Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, March 9, 2012

:: Begini kisahnya...

Banyak kisah actually sejak last entry...tapi hold dulu atau simpan baik2 dalam freezer supaya beku begitu sahaja..hehe

Permulaan 2012 ni agak mencabar sikit..rasa down, stress, sakit..tapi alhamdulillah, rezeki kurniaanNya masih tidak putus..Itu namanya ada hikmah di sebalik ujian Allah..Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..

Begitulah kisahnya..aik!haha..see you on next entry for proper reading..kalu ada la..hehe

Friday, August 26, 2011

:: Ucapan raya daripada blogger yang tak tegar

Selamat Hari Raya Aidilfitri [Syawal 1432H] kepada semua kenalan yang berkunjung ke sini..

Maaf kalau terasa hati dengan entri-entri sebelum ini atau berasa tertipu setelah bersungguh-sungguh google sesuatu keyword, lalu ter ‘landing’ ke sini tanpa menemui hasil pencarian yang sepatutnya..salahkan SEO..hehe..

Ok, ucapan harus seringkas yang boleh memandangkan seperti tahun-tahun lepas, kerja mula bertambah di saat-saat akhir..Redha.

 

Note: Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya..Mari kita menyesakkan lebuhraya Karak dengan berhemah malam ini :)

Wednesday, August 17, 2011

:: Kesedaran di pagi Rabu

1) Anda sedar yang anda terbangun lambat hari ini

2) Anda sedar opis anda tidak berada dalam peta negeri Selangor. (maka tak cuti hari ni)

3) Anda sedar ada sebuah kereta menghalang (block) kereta anda hari ini  

4) Anda sedar yang anda ada beberapa pilihan untuk membolehkan kereta itu dialihkan

5) Anda sedar yang tiada no phone ditinggalkan untuk menghubungi  pemilik kereta itu bagi mengutarakan dialog  “Encik, saya kerja area KL, so boleh alihkan kereta supaya saya dapat ke tempat kerja dengan jayanya?”

6) Anda sedar yang ramai penghuni apartment yang bercuti hari ini (mungkin sedang nyenyak tidur)..maka anda mengabaikan pilihan untuk membunyikan hon kereta di pagi hari..

7) Anda sedar yang hand break kereta itu tak ditarik ..maka aktiviti menolak kereta itu secara sendirian terpaksa dilakukan

8) Anda sedar tiada orang yang lalu lalang ketika itu untuk membantu aktiviti menolak kereta itu

9)..dan anda  sedar yang anda telah pun selesai melakukan aktiviti senaman di bulan puasa apabila pemilik kereta itu munculkan diri setelah anda berjaya mengalihkan keretanya..”Mengapakah dikau tidak muncul sejak tadi wahai pemilik kereta waja, kalau kereta kancil ok la jugak..

Note: Saya sedar yang saya belum tampal roadtax baru

Thursday, July 14, 2011

:: POWERVEGGIES & FRUITS lebih hebat daripada POWER RANGERS?

Perhatian: Ini bukan iklan berbayar, mahupun pertandingan menulis review anjuran mana-mana pihak. Sekadar coretan seorang pengguna yang baru sahaja habiskan produk itu sebelum memulakan entry ini ..hehe....Abaikan jika anda tetiba seperti melihat seorang promoter produk minuman di depan anda setelah baca baris-baris ayat seterusnya..

 

Bayangkan hasil yang anda akan dapat apabila formula di bawah dimanfaatkan dalam seharian hidup anda ?

Purple Carrot +  Purple Beetroot + Purple Potato + Pumpkin + Spinach + Tomato + Celery + Bluberries + Prune + Lemon + Apple + Pineapple  + Grape  – SUGAR

= 100 % HEALTHY JUICE

 

Ya, mungkin ada yang berimaginasi sesi marathon ke tandas..Lupakan imaginasi itu kerana gabungan formula itu akan menghasilkan produk yang kaya dengan Vitamin C .. sekaligus sumber awet muda dengan adanya kandungan antioxidant yang tinggi.. jika anda ke tandas, itu menunjukkan proses pembuangan toksin dalam badan sedang berlaku..bagus kan.. badan bertambah segar dan muka bertambah ceria..

 

Ok, aktiviti mencuba formula di atas menggunakan blender di dapur mungkin memerlukan komitmen dari segi kos, masa dan tahap kerajinan diri yang boleh berubah mengikut waktu dan umur anda.. Kini, gabungan formula di atas boleh diperoleh dengan mudah di pasaraya berdekatan anda dengan adanya ‘Marigold Peel Fresh Powerveggies & Fruits’ . Cubalah rasai kesegarannya..yeah! Bagi mereka (termasuk diri sendiri) yang kurang makan sayur, eloklah tambah nilai kandungan zat sayur dalam badan dengan minum jus ini..

 

index

Credit to http://vimeo.com/20356005

Note: Jarang ada entry genre camni..hehe..sekadar menggambarkan kesegaran setelah minum Marigold Peel Fresh Powerveggies & Fruits pagi ni , lalu timbul mood nak menaip :D

Thursday, April 28, 2011

:: Mesti Usop Wilcha suka hasil kajian di bawah..

201680_120027541409172_120025774742682_152254_4030927_o

 

 

Malaysia most proficient in English in Asia, 9th globally: Survey

Thursday, April 07, 2011 12:32:26 PM by IANS

Kuala Lumpur, April 7 (IANS) Malaysia has been rated most proficient nation in the use of English language among Asian countries where English is not the mother tongue. It stands ninth globally as per a proficiency index report published here.

In the Education First English Proficiency Index (EF EPI) 2011 report released March 30, Malaysia overtook Hong Kong (at second place), South Korea (third place) and Japan (fourth place).

The report in the New Straits Times does not make any mention of India and other South Asian nations where the English language is used by millions in education, commerce and public discourse.

Malaysia is the only Asian country rated as “high proficiency” for the English proficiency level in the report. All the countries were rated at five different levels — very high proficiency, high proficiency, moderate proficiency, low proficiency and very low proficiency.

