Thursday, December 30, 2010

:: 31 Dec 2010 - Public Holiday, not only for Malaysian staffs

2010-12-30_191704
Emel daripada HR Manager yang berformat tidak formal :D

Kepada semua, selamat bercuti dan selamat tahun baru 2011

Monday, December 27, 2010

:: Nasi minyak penutup 2010

Dah agak lama tak publish entry menerjah majlis orang kawen untuk sesi 2010..last entry on Bai wedding..wedding Sha dan Ina Udin pun x terupdate..nasib baik ada backup reporter, Cipah on wedding Ina dan Sha..hehe..Kalu Sha masih menuntut entry buatnya, tunggu la nik buat entry promote cupcake ke..boleh?


Ok, Sabtu lepas, seorang lagi coursemate telah mendelete nama dalam list orang bujang sebab dia dah jumpe Prince Charming..Tahniah buat Suhaidal..sgt cantik..dan sesungguhnya nasi minyak rumah org kawen adalah super duper sedap berbanding nasi minyak tapau kat pasar malam kan..patutlah selalu org tanya “Bila nak makan nasi minyak?”..rupanya sebab nasi minyak di majlis org kawen sedap....


Perjalanan ke rumah pengantin di Bandar Teknologi Kajang boleh dikategorikan sebagai ujian pemanduan kepada pemilik lesen P ini..first time drive via Cheras-Kajang highway..sebelum bertolak, mengulangkaji sekejap google maps secara manual (print-mode)..macam study last minit untuk exam, makanya sah-sah la penyakit blank muncul di tengah2 highway..drive ikut naluri hati sahajalah....mujurlah tiba di rumah pengantin dalam pukul 1 dengan selamat, alhamdulillah..(walaupun dah cuak sebab asyik nampak signboard ke Senawang, Seremban je sepanjang jalan).. 

Ok la, tak perlu menghuraikan kejadian sesat dan kembali ke pangkal jalan itu..yang paling dinantikan oleh Imm dan Yanz khasnya (bila korang nak create FB? hehe) adalah gambar pengantin kan..kan..hehe

suhaidal6
Singgahsana yang indah..sekali pandang macam buat kat dewan kan..

suhaidal8
..Pengantin yang gorgeous..

suhaidal9 Ada yang berniat dan berusaha untuk zoom cek itu kah? 


suhaidal
Hasil perkongsian 12 bersaudara untuk pasangan pengantin dengan harapan dapatlah tuan rumah panaskan pizza untuk tetamu kelak..hehe


Nota: Setelah pengantin kasi hint suruh gi tepung tawar dia, maka terciptalah rekod dalam hidup ‘Berjaya menepung-tawar pengantin di usia 27 tahun’....ingatkan yang dah kawen je boleh join activity menepung-tawar..haha

Monday, December 13, 2010

:: TV ALHIJRAH : Dunia Penyiaran Baru dengan pengisian terbaik

50335_147982698565326_6120_n

Sejak heboh diperkatakan di segenap pelusuk tanah air bahawa ada saluran televisyen percuma yang baru,  maka dengan gigih mencapai sebijik remote tv lalu scanning frekuensi 743.25 MHz dan percubaan pertama hanya mempamerkan suara tanpa visual.. sungguh sadis (mungkin kena makan keropok lekor dulu seperti iklan di Sinar FM itu barangkali)..usaha lagi..dan akhirnya, berjaya jugak walaupun kekadang tak clear..mungkin faktor waterfall (air bilasan dari mesin basuh jiran tingkat atas yang sungguh bertatatertib)  telah memesongkan transmisi channel berkenaan..


Saluran ini dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 7 Disember 2010 yg lalu bersamaan 1 Muharam 1432H. Bagaimanapun, siarannya telah bermula secara rasmi pada 1 Disember 2010 setelah melalui proses ujian sejak 1 November lalu. 


Saluran ini mengetengahkan rancangan yang dapat memberi perspektif Islam  yang jelas kepada masyarakat. So, ianya amat sesuai untuk tontonan umum terutama dalam meningkatkan pengetahuan agama dan ianya disampaikan dalam bentuk yang lebih kreatif. Sebagai contoh selepas masuk waktu Maghrib, ada slot ringkas (ala-ala iklan pesanan khidmat masyarakat) mengenai ‘Segerakan Solat’... 

Selain itu, ada segmen Muhasabah yang sesuai untuk kita bermuhasabah diri setiap hari..bacaan ayat-ayat suci Al-Quran juga diperdengarkan di saluran ini..pendek kata, pengisian dalam saluran ini adalah terbaik dan berguna untuk semua.

Berikut adalah Frekuensi Tv Al-Hijrah:
Lembah Klang CH 55 (743.25 MHz),
Pantai Timur CH 41 (631.25 MHz)
Johor CH 40 (623.25)
Sarawak & Sabah CH 37 (599.25 MHz)
Untuk maklumat lanjut mengenai saluran ini, boleh layari http://www.tvalhijrah.com atau sertai fan page TV al-Hijrah di Facebook

:: Kawan Puff Pastry Square

2010-12-13_105953

Atas permintaan Imm,  dipersembahkan jenama  puff pastry yang digunapakai untuk menghasilkan Apple Puff Pocket. Sebelum Apple Puff Pocket, Sardine Puff telah mempelopori carta hasil pastry puff untuk rekod peribadi..hehe..

Tak semua pasaraya ada jual kulit puff pastry nih..kat Jusco, tak tahu ada ke tak..

Biasa beli kat Tesco dgn harga RM3.75  per packet..satu packet ada 10 keping, so kalu nak buat pastry puff sardin mcm kat kedai bakery tu, boleh dapat dalam 10 bijik la..bergantung kepada kreativiti masing-masing..

2512784319_7cf4ab5bba

Nota: Macam - macam resepi boleh direkacipta guna puff pastry nih..bergantung kepada kerajinan, kreativiti dan bil elektrik rumah anda  :D

Saturday, December 11, 2010

:: Senarai Harga Tiket Komuter

*Entry di auto-publish guna WLW (Windows Live Writer), berkat tunjuk ajar daripada Hany
 
2010-12-10_184348

Sudah menjadi tabiat apabila buka Nuffnang, terus check keyword apa yang hits blog ni..tak tgk sgt earning sebab dah tahu tak berganjak pun value tuh..hehe..so, terjumpa lagi keyword ‘senarai harga tiket komuter’…sebelum nih, pernah jugak keyword nih hits blog nih..bila try google sendiri guna keyword tuh, memang sah berada di tangga atas

2010-12-10_190536

So, dengan ini, untuk tidak menghampakan pencari keyword ini (entry sebelum ini  tidak membantu kamu sama sekali), maka disertakan senarai harga tiket komuter yang diperolehi dari website KTMB.

Senarai tambang komuter untuk orang dewasa : Klik sini (Updated)

Senarai tambang komuter untuk kanak-kanak/warga mas/OKU: Klik sini (Updated)



Nota: Sudah hampir 3 bulan tak jumpa sang kuning-biru..apa khabar agaknya sistem pengangkutan itu sekarang?

Friday, December 10, 2010

:: Sila buat ayat menggunakan perkataan ‘Mempersiasuikan’

Owh..teringat zaman belajar BM dulu, ada soalan yang suruh buat ayat berdasarkan sesuatu perkataan kan..Tapi hari ni, kita bukan nak belajar buat ayat, tapi kita nak mengenali perkataan yang kembar siam nih..ada bunyi Hang Tuah, ada bunyi Hang Li Po..cuma bunyi Sammy Vellu je tak kedengaran..hehe..

Pagi tadi, rakan sekerja hantar sesuatu kat dinding buku muka dia

2010-12-10_183624

Google adalah pakar forensik yang cemerlang..so, gigihlah google mengesan DNA perkataan tu....dan hasilnya:
Menurut Wikipedia(http://en.wikipedia.org/wiki/Manglish), "mempersiasuikan"  bermaksud  disgraceful, derived from hokkien "siasui" + malay.(e.g. "Sungguh mempersiasuikan" or "Very mempersiasuikan" which means very disgraceful/humiliating/embarrassing)

Kat pantry opis, ada satu white board . Dan hari ini perkataan ‘mempersiasuikan’ telah diabadikan di white board itu supaya staff2 opis ni boleh belajar merosakkan bahasa kebangsaan..haha..

Nota: Adik-adik dilarang sama  sekali  menyalahgunakan perkataan ini dalam kertas ujian Bahasa Melayu, apatah lagi dalam kertas ujian subjek lain :D

Monday, December 6, 2010

:: Apple Puff Pockets..poket ajaib bukan kepunyaan Doraemon

Dipersembahkan seni persembahan dari oven Pensonic pada Sabtu lepas iaitu Apple Puff Pocket versi semi-hangus yang telah diubahsuai mengikut bahan yang sedia ada di dalam peti ais..

Hanya menggunakan epal hijau yang digaul dengan gula sebagai inti puff..kulit pastri tuh kene potong segitiga, pastu letak inti, pastu tindihkan bucu ke bucu untuk membentuk seperti gambarajah di bawah (bahasa penyampaian yang agak tidak sesuai untuk rancangan masakan)

SDC14136 

SDC14157

SDC14169
SDC14170
Bagaimanakah rasanya? seperti makan pai epal..hehe..

Nota: Untuk resepi asal, boleh rujuk di Recipe Gouda and Apple Puff Pockets

:: Salam Maal Hijrah 1432H

bigmaal20hijrah01

Penghijrahan ke arah yang lebih baik..insyaAllah..

Nota: Sambutan Maal Hijrah 1432H peringkat kebangsaan  dengan tema “1Malaysia 1Ummah”  akan dirasmikan esok di PICC bermula jam 8.30 pagi.

