Monday, February 1, 2010

:: Cikgu, saya minat dengar lagu cikgu judul Just Dance tuh...la..la..



Orang kata bukan senang nak jadi cikgu..apatah lagi cikgu yang baik kan..banyak betul cabaran..Tahap kesabaran tuh memang kena 101%..

Di awal sesi persekolahan 2010, di dalam kelas 1A (bukan nama kelas sebenar..hehe)

Cabaran cikgu yang pertama
Cikgu: ok, sila eja nama cikgu?

Murid 1 : R-O-G-A-Y-A-H

Murid 1 :ROGAGA

dengar elok2 ye..R-O-G-A-Y-A-H = ROGAGA..

adik sayang..cikgu kamu bukan adik beradik Lady Gaga ye..


Cabaran cikgu yang kedua
Cikgu: Awak letak kat mana beg sekolah awak?

Murid 2:Saya simpan kat longkang semalam. Hari ni saya pegi semula,longkang tuh dah tak ada..


Cikgu: ????


adik sayang..rajin betul ye DBKL pegi timbus longkang tuh ye..

al-kisahnya, murid 2 tuh memang selalu melarikan diri ketika waktu sekolah sehingga ayahnya terpaksa tunggu di sekolah untuk memantaunya..pernah juga cikgu ini terpaksa berlari dengan high heel untuk mengejar dia..nasib baik ada parent kat pintu pagar ketika itu..

Cikgu: Tolong pegang budak tuh!!

Akhirnya murid 2 berjaya 'ditangkap'..

Sambungan cabaran cikgu di kisah 2

Cikgu: Rajin kamu hari ini(kamu dah penat berlari ke?)

Murid 2: Ayah saya kata kalau saya rajin belajar, dia nak bawak saya pegi tengok wayang


adik sayang..jangan lari dari kelas lagi ye..penat cikgu nak bilang jumlah pelajar setiap kali masuk kelas..dan bila jumlahnya tak cukup, cikgu rasa nak pengsan..dan kamu penyebabnya..

Sambungan cabaran cikgu di kisah 2

Di perhimpunan, tetiba..

Murid 2: Cikgu,saya tak tahu macam mana nak lukis bulatan yang cikgu suruh lukis semalam..
adik sayang...walaupun ayah kamu dah janji nak bawak kamu pergi tengok wayang kalau kamu rajin belajar, tapi tunggulah lagu Negaraku habis berkumandang ye..


Note: Kisah ini adalah kisah benar, dikongsi oleh housemate ku..serius, aku kagum tgk housemate aku yang sorang nih..akak nih memang cikgu yang sabar sgt walaupun nama dia bukan cikgu Sabariah..

Sunday, January 31, 2010

:: How to boost your energy to press keyboard?

Aku mengamalkan pengambilan sumber karbohidrat, protein, lemak, kalsium, vitamin yang disumbangkan oleh mereka2 ini:


..dan ternyata mampu meningkatkan kecekapan sehingga level p.s.m sudah layak untuk memohon jawatan pembantu tadbir N17..hehe..

..dan ternyata 7e kt opis tuh untung besar sebab ada customer seperti ini smpi cashier kat situ dh cam aku dan dh bleh agak aper yang aku akan beli sejurus aku bukak pintu 7e tuh..Roti adalah wajib!!..hhaha..

..dan sudah pasti setiap hari akak cleaner opis menjumpai pembungkus2 roti dan kotak dutch lady itu dlm bakul sampah..

owh, cerita pasal bakul sampah..

Bos: eh, bakul sampah bilik saya kat maner ye? ari tu sy letak kt luar nih..


Sebelum tuh, aku pelik gak nape ader 2 bakul sampah kt tempat aku ( adakah sebab aku byk buang sampah?? mungkin juga satu bentuk keperlian oleh akak cleaner barangkali)

Aku: Owh..ada kat sini..tapi bukan nik yang amik (muka innocent)

Bos: hahaha..( patutkah dideduct gaji pekerja aku nih coz menyalahgunakan hak milik orang lain??)

Note: Roti High5 Sosej Roll tuh mula2 aku beli ngn harga rm1.50, dua hari lepas tuh terus naik harga rm1.70..(perlukah bukak kilang roti sendirik lepas ni?) ..roti nih bleh disejukbeku utk tempoh penggunaan selama sebulan.. (paham x ayat aku nih?) maksudnya..kalu nk tahan lama, simpan jer la dlm peti ais.. tp aku memang x sempat nk simpan la, sure terus makan kalu dh depan mata kan...hehehe..

Saturday, January 30, 2010

:: Tahukah kamu berapa harga tiket komuter yang paling murah?

