk kat opis - Part 3:

aku x reti nk tulis kemas2 dlm note book..6 bulan berkije kt opis ni, dh 2 buku note aku gune..and aku sendiri pening tgk catatan yg aku tulis dlm buku2 tuh..Kak Mas, nanti nik nk mintak note book baru lagi..hhehe..

6. habit biler duk kat opis - Part 4 :

almost abeskan lunch time kt food court Faber..menu lauk paling di'demand' adalah ikan keli..dulu, after SPM baru aku tau ikan keli tuh camner rupernyer..dush..tuh pun aku blaja2 makan time blaja kt matrix kuala pilah..ye la, kuala besut tuh tepi laut, so, almost makan ikan laut jer dulu..hehehe..but, since jatuh sakit last week, aku dh kurang selera nk makan ikan keli..hmm..

7. habit kalu dh masuk bilik air:

Aku kasi peluang sape2 masuk bilik air dulu sebelum turn aku masuk..otherwise aku akan dimaki hamun coz "Saya x pakai jam dalam bilik air..lagipun jam saya tidak kalis air macam jam anda"..hehehehe..owh, aku igt lagi mase kt hostel matrix kuala pilah dulu, time tuh aku tgh tggu turn depan pintu bathroom, pastu ader la sorang budak tepi aku yg time tuh pun tgh tggu turn bathroom sebelah..agaknyer tensen lamer sgt tggu, trus dia sound "wei, mandi bunga ker!"..hehehe..kalu aku la yg duk dlm bathroom tuh time dia sound tuh, sah2 aku kuar dari bathroom tuh ngn menutup muka ngn towel..( or myb situasi begini bleh digunapakai : lalu aku menghulurkan sebekas 7 jenis bunga-bungaan sambil berkata " ye, saya mandi bunga tadi..nampak berseri tak?"

8. habit biler naik bas balik kampung

Aku prefer duk seat tepi tingkap..coz kalu aku tersengguk ketika tido, aku x tersengguk kt bahu org sebelah..aku rela terhantuk kepala kt cermin tingkap bas dari bangun tergaman coz org sebelah tolong kejutkan ngn hatinyer berdialog "ikut suker ati ko nk landing kat bahu aku ye"..

9. habit biler nk memasak..


semua ingredient perlu siap sedia di atas meja..termasuk botol kicap, tomato sos eventho peti ais duk sebelah dapur gas..aku x confident nk masak kalu bahan2 x ader atas meja..x kisah la byk maner bekas kene guner instead of aku jadik kelam kabut time siaran live memasak tuh sehingga boleh mengundang kepada kekeliruan antara botol budu dan botol sos tiram..dush!

10.habit biler menulis entry blog

aku prefer tulis dulu n3 guner notepad..pastu baru aku paste ke blog ..Reason: undercover dari dikesan oleh rakan2 seperiuk nasi aka rakan sekerja coz update blog time opishour..hehehe..yg pasti, ketukan kibod haruslah dalam volume rendah..itu pun still terkantoi ngn org sebelah...."Tgh buat aper tuh Nik..blog?"hahhaha

11.habit ketika menunggu komuter..

aku akan menegur semua org yg ader kat situ sambil bertanya "Tgh tggu komuter ker?.."hahaha....sebetulnyer, aku akan memasang kuasa penjana kesabaran diri utk menunggu ketibaan sang kenderaan awam yg tidak tentu waktu kemunculannyer itu..plus aku akan mencuri 2 dgr perbualan akak2..adik2..kt sekeliling aku..kadang2 kala perbualan diorg memberi maklumat penting dlm kehidupan aku..ecehhh..contoh( kisah benar )..Makcik A: bla..bla..bla..bla..( dlm mandarin)..JUSCO..bla..bla..(masih dlm mandarin)..SALE..bla..bla..(juga dlm mandarin).. Kesimpulannyer, aku dpt tahu yg jusco midvalley ader sale ari tersebut..hehehehe..

12.habit ketika buat programming..

first, second, third attempt sure ader syntax error..hehe..mengamalkan konsep try n error..kalu xder error tuh maknernyer bukan try namernyer..tp copy and paste namernyer..lol..

13.habit sebelum tidur..