:: Info trafik di Sinar Pagi


Selama nih pakai redah je apa-apa highway..tak tahu pun highway nama apa, kalu tahu pun just highway kl-seremban ngn federal highway sahaja..bila dengar info traffic pasal kesesakan lalu-lintas kat mana2 highway yang aku tak tahu belah mana, so abai je la kan..so, pagi tadi dgr info traffic pasal accident kt kesas highway..sebab beranggapan kesas highway tuh tak termasuk dalam peta google map ke opis, maka sekali lagi buat tak tahu je la..so, keluar dari rumah seperti biasa dengan harapan sampai opis time biasa-biasa juga..malangnya, stuck dalam jam..sebab kelajuan adalah di bwh 20km/j, maka sempat la baca signboard2 kat tepi jalan kan..dan ternyata hari ini berjaya menambah ilmu pengetahuan lalu-lintas..ternyata selama ini ke opis guna kesas highway..haha..menganaktirikan federal highway semata-mata nak elak tol..sekali, terima pengajarannya apabila terpaksa merelakan tayar kereta bergeseran dengan jalan raya yang seperti baru sahaja disimbah ‘berbotol-botol ambi pur’ di pagi hari..bukan itu sahaja, malah terpaksa mengelak gumpalan ‘harta karun’ yang terbiar di tengah jalan..Untuk mengetahui apakah yang terjadi..sila baca di http://ondscene.my/kemalangan/kemalangan-yang-paling-ambi-pur


Nota: Adakah lori sampah yang accident itu adalah lori sampah yang sepatutnya kena angkut sampah kat flat pukul 9 pagi tadi?? tak nampak kelibat lori sampah pun pagi tadi..

:: Kecantikan adalah hak milik setiap blog..

 
Cantik dan menarik adalah subjektif..sebab kalu korang buat dalam bentuk objektif, sudah tentu tidak cukup 4 pilihan jawapan A, B,C,D..maksudnya korang boleh tafsir kecantikan sesebuah blog berdasarkan pandangan mata kasar korang sendiri kan, yang penting ianya ikhlas dari hati naluri kan


..ada yang kata blog yang simple lebih menarik dan cantik berbanding blog yang macam pelangi, ada yang kata blog itu cantik sebab sebenarnya nak kata yang bloggernya memang dah cantik, so blog sekadar menumpang glemer kan....haha..ada kata blog itu cantik dan menarik sebab blogger dia designer, so boleh create template yang totally tak akan dijumpai di mana-mana website yang kasi free template kan…ada yang kata blog itu cantik sebab cerita pasal tip-tip kecantikan (berkaitan tak?"..hehe)..ada juga yang labelkan sesuatu blog itu cantik dan menarik sebab jalan cerita setiap entri memang awesome..kesimpulannya, terpulang kepada pembaca dan blogger untuk menilai kecantikan dan menariknya sesebuah blog itu..yang penting, selalu update sebab nuffnang tak kasi income berdasarkan kecantikan paras rupa blog mahupun blogger kan.. hehe

 
Ok la, minggu lepas ,www.mzhany.com berkata-kata di alam maya bahawa blog ini cantik dan menarik..hehe..Terima kasih Puan Hany..macam dah berkurun blog ni tak kene tagged..kurang publisiti, mungkin juga jalan cerita tahap cerekarama sahaja..tak box-office.. kutipan nuffnang pun tak sampai lagi RM40 juta kan..hehe..


85520212_thumb
 
 
~ Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?
Blog www.mzhany.com adalah blog yang mesra alam sebab warna dia hijau..hehe..Antara blog wajib kunjung setiap kali on pc opis..haha..maklum la, apabila abis opis hour, kehidupan kembali kepada paleolitik sebab no access to dunia internet..Blog hany nih memang sentiasa update walaupun ianya adalah auto-publish..at least dia seorang pekerja yang komited dengan urusan opis..tak seperti diri ini yang kadang-kadang curi sedikit masa untuk kasi update blog..haha....Blog hany nih best sebab banyak info bleh collect..seperti dapat info pasal boleh beli tiket bas express balik kampung kat Putrajaya Sentral..Selain itu, pencapaian rekod peribadi buat popia simpul dengan air tangan sendiri bertitik tolak dari entri blog hany juga..


~ Kenangan manis dalam hidup anda?
Dapat ambil foto famili pada hari raya tahun lepas selepas 8 tahun.....Paling manis dalam kehidupan apabila dapat tengok abah dan ma gembira dan bahagia di samping anak-anaknya..

Lulus lesen kereta pun dikategorikan kenangan manis jugak walaupun nak lulus tuh bukan main pahit-maung kena lalui..haha..3 kali test adalah pengalaman yang tak semua orang lalui kan, melainkan korang saja-saja nak repeat byk kali..hehe..

Dapat masuk Universiti, dapat degree, dapat kije (walaupun 6 bulan menganggur), dapat gaji pertama, dapat makan nasi minyak kawan-kawan, dapat pakai kereta sendiri dan segala nikmat kehidupan yang Allah berikan adalah paling ternilai dan manis..


~ Kenangan pahit dalam hidup anda?
Handset pertama dalam hidup, Nokia 3310 telah dicuri orang.. tapi aku anggap semua itu ada hikmah, sebab lepas tuh dapat pakai handset model baru ..hehe..tapi sebulan jugak la hidup tanpa handset..dulu, nak pakai handset bukannye mudah macam budak-budak zaman sekarang kan..

Pahit yang lain telah berjaya ditawarkan..hahaha..maknanya, dah lupa ingatan apa yang pahit itu..yang penting, pahit ke manis ke masam ke, itu semua perisa sebuah kehidupan..kalu asyik manis je pun, tak elok untuk kesihatan kan, gula pun dah naik harga..hehe..

~Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
Alhamdulillah, dengan nikmat kehidupan yang Allah SWT berikan, sebagai hambaNYA, aku berpuas hati..namun, tidak boleh dinafikan masih ada perancangan dan harapan yang ingin dicapai dengan izinNya..insyaAllah..

~ Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai?
Dulu kan, sebelum wujudnya mendalah blog begini, aku biasanya tulis wish-list pada hari jadi dalam kertas yang dikoyak dari buku sekolah..hehe…lepas tuh, kertas itu akan dilipat, then diselit kat buku..wish-list dulu2 lebih kepada kebendaan seperti mahu walkman ,mahu beg begitu-begini...haha..tapi bila usia dah masuk 20-an , wish-list semakin nampak kematangan dari segi tatabahasa dan struktur ayat..haha.. antaranya, sebelum usia 30 tahun, sudah ada rumah sendiri (walaupun kebendaan, tapi itu adalah aset kan..)..sekarang masih berumah sewa dan tengah belajar bagaimana mahu bijak mengurus kewangan sebab seperti masih kurang bijaksana perihal pengurusan RM( bukan Rosmah Mansor )..tengah YES pulak kan, lagi la ..hehe..


Impian yang sejak dulu tertunda adalah sambung belajar..heh..semangat tgk Imm sambung PhD..

Lagi impian, mahu belajar buat roti..haha..ok2, serius mahu belajar buat roti tanpa guna breakmaker..breadmaker adalah mahal, lagipun kata  nak berjimat kan..hehe..

Impian seterusnya , macam korang yang single kat luar sana, korang sure dah penat nak kasi default response setiap kali member2 tanya “wei, nasi minyak ko bila lagi?” .." asyik pegi majlis org je, majlis ko bile?”..so semoga ada sesi pengulungan kepada sesi soal-jawab/perbahasan ini ....

Impian lain, mahu tukar template baru untuk blog nih untuk edisi 2011 supaya tahun depan dapat anugerah blog cantik dan menarik lagi..hehe..
ok2, dah lebih limit dah kan..

 ~ Tag 5 orang untuk award ini.
http://loveville-cippzzyshmr.blogspot.com/

http://keypadlock83.blogspot.com/

http://teapot-teko.blogspot.com/

http://blogmamaqistina.blogspot.com/

http://sorotankami.blogspot.com/

Wednesday, December 1, 2010

:: Selamatkah anda dengan soya?

soya

Entri sebelum ini telah membawa beberapa pelayar internet yang gigih men’google’ keyword ‘Fakta tentang soya’  tersesat ke blog ini . Dan sebab soya adalah minuman kegemaran menggantikan nescafe yang telah dilarang sama sekali oleh doktor kepada diri ini sebab penyakit pening-mual-muntah-separa pengsan, maka diri ini begitu gigih pegi google fakta pasal soya lagi..tak mahu google pasal nescafe sebab doktor dah bijak kan..hehe..

2010-12-01_124821Hasil forensik oleh Nuffnang (Abaikan jumlah Hits yang macam hidup-segan-mati-tak-mahu je jumlahnya..hehe)

Maka, hasil forensik pasal soya telah menemukan diri ini kepada artikel yang berjudul  ‘Soya adalah minuman kegemaran Nik‘ ..eh..tidak tidak..

The Safety of Soya -The VVF examines the latest science on soya. We give you the facts on the wealth of health benefits. By Dr Justine Butler and the supposed risks of the humble soya bean.’ nama artikelnya…Artikel 8 mukasurat nih disokong dengan hasil beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini. Untuk baca artikel penuh, boleh halakan tetikus anda ke SINI dan tekan tetikus anda..kemudian baca dengan penuh semangat..
 
Kesimpulannya..(macam biasa, bagi mengelakkan penerangan yang ditranslate sendiri berbunyi pelik, maka dengan menggunakan mouse, Salin – Tampal article summary menjadi pilihan)
    • Soya beans are cholesterol-free and are a good source of
      protein, polyunsaturated fatty acids, antioxidants, B vitamins
      and iron.
    • Calcium-fortified soya products such as soya milk and tofu
      provide a valuable source of this important mineral.
    • Vitamin B12-fortified products such as soya milk provide a
      vital source of this nutrient.
    • Soya protein lowers cholesterol and can protect heart health.
    • Soya foods can reduce menopausal symptoms.
    • Soya protein can protect bone health and reduce the risk of
      osteoporosis.
    • Soya foods may reduce the risk of breast cancer, with the
      possible exception of postmenopausal women.
    • Soya foods may reduce the risk of prostate cancer.
    • Soya foods can help improve cognitive skills.
    • Millions of people have been safely consuming soya foods for
      thousands of years.
    • Phytoestrogens (plant hormones) are much weaker than the
      natural oestrogens consumed in dairy products and red meat
      and may have a normalising effect on hormone levels.
    • Soya-based infant formula can be used as a safe alternative or
      supplement to breast milk as it meets the nutritional
      requirements of the child.
    • Millions of healthy infants have been safely raised on soya based
      infant formulas.
    • There is no evidence that soya adversely affects the sexual
      development or reproductive health of humans.
    • Intakes of phytoestrogens in the UK are no greater than those
      consumed in Eastern countries for thousands of years.
    • There is no evidence that soya foods cause impaired fertility or
      alter sexual development in humans.
    • For the vast majority of people, soya does not disrupt thyroid
      function.
    • Although soya may be responsible for some food allergies, it is
      not the main culprit.
    • Soya ‘mock meats’ provide a valuable source of protein.
    • Cow’s milk contains over 35 different hormones and 11
      growth factors, several of which have been linked to cancer.
    • 80 per cent of the world’s soya production is fed to livestock.

