Showing posts with label technology stuff. Show all posts
Showing posts with label technology stuff. Show all posts

Friday, February 18, 2011

:: Jejak kasih sebuah kalkulator

Entri SPM 10 tahun lepas telah menyelitkan kisah sebuah kalkulator 3 generasi yang telah diangkut ke dewan peperiksaan gara-gara kalkulator hak milik peribadi telah kehabisan bateri..

2011-02-18_153626

dan bagi memenuhi impian mzhany utk melihat rupa paras kalkulator itu, juga sebagai memenuhi keinginan diri sendiri untuk memegang kembali kalkulator itu, maka gigih bertanya kepada abah pada hari pertama percutian di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang lepas walaupun pertanyaan itu dipandang agak pelik oleh abah dan ma ketika itu..hehe..(balik kampung, tetiba tanya pasal kalkulator, demam panas ke apa?..haha) 

Ternyata bukan aku sahaja yang excited melihat sebuah kalkulator tersimpan rapi di dalam laci itu, malah abah pun menunjukkan kegirangan yang sama dengan bersungguh-sungguh mencari bateri untuk memberi nafas baru kepada kalkulator yang sudah agak kusam rupa parasnya..tidak meletakkan harapan 100% untuk melihat ianya berfungsi seperti sedia kala..sekadar berusaha..

..dan akhirnya…

..dipersembahkan Kalkulator Sharp ELSIMATE EL-215S yang masih gigih memaparkan nombor-nombor dalam skrin hijaunya…

 

SDC14380

  ..Kekusaman rupa parasnya agak jelas kelihatan kan..tapi sudah berjasa..walaupun rupamu sebegini rupa, tetap menjadi pujaan hati sebab membantu score A1 untuk paper account..hehe..

 

 SDC14382 ..Boleh juga digunakan dengan adaptor (EA-17E, 3V)..

 

SDC14381Suis on/off

sharpel215

..dan akhir sekali, inilah rupa paras yang masih suci murni (credit to : Vintage Technology) ..

Menurut informasi daripada Vintage Technology , model kalkulator ini dikeluarkan pada tahun 1980....Cuma model yg digunakan ini ada kod ‘S’ di belakang model series number itu..tak pasti versi apa..tak mungkin Made in China punya edition..haha..maybe ‘S’ for Special..kalkulator ada versi special edition ke macam kereta buatan Malaysia?? hehe..

Ok, sekian dulu ruangan jejak kasih kali ini..ketemu lagi dalam jejak kasih artifak lain yang masih ada dalam simpanan..seperti koleksi surat budak sekolah di zaman tiada handphone dulu kala..itu pun kalau ada lagi Percutian di Pantai Timur Semenanjung Malaysia lagi..hehe..

 

Note: Update entry dengan sepantas kilat  sebab ada orang jerit kat shout box....haha

Monday, January 17, 2011

:: Operasi hias kek secara digital

Anda suka makan kek? Majoriti akan angguk..Anda tahu buat kek? Separuh akan geleng ..Anda tahu hias kek? Suku akan angguk ..  Menghias kek adalah bergantung kepada kreativiti dan bakat seseorang..sekarang ini, dah ramai yang mencebur diri dalam pembuatan kek cawan yang sinonim dengan dekorasi buttercream yang cantik..ketika menulis entri ini, baru paham bahawasanya buttercream itu adalah aising..hehe..google berjasa lagi..Tahukah anda,apakah perkataan lain yang merujuk kepada aising kek? Sekali lagi google membantu : It is called cake-frosting ya kawan-kawan..sila masukkan dalam buku salin resepi vocab ya  

 
Kek, buttercream dan frosting, kenapa ketiga-tiganya mendapat perhatian dalam entri petang ini ? Hari penambahan umur semakin dekat kah? ataupun sudah mahu mengikut jejak rakan sejurusannya? ..jawapannya adalah untuk war-warkan kepada kesemua pencinta dan pencipta kek, anda tidak perlu lagi menggigilkan tangan untuk menghias aising atas kek dengan terciptanya inovasi daripada pelajar Franklin W. Olin College of Engineering,Boston yang dinamakan AutoFrost. Ok, jangan terburu-buru pergi call kedai elektrik SenHeng atau kilang mesin pemprosesan makanan untuk order mesin ini, apatah lagi google kat Yellow Pages..mungkin boleh request Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, UPM untuk cipta mesin yang lebih canggih daripada AutoFrost.. Ini kerana AutoFrost sebenarnya adalah hasil projek pelajar di Franklin W. Olin College of Engineering untuk subjek Principles of Engineering . Owh, baru belajar prinsip kejuruteraan, mereka dah boleh buat sehebat ini?? ini dah macam subjek Projek Tahun Akhir masa belajar kat Fakulti Kejuruteraan dulu nih..kagum! 

