Saturday, March 7, 2009

::dia..penebar roti canai amatur

suatu ketika dulu,
dia tidak tahu bagaimanakah doh roti canai itu dibuat..
apatah lagi menebarnya..
dia hanya tahu meng’order’ roti sardin,roti telur di kedai2 mamak yg beroperasi 24 jam itu..
dia tidak pernah kagum apatah lagi mengenyit mata ke arah penebar roti canai dengan harapan skill tebar-menebar roti akan diperolehinya..

sehinggalah..
pada suatu ketika..
di sebuah kilang produk makanan segera SEMUDAHABC (bukan kilang sebenar),
bermula era kejatuhan imej selaku budak U yg dlm proses menunaikan jam kredit LI nya..

dia terpinga-pinga ..
namun, dengan sepantas mesin pembuat doh roti canai berjenama SEPANTASABC (bukan jenama sebenar)..
dia begitu tidak sabar untuk melakukan tebaran pertama..
dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya semangat itu..
namun,hasil perlaksanaan konsep try and error yg
dipelajarinya ketika subjek programming C di semester pertama,
hasil tebarannya diperakui dan memenuhi standard ISO kilang itu
walapun hasil-hasil tebaran yang masih di fasa try and error itu kerap menghasilkan roti kirai..

namun, dia tidak kecewa..
malahan berasa beruntung kerana belanjawan utk sarapan pagi di rumah sewanya dapat dikurangkan dengan adanya roti canai hasil air tangannya yang tidak berunsur H2O..kesenian itu..

sehingga saat ini, tatkala sekeping roti canai berada di depan meja makannya, perasaan kagum bermain di dasar laut..hatinya..kagum dengan keupayaan dan semangat diri nya ketika dahulu..
ya,
ketika dia adalah seorang penebar roti canai..amatur..

Nota kaki: Pengalaman kerja ini tidak sama sekali disertakan di dalam resumenya..bidang kerjanya kini tidak memerlukan skill tebaran roti itu..namun semangat dan keyakinan yang diperoleh sepanjang pengalaman kerja itu masih diteruskan sehingga kini..

1 comment:

Anonymous said...

salam,

i tagged you plak..
cntk nyeee...jeles2

cipz