Nota: Untuk dapatkan apa-apa maklumat pasal isu keselamatan makanan, bolehlah layari http://fsq.moh.gov.my/v2/

Friday, November 26, 2010

:: Being alone is great, but being with them is even better!

SDC14020
Untuk beroleh bahagia,
seseorang itu perlu belajar untuk berasa bahagia dan gembira dengan dirinya sendiri, tanpa campur tangan pihak lain.
Dengan itu, barulah dia dapat mengatasi dan menghadapi rasa takut apabila tiba dia ditinggalkan berseorangan.

(Petikan dari artikel Bahagiakan Dirimu – Solusi No.25)

Wednesday, November 24, 2010

:: Ajal pasti datang


Ajal, jodoh dan rezeki..itu adalah ketentuan Allah SWT..

Semalam, kita dikejutkan dengan berita kematian 2 calon SPM.Seorang calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, Tangkak  meninggal dunia sejurus sebelum menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu 1 manakala seorang calon Sekolah Menengah Kebangsaan Belitong, Kluang meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan dialisis. 


Semalam, adik aku bagitau yang seorang rakan kuliahnya meninggal dunia di tandas asrama. Arwah mungkin terjatuh. Sebelum itu  arwah dikatakan tidak sihat dan ingin pegi ke klinik yang mana pada ketika itu rakan-rakan lain telah ke kuliah..


Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka..Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihiNya…amin..

Al-Fatihah

..dan kita yang masih diberi peluang untuk menghirup udara dan merasai nikmat kehidupan ini, beringatlah..jangan lupa pada yang SATU, Allah SWT..


Tuesday, November 23, 2010

:: SPM 10 tahun lepas..

Kepada adik-adik yang dalam mode peperangan minda dan emosi gara-gara SPM bermula hari ini, diucapkan selamat berjaya..jawab exam kena jujur, tapi jangan lurus bendul sampai terlalu jujur sehingga tulis di kertas jawapan seperti  “Encik pemeriksa yang budiman, untuk tidak memenatkan encik dan menjimatkan dakwat pen jenama mahal encik, saya dengan jujurnya mengaku bahawa saya tidak dapat jawab soalan ini. Harap maklum”..jujur di sini adalah jangan kenyit mata dengan calon sebelah, walaupun kamu tahu kamu bertepuk sebelah tangan, jangan buat tipu helah dengan baling pemadam atau bebola kertas( sesuka hati kasi nama..haha..bebola kertas = gumpalan kertas kecil, sebijik mcm bola dalam  permainan bola sepak kertas..hehe) ke meja sebelah dengan harapan calon sebelah boleh share jawapan objektif dengan menulis ‘A’ atau ’B’ atau ’C’atau’ D’ atau mungkin juga ‘Aku pun tak tahu’  di atas pemadam/ bebola kertas itu dan melemparkan semula kepada kamu dengan kelajuan cahaya. Menulis seperti sudah expert dengan teknik tersebut..haha..bukan-bukan..aku memang kedekut ilmu sikit time dalam dewan exam sebab aku sendiri tak sanggup kasi jawapan salah kat member bila member mintak tolong..haha.. so, ingatnya adik-adik, jangan meniru ketika exam..yakin pada diri..tapi kalu bernasib baik, ada la jugak pengawas exam yang tolong kasi hint kan..haha..
 

Ok. 10 tahun lepas, aku pun berada dalam mode seperti adik-adik kita nih..tapi seingat aku la, aku memang tak study smart time SPM dulu..sindrom study last minute terbawa-bawa sampai belajar universiti..hehe…sebab tuh result pun tidak cukup rasa..macam kurang gula..bayangkan sempat mengadap Juara Lagu pada malam sebelum exam paper account..still pegang buku, tapi sekadar menghilangkan kerisauan ma dan abah sahaja ketika itu..hehe.. Cite pasal akaun, pada asalnya aku sendiri agak pelik dengan tindakan pihak sekolah yang mewajibkan budak sains tulen amik akaun walaupun itu tahun pertama sijil terbuka diperkenalkan..dah la akaun tuh subjek critical jugak..tapi sebab tak nak digelar pelajar derhaka, maka usaha jugak la belajar akaun sampai lulus.. 
 

Subjek akaun ketika itu bukan sahaja subjek yang hardcore, malah aku dan rakan-rakan sekelas agak trauma setiap kali kelas akaun..bayangkan  memasing memang kecut perut sejak malam sebelumnya bila semak jadual waktu, ternyata esok ader 2 waktu kelas akaun..menyendiri seketika dalam bilik, sambil bukak buku akaun , then bila baru baca satu baris statement, dah mula meraung sebab tak paham..
 

bayangkan bila tiba waktu subjek akaun, tiada sorang pun berani biarkan meja diorg kosong..at least dah bukak siap2  buku nota sambil pegang pen padahal cikgu belum masuk kelas..yang nak pergi ke toilet pun berfikir 2-5 kali..tapi better pegi awal, takut karang time cikgu Ghani ada ura-ura nak adjust volume suara dia, ade plak terpaksa bergotong royong mencuci kelas..hehe..Dalam kelas, macam tengah belajar kungfu shaolin..siap ada aksi tong sampah terbang ke luar kelas..hanya kerana kami tidak dapat jawab soalan Cikgu Ghani ketika itu..hehe..tapi cara Cikgu Ghani mendidik kami dengan mode garang memberi impak kepada pencapaian subjek akaun ketika itu..
 

Tapi , subjek nih pada awalnya agak susah nk catch up..bayangkan lepas kuar lab kimia , dan baru nak hafal formula NaCl sepanjang perjalanan pulang dari lab ke kelas tingkat 2..tetibe smpi pintu kelas, terus formula garam jadi formula cuka bila tgk buku ledger..memang time form 4 tuh, satu kelas rase cam bebanan jer subjek nih..sampai semua tekad bagitau kaunselor dan penyelaras supaya ganti subjek akaun ngn subjek Tasawwur(budget bleh score A la..hehe)..ye la, time tuh dah nk masuk pertengahan penggal, tapi memasing mcm dah terima hakikat yang diorg tak der langsung potensi utk bergelar akauntan apatah lagi untuk jaga akaun kilang keropok/kilang budu tepi sekolah tuh berdasarkan markah ujian di mana akaun yg terhasil adalah senget sebelah..haha
 

Masa sesi perjumpaan utk isu ini, kaunselor telah memberi hujah2 yang membuatkan kami akur kehendak sekolah..so jumlah subjek kami kekal 10 subjek dan Akaun adalah subjek yang perlu dipastikan tidak mencacatkan result kelak.. 
 

Time amik SPM dulu, hall exam di tingkat 2, seat aku di tepi tingkap, belakang Amir, ketua pengawas skolah yang diadmirer junior2 ketika itu .. mungkin sebab mukanya yang jambu..haha..sori amir.. aku ngn Amir nih kire nye dh satu kelas since form 1 hingga form 5..actually dh kenal since sekolah rendah coz asyik muka dia jer masuk pertandingan utk sekolah2 sekitar besut..bila join kem UPSR, muka dia jugak muncul....dari dia jadi student biasa, then jadi ketua kelas,then jadi pustakawan, then terus diangkat jadik ketua pengawas..ok, nak dikategori mat skema pun bleh diconsider..sekarang dah jadik cikgu pun dia dan dah ada awek yang cun..so, dah tak skema dah..
 

Banyak dugaan time exam SPM dulu..aku diserang batuk2 yg agak teruk sehingga terpaksa makan gula2 hacker hack smbil jawab exam padahal time tuh bulan puasa..aku tekad sebab sakit tekak yg teruk..lagipun time tuh aku dlm mode 'off'..so ader pengecualian di situ..hehe..aku tak kisah kalu pengawas exam atau calon sebelah aku pandang pelik, yang penting aku bleh jawab exam..kalu tak bleh jawab, baru la aku akan tundukkan kepala kt meja..hehe..mujur la aku tak teguk ubat batuk, kalu tak sah2 kertas exam aku bleh dikitar semula utk disi oleh student ketika sesi ulangkaji tahun depan..hehe
 

Tak silap aku , time paper yang critical cam Fizik,Add Math, Bio,, batuk aku lagi teruk..sampai pengawas asyik pantau aku , bimbang pengsan atau kertas aku terbang ke meja orang sebelah sebab batuk kuat sangat..hehe..aku rasa bersalah jugak time tuh, ye la mana tau time tu ader calon-calon yang baru dapat idea nk tulis jawapan, tetibe dikejutkan ngn batukan yang kuat, lalu pen terjatuh bwh meja dan idea td dh hilang ke luar dewan..hehe..
 

Dugaan kedua adalah kalkulator habis bateri sebelum pegi exam..dah la takde backup kalkulator..maka, tiada pilihan lain, maka rembat kalkulator antik abah..hehe..kenapa antik?? sebab asalnya kalkulator tuh arwah Tok Wan yang punye..so, 3 generasi guna..kalkulator tuh berat kalu nak dicompare dengan kalkulator lain..pastu skrin adalah berwarna hijau, macam warna alien..haha..buang jauh perasaan segan nak guna dlm exam hall sebab memang takde pilihan lain..kerana kalkulator antik itu jugaklah, akaun dapat diseimbangkan..haha..
 