Since komuter menjadi pengangkutan kesayangan diri, aku tak pernah lagi berdepan dengan fenomena ini..mari saksikan..

Seperti biasa, menunggu ketibaan komuter rawang di platform 2..cuaca yang panas terik sehingga penunggu komuter(owh..tak bleh guna istilah penunggu..kelihatan wujudnya unsur mistik di situ..hehe..) pengguna2 komuter terpaksa berdiri dgn jarak menghampiri garisan kuning.kelihatan seorang gadis depan aku yang agak gelisah..mungkin dia sudah lama menunggu kenderaan kuning biru itu muncul..sepatutnya aku jugak harus gelisah kerana bakal lewat masuk ke opis..

Ok, apabila kenderaan berwarna kuning biru itu muncul, maka dengan penuh 'sopan santun' kami dpt masuk ke dalam walaupun hakikatnya tiada seat lagi..so,port yang sesuai utk bersandar adalah tepi pintu..

Melihat panorama yang sama sesungguhnya membosankan..namun dapat menguji minda dan ingatan..contoh:'eh..semalam pokok tuh ader lagi..ari nih dah takder'...juga mungkin juga mampu untuk membilang kuantiti tiang-tiang elektrik sepanjang perjalanan..ok, memang bosan kalu tiada ipod atau handphone yg canggih ketika ini..sepatutnya harus mengikut saranan iklan "Pupuk budaya membaca" yang disiarkan kat tv tuh..tapi serius, aku pernah la try baca buku dalam tren, tapi lepas tuh rasa macam 'bukan diri sendiri plak'..hehe..aku memang jenis yang tak boleh baca buku dalam kenderaan yang bergerak (yang tak bergerak masih boleh diconsider) melainkan membaca papan2 iklan dalam tren dan map perjalanan tren ( sehingga mampu menghafal kesemua laluan tren..haha..KTMB ada keje kosong as co-pilot tak??)

Tengah kusyuk mengira tiang-tiang elektrik dan menghijaukan anak mata dengan pokok-pokok yang menghembuskan oksigen ke udara, tetiba datang seorang perempuan cina berdiri depan aku,menghulurkan tangan lalu meminta sedekah dengan alasan tidak makan apa-apa lagik..ok, serius, aku time tuh 99.99% blur..aku tengok jer muka perempuan tuh..melihat aku yang masih statik seperti terkena kejutan elektrik, perempuan tuh terus mintak duit lagik..setelah paras ke'blur'an turun ke level 50%, aku terus mengelengkan kepala sambil sedekahkan senyuman..ok,actually aku kesal sebab aku gelengkan kepala dan tidak sedekah duit..tapi serius, aku sebenarnya terkejut dan pelik kenapa ada orang mintak sedekah dalam komuter..dan bagaimana dia boleh masuk dalam komuter sedangkan komuter tak pernah kasi khidmat percuma kan..dan aku pun tak tahu ke mana hala tuju perempuan tuh sebenarnya.. Tapi, lepas perempuan tuh pegi ke arah penumpang lain, terdetik dalam pikiran aku, kalu la aku ada makanan dalam beg time tuh, sure aku kasi dia..tapi ada di kalangan mereka2 nih memang akan tolak pemberian makanan sebaliknya masih bertegas mahukan duit (owh mungkin makanan itu tidak semahal makanan yang diorang nak beli)..entah kenapa la hati aku tak terbuka nak kasi duit kat dia..ralat jugak aku time tuh..Penumpang-penumpang lain juga kelihatan menggelengkan kepala tatkala perempuan tuh menuju ke arah mereka..sehingga ada yang baik hati kasi duit..dan perempuan tuh siap tunduk2 kan kepala dia tanda terima kasih..

Aku hanya mampu doakan agar hidup perempuan itu dikurniakan kesejahteraan..

Kat opis , aku cerita kat member2 semeja makan..then, seorang colleague aku yang juga pengguna komuter yang setia mengakui pernah jumpa perempuan tuh..sebab tak mungkin ada perempuan lain yang pemakaian dan karakter seperti perempuan yang aku jumpa kat komuter itu dan menaiki komuter dengan niat meminta sedekah..

Member aku tuh pernah kasi sedekah kat perempuan tuh yang mana menggunakan modus operandi yang sama iaitu meminta sedekah sebab tak makan lagik..

Menurut cerita member aku nih, selepas member aku kasi duit, then bila tiba time orang sebelah member aku nak kasi duit, dia siap demand nak berapa ringgit dengan alasan nak cukupkan rm5(owh mungkin dia nak beli nasi ayam spesel kut)....then, perempuan tuh pun pegi ke arah platform lain..member aku dah rasa pelik coz dia ingatkan perempuan tuh nak pegi beli makanan ,tapi rupanya dia ke platform lain dan menaiki komuter ke arah lain plak..( tukar shift kerja kut..)

