Sunday, March 21, 2010

:: Selagi belum ada, macam nih la jadinya..



..Bila munculnyer si dia nih, terus aku macam berniat utk berlaku curang dengan pilihan aku sebelum ini..

..walaupun sebelum ini, aku dinasihatkan oleh sebahagian rakan-rakan supaya tidak memilih di kalangan keturunan si dia nih, tapi tetiba bila si dia nih muncul, aku rasa

..macam..


...macam..


..macam...

.

.




nak pegi Proton Showroom sekarang jer..







kamu dah curi hati saya, wahai Proton Persona Elegance


..dan mengikut perkhabaran yang diterima, nilai hantaran si dia nih adalah seperti berikut

Base Line (M) – RM46,499

Base Line (A) – RM49,499

Medium Line (M) – RM52,999

Medium Line (A) – RM55,999

High Line (A) – RM59,499


..dan si dia muncul dengan 5 warna iaitu

merah (Brilliant Red – High Line sahaja)

perak

hitam

Chiffon Green

Bronze Garnet.


Untuk review pasal si dia nih, sila refer ngn diorg2 nih:

http://www.fastmotoring.com/index.php/2010/03/proton-persona-elegance-facelift-2010-review/

http://beliamuda.com/2010/03/gambar-proton-persona-elegance-dilancarkan/

http://www.rear-wheel.com/blog/proton-persona-elegance/

Note
: ..dan ader x sugar daddy nak tolong byr downpayment?hahaha...ataupun, kalu bos terbaca entry nih, ader harapankah utk up skit salary tahun nih?(sambil bersungguh2 komited menyiapkan projek integration utk Tune Hotel sebelum dateline minggu depan..hehe..)

Friday, March 5, 2010

:: Semalam yang Pelik Tapi Benar..




Pelik tapi benar
..semalam adalah hari sakit perut 1Malaysia..Some of my friends mengupdate status FB seperti :

A: Saket perot x ilang lagik cemane neh???

B: adus.. perut ku kembali meragam.. aku tak moh ponteng kelas.. best wooo hari ni.


..dan tanpa diduga, aku juga mengalami sindrom yang same..smpi satu tahap muncul status YM seperti..

arrghh..x suke feeling cam ari nih..cam nk balik rumah jer..

..tapi serius..memang x best nak buat kije kalu sakit perut kan..memang tak senang duduk dibuatnya.. time lunch pun aku x selera nk makan..nasib baik la kije dh siap before lunch, so aku byk merehatkan diri setelah kehabisan stamina diri akibat berulang alik ke toilet..hehe,then, lepak kt pantry ngn surau..sehingga opismate aku tercari2 aku..ok,jika dalam keadaan normal, aku adalah kutub selatan magnet dan monitor adalah kutub utara magnet ..dan hanya bergerak dari tempat duduk jika tibe waktu lunch, masuk surau,dipanggil meeting..atau dipanggil ke bilik finance utk amik cheque..hehe


..dan kisah sakit perut nih berlanjutan apabila seorg lagi member aku membebel kpd diri sendiri (aku igt dia bebel kt aku, pelik gak camner dia bleh tahu aku sakit perut) cz mengalami sindrom 'tidak senang duduk' sedangkan sebelum kejadian itu, dia dengan bangga menyenaraikan lauk-pauk yang disponsor oleh client waktu lunch td..hehe..lain kali, kalu org belanja tuh, jgn lupa ckp terima kasih..hehe..


Note: Masih mengalami sindrom ini tp gigih menaip entry ..hehe....adakah nasi ayam RM2.50 punca fenomena luar biasa ini..hehe..


Pelik tapi benar..semalam aku berjaya sampai rumah pukul 7.30 malam..ditekan di sini 7.30 malam ye rakan-rakan..harus dimasukkan di dalam Malaysia Book of Records..


Bila aku bukak jer pintu rumah, housemate2 aku buat muka pelik..siap tgk2 jam kat dinding bagai..siap pandang atas bawah..(aper?? igt jelmaan ker..)..haha..

ok2, haruslah diakui bahawasanya ketibaan awal aku di rumah seperti termaktub dalam salah satu perkara ajaib di dunia bagi mereka2 ini..hehe..dan aku tahu bus driver tuh pun akan tersalah jalan bila tgk aku balik awal..haha..