Paper Akaun time tuh adalah pada sesi petang..Time exam berjalan, aku idle sekejap coz akaun aku x seimbang, aku mengalihkan pandangan ke luar dewan..time tuh aku tgk cikgu Ghani berada di ground floor smbil mendongak kepala ke arah exam hall..kelihatan resah di wajahnya sambil menghisap sebatang rokok ..bila aku nmpk muka cikgu Ghani..tetibe aku terus dpt ilham untuk seimbangkan akaun atas kertas2 yang lebih besar dari meja exam tuh (padahal muka dah cuak sebab takut kena marah nanti..haha)......Tapi aku tak tahu la kalu dalam pikiran cikgu Ghani "Ehh, si Nik nih, ader masa plak dia jenguk ke luar, senang sgt ke soklan atau hebat sangatkah beliau??"…


Dugaan ketiga adalah banjir..hehe..sebenarnya takde la rasa beban, lagi suka ada lah..sebab bila banjir, paper akan ditunda, so ada masa nak study lagi..haha..time banjir tuh, paper add math yang kene tunda..calon2 di sekolah yang tak terlibat dengan banjir, bertungkus-lumus la mereka menjawab soklan sedangkan kami amik peluang basahkan kaki degan air  banjir sampai lupa formula fungsi kuadratik..hehe..

Dugaan keempat adalah dugaan yang normal bagi mereka yang study last minute, iaitu blank ketika jawab soklan..atau kata ringkasnya “tak tahu jawapan”..dalam situasi ini, menyalahkan diri sendiri adalah langkah pertama sebelum reka cipta jawapan sendiri yang dipikirkan logik dan diharap pemeriksa boleh kasi markah kesian…hehe..


So, kepada adik-adik yang bakal amik exam, jangan study last minute, at least dugaan keempat di atas boleh dielak..hehe..

Kepada calon-calon SPM dan STPM 2010, wish good luck for u all..

Note: Sebenarnya, hari ini aku pun turut mengalami mode peperangan minda dan emosi sebab kene soal jawab di Putrajaya..dan kini sudah lega, sebab tu bersungguh update blog..hehe..

Thursday, November 11, 2010

:: Pesta Cahaya di i-City

Sedikit info pasal i-City :

1) Terletak dekat dgn area Uitm Shah Alam.

 

2) Kalu ikut Federal highway, akan jumpa signboard menuju i-City, so jangan cemas kalu anda first time drive ke Shah Alam..

 

3) Bayaran masuk adalah RM10/car..so agak2 nak jimat, sumbat la ramai2 satu kereta kan..

 

4) Tiket yang korang dapat masa bayar RM10 tuh, jangan pulak ditinggalkan dalam kereta..sebab tiket tuh boleh digunapakai untuk masuk salah satu lokasi berbayar sama ada Cold Room atau Taman Safari..Untuk masuk, satu tiket valid untuk 5 orang sahaja..so, bagi yang sumbat kereta ramai2 tuh, hanya 5 yang bertuah sahaja boleh masuk..hehe..

 

5) Untuk elak kesesakan jalan raya, boleh la bertolak awal..dan jangan risau, kat sana ada kemudahan bilik solat untuk lelaki dan perempuan..Telekung juga disediakan..so, jangan lupa solat dulu ye sebelum cuci mata dgn cahaya..surau ada kat blok B..dekat dgn kedai-kedai..

 

6) Restoran dan cafe turut disediakan..Ada Steamboat Restaurant yg nampak macam ramai customer..mungkin sedap..kitorang tak try sebab lepas tgk harga 100Plus kat situ RM3/tin, terus pegi cafe lain..haha..

 

7) Tiupan wisel oleh petugas khas di situ akan kedengaran jika terdapat pencerobohan ke kawasan yang dilarang sama sekali masuk, apatah lagi ada usaha untuk naik replika binatang bercahaya itu..

 

8) Last but not least, korang akan terpegun dan mungkin terkejut tengok sekumpulan kanak-kanak kelihatan melemparkan sesuatu bercahaya ke langit ..Untuk menikmati pengalaman seperti mereka, korang boleh singgah kedai ala-ala kedai cenderamata kut..dari luar kedai, dah nampak happening dgn cahaya yang bermacam-macam..ada gaya pusat disko pun ye..haha

Ok la, untuk maklumat lanjut, korang  boleh rujuk laman web i-City : http://i-city.my/

 

..dan di bawah ini adalah sedikit hasil pulangan dari melawat i-City ketika cuti Deepavali minggu lepas..abaikan ke’amatur’an tukang amik gambar..amik gambar sekadar buat penuh memory card..

icity

icity2

icity3

icity16

icity4

icity10

icity14

icity17

icity13

icity20

icity21

icity22

icity23

 

Note: Akhirnya, berjaya drive smpi Shah Alam walaupun ada incident lucu kat tol gara-gara kad touch n go..heh..

Tuesday, November 2, 2010

:: Projek mercun di dapur..


  Projek underground ini dilaksanakan pada pukul 10 malam tadi gara-gara kelaparan 


SDC13799
Projek  ini tidak membahayakan nyawa..sekadar memerlukan skill menepis percikan minyak dari kuali sahaja


SDC13809
Projek ini tidak sesuai disertai oleh mereka yang sedang dalam misi berdiet sebab kandungan kolestrol mampu memusnahkan misi itu


SDC13808
Projek ini boleh diubahsuai mengikut bahan-bahan yang sedia ada di dapur.. jangan paksa diri pergi pasaraya malam-malam semata-mata nak cari minyak bijan..


SDC13814
..dan peringatan terakhir, projek ini haruslah diakhiri dengan bacaan doa makan. Dan sesudah kenyang, ucaplah alhamdulillah..


owh lupa..sebelum anda bertanya, baik diumumkan.. jika dirujuk kepada buku resepi, projek mercun di dapur ini dikenali sebagai Firecracker Shrimp..mahu cuba, sila rujuk resepi asal di http://fiqah99.blogspot.com/2010/10/firecracker-shrimp.html ..

Wednesday, October 27, 2010

:: Orang yang cool,bila jatuh, dia teresak-esak dalam hati je ek?

Di sebuah quarters TUDM Kem Batu 10, awal tahun 90-an, seorang kanak-kanak perempuan yang bukanlah dikategorikan hyperaktif telah dikurung di luar rumah (kalu luar rumah, bukan dikurung, dibebaskan namanya) gara-gara begitu komited dengan aktiviti luar rumah sehingga lupa cerita kartun pukul 7 dah nak start..Abah ngn Ma dah pesan awal2, kalu nak main, sebelum senja kene balik..so, pada hari hukuman itu dijatuhkan, kanak-kanak itu tidak berpeluang menonton cite doraemon seperti kawan-kawan sepermainannya yang telah berjaya mencuri masuk ke rumah masing2 tanpa perlu dikenakan hukuman sepertinya..sungguh tak adil di situ..


Sepanjang menjalani hukuman itu, kanak-kanak itu menyedari yang dirinya mempunyai ciri-ciri ke'cool'an ..sebab dia tak pulak membuat rayuan atau meraung luar rumah seperti "Ma, Angah nak masuk rumah..dan mulai esok, Angah janji tak balik lewat dah.."..sebaliknya dia berlagak cool sambil duduk di tangga tingkat 2 blok askar itu ..dan ke’cool’an lagi terserlah bila seorang pakcik yang on da way naik tingkat tiga menegurnya.."Kenapa tak masuk rumah lagi nih?"..lalu  dijawab "saje je pakcik"..pastu pakcik tuh senyum sinis seakan mengerti rahsia sebalik jawapan cool kanak-kanak itu..dalam hati kanak-kanak itu barangkali terdetik "ala pakcik, no hal la,small matter, saya x nangis pun..nama pun anak askar.."..eceh2..


..selepas hari hukuman itu, kanak-kanak itu dah insaf dan sedaya upaya memaksa kawan-kawan lain menghabiskan sesi lompat getah atau sesi roundest sebelum kul 6.30 petang..jika tidak, kawan-kawannya harus menemannya lepak secara cool di tangga tingkat 2..


..ke’cool’an kanak-kanak ini ternyata bukan setakat di situ..setiap kali berlakunya era kejatuhan sama ada dari basikal ke atas jalan tar, dari cubaan melepasi lompatan getah paras kepala rakan lalu rebah ke tanah dengan air muka tercalar dan dari tegak berdiri sehingga breakdance ke lantai,dia masih cool tanpa perlu budak-budak laki datang menghulurkan tisu mahupun aiskrim 10 sen sebatang berperisa anggur made by Cik Mah yang duduk di blok depan dan mempunyai anak tunggal yang pandai menyanyi..


..ketika di sekolah rendahnya yakni pada tahun 1992, dia telah diarahkan memakai uniform seperti warna uniform kerja ayahnya..secara automatik, kanak-kanak itu mula konsisten pakai baju kurung biru dan kain biru gelap ke sekolah tanpa perlu lagi mendedah aurat memakai uniform skirt seperti sebelumnya ..ketika itu, umurnya 9 tahun, tapi dia belum ada rekod menangis tidak mahu masuk kelas mahupun rekod berebut pensel box atau berebut tempat duduk dengan rakan kelas mahupun menangis kehilangan sebatang pencil warna jenama Luna...barangkali cikgu memilihnya berdasarkan ke’cool’an sikapnya ..tapi rakan sekelasnya menyampaikan rumor bahawa cikgu buat pemilihannya sebagai pengawas berdasarkan font-style pada buku latihan berlogo sekolah itu..pemikiran kanak-kanak ribena yang penuh tulus dan ikhlas –“Sesiapa yang tulisannya cantik, maka cikgu akan lantik dia jadik pengawas”....pemikiran sebegitu telah mendorong kepada peningkatan jualan pengasah pensel ,pensel picit (mechanical pencil) dan pemadam di kedai buku sekitar Jaya Gading, Taman Tas mahupun kedai runcit dalam kem ataupun Pernama


bagi kanak-kanak itu, menjadi seorang pengawas sebenarnya adalah tidak cool..setiap gerak-gerinya diperhatikan sehinggakan kebebasan bermain police and thief dari tingkat 2 sehingga tingkat 3 blok tempat tinggalnya diragut dek kerana seorang aunty India yang tinggal di tingkat 3 menegurnya.. “Awak pengawas kat sekolah kan, jangan main dan buat bising macam nih!” ..rententan kejadian itu, kanak –kanak itu seakan mahu sahaja meletak jawatan sudah fobia untuk menyembunyikan diri di tingkat 3 ketika bermain police and thief..kiranya aunty India itu  umpama Ketua Polis Negara dalam permainan itu..
[..kesimpulan: orang yang cool haruslah bijak memisahkan soal profession dan personal..]