 
AutoFrost merupakan sebuah mesin yang dibekalkan keupayaan untuk menghias kek secara automatik. Mekanisme mesin ini bermula dengan membenarkan pengguna design/lukis dalam Paint-like GUI (built in Python *Python-bahasa pengaturcaraan*), kemudian dengan menekan button yang tersedia, arahan akan dihantar kepada cake foster untuk merealisasikan design yang dilukis dalam Paint-like GUI ke atas kek. Boleh gambarkan tak macam mana flow tuh? kalu tak paham, tengok video lagi senang kan..


Demo menunjukkan bagaimana sebuah mesin diarahkan untuk merealisasikan perkataan ‘Happy Birthday’ ke atas sebiji kek berwarna putih..mungkin operasi ini bukan dipanggil cake-frosting, tapi cake-decorating kan..ke sama je?? hehe.. 

Note: Ada sejarah nih, pernah la time buat kek dulu..owh pembetulan,actually just tolong jaga kat oven je pada malam raya..at last, baru perasan Planta yang dipakai tuh dah expired , padahal baru beli..tu pun sedar bila kek berbau tengik.. akhirnya, pagi raya, buang je kek tu..moral of the story, sebelum bawak barang ke kaunter bayaran, tgk expired date dulu..walaupun kedai itu kemas dan tidak berhabuk :P

Thursday, October 7, 2010

:: Pen Ajaib

Menyalin nota ketika di dalam kelas dan kuliah adalah sesuatu yang meletihkan jika pen yang digunakan tidak berjenama hebat...disokong oleh faktor kekeringan dakwat yang pantas gara-gara tudung pen telah hilang.. tapi itu hanyalah alasan untuk mengaburi faktor sebenar yakni mengantuk di dewan kuliah dan tulisan cikgu adalah bersaiz 6 px ke bawah atau mungkin juga sebab naration level yang dimiliki lecturer itu sungguh tinggi tahap kelajuannya sehingga mampu menyebabkan perkataan “hah??” atau “ what??” atau “ gapo dio?”.. terkeluar dari mulut ketika di pertengahan proses penyalinan.... Tapi apabila kuiz, test atau exam bakal menjelma tidak kurang dari 48 jam lagi, maka dengan gigih mencari rakan sekuliah/sekelas yang begitu komited menyalin nota sebijik macam yang cikgu/lecturer tulis atau cakap..sungguh cekap dan efficient tahap penyalinan mereka walaupun mereka menggunakan pen jenama yang sama..

..dan mengikut teori yang dipraktikkan oleh diri sendiri sejak di bangku sekolah, untuk mengulangkaji sesuatu subjek, harus baca sambil conteng2 atas kertas sambil bercakap..menulis tanpa bercakap adalah satu proses yang sia-sia..sambil menulis, seboleh-bolehnya perlu berinteraksi walaupun seorang diri..tahap pemahaman akan lebih berkesan..selagi tidak paham, selagi itu kertas kosong lain harus diconteng sekali lagi ..dan untuk betul-betul paham dan ingat, mungkin memerlukan makcik cleaner mengutip kertas2 terpakai yang banyak di depan bilik setelah semester selesai…dan teori ini apabila dipraktikkan di rumah, mak dan ayah anda mungkin tersenyum bangga sebab anaknya tengah bersungguh-sungguh study walaupun dah berpuluh kali anaknya ulang benda yang sama sebab masih tak paham-paham dan masih tak ingat..

..kenapa merepek pasal pen dan sibuk bercerita pasal salin nota di sini?? owh sebab aku cukup teruja dengan teknologi pen di dunia yang serba canggih ini sehingga membuatkan diri ini telan air liur tengok harganya..dengan harga sebegitu rupa, sudah tentu pelajar yang memilikinya harus score Anugerah Dekan setiap semester..baru berbaloi kan..hehe..so, takde la rugi duit PTPTN beli pen nih sebab bila dah score 1st class, tak perlu susah payah bayar PTPTN kan..
 echo_smart