Education First, a global education centre, conducted online English tests on 2.3 million working adults globally from year 2007 to 2009. English proficiency was tested in four categories — grammar, vocabulary, reading and listening.

The EF EPI measures the average English proficiency of an entire country and compares English skill levels between countries.

It was the first index of its kind to give countries a standardised measure of English competency in adults, the newspaper said.

There is an ongoing debate in Malaysia whether Mathematics and Science should be taught in English or in the local Bahasa Malaysia.

The Chinese and Indians want this to continue in English.

Prime Minister Najib Razak said last Saturday that the government would study the possibility of using two mediums of instruction in the teaching of Science and Mathematics in schools.

Last July, the Cabinet decided the medium of instruction for Mathematics and Science would revert to Bahasa Malaysia in national schools and mother-tongue languages in national-type schools from next year onwards.

Credit to : http://www.thaindian.com/newsportal/world-news/malaysia-most-proficient-in-english-in-asia-9th-globally-survey_100523089.html 

 

Note: Imbau kembali masa belajar subjek English darjah 5 di SRKPT dulu, siapa-siapa yang salah grammar (Present, Past, Perfect etc), kena jalan itik beramai-ramai..dan masa exam midterm, teacher dah siap warning ,sesiapa yang dapat B akan didenda jalan itik..tapi aku terselamat sebab sebelum mengalami pengalaman pertama jalan itik di depan kelas-kelas lain, abah dah ajak pindah ke kampung…so, tengok itik-itik di kampung berjalan sahajalah..hehe..

Thursday, March 17, 2011

:: Jangkitan Adenovirus

 

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.

Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan. Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lepas.

Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.

Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh. -BERNAMA

 

Tahukah anda apa itu jangkitan adenovirus?

Ok,selepas baca berita di atas tengahari tadi, maka dengan pantas menggoogle perihal virus tersebut. Cukup risau dengan situasi kesihatan sejak dua menjak ini memandangkan seminggu lebih demam yang disertai pakej batuk dan selsema..tapi alhamdulillah, setelah dua kali berjumpa doktor dan setelah disiplinkan diri dengan segala antibiotik, ubat batuk, ubat demam dan ubat selsema, sudah beransur pulih sejak Selasa lepas..adik di Matrik Melaka yang demam dengan sakit tekak sejak Isnin lepas, alhamdulillah sudah sihat hari ini .. di opis, beberapa staff masih tidak sihat sepenuhnya..ada mengadu sakit kepala, sakit tekak...hopefully, tiada apa yang mencurigakan.. insyaAllah.. mungkin faktor cuaca yang tidak menentu tapi bukanlah akibat kesan radiasi . Cuma, segeralah berjumpa doktor apabila sakit (Pesanan untuk diri sendiri juga)

 

Ok, berbalik kepada jangkitan adenovirus. Menurut sumber Britannica Online Encyclopedia, adenovirus adalah salah satu virus dalam kumpulan Adenoviridae, yang dikenalpasti sejak tahun 1950-an. Virus ini dikatakan boleh menyebabkan sakit tekak dan demam di kalangan manusia, hepatitis pada anjing dan beberapa jangkitan kepada haiwan jenis burung, lembu, babi dan monyet.

adenovirus fig1  Adenovirus Electron Microscopy (Credit Microbelibrary.com)

Berdasarkan sumber Berita Harian :

 

Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.


Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD).


Pengamal perubatan, Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.


“Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria,” kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan.


Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru.

 

Kes jangkitan Adenovirus di Pulapol sejak 10 hari lalu dikatakan kes pertama bagi kumpulan yang ramai di Malaysia dan Kementerian Kesihatan masih tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan virus tersebut. Jangkitan virus ini juga dikatakan tidak berjangkit melalui udara .

Antara simptom-simptom awal  jangkitan virus ini adalah :

Demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru.

Untuk maklumat lanjut mengenai virus adenovirus ini, boleh rujuk pada Adenovirus.com.

Sedar tak, semakin banyak penyakit yang tidak diketahui puncanya mula muncul . Dan sedarlah bahawasanya penyakit-penyakit ini adalah salah satu bentuk ujian/musibah yang diturunkan-Nya untuk menginsafkan hamba-Nya di atas segala kesilapan dan kelalaian.

“Dan Kami berikan ujian kepada mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Al-A’raf : 168

Sumber rujukan:

 

Wednesday, February 23, 2011

:: STRESSED diterbalikkan menjadi DESSERTS

Dah terbayangkan pengat pisang kat rumah..dan juga ais-krim solero perisa vanila-lime harga RM1 tuh gara-gara stress dengan kerja-kerja yang complicated hari ini..

Tuesday, February 22, 2011

:: [Pedoman] Amalan Zikir Harian

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:

 

HARI

BACAAN

ISNIN

clip_image003

SELASA

clip_image005

RABU

clip_image006

KHAMIS

clip_image007

JUMAAT

clip_image008

SABTU

clip_image009

AHAD

clip_image010

Friday, February 18, 2011

:: Jejak kasih sebuah kalkulator

Entri SPM 10 tahun lepas telah menyelitkan kisah sebuah kalkulator 3 generasi yang telah diangkut ke dewan peperiksaan gara-gara kalkulator hak milik peribadi telah kehabisan bateri..

2011-02-18_153626

dan bagi memenuhi impian mzhany utk melihat rupa paras kalkulator itu, juga sebagai memenuhi keinginan diri sendiri untuk memegang kembali kalkulator itu, maka gigih bertanya kepada abah pada hari pertama percutian di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang lepas walaupun pertanyaan itu dipandang agak pelik oleh abah dan ma ketika itu..hehe..(balik kampung, tetiba tanya pasal kalkulator, demam panas ke apa?..haha) 

Ternyata bukan aku sahaja yang excited melihat sebuah kalkulator tersimpan rapi di dalam laci itu, malah abah pun menunjukkan kegirangan yang sama dengan bersungguh-sungguh mencari bateri untuk memberi nafas baru kepada kalkulator yang sudah agak kusam rupa parasnya..tidak meletakkan harapan 100% untuk melihat ianya berfungsi seperti sedia kala..sekadar berusaha..