Menjadi pengawas juga tidak cool apabila tidak mendapat pengecualian dalam hukuman datang lambat ke perhimpunan..pada hari kejadian, tiada seorang pun pelajar beruniform biru diarahkan beratur bersama-sama pelajar yang datang lambat melainkan dirinya..datang lambat bukan kerana mengadakan spot check di setiap kelas tetapi sibuk mencari parking untuk basikal berwarna hijau kepala itik miliknya itu..dan apabila seorang pengawas junior menegurnya “Akak jaga kat sini ke ?” (jaga merujuk kepada bertugas menyelia pelajar2 yang datang lambat)..maka kanak-kanak itu secara spontan reply “Aha, jaga kat sini”..penipuan untuk  menjaga air muka depan junior telah berlaku di situ..
[..kesimpulan: orang yang cool haruslah bijak dalam operasi undercover demi menjaga reputasi dan maruah badan pengawas sekolah..]


Bagi kanak-kanak itu, menjadi pengawas adalah cool apabila dibenarkan rehat lebih awal sehingga boleh pilih keropok,karipap atau donut yang lebih besar dan panas sebelum pelajar-pelajar lain turun rembat..dan lebih cool apabila boleh bagi alasan kepada cikgu dalam kelas “Cikgu, kami ,pengawas kene keluar awal” sedangkan cikgu tengah ready untuk ajukan soalan..tapi tidak cool apabila kena buat spot check di setiap kelas bagi memastikan tiada pelajar melepak dalam kelas time rehat..berjalan-jalan dari satu blok ke satu blok sesungguhnya membakar kalori dengan cepat sehingga membawa kepada kelaparan ketika sesi pembelajaran selepas waktu rehat..
[..kesimpulan:orang yang cool haruslah tidak menangis apabila karipap dan  keropok telah habis di kantin..]


Menjadi pengawas juga tidak cool apabila makcik-makcik yang selalu bergossip bersama maknya menilai tahap pencapaian akademiknya setiap kali keputusan peperiksaan keluar.. bagi makcik-makcik itu, seorang pengawas harus score dalam akademik , at least kedudukan dalam kelas harus 10 hingga 1..dan kerana itu, kanak-kanak itu beri peluang kepada pengawas-pengawas dalam kelasnya untuk memegang rekod cemerlang dalam kelas..dan dia hanya mampu memegang rekod sebagai satu2nya pengawas perempuan dalam kelas yang tak dicalonkan apatah lagi menerima anugerah setiap kali perhimpunan..
[..kesimpulan:orang yang cool haruslah bijak mengawal emosi setiap kali diajukan “Dapat nombor berapa periksa?”.. ]


Apabila meningkat dewasa, sikap coolnya agak tergugat berikutan peningkatan umur..semakin tua, tahap cool agak merundum..cuba berlagak cool, tapi Tuhan sahaja tahu..
[..kesimpulan: orang yang cool, bila dah mula sukakan seseorang, then orang tuh dah start jauhkan diri, maka dia hanya mampu coolkan diri sendiri walaupun dalam hati ada banjir..]


Note: Entri paling tak cool gayanya dan ingatlah, orang yang paling cool adalah orang Eskimo..

:: Mitos atau fakta : Air soya tak elok diminum kerap kali?

Seingat aku , tekak mula dapat menerima kehadiran air soya ketika berusia belasan tahun..ketika itu, makcik hidangkan air soya sejuk..sebab dah dihidang dan sebagai tetamu tak boleh demand mintak air jus buah..haha..maka minum la dengan niat amik hati..sekali minum, terus “ish..ish..sedap rupanya air soya kan”..hah..terus lepas tuh kemaruk air soya..at least, sekotak soya bean kene beli kalu pegi pasaraya..hehe..orang kata, minum air soya elok untuk kulit, tapi aku minum sebab ianya sedap..sebab dah selalu beli soya bean Drinho dgn harga rm1.99 setiap minggu, aku pun survey2 la soya 3 in 1 yang boleh dibancuh sendiri kat rumah..then, terjumpa la Soy Milk keluaran jenama Super..masa beli kat Midvalley, harga rm12++ utk 15 sachets, free botol air..then, last week beli kat area rumah, harga rm16.50..huhu..mahal la sgt tauke..tapi beli la jugak memandangkan dah jarang ke  Midvalley..cari kat Tesco Extra Cheras pun xder..so, beli je la..then, dapat la botol again..tapi botol kali ni seakan design botol susu ..first time aku bancuh 1 sachet dalam botol tuh, terus housemate tegur “Eh, nik minum guna botol susu ke?”..tak kisah la botol susu ke apa, at least botol tuh comel dan free..haha..

 SDC13741

Kemusykilan di sini adalah –> elok ke minum soya kerap kali?  so far, takde side effect , cuma conscious since baca artikel kat sini hari tu..sapa2 yang arif , sila kasi tahu ye..satu lagi, tempe juga menjadi kegemaran diri walaupun tiada darah kejawaan..semua gara-gara duk kuala pilah dulu la nih..

 

Note: Bersederhana adalah kunci segala kebaikan..so, lepas nih jangan kemaruk sgt minum soya ye nik..

Tuesday, October 26, 2010

:: Mini Popia aka Popia Simpul aka Popia Riben, pendek kata ia adalah sejenis popia ;)

Makan popia simpul adalah satu nikmat..boleh leka , kira makan seorang sebalang pun boleh habis sambil tengok cite Forensic Heroes II (haha..cite nih lagik..udah2 la nik)…

kalu berkunjung ke rumah orang untuk berhari raya, then tuan rumah ada stok popia simpul/mini popia, harus target tahun depan datang lagik..hehe..sebab tahu makan je kan, tak pernah terlintas nak buat sendiri..sehinggalah terpandang edisi popia simpul made by Hany and MZ..dan pada raya yang lepas, plan nak buat tapi aura menyimpul popia tak muncul2..sehinggalah Kak Yah bersuara “Nik, pandai buat karipap mini tak? serunding daging tuh ada banyak”..ting!!terus “Karipap mini tak tahu, tapi boleh try buat mini popia”..lalu, terus gigih gi beli kulit popia..

then weekend, gigih la menggunting kulit popia..dan simpulan pun dilakukan walaupun ada yang gagal disimpul sebab ada kulit popia yang dah kering..so, cepat koyak..sebab buat sorang diri, maka agak lambat sikit hasilnya..tapi gigihkan jugak sebab kene capai target kan..at last, terhasillah sebekas mini popia ..bekas di sini adalah bekas saiz tau fu fa kat pasar malam tuh..macam dah lama buat simpulan, tapi banyak tuh je berjaya dihasilkan..

betul la, lenguh tangan mengalahkan taip entry blog..haha..patutla zura, my housemate cakap, better beli dah siap la..tapi bila tengok hasil air tangan sendiri, feeling tak sama macam feeling beli kat kedai sebab sambil makan, anda akan terharu tetibe sebab di sebalik ketidakhebatan skill memasak, masih ada sisa-sisa kegigihan menyimpul popia dengan muka serius dan penuh konsentrasi..haha..

SDC13729
2nd batch yang tanpa segan silu di ‘snap’

Nota Simpul: Next project in weekend goes to Mercun Udang aka Firecracker Shrimp..haha

Monday, October 25, 2010

:: Forensik..seperti bermain jigsaw puzzle..

Dulu, bila cikgu tanya “ Nik, nanti besar , nak jadi apa?”

lalu budak hingusan yang tidak mengerti kenapa cikgu tanya soklan tuh pun jawab “Jadi cikgu, cikgu”..jawapan sebenarnya dipengaruhi oleh jawapan rakan-rakan apabila bertanya “wei, nanti besar, korang nak jadi ape ek?”..walaupun ada yang menjawab “Suri rumah”..

 

..dan tetiba boleh terselit jawapan berikut oleh budak yang perasan tinggi ini ketika cikgu tanya soalan yang sama untuk tahun seterusnya.. “Pramugari, cikgu” ..jawapan diberi tanpa mengetahui skop pekerjaan itu , sebaliknya hanya bersandarkan kecanggihan perkataan pramugari itu sendiri..

 

Tahun seterusnya “Nik, cita-cita?”..lalu dengan konfiden jawab “Polis”(mungkin terpengaruh dengan permainan police &  thief yang digemari ketika usia itu)..hah..cikgu pun pening tengok buku rekod budak sorang nih..setiap kali sesi persekolahan, cita-cita asyik berubah..tu la cikgu, apasal tanya tiap-tiap tahun..buat susah payah saya berangan nak jadi apa..ingatkan cita-cita kene tukar setiap tahun..

 

Dalam buku rekod cita-cita, takde langsung terselit perkataan “Doktor”..haha..serius, time tuh budak2 yang genius je yang terpikir nak jadik doktor..hehe..

 

Walaupun ketika itu sudah disuruh join kelas komputer, tapi budak naif camni agak kurang paham tujuan belajar komputer ketika itu, apatah lagi nak pasang cita-cita untuk jadi programmer apatah lagi hacker..hehe..perkataan ‘programmer’ pun tak tahu apa ke bende kan..haha..tapi belajar je la guna disket besar gedabak yang boleh dikatakan sama saiz dengan murtabak sekarang..

 

Selain daripada buku rekod oleh cikgu kelas, koleksi cita-cita turut dimuatkan dalam buku autograf member2 yang gigih suruh tulis biodata agar dapat dikenang sampai bila-bila..time tuh tak tahu pulak akan wujud laman sosial macam Friendster or Facebook yang boleh get connect semula dengan kawan2 kan....ye la, Mark Zuckerberg pun time tuh agaknya tengah belajar naik basikal..kalu tahu, tak payah habiskan duit mak ayah suruh beli buku autograf kan..

