Thursday, February 25, 2010

:: Simptom-simptom yang menunjukkan anda salah masuk kelas


..Anda lebih gemar ngn konsep Google Map berbanding trigonometri..
dan anda juga didapati kerap membawa GPS berbanding set geometri bekas besi tuh..



..Anda lebih berminat dengan formula 007 berbanding NaCl..
dan anda di senaraipendek sebagai suspek dalam kejadian makmal sekolah meletup



...Anda lebih berminat dengan konsep yis dalam doh roti..semakin lama, semakin kembang..


Anda lebih berminat membaca akhbar-akhbar tabloid berbanding buku teks Fizik
dan anda mungkin lebih berminat mengikuti kes-kes di mahkamah syariah barangkali



..Anda lebih berminat dengan isu gender..dan mungkin tidak dapat menerima
hakikat yang perempuan lebih ramai masuk U dan berkhidmat dalam kerajaan..hehe..tetibe masuk isu nih plak..



..Anda pantang melihat ruang kosong di dalam kertas ujian..lalu, anda mengabadikan hasil karya yang harus diberi pengiktirafan oleh Lembaga Peperiksaan Sekolah dengan harapan memperoleh markah extra..



..No comment coz cikgu sendiri insaf selepas baca jawapan nih lalu tidak mampu untuk menanda kertas jawapan sama ada betul ke salah..owh, saya juga insaf bila tengok jawapan ini..


Note: Pen merah cikgu amat bermakna pada kertas jawapan..dan untuk situasi di atas, cikgu perlu sediakan stok pen merah berdozen2 yang boleh dibeli di Mydin ..dan mungkin juga ubat migrain..

Friday, February 19, 2010

:: Kepada calon-calon STPM 2009 , berapakah kelajuan denyutan jantung korang saat ini?


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM[jarak][No Kad Pengenalan] dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result[jarak][No Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari pada tarikh itu.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 11.30 pagi pada tarikh sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu, 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.

Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian. - Bernama


Note: Dah lamer x rasa debaran tunggu result exam kan..hehe..skang, debaran hanya akan muncul secara otomatik bile tibe waktu menunggu giliran masuk komuter yg penuh sesat di mana kebarangkalian untuk gagal memboloskan diri ke dalam komuter adalah tinggi kalu tak ade skill seperti pemain ragbi..hehe

Tuesday, February 9, 2010

:: Fius terputus..

..Ok, entry ni actually tiada kena-mengena dengan sponsor oleh TNB or kedai2 elektrik berdekatan..

..juga tiada kene-mengena dengan kejadian terlupa tutup suis water heater dan kipas minggu lepas..


..ini kisahnya..since ditugaskan ngn satu research,aku cam alergi code programming....mana tak nyer, dah nk sambut CNY,aku still x jumpe solution..agaknyer, lepas bos kasi angpau baru la keluar mentol kuasa watt tinggi kat atas kepala ini..hahha....

..berikutan keadaan abnormal ini maka wujud la status bukan2 kat YM..

"memandang coding seperti memandang virus"


..dan senior aku pun reply...


Senior: coding tu plak: memandang nik seperti memandang antivirus

nik: hahaha..


Senior: hha

nik: patutla, coding tuh xbleh2 diselesaikan lagik


Senior: ahaks


Senior: perlukan bantuan ?

nik: pasal back end mura, diorg guna fusebox framework, so try to follow standard diorg, but x display aper2 lagi..


Senior: oo... fuse dia putus tu

nik: should call TNB?

Senior: emm... tu la, x pun kedai elektrik ah cong

nik: HAHAHA..ok..


Senior: sy pun nak study gak benda nih.. tapi tak terstudy2 lagi... huhu

nik: oo..ok xper..nik try focus kat 'virus'nih


lepas tuh, fokuskah aku??

ok, actually, bende tuh bleh diselesaikan kalu aku komited ngn kije dan facebook/blog tiada dlm history Firefox and IE pc kan..nih tak, siap bookmark lagik tuh..ape kes??..haruskah aku buat2 lupa password facebook supaya gagal meloginkan diri?

Friday, February 5, 2010

:: Dapur berasap di pagi hari..tak perlu dail 999..

Lately, kami rakan-rakan semeja makan tekad untuk men'diet'kan pengeluaran duit saku ketika waktu makan tengahari ( mengikut teladan Elya ..hahaha). Makanya, kami dengan gigih beli tupperware dan bangun seawal pagi ..lalu kedengaran periuk belanga berdentum-dentam di dapur sehingga housemate ku yang ketika itu sibuk memantau ladang farmville agak terganggu konsentrasinya..haha..(selama nih bunyi kambing, kuda , ayam dari ladang ko tuh dh mengganggu gugat tidur-lepas -subuh nik..hahaha).