..dan akhirnya…

..dipersembahkan Kalkulator Sharp ELSIMATE EL-215S yang masih gigih memaparkan nombor-nombor dalam skrin hijaunya…

 

SDC14380

  ..Kekusaman rupa parasnya agak jelas kelihatan kan..tapi sudah berjasa..walaupun rupamu sebegini rupa, tetap menjadi pujaan hati sebab membantu score A1 untuk paper account..hehe..

 

 SDC14382 ..Boleh juga digunakan dengan adaptor (EA-17E, 3V)..

 

SDC14381Suis on/off

sharpel215

..dan akhir sekali, inilah rupa paras yang masih suci murni (credit to : Vintage Technology) ..

Menurut informasi daripada Vintage Technology , model kalkulator ini dikeluarkan pada tahun 1980....Cuma model yg digunakan ini ada kod ‘S’ di belakang model series number itu..tak pasti versi apa..tak mungkin Made in China punya edition..haha..maybe ‘S’ for Special..kalkulator ada versi special edition ke macam kereta buatan Malaysia?? hehe..

Ok, sekian dulu ruangan jejak kasih kali ini..ketemu lagi dalam jejak kasih artifak lain yang masih ada dalam simpanan..seperti koleksi surat budak sekolah di zaman tiada handphone dulu kala..itu pun kalau ada lagi Percutian di Pantai Timur Semenanjung Malaysia lagi..hehe..

 

Note: Update entry dengan sepantas kilat  sebab ada orang jerit kat shout box....haha

Thursday, December 30, 2010

:: 31 Dec 2010 - Public Holiday, not only for Malaysian staffs

2010-12-30_191704
Emel daripada HR Manager yang berformat tidak formal :D

Kepada semua, selamat bercuti dan selamat tahun baru 2011

Monday, December 13, 2010

:: TV ALHIJRAH : Dunia Penyiaran Baru dengan pengisian terbaik

50335_147982698565326_6120_n

Sejak heboh diperkatakan di segenap pelusuk tanah air bahawa ada saluran televisyen percuma yang baru,  maka dengan gigih mencapai sebijik remote tv lalu scanning frekuensi 743.25 MHz dan percubaan pertama hanya mempamerkan suara tanpa visual.. sungguh sadis (mungkin kena makan keropok lekor dulu seperti iklan di Sinar FM itu barangkali)..usaha lagi..dan akhirnya, berjaya jugak walaupun kekadang tak clear..mungkin faktor waterfall (air bilasan dari mesin basuh jiran tingkat atas yang sungguh bertatatertib)  telah memesongkan transmisi channel berkenaan..


Saluran ini dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 7 Disember 2010 yg lalu bersamaan 1 Muharam 1432H. Bagaimanapun, siarannya telah bermula secara rasmi pada 1 Disember 2010 setelah melalui proses ujian sejak 1 November lalu. 


Saluran ini mengetengahkan rancangan yang dapat memberi perspektif Islam  yang jelas kepada masyarakat. So, ianya amat sesuai untuk tontonan umum terutama dalam meningkatkan pengetahuan agama dan ianya disampaikan dalam bentuk yang lebih kreatif. Sebagai contoh selepas masuk waktu Maghrib, ada slot ringkas (ala-ala iklan pesanan khidmat masyarakat) mengenai ‘Segerakan Solat’... 

Selain itu, ada segmen Muhasabah yang sesuai untuk kita bermuhasabah diri setiap hari..bacaan ayat-ayat suci Al-Quran juga diperdengarkan di saluran ini..pendek kata, pengisian dalam saluran ini adalah terbaik dan berguna untuk semua.

Berikut adalah Frekuensi Tv Al-Hijrah:
Lembah Klang CH 55 (743.25 MHz),
Pantai Timur CH 41 (631.25 MHz)
Johor CH 40 (623.25)
Sarawak & Sabah CH 37 (599.25 MHz)
Untuk maklumat lanjut mengenai saluran ini, boleh layari http://www.tvalhijrah.com atau sertai fan page TV al-Hijrah di Facebook

Monday, December 6, 2010

:: Info trafik di Sinar Pagi


Selama nih pakai redah je apa-apa highway..tak tahu pun highway nama apa, kalu tahu pun just highway kl-seremban ngn federal highway sahaja..bila dengar info traffic pasal kesesakan lalu-lintas kat mana2 highway yang aku tak tahu belah mana, so abai je la kan..so, pagi tadi dgr info traffic pasal accident kt kesas highway..sebab beranggapan kesas highway tuh tak termasuk dalam peta google map ke opis, maka sekali lagi buat tak tahu je la..so, keluar dari rumah seperti biasa dengan harapan sampai opis time biasa-biasa juga..malangnya, stuck dalam jam..sebab kelajuan adalah di bwh 20km/j, maka sempat la baca signboard2 kat tepi jalan kan..dan ternyata hari ini berjaya menambah ilmu pengetahuan lalu-lintas..ternyata selama ini ke opis guna kesas highway..haha..menganaktirikan federal highway semata-mata nak elak tol..sekali, terima pengajarannya apabila terpaksa merelakan tayar kereta bergeseran dengan jalan raya yang seperti baru sahaja disimbah ‘berbotol-botol ambi pur’ di pagi hari..bukan itu sahaja, malah terpaksa mengelak gumpalan ‘harta karun’ yang terbiar di tengah jalan..Untuk mengetahui apakah yang terjadi..sila baca di http://ondscene.my/kemalangan/kemalangan-yang-paling-ambi-pur


Nota: Adakah lori sampah yang accident itu adalah lori sampah yang sepatutnya kena angkut sampah kat flat pukul 9 pagi tadi?? tak nampak kelibat lori sampah pun pagi tadi..