 

Ok, itu kisah ketika masih ke sekolah dengan cekak rambut berwarna-warni, dan kadang kala bertocang (itu pun Ma yang tolong ikat sebab mengikat rambut sendiri ketika itu umpama  menghafal sifir, susah sungguh ketika itu..)

 

Bila dah mula ada skill pakai tudung dengan berlapikkan plastik buku folio supaya tudung nampak kemas terbentuk, perkataan cita-cita macam jarang bermain dalam selebrum, mungkin sebab tiada lagi soalan karangan berjudul “ Cita-cita saya” dalam silibus budak PMR.. serius, memang takde cita-cita, cita-cita nak  masuk universiti pun tak terpikir, yang tahu hanyalah jawab exam kene lulus..tu je..naif sungguh..sehinggalah, pada suatu ketika, TV2 kerap menayangkan slot drama penyiasatan terbitan TVB (Hong Kong) dan drama siri Detective Investigation Files telah berjaya mencetuskan anjakan paradigma minda ini agar bila besar nanti harus jadi polis..masa tuh, belum paham erti forensik sebab cikgu belum ajar dalam kelas bahasa melayu..

 

Siri Detective Investigation Files memang antara siri penyiasatan yang best..ada 4 seasons…siri ini buat aku berangan tak sudah nak jadi polis , dan berangan telah berjaya menyelesaikan kes-kes profil tinggi hanya menggunakan kepakaran dan kecerdikan minda..hehe..drama penyiasatan begini membuatkan aku berkerut dahi mengadap tv memikirkan siapa suspek dan sanggup pulak mengingat segala bagai bukti dalam episod-episod sebelumnya..ok2, nampak macam taksub sangat..Ma dan abah pun tak boleh nak halang , daripada anak dia bersosial bukan-bukan kat luar, bagus jugak tengok TV dengan serius..heh…

 

Nak jadi polis, tapi tak aktif sukan, lari pun tercungap2...pastu rabun..haha..lalu simpan dulu cita-cita, just belajar sampai lulus exam..bila dah mula sibuk memikirkan jurusan apa nak amik di universiti, maka mula lah terpikir nak amik course forensik..ok, time tuh dah paham la skit apa itu forensik..kira tak jadi polis pun,  kije dalam bidang forensik pun boleh sama-sama tolong polis kan..hahha..so, tekad nak amik course forensik..sekali seorang member kasi gangguan emosi  “Pakcik I kerja forensik, pernah dia periksa mayat (post mortem) kan, tetiba kan tangan mayat tuh terangkat sendiri”..terus lupa hasrat..(teruk sungguh pengaruh mistik dalam pemilihan cita-cita)..pastu tengok markah kimia macam tak berapa nak score, agak kecewa di situ..tapi masih mahu berusaha..tapi Allah Maha Mengetahui..4 tahun seterusnya , aku ditakdirkan berkecimpung dalam bidang kejuruteraan yang kurang diminati asalnya ..tapi gigih kasi minat sampai grad..lepas grad, conflict kerjaya bermula..6 bulan menganggur tanpa hala tuju..dan setelah berfikir panjang, aku tekad masuk kursus programming selama 6 bulan dan end up dengan kerjaya hari ni sebagai programmer..

 

..dan walaupun tidak berada dalam bidang forensik secara khusus tapi at least kerja  sekarang ada bau-bau bacang dengan dunia forensik....hehe..nama company pun dah bunyi macam institut pengumpulan Deoxyribonucleic acid (DNA)…haha..pernah seorang nurse bertanya ketika nak isi surat MC, “Company u nih check darah ke?”..dan itu bukan orang pertama yang tanya..tapi masa mula2 send resume via Jobstreets, aku tak teruja pun dgr nama tuh sebab time tuh memang terdesak nak kije..hehe…credit to CEO sebab pilih nama company yang memberi peluang kepada staffnya berangan seperti agen sulit kerajaan bila disoal “ tempat kije u nih check DNA macam cite CSI ke?”...what we can say “ Kami tak periksa DNA manusia, tapi kami periksa DNA komputer..haha..”..setiap apa yang berlaku, sure ada puncanya..macam buat system, bile kite tau system kene hack ,we will do forensic computing to investigate..cume takdela sampai gi kesan cap jari kat kibod sapa2 kan..hehe..macam jika berlaku cyber crime, forensik komputer akan digunakan dalam membantu penyiasatan untuk dikemukakan kepada kekuatan undang-undang..gitu..tu je pun yang aku tahu, secara detail, kena la sambung belajar dalam bidang computer forensic yang dah mula ditawarkan di institusi pengajian di Malaysia..sila google jika berminat dengan jurusan ini :)

 

Kerana zaman remaja disogok dengan cite Detective Investigation Files, maka hari ini integrasi jiwa dengan dunia forensik+penyiasatan masih kukuh..ada ala2 watak Joyah dalam drama Opah kan, sibuk nak menyiasat..tapi aku tak berapa minat slot drama penyiasatan melayu..hehe..bukan tak menyokong industri negara..tapi memang tak menarik perhatian ....sebab tuh, sejak umur belasan sampai sekarang asyik bergayut depan TV semata-mata cite penyiasatan cina n mat saleh..haha..at least procedure siasatan dan kije-kije forensik yang diorang paparkan totally nmpk real dan menambahkan ilmu kimia dalam otak dan at least boleh teringat kat cikgu kimia masa pakar forensik tuh tengah duk kasi penerangan..sebab tuh Criminal Mind, CSI dan terbaru Unriddle (Singapore) dan Forensic Heroes (Hong Kong) jadi tarikan berbanding Gerak Khas..even tengok Detective Conan pun lagi berilmiah..hehe..sori ye Mak Limah. Mak Limah nih jiran sebelah rumah kat kampung..berumur 70 ++ tapi setia tengok Gerak Khas dari musim pertama..

 

Ok la, sebenarnya tak tahu tujuan sebenar entri ni..cuma apa yang boleh disimpulkan, setiap weekday, aku akan conquer Tv dari 10 malam smpi 12 tgh malam sebab cite Unriddle dan Forensic Heroes  II ..kagum ketangkasan Madam Ma Kwok-Ying dan kegeniusan watak forensic analyst( mungkin sebab diorg hensem jugak..hehe) ..tu je..penat yang membaca, penat lagi yang menaip..hehe..dan mintak maaf kalu karangan di atas tiada pendahuluan dan penutup..sekadar isi kandungan yang bercampur baur ..at least tahap pembacaan anda dah lancar....

Nota DNA: Kan hebat kalu boleh buat forensic dalam hati orang..haha

Thursday, October 14, 2010

:: Kucing Ali

Kisah berlaku sebaik sahaja aku dan colleagues keluar for lunch break..then, tetiba..

Colleague 1: ehh..what’s cat? ( sambil tunjuk ke arah depan dengan muka teruja)

Nik: (mencari-cari jika terdapat kelibat kucing di depan)..

Colleague 2: Alleycat la..

Colleague 1: hehe..i know the guy,but forgot his group name..hehe

Nik: laa..ingatkan kucing apa td..

Tuesday, October 12, 2010

:: Maklumbalas yang kabur

Salah satu kelemahan diri yang dikenalpasti sejak dulu adalah tidak boleh disoal ketika dalam keadaan blur sebab nanti jawapan/response yang diberikan adalah berunsur kebluran yang teramat..kadang-kadang, bila dah jawab, baru sedar diri sambil tepuk dahi “aiks, kenapa aku jawab camtu ek? dan lepas seketika, hati pun  berdialog “takpe2, cuba berlagak cool, seperti anda sedang buat lawak tadi”..kadang-kadang jawapan yang diberikan boleh buat yang menanya itu rasa macam “lor, aku silap tanya soalan ke?”..ok2, jenis gelabah pun ye..pastu muka macam tak bersalah bila dah tahu kasi jawapan salah..seperti senario hari ini:

Senior: Nik, bawak kereta ari ni?
Nik: Bawak
Senior: Parking kat mana? ada kereta kene saman kat bawah (ok, kami di sini agak ketakutan bila DBKL muncul..haha)
Nik: Dekat 7E..tapi kalu dah bayar parking, tak pe kan??..(see, sepatutnya soklan sebegini rupa tak patut wujud dalam sejarah komunikasi hari ini..dah la kasi response dengan muka serius..hehe)
Senior: Ye lor, kalu dah bayar, tak apa la..(dengan wajah yang blur sebab response anak buah dia itu..sori ya)
Lepas tuh, aku hanya menunduk kepala di sebalik monitor setelah sedar diri “ Nik, tadi kau tanya soklan standard darjah berapa?” ..serius, colleague2  yang berkesempatan mendengar response aku tuh, sure diorang dah dapat suntikan vaksin yang mampu mengelikan hati diorang di pagi hari…at least level stress korang dah turun 0.01 % mendengar response orang blur camtu..

Nota blur: Kalu aku kurang kasi response tuh, maknanya aku tengah blur....macam jawab exam, kalu nampak aku senyap semacam sambil main2 pen, itu maknanya aku blur tak tahu nak jawab apa..kan kalu  jawab jugak, sah2 pemeriksa lagi sakit hati baca jawapan aku..hehe

Thursday, October 7, 2010

:: HWB Passport

Dulu,  ketika masih bergantung kepada duit belanja sekolah yang diberikan oleh abah, aktiviti membeli barang keperluan seperti bedak ,pencuci muka adalah bergantung kepada bajet yang diluluskan..barang-barang keperluan seperti itu lazimnya dibeli di mini market, kedai runcit  dan  jika bernasib baik, mungkin dibeli di pasaraya berdekatan..ketika itu belum ada Watson , Guardian di tempat kelahiran..