..bila dpt sampai awal kat rumah, baru la rasa ade life..bleh masak jemput2, buat air teh satu jug ngn tgk cite Siong dari awal smpi abes..hahaha..biasanya, kalu aku bukak pintu, jarang semua org ada kt ruang tamu, tapi air teh satu jug dah tersedia di atas meja... then, bile bukak tv, kalu bernasib baik, bleh tgk skrin credit cite Siong jer..sebenarnya, xde la fanatik tgk cite Siong tuh, tp tuh je la option yg ader memandangkan tv kitorg tak integrate ngn satelit Astro Beyond..hehe..


..fenomena ketibaan awal aku ke rumah turut menimbulkan kepelikan kepada member aku yang sorang nih..

Hahaha..buke stakat hausemate awk jah pelik, sy hok baco sms ni pun jatuh berguling sbb pelik sgt haha..


Rujuk Kamus Kelantan-Bahasa Melayu utk terjemahan di atas..

*buke= bukan
*jah= sahaja
*hok=yang
*baco=baca



..dan lebih pelik, semalam sebab balik awal, aku terlupa nak call family..tuh pun tersedar bila Abah yg call..hehe..

Kesimpulannya, kalu nak balik awal, sila la sakit perut di opis..hahaha..


Thursday, February 25, 2010

:: Simptom-simptom yang menunjukkan anda salah masuk kelas


..Anda lebih gemar ngn konsep Google Map berbanding trigonometri..
dan anda juga didapati kerap membawa GPS berbanding set geometri bekas besi tuh..



..Anda lebih berminat dengan formula 007 berbanding NaCl..
dan anda di senaraipendek sebagai suspek dalam kejadian makmal sekolah meletup



...Anda lebih berminat dengan konsep yis dalam doh roti..semakin lama, semakin kembang..


Anda lebih berminat membaca akhbar-akhbar tabloid berbanding buku teks Fizik
dan anda mungkin lebih berminat mengikuti kes-kes di mahkamah syariah barangkali



..Anda lebih berminat dengan isu gender..dan mungkin tidak dapat menerima
hakikat yang perempuan lebih ramai masuk U dan berkhidmat dalam kerajaan..hehe..tetibe masuk isu nih plak..



..Anda pantang melihat ruang kosong di dalam kertas ujian..lalu, anda mengabadikan hasil karya yang harus diberi pengiktirafan oleh Lembaga Peperiksaan Sekolah dengan harapan memperoleh markah extra..



..No comment coz cikgu sendiri insaf selepas baca jawapan nih lalu tidak mampu untuk menanda kertas jawapan sama ada betul ke salah..owh, saya juga insaf bila tengok jawapan ini..


Note: Pen merah cikgu amat bermakna pada kertas jawapan..dan untuk situasi di atas, cikgu perlu sediakan stok pen merah berdozen2 yang boleh dibeli di Mydin ..dan mungkin juga ubat migrain..

Friday, February 19, 2010

:: Kepada calon-calon STPM 2009 , berapakah kelajuan denyutan jantung korang saat ini?


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM[jarak][No Kad Pengenalan] dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result[jarak][No Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari pada tarikh itu.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 11.30 pagi pada tarikh sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu, 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.

Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian. - Bernama


Note: Dah lamer x rasa debaran tunggu result exam kan..hehe..skang, debaran hanya akan muncul secara otomatik bile tibe waktu menunggu giliran masuk komuter yg penuh sesat di mana kebarangkalian untuk gagal memboloskan diri ke dalam komuter adalah tinggi kalu tak ade skill seperti pemain ragbi..hehe

Tuesday, February 9, 2010

:: Fius terputus..

..Ok, entry ni actually tiada kena-mengena dengan sponsor oleh TNB or kedai2 elektrik berdekatan..

..juga tiada kene-mengena dengan kejadian terlupa tutup suis water heater dan kipas minggu lepas..


..ini kisahnya..since ditugaskan ngn satu research,aku cam alergi code programming....mana tak nyer, dah nk sambut CNY,aku still x jumpe solution..agaknyer, lepas bos kasi angpau baru la keluar mentol kuasa watt tinggi kat atas kepala ini..hahha....

..berikutan keadaan abnormal ini maka wujud la status bukan2 kat YM..

"memandang coding seperti memandang virus"


..dan senior aku pun reply...


Senior: coding tu plak: memandang nik seperti memandang antivirus

nik: hahaha..


Senior: hha

nik: patutla, coding tuh xbleh2 diselesaikan lagik


Senior: ahaks


Senior: perlukan bantuan ?

nik: pasal back end mura, diorg guna fusebox framework, so try to follow standard diorg, but x display aper2 lagi..