Wednesday, December 1, 2010

:: Selamatkah anda dengan soya?

soya

Entri sebelum ini telah membawa beberapa pelayar internet yang gigih men’google’ keyword ‘Fakta tentang soya’  tersesat ke blog ini . Dan sebab soya adalah minuman kegemaran menggantikan nescafe yang telah dilarang sama sekali oleh doktor kepada diri ini sebab penyakit pening-mual-muntah-separa pengsan, maka diri ini begitu gigih pegi google fakta pasal soya lagi..tak mahu google pasal nescafe sebab doktor dah bijak kan..hehe..

2010-12-01_124821Hasil forensik oleh Nuffnang (Abaikan jumlah Hits yang macam hidup-segan-mati-tak-mahu je jumlahnya..hehe)

Maka, hasil forensik pasal soya telah menemukan diri ini kepada artikel yang berjudul  ‘Soya adalah minuman kegemaran Nik‘ ..eh..tidak tidak..

The Safety of Soya -The VVF examines the latest science on soya. We give you the facts on the wealth of health benefits. By Dr Justine Butler and the supposed risks of the humble soya bean.’ nama artikelnya…Artikel 8 mukasurat nih disokong dengan hasil beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini. Untuk baca artikel penuh, boleh halakan tetikus anda ke SINI dan tekan tetikus anda..kemudian baca dengan penuh semangat..
 
Kesimpulannya..(macam biasa, bagi mengelakkan penerangan yang ditranslate sendiri berbunyi pelik, maka dengan menggunakan mouse, Salin – Tampal article summary menjadi pilihan)
    • Soya beans are cholesterol-free and are a good source of
      protein, polyunsaturated fatty acids, antioxidants, B vitamins
      and iron.
    • Calcium-fortified soya products such as soya milk and tofu
      provide a valuable source of this important mineral.
    • Vitamin B12-fortified products such as soya milk provide a
      vital source of this nutrient.
    • Soya protein lowers cholesterol and can protect heart health.
    • Soya foods can reduce menopausal symptoms.
    • Soya protein can protect bone health and reduce the risk of
      osteoporosis.
    • Soya foods may reduce the risk of breast cancer, with the
      possible exception of postmenopausal women.
    • Soya foods may reduce the risk of prostate cancer.
    • Soya foods can help improve cognitive skills.
    • Millions of people have been safely consuming soya foods for
      thousands of years.
    • Phytoestrogens (plant hormones) are much weaker than the
      natural oestrogens consumed in dairy products and red meat
      and may have a normalising effect on hormone levels.
    • Soya-based infant formula can be used as a safe alternative or
      supplement to breast milk as it meets the nutritional
      requirements of the child.
    • Millions of healthy infants have been safely raised on soya based
      infant formulas.
    • There is no evidence that soya adversely affects the sexual
      development or reproductive health of humans.
    • Intakes of phytoestrogens in the UK are no greater than those
      consumed in Eastern countries for thousands of years.
    • There is no evidence that soya foods cause impaired fertility or
      alter sexual development in humans.
    • For the vast majority of people, soya does not disrupt thyroid
      function.
    • Although soya may be responsible for some food allergies, it is
      not the main culprit.
    • Soya ‘mock meats’ provide a valuable source of protein.
    • Cow’s milk contains over 35 different hormones and 11
      growth factors, several of which have been linked to cancer.
    • 80 per cent of the world’s soya production is fed to livestock.

Nota: Untuk dapatkan apa-apa maklumat pasal isu keselamatan makanan, bolehlah layari http://fsq.moh.gov.my/v2/

Wednesday, November 24, 2010

:: Ajal pasti datang


Ajal, jodoh dan rezeki..itu adalah ketentuan Allah SWT..

Semalam, kita dikejutkan dengan berita kematian 2 calon SPM.Seorang calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, Tangkak  meninggal dunia sejurus sebelum menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu 1 manakala seorang calon Sekolah Menengah Kebangsaan Belitong, Kluang meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan dialisis. 


Semalam, adik aku bagitau yang seorang rakan kuliahnya meninggal dunia di tandas asrama. Arwah mungkin terjatuh. Sebelum itu  arwah dikatakan tidak sihat dan ingin pegi ke klinik yang mana pada ketika itu rakan-rakan lain telah ke kuliah..


Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka..Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihiNya…amin..

Al-Fatihah

..dan kita yang masih diberi peluang untuk menghirup udara dan merasai nikmat kehidupan ini, beringatlah..jangan lupa pada yang SATU, Allah SWT..


Tuesday, November 23, 2010

:: SPM 10 tahun lepas..

Kepada adik-adik yang dalam mode peperangan minda dan emosi gara-gara SPM bermula hari ini, diucapkan selamat berjaya..jawab exam kena jujur, tapi jangan lurus bendul sampai terlalu jujur sehingga tulis di kertas jawapan seperti  “Encik pemeriksa yang budiman, untuk tidak memenatkan encik dan menjimatkan dakwat pen jenama mahal encik, saya dengan jujurnya mengaku bahawa saya tidak dapat jawab soalan ini. Harap maklum”..jujur di sini adalah jangan kenyit mata dengan calon sebelah, walaupun kamu tahu kamu bertepuk sebelah tangan, jangan buat tipu helah dengan baling pemadam atau bebola kertas( sesuka hati kasi nama..haha..bebola kertas = gumpalan kertas kecil, sebijik mcm bola dalam  permainan bola sepak kertas..hehe) ke meja sebelah dengan harapan calon sebelah boleh share jawapan objektif dengan menulis ‘A’ atau ’B’ atau ’C’atau’ D’ atau mungkin juga ‘Aku pun tak tahu’  di atas pemadam/ bebola kertas itu dan melemparkan semula kepada kamu dengan kelajuan cahaya. Menulis seperti sudah expert dengan teknik tersebut..haha..bukan-bukan..aku memang kedekut ilmu sikit time dalam dewan exam sebab aku sendiri tak sanggup kasi jawapan salah kat member bila member mintak tolong..haha.. so, ingatnya adik-adik, jangan meniru ketika exam..yakin pada diri..tapi kalu bernasib baik, ada la jugak pengawas exam yang tolong kasi hint kan..haha..
 

