Thursday, July 7, 2011
:: Anda seorang penggemar cookies?
Friday, July 1, 2011
:: Naik taraf kerjaya seorang penjaga oven kepada pembuat kek
Akhirnya, cita-cita nak hasilkan sebiji kek (at least jiran boleh terbau aroma sebiji kek , bukan aroma benda terbakar dari pintu depan..hehe) dengan kudrat tenaga sendiri terlaksana..hehe.. Actually, ini adalah percubaan yang ke-3..yang pertama nak buat brownies, tapi terbantut tumbesarannya.. 2nd time try buat butter cake, boleh makan tapi nipis semacam coz x cukup adunan.. hasil bukti percubaan pertama dan kedua gagal dipamerkan.. apatah lagi hasil yang pertama yang terus masuk tong sampah..hehe
..dan hasil ketiga adalah marble cake..hehe..mengadun adunan tanpa mixer (bayangkan)…hanya mampu execise tangan dengan putaran 360 darjah utk dapatkan adunan yang betul2 sebati dan gebu..kebetulan hari tu tak pegi aerobik, so berbaloi exercise kat dapur..hehe..
Note: Teringin nak buat kek oreo, tapi belum sempat buat kek, oreo yang dibaham dulu..hehe..Untuk projek kek seterusnya,harus sediakan mixer di dapur dahulu nampak gayanya..(penat guna tenaga tangan..hehe)
Thursday, June 30, 2011
:: [Tutorial] Microsoft Outlook - Memindahkan email ke dalam folder tertentu secara automatik
Stress melihat timbunan email daripada pelbagai sumber di dalam Outlook anda?
Bayangkan dalam sehari , anda menerima berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus email dan andai kata suatu hari nanti anda ingin semak kembali salah satu email yang anda terima, sudah tentu mengambil masa untuk browsing satu persatu email dalam Inbox kan...ok, boleh guna Search box yang ada, tapi adalah lebih kemas dan senang jika setiap email yang diterima itu dimasukkan di dalam folder masing-masing mengikut kategori yang anda mahukan..Contoh, kalau setiap hari bos anda akan hantar email , so anda boleh asingkan terus email daripada bos itu dalam folder yang mungkin anda nak namakan sebagai “Bos hantar email lagi”..Tapi aktiviti memasukkan setiap email di folder masing-masing secara manual adalah agak melecehkan, bukan? Oleh itu, mari kita belajar bagaimanana nak arahkan email-email itu masuk sendiri dalam rumah masing-masing (folder)..hehe..
1) Pilih salah satu email dari pengirim (sender) yang biasa anda terima . Sebagai contoh,kita nak setting supaya email berkaitan promosi Tune Hotel dimasukkan di dalam folder tertentu . Klik kanan pada email tersebut, dan pilih Create Rule
2) Kemudian, akan terpapar tetingkap seperti di bawah. Anda boleh pilih sama ada untuk asingkan email berdasarkan alamat email pengirim (From..), kandungan subject tertentu (Subject contains..) mahupun alamat email penerima (Sent to..) atau ketiga-tiganya sekali..Kemudian klik pada button Select Folder
3) Kemudian, klik pada button New untuk create folder baru.
4) Masukkan apa-apa nama untuk folder mengikut citarasa anda , kemudian klik OK. Anda boleh tentukan lokasi untuk folder yang anda create itu. Contoh anda nak letak sebaris dengan Inbox, Outlook etc, so boleh select kat nama account anda (macam kat bawah).
5) Sekarang, folder yang anda dah create akan terpapar seperti contoh di bawah.
6) Selesai create folder, klik pada button Ok. Pastikan anda tick pada ‘Move the item to folder’, kalau tak, tak tercapai matlamat tutorial ini..hehe
7) Tick pada ‘Run this rule now on messages already in the current folder’ untuk membolehkan email-email sedia ada dalam Inbox dipindahkan ke folder itu.
8) Semua email yang berkaitan akan dimasukkan ke dalam folder tersebut, dan tidak akan menyesakkan ruang folder Inbox anda seperti sebelum ini. Kaedah ini juga sesuai untuk asingkan email yang anda rasa ala-ala bersifat ‘SPAM’ ke dalam Junk E-mail folder..atau boleh terus setting ‘delete’ setiap kali email tersebut masuk..Untuk jenis-jenis advance setting macam delete terus atau asing ikut kandungan email (Body content), boleh klik kat Advanced Options kat gambarajah no 2 di atas.
Untuk edit rule/ setting yang anda dah buat, boleh pilih Tools > Rules and Alerts seperti di bawah.
Jika terpapar error seperti di bawah ketika anda select Rules and Alerts, itu menunjukkan salah satu rule yang anda create ada error.
Rule yang ada error akan dihighlight dengan color merah seperti di bawah. Untuk edit, just double klik pada rule berkaitan.
Sekarang, dengan adanya setting sebegini, hari-hari anda akan lebih tenang tanpa perlu gelabah melihat bilangan email yang unread pada sisi folder Inbox anda. Kalau bos suruh semak email tahun lepas, dengan mudah anda berkata “Yes bos, saya akan cari dengan segera”..
Ok, sekian dahulu sesi tutorial kali ini :)
Note : Belajar dari sumber ini..hehe.. Thanks ‘How to Geek’
Monday, June 6, 2011
:: Be thankful for what you have before it becomes what you HAD.
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Friday, June 3, 2011
:: Allah masih sayangkan kamu
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.
[Al-Anbiyaa’: 35]
..Semoga diri ini semakin kuat dalam ujianNya ..
Note:
1 Rejab 1432 /3 Jun 2011
Semoga bulan Rejab ini membawa seribu kenikmatan dan keberkatan kepada kita semua. [Fadhilat bulan Rejab]
Wednesday, June 1, 2011
:: Karangan di musim cuti sekolah
Kepada adik-adik yang bercuti sekolah selama 2 minggu ini, selamat bercuti secara berhemah ya..kalau kena buat karangan berjudul “Aku sebuah kalkulator” sebagai tugasan homework sepanjang cuti sekolah, boleh la cari ilham kat entry pasal kalkulator Sharp itu ye ..tapi kisah kalkulator tuh adalah happy ending (tidak seperti default ending untuk karangan tajuk cliche camni kan)....lagi satu, bagitau cikgu yang karangan itu diadaptasi dari kisah benar ya..hehe..
Note: Antara keyword yang berjaya tebusi blog ni minggu lepas dan hari ini :) ..secara keseluruhan, dengan rendah hati, berharap dapat membantu mereka yang google pasal senarai harga tiket komuter kat entry sebelum ni..