Monday, January 17, 2011

:: Operasi hias kek secara digital

Anda suka makan kek? Majoriti akan angguk..Anda tahu buat kek? Separuh akan geleng ..Anda tahu hias kek? Suku akan angguk ..  Menghias kek adalah bergantung kepada kreativiti dan bakat seseorang..sekarang ini, dah ramai yang mencebur diri dalam pembuatan kek cawan yang sinonim dengan dekorasi buttercream yang cantik..ketika menulis entri ini, baru paham bahawasanya buttercream itu adalah aising..hehe..google berjasa lagi..Tahukah anda,apakah perkataan lain yang merujuk kepada aising kek? Sekali lagi google membantu : It is called cake-frosting ya kawan-kawan..sila masukkan dalam buku salin resepi vocab ya  

 
Kek, buttercream dan frosting, kenapa ketiga-tiganya mendapat perhatian dalam entri petang ini ? Hari penambahan umur semakin dekat kah? ataupun sudah mahu mengikut jejak rakan sejurusannya? ..jawapannya adalah untuk war-warkan kepada kesemua pencinta dan pencipta kek, anda tidak perlu lagi menggigilkan tangan untuk menghias aising atas kek dengan terciptanya inovasi daripada pelajar Franklin W. Olin College of Engineering,Boston yang dinamakan AutoFrost. Ok, jangan terburu-buru pergi call kedai elektrik SenHeng atau kilang mesin pemprosesan makanan untuk order mesin ini, apatah lagi google kat Yellow Pages..mungkin boleh request Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, UPM untuk cipta mesin yang lebih canggih daripada AutoFrost.. Ini kerana AutoFrost sebenarnya adalah hasil projek pelajar di Franklin W. Olin College of Engineering untuk subjek Principles of Engineering . Owh, baru belajar prinsip kejuruteraan, mereka dah boleh buat sehebat ini?? ini dah macam subjek Projek Tahun Akhir masa belajar kat Fakulti Kejuruteraan dulu nih..kagum! 

 
AutoFrost merupakan sebuah mesin yang dibekalkan keupayaan untuk menghias kek secara automatik. Mekanisme mesin ini bermula dengan membenarkan pengguna design/lukis dalam Paint-like GUI (built in Python *Python-bahasa pengaturcaraan*), kemudian dengan menekan button yang tersedia, arahan akan dihantar kepada cake foster untuk merealisasikan design yang dilukis dalam Paint-like GUI ke atas kek. Boleh gambarkan tak macam mana flow tuh? kalu tak paham, tengok video lagi senang kan..


Demo menunjukkan bagaimana sebuah mesin diarahkan untuk merealisasikan perkataan ‘Happy Birthday’ ke atas sebiji kek berwarna putih..mungkin operasi ini bukan dipanggil cake-frosting, tapi cake-decorating kan..ke sama je?? hehe.. 

Note: Ada sejarah nih, pernah la time buat kek dulu..owh pembetulan,actually just tolong jaga kat oven je pada malam raya..at last, baru perasan Planta yang dipakai tuh dah expired , padahal baru beli..tu pun sedar bila kek berbau tengik.. akhirnya, pagi raya, buang je kek tu..moral of the story, sebelum bawak barang ke kaunter bayaran, tgk expired date dulu..walaupun kedai itu kemas dan tidak berhabuk :P

2 comments:

Sharinginfoz said...

macam2 teknologi kan, kek tidak ketinggalan

nik said...

betul2..teknologi makanan pun dah berkembang kan..