Ok. 10 tahun lepas, aku pun berada dalam mode seperti adik-adik kita nih..tapi seingat aku la, aku memang tak study smart time SPM dulu..sindrom study last minute terbawa-bawa sampai belajar universiti..hehe…sebab tuh result pun tidak cukup rasa..macam kurang gula..bayangkan sempat mengadap Juara Lagu pada malam sebelum exam paper account..still pegang buku, tapi sekadar menghilangkan kerisauan ma dan abah sahaja ketika itu..hehe.. Cite pasal akaun, pada asalnya aku sendiri agak pelik dengan tindakan pihak sekolah yang mewajibkan budak sains tulen amik akaun walaupun itu tahun pertama sijil terbuka diperkenalkan..dah la akaun tuh subjek critical jugak..tapi sebab tak nak digelar pelajar derhaka, maka usaha jugak la belajar akaun sampai lulus.. 
 

Subjek akaun ketika itu bukan sahaja subjek yang hardcore, malah aku dan rakan-rakan sekelas agak trauma setiap kali kelas akaun..bayangkan  memasing memang kecut perut sejak malam sebelumnya bila semak jadual waktu, ternyata esok ader 2 waktu kelas akaun..menyendiri seketika dalam bilik, sambil bukak buku akaun , then bila baru baca satu baris statement, dah mula meraung sebab tak paham..
 

bayangkan bila tiba waktu subjek akaun, tiada sorang pun berani biarkan meja diorg kosong..at least dah bukak siap2  buku nota sambil pegang pen padahal cikgu belum masuk kelas..yang nak pergi ke toilet pun berfikir 2-5 kali..tapi better pegi awal, takut karang time cikgu Ghani ada ura-ura nak adjust volume suara dia, ade plak terpaksa bergotong royong mencuci kelas..hehe..Dalam kelas, macam tengah belajar kungfu shaolin..siap ada aksi tong sampah terbang ke luar kelas..hanya kerana kami tidak dapat jawab soalan Cikgu Ghani ketika itu..hehe..tapi cara Cikgu Ghani mendidik kami dengan mode garang memberi impak kepada pencapaian subjek akaun ketika itu..
 

Tapi , subjek nih pada awalnya agak susah nk catch up..bayangkan lepas kuar lab kimia , dan baru nak hafal formula NaCl sepanjang perjalanan pulang dari lab ke kelas tingkat 2..tetibe smpi pintu kelas, terus formula garam jadi formula cuka bila tgk buku ledger..memang time form 4 tuh, satu kelas rase cam bebanan jer subjek nih..sampai semua tekad bagitau kaunselor dan penyelaras supaya ganti subjek akaun ngn subjek Tasawwur(budget bleh score A la..hehe)..ye la, time tuh dah nk masuk pertengahan penggal, tapi memasing mcm dah terima hakikat yang diorg tak der langsung potensi utk bergelar akauntan apatah lagi untuk jaga akaun kilang keropok/kilang budu tepi sekolah tuh berdasarkan markah ujian di mana akaun yg terhasil adalah senget sebelah..haha
 

Masa sesi perjumpaan utk isu ini, kaunselor telah memberi hujah2 yang membuatkan kami akur kehendak sekolah..so jumlah subjek kami kekal 10 subjek dan Akaun adalah subjek yang perlu dipastikan tidak mencacatkan result kelak.. 
 

Time amik SPM dulu, hall exam di tingkat 2, seat aku di tepi tingkap, belakang Amir, ketua pengawas skolah yang diadmirer junior2 ketika itu .. mungkin sebab mukanya yang jambu..haha..sori amir.. aku ngn Amir nih kire nye dh satu kelas since form 1 hingga form 5..actually dh kenal since sekolah rendah coz asyik muka dia jer masuk pertandingan utk sekolah2 sekitar besut..bila join kem UPSR, muka dia jugak muncul....dari dia jadi student biasa, then jadi ketua kelas,then jadi pustakawan, then terus diangkat jadik ketua pengawas..ok, nak dikategori mat skema pun bleh diconsider..sekarang dah jadik cikgu pun dia dan dah ada awek yang cun..so, dah tak skema dah..
 

Banyak dugaan time exam SPM dulu..aku diserang batuk2 yg agak teruk sehingga terpaksa makan gula2 hacker hack smbil jawab exam padahal time tuh bulan puasa..aku tekad sebab sakit tekak yg teruk..lagipun time tuh aku dlm mode 'off'..so ader pengecualian di situ..hehe..aku tak kisah kalu pengawas exam atau calon sebelah aku pandang pelik, yang penting aku bleh jawab exam..kalu tak bleh jawab, baru la aku akan tundukkan kepala kt meja..hehe..mujur la aku tak teguk ubat batuk, kalu tak sah2 kertas exam aku bleh dikitar semula utk disi oleh student ketika sesi ulangkaji tahun depan..hehe
 

Tak silap aku , time paper yang critical cam Fizik,Add Math, Bio,, batuk aku lagi teruk..sampai pengawas asyik pantau aku , bimbang pengsan atau kertas aku terbang ke meja orang sebelah sebab batuk kuat sangat..hehe..aku rasa bersalah jugak time tuh, ye la mana tau time tu ader calon-calon yang baru dapat idea nk tulis jawapan, tetibe dikejutkan ngn batukan yang kuat, lalu pen terjatuh bwh meja dan idea td dh hilang ke luar dewan..hehe..
 

Dugaan kedua adalah kalkulator habis bateri sebelum pegi exam..dah la takde backup kalkulator..maka, tiada pilihan lain, maka rembat kalkulator antik abah..hehe..kenapa antik?? sebab asalnya kalkulator tuh arwah Tok Wan yang punye..so, 3 generasi guna..kalkulator tuh berat kalu nak dicompare dengan kalkulator lain..pastu skrin adalah berwarna hijau, macam warna alien..haha..buang jauh perasaan segan nak guna dlm exam hall sebab memang takde pilihan lain..kerana kalkulator antik itu jugaklah, akaun dapat diseimbangkan..haha..
 

