Tuesday, September 27, 2011
Tuesday, September 13, 2011
:: APABILA kamu..
..teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR
..lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT
..ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA
..inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD
..inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.
Thursday, September 8, 2011
:: Kuiz untuk rakyat jelata sekalian..
Mari menguji sama ada anda betul2 berjiwa Malaysia atau sekadar mempunyai kad pengenalan Malaysia, tapi berjiwa asing..
Cuba ya wahai sekalian rakyat Malaysia..have fun!
How Malaysian are you?
Wednesday, September 7, 2011
:: Wordless Wednesday #1
Friday, August 26, 2011
:: Ucapan raya daripada blogger yang tak tegar
Selamat Hari Raya Aidilfitri [Syawal 1432H] kepada semua kenalan yang berkunjung ke sini..
Maaf kalau terasa hati dengan entri-entri sebelum ini atau berasa tertipu setelah bersungguh-sungguh google sesuatu keyword, lalu ter ‘landing’ ke sini tanpa menemui hasil pencarian yang sepatutnya..salahkan SEO..hehe..
Ok, ucapan harus seringkas yang boleh memandangkan seperti tahun-tahun lepas, kerja mula bertambah di saat-saat akhir..Redha.
Note: Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya..Mari kita menyesakkan lebuhraya Karak dengan berhemah malam ini :)
Wednesday, August 17, 2011
:: Kesedaran di pagi Rabu
1) Anda sedar yang anda terbangun lambat hari ini
2) Anda sedar opis anda tidak berada dalam peta negeri Selangor. (maka tak cuti hari ni)
3) Anda sedar ada sebuah kereta menghalang (block) kereta anda hari ini
4) Anda sedar yang anda ada beberapa pilihan untuk membolehkan kereta itu dialihkan
5) Anda sedar yang tiada no phone ditinggalkan untuk menghubungi pemilik kereta itu bagi mengutarakan dialog “Encik, saya kerja area KL, so boleh alihkan kereta supaya saya dapat ke tempat kerja dengan jayanya?”
6) Anda sedar yang ramai penghuni apartment yang bercuti hari ini (mungkin sedang nyenyak tidur)..maka anda mengabaikan pilihan untuk membunyikan hon kereta di pagi hari..
7) Anda sedar yang hand break kereta itu tak ditarik ..maka aktiviti menolak kereta itu secara sendirian terpaksa dilakukan
8) Anda sedar tiada orang yang lalu lalang ketika itu untuk membantu aktiviti menolak kereta itu
9)..dan anda sedar yang anda telah pun selesai melakukan aktiviti senaman di bulan puasa apabila pemilik kereta itu munculkan diri setelah anda berjaya mengalihkan keretanya..”Mengapakah dikau tidak muncul sejak tadi wahai pemilik kereta waja, kalau kereta kancil ok la jugak..”
Note: Saya sedar yang saya belum tampal roadtax baru