Ketika mengadap tv,remote kena ada di sisi supaya senang melakukan aktiviti kegemaran sejak dulu iaitu flip channel..So, semalam, seperti biasa sorang diri mengadap tv , maka dengan mudah dan berkesan aktiviti flip channel dijalankan...sekejap Samarinda, sekejap Just in Heaven (TV2), akhirnya tersangkut sampai pukul 12 kat program Soal Jawab di TV3 yang biasa bersiaran pada setiap hari Rabu , jam 11.00 mlm dan dikendalikan oleh Ahmad Fedtri Yahya ..
Pernahlah ikuti sekali dua program ni, itu pun sebab pada episod itu, tetiba Maya Karin muncul untuk bercerita pasal kerjaya dia..Terserlah ke’innershine’an wajahnya..kemudian ada pulak episod mengenai filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan KRU dan Ummi Nazeera..hah, semua episod yang sempat tengok itu adalah apabila artis yang jadi panel jemputan..hehe..tapi kalau ahli politik yang jadi panel dan bincang pasal hal politik, memang aku rela tengok drama ulang tayang kat TV9..so, malam Rabu lepas, memang dah niat sebenarnya nak tengok..sebab TV3 dah tweet yang malam tuh ada slot perbincangan pasal Skim Rumah Pertama..tapi entah macam mana stuck sekejap kat TV2 , pukul 11.15 baru bukak program tuh.
Betul-betulkan tempat duduk, lalu kasi fokus sepenuhnya pada tv, remote letak jauh sedikit, agak2 boleh capai bila time iklan je...tetiba terbit tanda soal di atas kepala “aiks, apsal ada sebut pasal nuklear pulak ni?”.. Ok, segmen setengah jam pertama menyentuh pasal kejadian letupan di stesen loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi, Jepun.. Alang2 remote dah jauh dah tertengok, elok kiranya teruskan niat murni untuk menonton bual bicara berilmiah ini.. mendengar bual bicara tuh, terasa macam berada di kelas Fizik Form 5 dulu..terbayang atom - nuklear bagai..yang pasti, sebelum sesi tersebut tamat, panel jemputan buat kesimpulan yang kejadian letupan nuklear di Jepun tuh ada kebaikan dari segi kemajuan industri tersebut..maksudnya, lepas nih loji nuklear yang bakal dibina seharusnya mempunyai tahap ketahanan yang lebih tinggi..kalu tak salah dengar, panel ada bagitau yang loji di Jepun tuh mempunyai tahap ketahanan untuk gempar bumi richter 8.0 something sahaja..kalu salah maklumat, mintak maaf ye..
Ok, jam 11.30 mlm, bermulalah sesi bual bicara psal Skim Rumah Pertama pulak. Panel jemputan adalah Datuk Idris Haron, selaku Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan seorang lagi panel dari pihak perbankan Islam..tapi lupa nama..hehe..
Antara point-point yang masih boleh refresh untuk dikongsi bersama adalah :
1) Elak berurusan dengan orang tengah jika ingin beli rumah especially rumah pertama..terus berurusan dengan pihak bank/SPNB.
2) Semak dahulu status pihak pemaju sama ada telah disenaraihitam atau tidak.. Boleh rujuk senarai pemaju yang disenaraihitam di laman web KPKT.
3) Bagi pemohon Skim Rumah Pertamaku ini, pihak bank akan meneliti status kewangan pemohon dengan mengambilkira baki akaun beberapa bulan sebelum itu , at least ada simpanan RM500 something/month..penapisan seperti ini adalah untuk memastikan pemohon mampu untuk membayar bulanan dan tidak membebankan pemohon kelak.
4) Dengan adanya Skim Rumah Pertamaku, pemohon tidak perlu lagi mengeluarkan akaun ke-2 dalam KWSP untuk pembelian rumah itu. Tapi masih boleh dikeluarkan untuk bayaran bulan-bulan..tapi seeloknya, tak perlu usik duit simpanan KWSP itu..
5) Skim Rumah Pertamaku diperuntukkan untuk nilai hartanah bernilai RM100,000 hingga RM220,000. Bagi yang ingin membeli rumah pada harga yang lebih tinggi, mereka tidak layak untuk skim ini.
6) Boleh kunjungi laman web SPNB untuk meneliti senarai rumah yang available dan mengikut kemampuan masing-masing
7) Maklumat lanjut mengenai skim ini boleh didapati di laman web SRP.
Macam mana, ada yang berminat nak join skim ini?..Mari-mari warga muda, kita kumpul aset di usia yang muda..(tapi aku tak layak lagi sebab masih gagal mengurus kewangan dengan bijak..sedang berusaha lagi..tengah kumpul duit untuk byr road-tax ngn insurans musim nak raya nanti..)
Ok, setakat ini dulu lah entri petang Jumaat..owh ye, pagi tadi replay lagu Rebecca Black lagi, sebagai pembakar semangat di hari Jumaat katanya..hehe..Selamat berhujung minggu ya semua..
No comments:
Post a Comment