Paper Akaun time tuh adalah pada sesi petang..Time exam berjalan, aku idle sekejap coz akaun aku x seimbang, aku mengalihkan pandangan ke luar dewan..time tuh aku tgk cikgu Ghani berada di ground floor smbil mendongak kepala ke arah exam hall..kelihatan resah di wajahnya sambil menghisap sebatang rokok ..bila aku nmpk muka cikgu Ghani..tetibe aku terus dpt ilham untuk seimbangkan akaun atas kertas2 yang lebih besar dari meja exam tuh (padahal muka dah cuak sebab takut kena marah nanti..haha)......Tapi aku tak tahu la kalu dalam pikiran cikgu Ghani "Ehh, si Nik nih, ader masa plak dia jenguk ke luar, senang sgt ke soklan atau hebat sangatkah beliau??"…


Dugaan ketiga adalah banjir..hehe..sebenarnya takde la rasa beban, lagi suka ada lah..sebab bila banjir, paper akan ditunda, so ada masa nak study lagi..haha..time banjir tuh, paper add math yang kene tunda..calon2 di sekolah yang tak terlibat dengan banjir, bertungkus-lumus la mereka menjawab soklan sedangkan kami amik peluang basahkan kaki degan air  banjir sampai lupa formula fungsi kuadratik..hehe..

Dugaan keempat adalah dugaan yang normal bagi mereka yang study last minute, iaitu blank ketika jawab soklan..atau kata ringkasnya “tak tahu jawapan”..dalam situasi ini, menyalahkan diri sendiri adalah langkah pertama sebelum reka cipta jawapan sendiri yang dipikirkan logik dan diharap pemeriksa boleh kasi markah kesian…hehe..


So, kepada adik-adik yang bakal amik exam, jangan study last minute, at least dugaan keempat di atas boleh dielak..hehe..

Kepada calon-calon SPM dan STPM 2010, wish good luck for u all..

Note: Sebenarnya, hari ini aku pun turut mengalami mode peperangan minda dan emosi sebab kene soal jawab di Putrajaya..dan kini sudah lega, sebab tu bersungguh update blog..hehe..

Wednesday, October 27, 2010

:: Orang yang cool,bila jatuh, dia teresak-esak dalam hati je ek?

Di sebuah quarters TUDM Kem Batu 10, awal tahun 90-an, seorang kanak-kanak perempuan yang bukanlah dikategorikan hyperaktif telah dikurung di luar rumah (kalu luar rumah, bukan dikurung, dibebaskan namanya) gara-gara begitu komited dengan aktiviti luar rumah sehingga lupa cerita kartun pukul 7 dah nak start..Abah ngn Ma dah pesan awal2, kalu nak main, sebelum senja kene balik..so, pada hari hukuman itu dijatuhkan, kanak-kanak itu tidak berpeluang menonton cite doraemon seperti kawan-kawan sepermainannya yang telah berjaya mencuri masuk ke rumah masing2 tanpa perlu dikenakan hukuman sepertinya..sungguh tak adil di situ..


Sepanjang menjalani hukuman itu, kanak-kanak itu menyedari yang dirinya mempunyai ciri-ciri ke'cool'an ..sebab dia tak pulak membuat rayuan atau meraung luar rumah seperti "Ma, Angah nak masuk rumah..dan mulai esok, Angah janji tak balik lewat dah.."..sebaliknya dia berlagak cool sambil duduk di tangga tingkat 2 blok askar itu ..dan ke’cool’an lagi terserlah bila seorang pakcik yang on da way naik tingkat tiga menegurnya.."Kenapa tak masuk rumah lagi nih?"..lalu  dijawab "saje je pakcik"..pastu pakcik tuh senyum sinis seakan mengerti rahsia sebalik jawapan cool kanak-kanak itu..dalam hati kanak-kanak itu barangkali terdetik "ala pakcik, no hal la,small matter, saya x nangis pun..nama pun anak askar.."..eceh2..


..selepas hari hukuman itu, kanak-kanak itu dah insaf dan sedaya upaya memaksa kawan-kawan lain menghabiskan sesi lompat getah atau sesi roundest sebelum kul 6.30 petang..jika tidak, kawan-kawannya harus menemannya lepak secara cool di tangga tingkat 2..


..ke’cool’an kanak-kanak ini ternyata bukan setakat di situ..setiap kali berlakunya era kejatuhan sama ada dari basikal ke atas jalan tar, dari cubaan melepasi lompatan getah paras kepala rakan lalu rebah ke tanah dengan air muka tercalar dan dari tegak berdiri sehingga breakdance ke lantai,dia masih cool tanpa perlu budak-budak laki datang menghulurkan tisu mahupun aiskrim 10 sen sebatang berperisa anggur made by Cik Mah yang duduk di blok depan dan mempunyai anak tunggal yang pandai menyanyi..


..ketika di sekolah rendahnya yakni pada tahun 1992, dia telah diarahkan memakai uniform seperti warna uniform kerja ayahnya..secara automatik, kanak-kanak itu mula konsisten pakai baju kurung biru dan kain biru gelap ke sekolah tanpa perlu lagi mendedah aurat memakai uniform skirt seperti sebelumnya ..ketika itu, umurnya 9 tahun, tapi dia belum ada rekod menangis tidak mahu masuk kelas mahupun rekod berebut pensel box atau berebut tempat duduk dengan rakan kelas mahupun menangis kehilangan sebatang pencil warna jenama Luna...barangkali cikgu memilihnya berdasarkan ke’cool’an sikapnya ..tapi rakan sekelasnya menyampaikan rumor bahawa cikgu buat pemilihannya sebagai pengawas berdasarkan font-style pada buku latihan berlogo sekolah itu..pemikiran kanak-kanak ribena yang penuh tulus dan ikhlas –“Sesiapa yang tulisannya cantik, maka cikgu akan lantik dia jadik pengawas”....pemikiran sebegitu telah mendorong kepada peningkatan jualan pengasah pensel ,pensel picit (mechanical pencil) dan pemadam di kedai buku sekitar Jaya Gading, Taman Tas mahupun kedai runcit dalam kem ataupun Pernama


bagi kanak-kanak itu, menjadi seorang pengawas sebenarnya adalah tidak cool..setiap gerak-gerinya diperhatikan sehinggakan kebebasan bermain police and thief dari tingkat 2 sehingga tingkat 3 blok tempat tinggalnya diragut dek kerana seorang aunty India yang tinggal di tingkat 3 menegurnya.. “Awak pengawas kat sekolah kan, jangan main dan buat bising macam nih!” ..rententan kejadian itu, kanak –kanak itu seakan mahu sahaja meletak jawatan sudah fobia untuk menyembunyikan diri di tingkat 3 ketika bermain police and thief..kiranya aunty India itu  umpama Ketua Polis Negara dalam permainan itu..
[..kesimpulan: orang yang cool haruslah bijak memisahkan soal profession dan personal..]


