Thursday, September 23, 2010
:: Konsentrasi..di manakah kamu?
Wednesday, September 8, 2010
:: Ucapan Hari Raya yang Tidak Formal tapi Bermakna..
Tak kreatif nak create kad raya secara maya..so setakat letak plain text dalam blog, kira ok la kan..hehe..
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah
(copy text seperti di papan elektronik stesen LRT)..hehe
Harap dimaafkan segala kekhilafan penulis blog ini..dia kadang-kadang menulis mengikut emosi abnormal dan pemikiran cetek..eheh
owh..actually, seperti yang dijangka, seperti satu curse berlaku pada diri ini apabila setiap kali tengah mood nak balik kampung, maka mode bekerja bertukar menjadi kelam-kabut disertai kata hati “ laa..kenapalah 2-3 ari lepas, takde plak task, ari nih jugak urgent task muncul”..ok, sejujurnya aku x suka feeling macam nih ..kelam kabut semacam, pastu opismate dah pandang pelik bila dia duk citer pasal Jalan Tar dah start buat jualan lelong, tapi aku kasi response setakat senyum dalam ketakutan dengan pandangan terus kepada monitor..owh, sori opismate , sesungguhnya ari nih tak dapat bergossip macam semalam..dan perkara begini selalu berlaku setiap kali aku akan naik bas di malam harinya..pernah dulu, sebab kerja, aku dinobatkan sebagai penumpang terakhir naik bas..nasib baik tidak berlaku kejar-mengejar antara penumpang tertinggal dan sebuah bas..
ok, kata sibuk..tapi sempat update..nih pun sebagai terapi diri supaya tak stress..hehe..owh, ari nih rakan-rakan ym sibuk mempopupkan tetingkap YM di monitor ini dengan pertanyaan “ eh, tak cuti lagi?”…dan jawapannya adalah emoticon meraung..
owh, malam nih akan menaiki bas untuk perjalanan yang jauh..doakan keselamatan diri ini dan semua yang on da way balik ke kampung ye..
akhir kata, semoga Syawal ini bakal memberi kebahagiaan kepada anda semua, maafkan segala silap dan salah diri ini ye..
..ok, mahu sambung kerja supaya dapat beraya dengan bahagia..
Monday, September 6, 2010
:: Syukur di atas kurniaanMu, Ya Allah
Friday, September 3, 2010
:: Psikologi emosi anda seminggu sebelum hari raya
Anda mungkin diterjah tauke biskut raya yang hadirkan diri dengan berbalang-balang biskut yang anda tempah, lalu mengeluarkan bil pembayaran yang kalau ditotalkan guna kalkulator, boleh digunapakai untuk langsai saman ekor..tapi raya puasa setahun sekali, saman ekor mungkin banyak kali, so tidak salah diperuntukkan untuk yang sekali itu, janji sebelum 28 Februari 2011, nama anda sudah di ‘liquid-paper’ dalam senarai hitam itu..
Friday, August 27, 2010
:: Kisah sebuah karya yang dinamakan mini murtabak..
Monday, August 23, 2010
:: Seperti Hot and Spicy Shrimp KFC lagaknya..hehe
- Udang (kuantiti mengikut budget..hehe)
- Tepung serbaguna cap *Nona ( tepung nih ada rasa pedas skit) depan kotak tuh ada gambar cili..hehe..beli dlm harga RM1.30 sekotak..
- Serbuk roti (bread crumb) cap *Nona jugak...dibeli dgn harga rm2.30 sekotak..
- Sebiji telur( tapi amik putih telur sahaja, yang kuning gunapakai time goreng sayur..hehehee)
- Minyak masak yang tidak dikitar semula
Semasa:
- Udang tuh dibasuh, pastu dibuang kulit tapi kepala ngn ekor , tak buang sebab nak kasi udang nmpk besar..hehe
- Pukul putih telur sampai kembang..
- Celup satu per satu udang dalam putih telur tuh, kemudian golek-golekkan (perkataan apakah yang sesuai di sini?) atas tepung serbaguna sehingga rata
- Kemudian celup udang tuh dalam putih telur sekali lagi, kemudian golek-golekkan atas bread crumb sehingga rata..
- Kemudian, goreng time..goreng sampai nampak macam dah tergoreng..hahah..maaflah, x tahu istilah-istilah dalam dunia masakan nih..sehingga warna keperangan kut
Selepas:
Hasilnya lebih kurang dan sama dengan rupa di bawah. Cuma packaging je out..hehe..
Hasil karya ciptaan sendiri gagal dipotretkan berikutan bimbang dipandang pelik oleh housemate2 yang mungkin berkata “ek eleh, gambar udang cenggitu pun nak amik gambar, baru masak udang nak kecoh”..haha..ok2, sebetulnya, sejak laptop takde, maka aktiviti snap-snap nih terbantut seketika..Yang pasti, bunyi je azan Maghrib, lepas baca doa bukak puasa, terus grab udang tuh sambil berkhayal seperti berada di dalam KFC..hehe
* boleh ditukar ganti dengan jenama lain, yang penting hasilnya masih lagi udang celup tepung bukan udang masak lemak cili api..
Note: Sejak bulan puasa nih, kerap bermundar-mandir kat blog masakan..hahaha..tgk makanan, terus bertenaga, hilang ngantuk..isk..isk..