|
Tahukah anda apa itu jangkitan adenovirus?
Ok,selepas baca berita di atas tengahari tadi, maka dengan pantas menggoogle perihal virus tersebut. Cukup risau dengan situasi kesihatan sejak dua menjak ini memandangkan seminggu lebih demam yang disertai pakej batuk dan selsema..tapi alhamdulillah, setelah dua kali berjumpa doktor dan setelah disiplinkan diri dengan segala antibiotik, ubat batuk, ubat demam dan ubat selsema, sudah beransur pulih sejak Selasa lepas..adik di Matrik Melaka yang demam dengan sakit tekak sejak Isnin lepas, alhamdulillah sudah sihat hari ini .. di opis, beberapa staff masih tidak sihat sepenuhnya..ada mengadu sakit kepala, sakit tekak...hopefully, tiada apa yang mencurigakan.. insyaAllah.. mungkin faktor cuaca yang tidak menentu tapi bukanlah akibat kesan radiasi . Cuma, segeralah berjumpa doktor apabila sakit (Pesanan untuk diri sendiri juga)
Ok, berbalik kepada jangkitan adenovirus. Menurut sumber Britannica Online Encyclopedia, adenovirus adalah salah satu virus dalam kumpulan Adenoviridae, yang dikenalpasti sejak tahun 1950-an. Virus ini dikatakan boleh menyebabkan sakit tekak dan demam di kalangan manusia, hepatitis pada anjing dan beberapa jangkitan kepada haiwan jenis burung, lembu, babi dan monyet.
Adenovirus Electron Microscopy (Credit Microbelibrary.com)
Berdasarkan sumber Berita Harian :
|
Kes jangkitan Adenovirus di Pulapol sejak 10 hari lalu dikatakan kes pertama bagi kumpulan yang ramai di Malaysia dan Kementerian Kesihatan masih tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan virus tersebut. Jangkitan virus ini juga dikatakan tidak berjangkit melalui udara .
Antara simptom-simptom awal jangkitan virus ini adalah :
Demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru. |
Untuk maklumat lanjut mengenai virus adenovirus ini, boleh rujuk pada Adenovirus.com.
Sedar tak, semakin banyak penyakit yang tidak diketahui puncanya mula muncul . Dan sedarlah bahawasanya penyakit-penyakit ini adalah salah satu bentuk ujian/musibah yang diturunkan-Nya untuk menginsafkan hamba-Nya di atas segala kesilapan dan kelalaian.
|
Sumber rujukan:
No comments:
Post a Comment