Menjadi pengawas juga tidak cool apabila tidak mendapat pengecualian dalam hukuman datang lambat ke perhimpunan..pada hari kejadian, tiada seorang pun pelajar beruniform biru diarahkan beratur bersama-sama pelajar yang datang lambat melainkan dirinya..datang lambat bukan kerana mengadakan spot check di setiap kelas tetapi sibuk mencari parking untuk basikal berwarna hijau kepala itik miliknya itu..dan apabila seorang pengawas junior menegurnya “Akak jaga kat sini ke ?” (jaga merujuk kepada bertugas menyelia pelajar2 yang datang lambat)..maka kanak-kanak itu secara spontan reply “Aha, jaga kat sini”..penipuan untuk  menjaga air muka depan junior telah berlaku di situ..
[..kesimpulan: orang yang cool haruslah bijak dalam operasi undercover demi menjaga reputasi dan maruah badan pengawas sekolah..]


Bagi kanak-kanak itu, menjadi pengawas adalah cool apabila dibenarkan rehat lebih awal sehingga boleh pilih keropok,karipap atau donut yang lebih besar dan panas sebelum pelajar-pelajar lain turun rembat..dan lebih cool apabila boleh bagi alasan kepada cikgu dalam kelas “Cikgu, kami ,pengawas kene keluar awal” sedangkan cikgu tengah ready untuk ajukan soalan..tapi tidak cool apabila kena buat spot check di setiap kelas bagi memastikan tiada pelajar melepak dalam kelas time rehat..berjalan-jalan dari satu blok ke satu blok sesungguhnya membakar kalori dengan cepat sehingga membawa kepada kelaparan ketika sesi pembelajaran selepas waktu rehat..
[..kesimpulan:orang yang cool haruslah tidak menangis apabila karipap dan  keropok telah habis di kantin..]


Menjadi pengawas juga tidak cool apabila makcik-makcik yang selalu bergossip bersama maknya menilai tahap pencapaian akademiknya setiap kali keputusan peperiksaan keluar.. bagi makcik-makcik itu, seorang pengawas harus score dalam akademik , at least kedudukan dalam kelas harus 10 hingga 1..dan kerana itu, kanak-kanak itu beri peluang kepada pengawas-pengawas dalam kelasnya untuk memegang rekod cemerlang dalam kelas..dan dia hanya mampu memegang rekod sebagai satu2nya pengawas perempuan dalam kelas yang tak dicalonkan apatah lagi menerima anugerah setiap kali perhimpunan..
[..kesimpulan:orang yang cool haruslah bijak mengawal emosi setiap kali diajukan “Dapat nombor berapa periksa?”.. ]


Apabila meningkat dewasa, sikap coolnya agak tergugat berikutan peningkatan umur..semakin tua, tahap cool agak merundum..cuba berlagak cool, tapi Tuhan sahaja tahu..
[..kesimpulan: orang yang cool, bila dah mula sukakan seseorang, then orang tuh dah start jauhkan diri, maka dia hanya mampu coolkan diri sendiri walaupun dalam hati ada banjir..]


Note: Entri paling tak cool gayanya dan ingatlah, orang yang paling cool adalah orang Eskimo..

Tuesday, October 12, 2010

:: Maklumbalas yang kabur

Salah satu kelemahan diri yang dikenalpasti sejak dulu adalah tidak boleh disoal ketika dalam keadaan blur sebab nanti jawapan/response yang diberikan adalah berunsur kebluran yang teramat..kadang-kadang, bila dah jawab, baru sedar diri sambil tepuk dahi “aiks, kenapa aku jawab camtu ek? dan lepas seketika, hati pun  berdialog “takpe2, cuba berlagak cool, seperti anda sedang buat lawak tadi”..kadang-kadang jawapan yang diberikan boleh buat yang menanya itu rasa macam “lor, aku silap tanya soalan ke?”..ok2, jenis gelabah pun ye..pastu muka macam tak bersalah bila dah tahu kasi jawapan salah..seperti senario hari ini:

Senior: Nik, bawak kereta ari ni?
Nik: Bawak
Senior: Parking kat mana? ada kereta kene saman kat bawah (ok, kami di sini agak ketakutan bila DBKL muncul..haha)
Nik: Dekat 7E..tapi kalu dah bayar parking, tak pe kan??..(see, sepatutnya soklan sebegini rupa tak patut wujud dalam sejarah komunikasi hari ini..dah la kasi response dengan muka serius..hehe)
Senior: Ye lor, kalu dah bayar, tak apa la..(dengan wajah yang blur sebab response anak buah dia itu..sori ya)
Lepas tuh, aku hanya menunduk kepala di sebalik monitor setelah sedar diri “ Nik, tadi kau tanya soklan standard darjah berapa?” ..serius, colleague2  yang berkesempatan mendengar response aku tuh, sure diorang dah dapat suntikan vaksin yang mampu mengelikan hati diorang di pagi hari…at least level stress korang dah turun 0.01 % mendengar response orang blur camtu..

