Ajal, jodoh dan rezeki..itu adalah ketentuan Allah SWT..
Semalam, kita dikejutkan dengan berita kematian 2 calon SPM.Seorang calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, Tangkak meninggal dunia sejurus sebelum menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu 1 manakala seorang calon Sekolah Menengah Kebangsaan Belitong, Kluang meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan dialisis.
Semalam, adik aku bagitau yang seorang rakan kuliahnya meninggal dunia di tandas asrama. Arwah mungkin terjatuh. Sebelum itu arwah dikatakan tidak sihat dan ingin pegi ke klinik yang mana pada ketika itu rakan-rakan lain telah ke kuliah..
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka..Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihiNya…amin..
Al-Fatihah
..dan kita yang masih diberi peluang untuk menghirup udara dan merasai nikmat kehidupan ini, beringatlah..jangan lupa pada yang SATU, Allah SWT..
No comments:
Post a Comment