Apabila mula bergantung kepada duit PTPTN selama setahun dan diteruskan dengan duit biasiswa JPA, maka mula bijak pandai menjejak kaki ke Watson dan Guardian untuk mencari bedak, pencuci muka..even ubat gigi pun gigih dibeli di gedung farmasi itu..hehe..di kalangan rakan-rakan rapat, diorang tahu, setiap kali pegi outing, sah-sah Watson kene masuk dalam list tempat untuk dilawati walapun telah tekad di depan pintu  masuk untuk tidak berbelanja apa2..tapi tetiba tak sampai 15 minit mundar – mandir, aku dah berada di depan kaunter bayaran..salahkan cashier itu..hehe


..dan sekarang , ditakdirkan Watson betul2 di depan opis, maka setiap kali gaji masuk, sekurang-kurangnya akan berlaku investment di situ walaupun hanya sebungkus tisu jenama Watson..hehe..dan pada suatu hari, cashier di Watson itu promote agar aku beli passport keahlian..sebelum kejadian itu, aku dah pernah tengok iklan kat TV pasal benda nih..Setelah diberi penerangan secara ringkas tapi padat, terus aku labur RM12 untuk passport itu ..bayaran adalah untuk sepanjang hayat..

Inilah rupa paras passport itu..dan inilah passport pertama ku..passport ke seberang laut belum buat lagi..hehe

SDC13691

..dan ini adalah kad keahlian yang harus disertakan setiap kali membuat bayaran untuk collect point. Setiap RM1 akan diberi 1 point..
SDC13689

Selepas beli passport tu, kena activate secara online di http://vip.watsons.com.my/web/ dan sehari selepas account activate, automatic 200 bonus points dimasukkan dalam account.
SDC13692

Buku panduan disertakan dalam pakej passport ini..
SDC13698

..dan yang spesel di sini, dapat voucher discounts untuk pelbagai produk dan brand…
SDC13696
..dan last week dah guna salah satu voucher iaitu untuk losen Vaseline , less RM3 dari harga asal..tapi voucher2 ini hanya valid sehingga March 2011..

Untuk keterangan lanjut mengenai kelebihan memiliki kad keahlian ini, sila layari https://vip.watsons.com.my/web/Home.do
Nota Kecantikan: Entry tidak ditaja oleh Watson..hehe

:: Pen Ajaib

Menyalin nota ketika di dalam kelas dan kuliah adalah sesuatu yang meletihkan jika pen yang digunakan tidak berjenama hebat...disokong oleh faktor kekeringan dakwat yang pantas gara-gara tudung pen telah hilang.. tapi itu hanyalah alasan untuk mengaburi faktor sebenar yakni mengantuk di dewan kuliah dan tulisan cikgu adalah bersaiz 6 px ke bawah atau mungkin juga sebab naration level yang dimiliki lecturer itu sungguh tinggi tahap kelajuannya sehingga mampu menyebabkan perkataan “hah??” atau “ what??” atau “ gapo dio?”.. terkeluar dari mulut ketika di pertengahan proses penyalinan.... Tapi apabila kuiz, test atau exam bakal menjelma tidak kurang dari 48 jam lagi, maka dengan gigih mencari rakan sekuliah/sekelas yang begitu komited menyalin nota sebijik macam yang cikgu/lecturer tulis atau cakap..sungguh cekap dan efficient tahap penyalinan mereka walaupun mereka menggunakan pen jenama yang sama..

..dan mengikut teori yang dipraktikkan oleh diri sendiri sejak di bangku sekolah, untuk mengulangkaji sesuatu subjek, harus baca sambil conteng2 atas kertas sambil bercakap..menulis tanpa bercakap adalah satu proses yang sia-sia..sambil menulis, seboleh-bolehnya perlu berinteraksi walaupun seorang diri..tahap pemahaman akan lebih berkesan..selagi tidak paham, selagi itu kertas kosong lain harus diconteng sekali lagi ..dan untuk betul-betul paham dan ingat, mungkin memerlukan makcik cleaner mengutip kertas2 terpakai yang banyak di depan bilik setelah semester selesai…dan teori ini apabila dipraktikkan di rumah, mak dan ayah anda mungkin tersenyum bangga sebab anaknya tengah bersungguh-sungguh study walaupun dah berpuluh kali anaknya ulang benda yang sama sebab masih tak paham-paham dan masih tak ingat..

..kenapa merepek pasal pen dan sibuk bercerita pasal salin nota di sini?? owh sebab aku cukup teruja dengan teknologi pen di dunia yang serba canggih ini sehingga membuatkan diri ini telan air liur tengok harganya..dengan harga sebegitu rupa, sudah tentu pelajar yang memilikinya harus score Anugerah Dekan setiap semester..baru berbaloi kan..hehe..so, takde la rugi duit PTPTN beli pen nih sebab bila dah score 1st class, tak perlu susah payah bayar PTPTN kan..
 echo_smart

Echo Smartpen..hah, nama pun dah macam watak dalam Dollhouse..Kamus menterjemahkan echo sebagai “Repetition of a sound by reflection of sound waves from a surface” dan kerana perkataan itulah, pen yang ajaib ini boleh record berdasarkan apa yang ditulis..kiranya kalu dalam kuliah, sambil menulis kat buku nota digital yang dibekalkan dalam pakej pen ajaib nih, ia akan rekod suara merdu lecturer untuk diulang-main apabila buat revision sebelum exam..gitu la gambarannya ..kira memang smart la mendalah nih..beza rekod dengan mp3, dengan  pen ajaib nih, korang x perlu nak belek2 nota pastu tercari2 audio mana yang bersangkut paut dengan nota tuh, sebaliknya korang terus bukak buku digital tuh, pastu pointkan pen tuh kat tulisan atau gambarajah tertentu, lalu terkeluarlah audio yang telah direkodkan..kalu time tulis tuh korang menyanyi , maka nyanyian peserta ujibakat la yang akan diperdengarkan..Aku rekemenkan bukan sahaja untuk student dan lecturer, malah secretary opis  harus mintak bos sponsor pen nih supaya cepat sikit dapat buat minit meeting tanpa tercicir mana2 info penting..yang lebih ajaib, pen nih boleh transform jadi scanner..just connect kat pc, then automatic akan keluar preview nota yang korang tulis tuh..lagi ajaib, siap boleh transform jadi piano..wahh…betul kah atau hanya ilusi ketika menonton demo di Youtube? hehe..jika ingin lebih yakin tentang keajaiban pen ni, sila la  beli sebatang pen ajaib nih di MPH dan ujilah sendiri, kalu tak best, jangan serang blog nih sebab tuan blog ni sekadar berkongsi keajaiban sebatang pen yang tidak dimiliki dalam pencil case nya sebab harganya RM 1,139.00 sebatang..Untuk pencil case yang tiada pen ajaib nih, cukuplah sekadar kita layan Youtube nih..





Nota Digital tanpa Pen Ajaib: Mungkin jika pen ajaib ini berada dalam pencil case, barulah semangat untuk sambung belajar kembali semula..haha..

Tuesday, October 5, 2010

:: Ujian Kalibrasi Tetikus

You should do this every few days. More often if you spend a lot of time on the computer! To recalibrate your mouse, click and hold on the S. Then drag the S toward the e. If it doesn't work, you might want to clean your mouse.



Stop fooling around and go do something constructive

Ok, tetikus ini telah berfungsi dengan baik walaupun tuannya sudah melakukan aktiviti yang tidak membina minda di petang yang mendung ini..haha..

Friday, October 1, 2010

:: Encik askar, kami mahu ke rumah terbuka, bukan mahu curi senjata..

Ok, tajuk entry seperti sedang berada dalam bilik tahanan sambil membuat rayuan..mana mungkin orang baik seperti kami diletakkan dalam bilik tahanan hanya sebab masuk kem tanpa sticker..yang pasti kami berjaya menikmati hidangan nasi minyak, nasi dagang dan laksam di rumah Cikgu Zai, kawan Cikgu Rogayah di kuarter tempat tinggalnya , bukan di bilik tahanan..hehe..

2 hari berturut-turut, dapur rumah tidak berasap untuk hidangan tengahari..kami pantang diajak makan free walaupun yang dijemput adalah Cikgu Rogayah, bukan housemate-housematenya..jadinya, apabila seorang kakak telah mengajak adik-adik untuk ke rumah terbuka rakannya( at least adik-adik boleh temankan kakak agar tidak berlaku penculikan..hehe), sudah tentu adik-adik dengan mata terkebil-kebil mengangguk setuju sambil membayangkan apakah juadah yang bakal mereka analisis dan proses dalam perut nanti..

Hari pertama, kami menyerbu rumah Cikgu Sham di quarters polis betul2 di depan flat..dan selepas bersalam-salaman dengan tuan rumah dan cikgu-cikgu yang lain sambil Cikgu Rogayah memperkenalkan geng escort yang datang dengan pakaian bukan tema raya, tapi tema baru balik dari service kereta, terus meja hidangan diterjah..aku, pada awal lagi, apabila Cikgu Rogayah bagitau kawannya itu adalah orang kelantan, terus aku terbayangkan nasi kerabu..dan tanpa perlu menjeling laksa lemak dan laksa penang, terus aku mengisi sepinggan nasi kerabu berlaukkan telur masin dan daging panggang..dan serius, nasi kerabu Cikgu Sham tuh adalah sedap sehingga pinggan licin tanpa pembaziran..Sebelum balik,housemateku bertanya perisa agar-agar yang dimakannya  ketika itu..lantas aku terus bertanya “ Amik kat maner?”..housemate aku dah gelak..dan ternyata agar-agar itu perisa gula-gula kopiko aka nescafe kut..padahal ketika itu,si kakak dah nak mintak izin balik dengan tuan rumah , tapi adik-adik masih menjamu agar-agar perisa kopiko tanpa segan..

Hari kedua, Cikgu Rogayah mengajak kami ke rumah terbuka Cikgu Zai pulak. Lokasi tidak jauh dari tempat tinggal tapi terpaksa buat call di tepi jalan gara-gara konpius lokasi sebenarnya..hehe..kan senang kalu Cikgu Zai terus bagitau suaminya askar, sah2 senang kami terus masuk kem..haha..security quarters askar dan polis adalah berbeza..quarters polis yang dituju semalam tidak memerlukan pemeriksaan ketika masuk, siap masuk ikut pintu belakang lagi…tapi di kem askar, harus mematuhi peraturan yang ditetapkan walaupun anda yakin boleh gedik2 dengan encik askar itu agar membenarkan anda masuk tanpa sebarang pas..

Encik Askar yang dedikasi bertugas jaga pintu masuk kem: Nak ke mana nih?