Amik wuduk,mengibas tempat tidur sebanyak 3x..sambil membaca 3 Qul..,baca ayat kursi, baca BISMILLAH (Dengan Nama Allah) 21 kali -Membaca Basmallah 21 kali ketika hendak tidur terpelihara pada malam itu drpd syaitan dan drpd kejahatan manusia dan jin dan drpd kecurian & kebakaran serta selamat drpd mati terkejut & terjauh drpd bala & penyakit..Arwah tok aku yg ajar baca bismilah 21x seblum tido mase aku kecik2 dulu..ini sebahagian amalan sunnah Rasulullah SAW. ingat lagi dulu, arwah tok akan tanye " baco doh bismilah?" kalo aku dh nk tido..alhamdulillah, amalan bacaan tuh still diamalkan sehingga ari ni..

14.habit ketika tak mengantuk

celik mata depan pc

15.habit ketika tibanyer 14hb setiap bulan..

liat bayar bil broadband..

16.habit ketika xder idea dh nk tulis aper utk point no 16 nih..


aku akan keluarkan statement "sekian terime kasih"
......................................................................


..ok..ok..hutang tag dh langsai eventho hutang PTPTN byk lagi tertunggak..yeah!!

16 org utk ditagged??? hmm..nanti saya buat cabutan bertuah dulu yer...hahaha..budget cam ramai jer calon utk ditagged..heheh

ok..ok..mereka2 yg bertuah utk ditagged adalah...

drum roll pleaseeee!!!

1. cipah aka cipzzy aka cipz aka shmr

hah cipah, sruh nik hapdet sgt, skang bukan sahaja hapdet malah keprihatinan dan sokongan anda terhadap blog ini dihargai ngn pemberian hadiah berserta kad ucapan tertulis "Anda diTagged!"..hehehe

2. Imm aka Mrs.Eddy aka Muaz's ummi

Imm, eventho Muaz masih terlalu naif utk memahami isi kandungan blog nih, namun dia cukup memahami tanggungjawab yg harus dipikul oleh umminya setelah umminya ditagged oleh aunty Nik..aunty Nik???..hehehe..oleh itu, diyakini Muaz akan berkelakuan baik tanpa merengek ketika umminya mereply tag ini kelak..

3. Zakia aka Hemot aka Angel Hemot merangkap hak milik hati Mr.Kande..

eventho anda begitu sibuk mempamerkan level selera makan anda di status Facebook, ingatlah, anda kini haruslah membuang seketika aktiviti menghapdet status Facebook ngan ayat seperti berikut..
Angel Hemot teringin nak mkn pretzel auntie anne.
Angel Hemot makan popia...uuiii..sedaaaapp....^^.

sebaliknyer, berusaha sekeringat yg anda mampu utk melunaskan tagged ini eventho terpaksa hapdet blog kt opis..hehehe...Jgn risau, praktikkan ilmu LLB @ workplace yg nik perturunkan kan nih.. open up Microsoft Word or Notepad and write blog entries to post later

4. Shariaah aka Bakal Sign Language Interpreter yg Berjaya

hi sha, lamer x hapdet blog..aper???..ooo..xder input..okla..nik kasi idea camner nk kasi blog tuh terhapdet eventho anda rasa cam terdesak..ikutlah saranan /nasihat yg disampaikan dalam serangkap pantun di atas tuh

5.Lindzia aka pemilik kekal cik siti..

hi lindzia, gosip terbaru berhubung diri anda yg anda masih blum reveal dlm blog anda adalah mengenai buah mulut org ramai yg mengatakan anda kini berkecimpung dlm bisnes tudung..eventho, jualan tudung anda begitu laku sehingga x mampu utk menghapdet blog, anggap lah tagged ini sebagai ugutan agar blog anda tidak diabaikan oleh readers yg setia ngn LollyGAgginG LizZy : The Journey Matters kelak..hehe

6.Kili aka lily_killy aka peminat CT Nurhaliza..

eventho anda dh kije gomen, dan di pejabat2 gomen sudah tentu sebarang aktiviti menghapdet blog terjejas dek berlakunyer pem'block'an any blog sites, diyakini anda masih mampu meneruskan profession anda selaku blogger berpangkat PPTM ngan aper sahaja kaedah yg releven..termasuk meng'hack' wireless internet connection rumah jiran sebelah anda..


7-16. Jika namer anda tidak tersenarai di atas, maka namer anda dilistkan utk range no.7 to no.16 dengan ucapan "Terima Kasih kerana still membaca n3 nih sehingga titik noktah."

Nota kaki: Alhamdulillah, dh sihat skang eventho blum sepenuhnyer..