Keesokan harinya, seperti biasa member aku nih menunggu komuter di platform yang sama, then perempuan tuh datang untuk menjalankan tugasannya..dan bila dia mintak dengan member aku tuh, terus member aku sound.. "Semalam I nampak u pegi platform lain, bukan
pegi beli makanan" .. then perempuan tuh pun menjawab " Owh, you dah kasi ye semalam"..lalu 'melarikan diri' dengan muka tak bersalah..dush!!..Lain kali sediakan resit pembayaran..

Ok, tu lah pengalaman pertama aku tgk orang mintak sedekah dalam komuter..tapi menurut member aku, ada juga yang berkerusi roda mintak sedekah dalam komuter..tapi di'tangkap' oleh seorang polis ketika dia tgh sibuk memintak sedekah..cuba bayangkan kalu komuter tgh padat cam tin sardin..tetiba ada yang sibuk2 kan diri berjalan2 nk mintak sedekah..salah tempat namanya..

Ok, aku akui aku juga agak was-was ngn niat sebenar sesetengah org yang mintak sedekah..mungkin niat mereka tulus (betul2 perlukan bantuan)..namun hati manusia siapalah yang dapat baca melainkan Penciptanya..

Tapi, aku yakinkan diri sesungguhnya nak menderma atau tidak, itu datang dari hati masing-masing..yang penting ikhlas..walaupun orang tuh ada niat lain..sekurang-kurangnya niat kita betul..kita sedekah bukan kerana orang itu tapi kerana Allah SWT..



Note: Setelah bertapa sekian lama, akhirnya aku berjaya publishkan satu entry..yeah!!Tepuk-tepuk tangan kasi semangat kat diri sendiri agar ada semangat utk entry seterusnya..owh,rasanya perlu sambung bertapa seketika utk prepare research presentation dan draft utk freelance job yang baru dapat..hehe..doakan diri ini dimurahkan rezeki ye kawan-kawan.. nak gak pakai kereta cam korang..hehe..ye, azam aku utk dapatkan lesen tahun lepas terlaksana walaupun amik test 3 kali..hahaha..berkat doa korang gak..alhamdulillah..

Thursday, January 7, 2010

:: Dia tidak sibuk sebenarnya..



Sibuk kah dia?

Ya, kadang-kadang dia begitu sibuk

tp kadang-kadang juga dia kelihatan tersenyum-senyum malah tergelak-gelak mengadap skrin monitor

seharusnya skop kerjanya tidak mampu membuatkan dia tersenyum melainkan terjumpa pepijat (bug) yang dihasilkan berikutan kebodohan diri sendiri ketika begitu yakin dapat menghasilkan aturcara yang hebat

juga tiada kedengaran ketukan papan kekunci sedangkan skop
kerjanya mempunyai 'chemistry' dengan perkakas itu..


Pendek kata, walaupun dia tidak sesibuk seperti hujung tahun lepas di mana masih bekerja di saat bas express hampir tiba di platform Hentian Putra..namun, dia masih berlagak malas untuk menjalankan tanggungjawabnya terhadap
.

..

...

Being Coach Potato
...

..
.
Dia sebenarnya sibuk membaca blog-blog blogger yang begitu rajin mengemaskini blog masing-masing walaupun hanya dengan menulis "Tak tahu nak tulis entri ape"..tapi pendapatan hasil nuffnang mereka begitu tinggi nilainya..haha

Ok, sampai di sini dahulu coretan mengenai dia ..saya akan menyuruh dia mengemaskini Being Coach Potato dengan isi kandungan yang lebih bernas dan boleh difahami oleh pelajar tahun 1-6 di mana bahasa standard akan cuba digunakan bergantung kepada mood si dia itu..

ok, kelihatan dia sudah hendak pulang awal berikutan dia tidak lagi sibuk sejak kebelakangan ini..






Monday, December 21, 2009

:: Ingin mahir menggunakan Adobe Photoshop?



Adobe Photoshop
? Anda pastinya telah mengenali perisian terhebat ini, dan anda juga pasti tahu apakah pula fungsi-fungsinya.

Ok, mari kita senaraikan apakah fungsi-fungsi asas Adobe Photoshop yang anda tahu. Adobe Photoshop berfungsi untuk :

1.Mengedit Gambar
2.Melukis
3.Mewarna
4.Membuat Laman Web
5.Mencipta Animasi
6.Menghasilkan Grafik
7.Membuat Bentuk Yang Kompleks
8.Menghasilkan Tulisan (Font)
9.Membuat Banner
10.Menghasilkan Ilustrasi
11.Dan Banyak Lagi!