Echo Smartpen..hah, nama pun dah macam watak dalam Dollhouse..Kamus menterjemahkan echo sebagai “Repetition of a sound by reflection of sound waves from a surface” dan kerana perkataan itulah, pen yang ajaib ini boleh record berdasarkan apa yang ditulis..kiranya kalu dalam kuliah, sambil menulis kat buku nota digital yang dibekalkan dalam pakej pen ajaib nih, ia akan rekod suara merdu lecturer untuk diulang-main apabila buat revision sebelum exam..gitu la gambarannya ..kira memang smart la mendalah nih..beza rekod dengan mp3, dengan  pen ajaib nih, korang x perlu nak belek2 nota pastu tercari2 audio mana yang bersangkut paut dengan nota tuh, sebaliknya korang terus bukak buku digital tuh, pastu pointkan pen tuh kat tulisan atau gambarajah tertentu, lalu terkeluarlah audio yang telah direkodkan..kalu time tulis tuh korang menyanyi , maka nyanyian peserta ujibakat la yang akan diperdengarkan..Aku rekemenkan bukan sahaja untuk student dan lecturer, malah secretary opis  harus mintak bos sponsor pen nih supaya cepat sikit dapat buat minit meeting tanpa tercicir mana2 info penting..yang lebih ajaib, pen nih boleh transform jadi scanner..just connect kat pc, then automatic akan keluar preview nota yang korang tulis tuh..lagi ajaib, siap boleh transform jadi piano..wahh…betul kah atau hanya ilusi ketika menonton demo di Youtube? hehe..jika ingin lebih yakin tentang keajaiban pen ni, sila la  beli sebatang pen ajaib nih di MPH dan ujilah sendiri, kalu tak best, jangan serang blog nih sebab tuan blog ni sekadar berkongsi keajaiban sebatang pen yang tidak dimiliki dalam pencil case nya sebab harganya RM 1,139.00 sebatang..Untuk pencil case yang tiada pen ajaib nih, cukuplah sekadar kita layan Youtube nih..





Nota Digital tanpa Pen Ajaib: Mungkin jika pen ajaib ini berada dalam pencil case, barulah semangat untuk sambung belajar kembali semula..haha..

Tuesday, November 10, 2009

:: "Sometimes just word are not enough", kata Jing


Biasanya, aku kalu search pasal code programming , memang agak malas nk baca description yg panjang lebar..then, ari ni aku teruja ngn entry daripada blog Ben Nadel ..aku bukan nk explain pasal jQuery Live() itu but the way Ben Nadel present and explain the topic..

begitu berkesan impact multimedia dlm dunia pembelajaran kan..para pengajar skang pun dah IT literate..most of them dah apply elemen2 multimedia dlm bahan P&P kan..so, student xder la boring + duduk menopang dagu dlm kelas kan..so, ari nih, aku nk share ngn korang semua pasal software yg Ben Nadel guna dlm entry nya itu iaitu Jing..



Apakah itu Jing?




Jing is free software that adds visuals to your online conversations.
Instead of typing at people, show them what you're talking about..



Jing ni guna untuk ape?
  • Korang bleh guna utk kasi penerangan atau instruction mengenai design project atau aper2 aje yg korang rasa lebih mudah diterangkan secara visual kan..macam nk kasi tutorial buat blog or customize blog, korang bleh guna Jing utk nmpk lebih efficient kan..
  • Korang bleh share snapshot ngn kawan2 korang..contoh, kawan korang x tahu lokasi sesuatu tempat, then dia x tahu plak nk gune google map ..maka, korang bleh la snap map dari google map itu dan sent to them url snapshot itu..
  • Korang bleh jadi narator utk slide show koleksi gambar wedding or percutian korang ..

  • Utk keterangan lanjut, sila menuju ke sini..dan tgk video di bawah:




Dan..nih hasil cuba-try-test on my 1st attempt in using Jing..but, xder mic..so, silent mode je video nih..hehe..



Monday, November 9, 2009

:: Papan Pemuka Google..Google tahu tentang kamu

Google memang femes ngn product2 yg best2 dan menyenangkan..

Antara product /service Google yg aku sedang/pernah gunapakai :

  1. Gmail
  2. Blogger
  3. Picasa
  4. iGoogle
  5. Docs
  6. Friend Connect
  7. Talk
dan Google AJAX Language API utk research di ofis.

Google telah muncul ngn dashboard( papan pemuka ) yg memudahkan pengguna Google utk control n review product2 yang mereka guna..

Utk paparan mengenai dashboard nih, tgk je la video nih, then try yourself at www.google.com/dashboard.



Credit to : http://www.pcworld.com/article/181586/google_dashboard_goodbut_more_explanation_please.html

Friday, October 24, 2008

:: Typing master??..kalu master, korang try gune kibod nih..

100% Blank Key



The original blank keyboard





Where is the letters? Das keyboard believe with no keys to look at when typing, your brain will adapt and memorize the key position thus increasing typing speed.


hongkiat.com




“I view the Das Keyboard Professional like a pair of expensive jeans that look like any other pair of jeans, but you wear them everyday because they fit you perfectly.„


Sean Fallon - Gizmodo


“A keyboard with no inscriptions on the keys was obviously only for a certain type of geek, not just normal ones, only those who are above the pack: the übergeeks.„


Andrew Zipern - New York Times



“The human mind has an incredible ability to adapt and that's the big idea behind the Das Keyboard and its complete lack of key markings.„

Gizmag - Anonymous.



“For bloggers who have not mastered touch typing, now's the time to do it„


Colber Low - The Gadget Blog.





“Elite computer programmers searching for a cool way to differentiate themselves from mere mortals need look no further.„

Melinda Hart - Metadot Corporation