Nota blur: Kalu aku kurang kasi response tuh, maknanya aku tengah blur....macam jawab exam, kalu nampak aku senyap semacam sambil main2 pen, itu maknanya aku blur tak tahu nak jawab apa..kan kalu  jawab jugak, sah2 pemeriksa lagi sakit hati baca jawapan aku..hehe

Tuesday, October 5, 2010

:: Ujian Kalibrasi Tetikus

You should do this every few days. More often if you spend a lot of time on the computer! To recalibrate your mouse, click and hold on the S. Then drag the S toward the e. If it doesn't work, you might want to clean your mouse.



Stop fooling around and go do something constructive

Ok, tetikus ini telah berfungsi dengan baik walaupun tuannya sudah melakukan aktiviti yang tidak membina minda di petang yang mendung ini..haha..

Friday, October 1, 2010

:: Encik askar, kami mahu ke rumah terbuka, bukan mahu curi senjata..

Ok, tajuk entry seperti sedang berada dalam bilik tahanan sambil membuat rayuan..mana mungkin orang baik seperti kami diletakkan dalam bilik tahanan hanya sebab masuk kem tanpa sticker..yang pasti kami berjaya menikmati hidangan nasi minyak, nasi dagang dan laksam di rumah Cikgu Zai, kawan Cikgu Rogayah di kuarter tempat tinggalnya , bukan di bilik tahanan..hehe..

2 hari berturut-turut, dapur rumah tidak berasap untuk hidangan tengahari..kami pantang diajak makan free walaupun yang dijemput adalah Cikgu Rogayah, bukan housemate-housematenya..jadinya, apabila seorang kakak telah mengajak adik-adik untuk ke rumah terbuka rakannya( at least adik-adik boleh temankan kakak agar tidak berlaku penculikan..hehe), sudah tentu adik-adik dengan mata terkebil-kebil mengangguk setuju sambil membayangkan apakah juadah yang bakal mereka analisis dan proses dalam perut nanti..

Hari pertama, kami menyerbu rumah Cikgu Sham di quarters polis betul2 di depan flat..dan selepas bersalam-salaman dengan tuan rumah dan cikgu-cikgu yang lain sambil Cikgu Rogayah memperkenalkan geng escort yang datang dengan pakaian bukan tema raya, tapi tema baru balik dari service kereta, terus meja hidangan diterjah..aku, pada awal lagi, apabila Cikgu Rogayah bagitau kawannya itu adalah orang kelantan, terus aku terbayangkan nasi kerabu..dan tanpa perlu menjeling laksa lemak dan laksa penang, terus aku mengisi sepinggan nasi kerabu berlaukkan telur masin dan daging panggang..dan serius, nasi kerabu Cikgu Sham tuh adalah sedap sehingga pinggan licin tanpa pembaziran..Sebelum balik,housemateku bertanya perisa agar-agar yang dimakannya  ketika itu..lantas aku terus bertanya “ Amik kat maner?”..housemate aku dah gelak..dan ternyata agar-agar itu perisa gula-gula kopiko aka nescafe kut..padahal ketika itu,si kakak dah nak mintak izin balik dengan tuan rumah , tapi adik-adik masih menjamu agar-agar perisa kopiko tanpa segan..

Hari kedua, Cikgu Rogayah mengajak kami ke rumah terbuka Cikgu Zai pulak. Lokasi tidak jauh dari tempat tinggal tapi terpaksa buat call di tepi jalan gara-gara konpius lokasi sebenarnya..hehe..kan senang kalu Cikgu Zai terus bagitau suaminya askar, sah2 senang kami terus masuk kem..haha..security quarters askar dan polis adalah berbeza..quarters polis yang dituju semalam tidak memerlukan pemeriksaan ketika masuk, siap masuk ikut pintu belakang lagi…tapi di kem askar, harus mematuhi peraturan yang ditetapkan walaupun anda yakin boleh gedik2 dengan encik askar itu agar membenarkan anda masuk tanpa sebarang pas..

Encik Askar yang dedikasi bertugas jaga pintu masuk kem: Nak ke mana nih?

Cikgu Rogayah: Nak ke open house..blok E2

Encik Askar yang masih dedikasi itu: tak boleh masuk, parking kat tepi, pastu call tuan rumah suruh datang sini..

Cikgu Rogayah: Kalu saya bagitau nama dia, boleh?

Encik Askar yang bersenjata lagi berdedikasi : kat sini ada beribu2 orang, macam mana saya nak tahu..(sambil gelakkan kitorg)

Kami : Okk..

Lalu, kami mengikut arahan..park kereta kat tepi , then call tuan rumah..
Kemudian, 2 buah kereta lain mengalami nasib seperti tahanan..hehe..ada yang ingin tinggalkan IC kat pos kawalan itu, tapi encik askar lagi dedikasi itu menolak mentah-mentah..dia suruh call tuan rumah jugak..ayoyo..

Cikgu Rogayah: Kalau kita terus je pegi, agak-agak askar tuh kejar tak?

Izura: Dia pakai M-16 tuh..

Terus terbantut niat tak murni tuh..hehe

Cikgu Zai, tuan rumah tidak dapat meninggalkan rumahnya ketika itu sebab tetamu ramai time tuh..suami Cikgu Zai yang turun menjemput di pos kawalan..dan ternyata 2 buah kereta yang tersadai tepi pos kawalan itu jugak datang dengan tujuan seperti kami, iaitu ke rumah Cikgu Zai..dan setiba di sana, kami dihidangkan dengan nasi dagang, laksam dan nasi minyak..yang pasti, nasi dagang dah berjaya dianalisis dalam perut ini..hehe…

Itu cerita last weekend, dan esok, khabarnya ex-housemate ajak teman pegi open house guru besar sekolahnya..cikgu lagi..hehe..

Thursday, September 23, 2010

:: Konsentrasi..di manakah kamu?


konsentrasi kerja sedikit terganggu,..sekarang tengah mengumpul aura semangat kerja agar code-code di depan mata tidak lagi kelihatan seperti semperit, kuih tart mahupun segala juadah raya.owh, actually, bukan itu masalahnya, hakikatnya lately, responsibility semakin bertambah sejak munculnya sang perak dalam hidup manusia berumur 27 tahun ini..

Note: Sudah rindu sama itu sang biru-kuning..sang hitam-putih..