Cikgu Rogayah: Nak ke open house..blok E2

Encik Askar yang masih dedikasi itu: tak boleh masuk, parking kat tepi, pastu call tuan rumah suruh datang sini..

Cikgu Rogayah: Kalu saya bagitau nama dia, boleh?

Encik Askar yang bersenjata lagi berdedikasi : kat sini ada beribu2 orang, macam mana saya nak tahu..(sambil gelakkan kitorg)

Kami : Okk..

Lalu, kami mengikut arahan..park kereta kat tepi , then call tuan rumah..
Kemudian, 2 buah kereta lain mengalami nasib seperti tahanan..hehe..ada yang ingin tinggalkan IC kat pos kawalan itu, tapi encik askar lagi dedikasi itu menolak mentah-mentah..dia suruh call tuan rumah jugak..ayoyo..

Cikgu Rogayah: Kalau kita terus je pegi, agak-agak askar tuh kejar tak?

Izura: Dia pakai M-16 tuh..

Terus terbantut niat tak murni tuh..hehe

Cikgu Zai, tuan rumah tidak dapat meninggalkan rumahnya ketika itu sebab tetamu ramai time tuh..suami Cikgu Zai yang turun menjemput di pos kawalan..dan ternyata 2 buah kereta yang tersadai tepi pos kawalan itu jugak datang dengan tujuan seperti kami, iaitu ke rumah Cikgu Zai..dan setiba di sana, kami dihidangkan dengan nasi dagang, laksam dan nasi minyak..yang pasti, nasi dagang dah berjaya dianalisis dalam perut ini..hehe…

Itu cerita last weekend, dan esok, khabarnya ex-housemate ajak teman pegi open house guru besar sekolahnya..cikgu lagi..hehe..

Thursday, September 23, 2010

:: Konsentrasi..di manakah kamu?


konsentrasi kerja sedikit terganggu,..sekarang tengah mengumpul aura semangat kerja agar code-code di depan mata tidak lagi kelihatan seperti semperit, kuih tart mahupun segala juadah raya.owh, actually, bukan itu masalahnya, hakikatnya lately, responsibility semakin bertambah sejak munculnya sang perak dalam hidup manusia berumur 27 tahun ini..

Note: Sudah rindu sama itu sang biru-kuning..sang hitam-putih..

Wednesday, September 8, 2010

:: Ucapan Hari Raya yang Tidak Formal tapi Bermakna..

 

Tak kreatif nak create kad raya secara maya..so setakat letak plain text dalam blog, kira ok la kan..hehe..

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah

(copy text seperti di papan elektronik stesen LRT)..hehe

Harap dimaafkan segala kekhilafan penulis blog ini..dia kadang-kadang menulis mengikut emosi abnormal dan pemikiran cetek..eheh

 

owh..actually, seperti yang dijangka, seperti satu curse berlaku pada diri ini apabila setiap kali tengah mood nak balik kampung, maka mode bekerja bertukar menjadi kelam-kabut  disertai kata  hati  “ laa..kenapalah 2-3 ari lepas, takde plak task, ari nih jugak urgent task muncul”..ok, sejujurnya aku x suka feeling macam nih ..kelam kabut semacam, pastu opismate dah pandang pelik bila dia duk citer pasal Jalan Tar dah start buat jualan lelong, tapi aku kasi response setakat senyum dalam ketakutan dengan pandangan terus kepada monitor..owh, sori opismate , sesungguhnya ari nih tak dapat bergossip macam semalam..dan perkara begini selalu berlaku setiap kali aku akan naik bas di malam harinya..pernah dulu, sebab kerja, aku dinobatkan sebagai penumpang terakhir naik bas..nasib baik tidak berlaku kejar-mengejar antara penumpang tertinggal dan sebuah bas..

 

ok, kata sibuk..tapi sempat update..nih pun sebagai terapi diri supaya tak stress..hehe..owh, ari nih rakan-rakan ym sibuk mempopupkan tetingkap YM di monitor ini dengan pertanyaan “ eh, tak cuti lagi?”…dan jawapannya adalah emoticon meraung..

owh, malam nih akan menaiki bas untuk perjalanan yang jauh..doakan keselamatan diri ini dan semua yang on da way balik ke kampung ye..

 

akhir kata, semoga Syawal ini bakal memberi kebahagiaan kepada anda semua, maafkan segala silap dan salah diri ini ye..

..ok, mahu sambung kerja supaya dapat beraya dengan bahagia..

Monday, September 6, 2010

:: Syukur di atas kurniaanMu, Ya Allah


Alhamdulillah..syukur ke-hadrat Ilahi di atas kurniaan rezeki ini..
besar sungguh hikmah di sebalik keperitan sebelum ini..


syukur1 
Alhamdulillah


Kepada bos, terima kasih byk2..
Kepada Abah dan Ma, terima kasih di atas doa untuk anakmu ini dan sokongan untuk anakmu ini supaya tabah dalam setiap kesusahan
Kepada rakan-rakan, terima kasih di atas doa kalian untuk diri ini..


Note: Setabah mana pun aku, kadang2 tergelincir jugak sehingga ada terbit nawaitu untuk resign, tapi alhamdulillah, kesabaran menjanjikan yang lebih baik..alhamdulillah, syukur padaMu ,Ya Allah..

Friday, September 3, 2010

:: Psikologi emosi anda seminggu sebelum hari raya


Anda mungkin diterjah tauke biskut raya yang hadirkan diri dengan berbalang-balang biskut yang anda tempah, lalu mengeluarkan bil pembayaran yang kalau ditotalkan guna kalkulator, boleh digunapakai untuk langsai saman ekor..tapi raya puasa setahun sekali, saman ekor mungkin banyak kali, so tidak salah diperuntukkan untuk yang sekali itu, janji sebelum 28 Februari 2011, nama anda sudah di ‘liquid-paper’  dalam senarai hitam itu..


Anda mungkin menerima panggilan dari tukang jahit baju raya yang memaklumkan bahawa baju anda masih lagi dalam proses pembuatan, lalu seperti memberi hint bahawa anda perlu sediakan baju backup in case gagal disiapkan sebelum solat raya..jika dimaklumkan sudah siap diproses, cuma tunggu anda hulurkan bayaran sahaja, baru boleh bergaya dengan baju baru tanpa hutang..


Status FB rakan anda yang diberi kelulusan bercuti panjang bermula hari ini mungkin membunuh konsentrasi anda di opis yang ketika ini masih bergelumang dengan tugasan yang kalu dihitung, boleh bertakbir raya di opis alamatnya..


Anda mungkin tinggal serumah dengan kakitangan kerajaan, lalu anda menyaksikan kegirangan hati mereka setelah mendapat bonus raya yang kalu dihitung boleh beli 3-4 pasang baju raya lagi..sedangkan anda hanyalah menanti duit gaji masuk setelah lewat beberapa hari..kemudian, ada suara berkata “Tu la, siapa suruh tak kerja kerajaan?”..lalu anda mengira berapa ramai tauke kedai fotostat yang anda berurusan untuk salinan sijil anda sejak naik pentas amik ijazah hingga hari ini semata-mata nak apply kerja yang kasi bonus raya cam diorang..

Rakan serumah anda mungkin sudah bercuti mulai esok, lalu anda terpaksa menjaga rumah sewa seorang diri sehingga minggu depan dan berbuka puasa seorang diri sambil layan National Geography di TV1 dan bersahur seorang diri sambil layan drama melayu yang diulang-tayang jam 5 pagi


Anda mungkin sedang dan kerap membuka You Tube untuk mendengar lagu raya evergreen ketika jari seakan lemah menghentam kekunci kibod, mata seakan mata garfield yang malas memandang monitor dan otak slow motion untuk bertindakbalas dengan task yang diamanahkan..


Anda mungkin sudah menghabiskan 1/2 balang biskut raya dengan alasan untuk cari mood raya..


dan akhir sekali, anda mungkin nak kasi ucapan “ Sila service kenderaan anda di pusat service berdekatan dan berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung dan ketika kembali ke ibu kota”  kepada rakyat Malaysia yang bakal pulang ke kampung sama ada menaiki kenderaan awam mahupun kenderaan sdn bhd..


Note: Lebih 600,000 kenderaan akan berada di Kelantan semasa raya - Berita Harian

Friday, August 27, 2010

:: Kisah sebuah karya yang dinamakan mini murtabak..

 SDC13568
Gambar berjaya disnap tanpa pengetahuan orang sekeliling..hehe

Sejarah kisah ini bermula apabila diri sendiri teringin nak makan murtabak setelah meronda-ronda blog yang menduga keimanan ketika bulan puasa yakni blog masakan....maka,balik dari opis, terus gi beli bahan-bahan..kenapa tak beli kat bazar?? sebab nak uji skill katanya..bleh?hehe..sampai kat rumah , dah 6.30 petang, so harapan untuk melaksanakan operasi mencipta mini murtabak sendiri terbantut sebab kapasiti dapur telah penuh dengan 2 orang chef bergegas menyiapkan juadah berbuka..so, operasi ditangguhkan keesokan harinya..

..dan keesokan harinya, terdamparlah  beberapa keping mini murtabak di atas sebuah pinggan hadiah sabun Daia..haha..melihat kepada hasil karya itu, ianya seakan nipis seperti kedekut isi kandungan..hehe..first trial macam berwaspada sikit sebab takut jika terlampau byk isi akan mengundang kepada kecacatan pada kulit popia itu..reasonable tak?heh..

Ok, mereka2 yang terlibat secara langsung dalam sejarah karya ini adalah:
1) daging kisar 
2) kulit popia
3) ubi kentang
4) bawang besar
5) bawang putih
6) rempah kari
7) lada merah
8) telur (2 biji)
9) serbuk Pasti Sedap menggantikan garam/ajinamoto

..dan alhamdulillah, karya yang dihasilkan 2 hari berturut-turut telah hilang tanpa meninggalkan kesan DNA di atas pinggan..thanks my housemates yg selalu support my-so-called-operasi-mentsunamikan-dapur lalu request supaya timbangan berat haruslah bertambah untuk murtabak next season.. “baiklah, akan diusahakan dengan bersungguh-sungguh” ;)

Note: Boleh ke tidak guna printer opis untuk print out resepi??..hehe..