Wah, banyak juga yang anda tahu ya? Akan tetapi itu baru sahaja fungsi-fungsi asas! Adobe Photoshop mempunyai lebih daripada 9000 teknik untuk fungsi ‘mengedit gambar’ sahaja. Belum pun termasuk fungsi-fungsi yang lain.

Oleh kerana itulah ianya digunakan secara meluas oleh semua orang di seluruh dunia. Perisian ini mampu melakukan hampir apa sahaja tugas yang berkaitan dengan grafik. Dan kami yakin anda pun tahu tentang hakikat ini.

Tapi cukupkah dengan sekadar tahu? Tentu sekali TIDAK! Anda perlulah mahir dengan perisian ini untuk menggunakan fungsi-fungsi asas di atas. Bagaimana pula untuk anda memahirkan diri dengan perisian ini? Tentulah dengan anda berusaha untuk mempelajarinya.

Namun, belajar sendiri Adobe Photoshop bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan masa yang banyak dan percubaan demi percubaan yang pastinya sungguh membosankan!

Akan tetapi kami telah menyediakan sesuatu yang akan memudahkan anda, sesuatu yang akan menjimatkan masa anda, sesuatu yang menjadikan Adobe Photoshop seronok untuk dipelajari, sesuatu yang telah menjadi rahsia ramai Pereka Grafik! Dan pastinya sesuatu yang akan menjadikan anda seorang ‘pakar’ di dalam menggunakan Perisian Adobe Photoshop! Adakah anda ingin tahu apakah bendanya SESUATU ini??


DVD Raja Grafik Malaya
kini di pasaran



  • Photoshop & Illustrator Vector (more than 5,000 files)
  • Photoshop Action (more than 1,000 PS actions)
  • Photoshop Plugin (more than 1,800 PS plugins)
  • Photoshop Shapes (more than 300 PS shapes)
  • Photoshop Brushes (more than 350 PS brushes)
  • Photoshop Styles (more than 800 PS styles)
  • Photoshop Gradients (more than 300 PS gradients)
  • Fonts Collection (more than 1,000 premium fonts + 1 software)
  • Web 2.0 Icon (more than 200 web 2.0 icons)
  • Various Mix Icon (more than 16,000 icons)
  • Wallpapers (more than 1,200 HD wallpapers)
  • Flash Website Templates (50 Premium Flash Templates)
  • Stock Photo (more than 300 stock photos)
  • 1000 Photoshop Tricks Tutorial
  • Portable Adobe Photoshop CS4
  • Portable Adobe Illustrator CS3
  • Portable Adobe Dreamweaver CS4
  • 9 Ebook Photoshop Tutorials, HTML & CSS, Photography, Blogging
  • Video Tutorial Cara-cara Menggunakan Adobe Photoshop
Anda tidak perlu lagi membazirkan masa dan wang ringgit mencari grafik yang menarik untuk design anda. File Grafik, Photoshop & Illustrator yang telah dipilih secara professional oleh seluruh web designer, photographer & webmaster di dunia dan forum terkemuka dimuatkan di dalam dvd ini.

Anda pasti tidak menyesal setelah mendapatkan
DVD Raja Grafik Malaya


Dapatkan segera DVD Raja Grafik Malaya untuk melengkapkan skill anda.

DVD ekslusif ini boleh diperolehi di sini dengan harga yg berpatutan.

Jangan lepaskan peluang ini.

Klik di sini untuk pembelian.

Wednesday, December 2, 2009

:: Quick Update on Jam's Wedding Reception

Tarikh: 29 Nov 2009
Lokasi: Telok Panglima Garang,Banting



Pengantin yg ader iras2 Dato' CT kan...



dan temanya adalah hijau epal yg menyegarkan..



Percubaan mereka2 yg nk close-up muka pengantin..hehehe..


dan inilah pasangannya -> Cikgu Jamilah & Cikgu Nizam




Pengantin duduk lepak jap sambil kasi peluang wartawan hiburan amek gambar...hehee



Azie,pengapit yg sudi memayungkan diri sendiri..bukan nk payungkan pengantin..hahaha..


Selamat Pengantin Baru Buat Jam dan Nizam

Semoga berbahagia selalu hingga akhir hayat..ameen..



Note: Geng2 KPM sekalian yg x dpt hadir, dimaklumkan bahawasanya nasi minyak sgt la sedap..licin pinggan..siap ader rojak buah..suke..suke..hehehe. Mekasih Nurul coz tumpangkan Nik BTS-Banting-BTS..hehee..nanti nik belanja nasik ayam ye ;)