Senior: oo... fuse dia putus tu

nik: should call TNB?

Senior: emm... tu la, x pun kedai elektrik ah cong

nik: HAHAHA..ok..


Senior: sy pun nak study gak benda nih.. tapi tak terstudy2 lagi... huhu

nik: oo..ok xper..nik try focus kat 'virus'nih


lepas tuh, fokuskah aku??

ok, actually, bende tuh bleh diselesaikan kalu aku komited ngn kije dan facebook/blog tiada dlm history Firefox and IE pc kan..nih tak, siap bookmark lagik tuh..ape kes??..haruskah aku buat2 lupa password facebook supaya gagal meloginkan diri?

Friday, February 5, 2010

:: Dapur berasap di pagi hari..tak perlu dail 999..

Lately, kami rakan-rakan semeja makan tekad untuk men'diet'kan pengeluaran duit saku ketika waktu makan tengahari ( mengikut teladan Elya ..hahaha). Makanya, kami dengan gigih beli tupperware dan bangun seawal pagi ..lalu kedengaran periuk belanga berdentum-dentam di dapur sehingga housemate ku yang ketika itu sibuk memantau ladang farmville agak terganggu konsentrasinya..haha..(selama nih bunyi kambing, kuda , ayam dari ladang ko tuh dh mengganggu gugat tidur-lepas -subuh nik..hahaha).



So bile tibe waktu lunch, soklan wajibulghunnah yang akan muncul kat ym adalah :

#1 "Bawak bekal ker?"

#2 "Nk makan kul brape?" (biasa soklan nih muncul sejam sbelum waktu lunch..sungguh kelaparan walaupun dah abes sekotak dutch lady + roti sebaik saja smpi opis ..hehe)

#3 "Kak Mas dating la ari nih"..(hahahaha..bagus2, even anak dh nk masuk 4 org, this couple still dating..so, pasangan suami isteri di luar sana, sila ikut jejak langkah mereka ye)

#4 "Tapau kat shauwiya je la" ( bagi mereka2 yg x sempat bwk bekal atau 'org rumah' dia x rajin nk masak ari tu,tapau atau call Shauwiya Delivery guna telefon opis adalah pilihan terbaik..hehe)

Tapi soklan2 di atas tidak lagi wujud apabila kami dalam mode puasa ganti..hehe..sebaliknya..

#1
weenee winny: nik satu jam rehat nak buat apa?
weenee winny: hehehehehe

nik: hahahha
weenee winny: tak nak depan PC lah
nik: tgk kak mas makan
weenee winny: hahahaha
weenee winny: hhmm boleh juga
nik: kuatkan iman la
weenee winny: then kita sembang je
nik: bleh2..tp xbleh numpat..hahah
nik: *ngumpat

weenee winny: hahhaha macam budak2 je rasa
weenee winny: inshaallah nak mengurangkan yang itu juga
nik: ok, nt kite teman kan kak mas k..kalu kak mas x gi dating la..
weenee winny: okay

#2
nik: kak mas dating?
pdna.maslina: tak.. tp dah beli nasi
nik: kitorg plan nk temankan kak mas mkn..boring 1 jam ngadap pc...hahaha
nik: kitorg puasa..so, setakat sembang jer la..xbleh ngumpat..hahahah

pdna.maslina: hehe.. orait..
pdna.maslina: tak pun ko gilah kedai jepun tu..

pdna.maslina: cusi mata

pdna.maslina: cuci

nik: cusi = bahasa jepun gak tuh..hahaha
pdna.maslina: kalau rajin.. tolong belikan sabun basuh baju kak mas kat sri kota..
nik: hahaha..betul ker nih..kitorg ok jer
nik: sabun..lagi?? susu dh byk kt rumah kan..

pdna.maslina: susu dah borong aritu..
pdna.maslina: sabun lak abis semlm..
pdna.maslina: ada gak org nak jadi maid aku... tolong beli barang umah..
pdna.maslina: hehe..
nik: buat amal jariah lebih skit ( mode berpuasa kata nyer)
pdna.maslina: haha.. ok lah..
pdna.maslina: nanti kak mas bg duit..
pdna.maslina: kol 1 tau
nik: ok
nik: plus upah gula-gula utk bukak puasa nt


Note:
Programmer merangkap maid..oleh itu, kak mas, next salary, tlg kasi up skit ye..hahaha