So bile tibe waktu lunch, soklan wajibulghunnah yang akan muncul kat ym adalah :

#1 "Bawak bekal ker?"

#2 "Nk makan kul brape?" (biasa soklan nih muncul sejam sbelum waktu lunch..sungguh kelaparan walaupun dah abes sekotak dutch lady + roti sebaik saja smpi opis ..hehe)

#3 "Kak Mas dating la ari nih"..(hahahaha..bagus2, even anak dh nk masuk 4 org, this couple still dating..so, pasangan suami isteri di luar sana, sila ikut jejak langkah mereka ye)

#4 "Tapau kat shauwiya je la" ( bagi mereka2 yg x sempat bwk bekal atau 'org rumah' dia x rajin nk masak ari tu,tapau atau call Shauwiya Delivery guna telefon opis adalah pilihan terbaik..hehe)

Tapi soklan2 di atas tidak lagi wujud apabila kami dalam mode puasa ganti..hehe..sebaliknya..

#1
weenee winny: nik satu jam rehat nak buat apa?
weenee winny: hehehehehe

nik: hahahha
weenee winny: tak nak depan PC lah
nik: tgk kak mas makan
weenee winny: hahahaha
weenee winny: hhmm boleh juga
nik: kuatkan iman la
weenee winny: then kita sembang je
nik: bleh2..tp xbleh numpat..hahah
nik: *ngumpat

weenee winny: hahhaha macam budak2 je rasa
weenee winny: inshaallah nak mengurangkan yang itu juga
nik: ok, nt kite teman kan kak mas k..kalu kak mas x gi dating la..
weenee winny: okay

#2
nik: kak mas dating?
pdna.maslina: tak.. tp dah beli nasi
nik: kitorg plan nk temankan kak mas mkn..boring 1 jam ngadap pc...hahaha
nik: kitorg puasa..so, setakat sembang jer la..xbleh ngumpat..hahahah

pdna.maslina: hehe.. orait..
pdna.maslina: tak pun ko gilah kedai jepun tu..

pdna.maslina: cusi mata

pdna.maslina: cuci

nik: cusi = bahasa jepun gak tuh..hahaha
pdna.maslina: kalau rajin.. tolong belikan sabun basuh baju kak mas kat sri kota..
nik: hahaha..betul ker nih..kitorg ok jer
nik: sabun..lagi?? susu dh byk kt rumah kan..

pdna.maslina: susu dah borong aritu..
pdna.maslina: sabun lak abis semlm..
pdna.maslina: ada gak org nak jadi maid aku... tolong beli barang umah..
pdna.maslina: hehe..
nik: buat amal jariah lebih skit ( mode berpuasa kata nyer)
pdna.maslina: haha.. ok lah..
pdna.maslina: nanti kak mas bg duit..
pdna.maslina: kol 1 tau
nik: ok
nik: plus upah gula-gula utk bukak puasa nt


Note:
Programmer merangkap maid..oleh itu, kak mas, next salary, tlg kasi up skit ye..hahaha

Monday, February 1, 2010

:: Cikgu, saya minat dengar lagu cikgu judul Just Dance tuh...la..la..



Orang kata bukan senang nak jadi cikgu..apatah lagi cikgu yang baik kan..banyak betul cabaran..Tahap kesabaran tuh memang kena 101%..

Di awal sesi persekolahan 2010, di dalam kelas 1A (bukan nama kelas sebenar..hehe)

Cabaran cikgu yang pertama
Cikgu: ok, sila eja nama cikgu?

Murid 1 : R-O-G-A-Y-A-H

Murid 1 :ROGAGA

dengar elok2 ye..R-O-G-A-Y-A-H = ROGAGA..

adik sayang..cikgu kamu bukan adik beradik Lady Gaga ye..


Cabaran cikgu yang kedua
Cikgu: Awak letak kat mana beg sekolah awak?

Murid 2:Saya simpan kat longkang semalam. Hari ni saya pegi semula,longkang tuh dah tak ada..


Cikgu: ????


adik sayang..rajin betul ye DBKL pegi timbus longkang tuh ye..

al-kisahnya, murid 2 tuh memang selalu melarikan diri ketika waktu sekolah sehingga ayahnya terpaksa tunggu di sekolah untuk memantaunya..pernah juga cikgu ini terpaksa berlari dengan high heel untuk mengejar dia..nasib baik ada parent kat pintu pagar ketika itu..

Cikgu: Tolong pegang budak tuh!!

Akhirnya murid 2 berjaya 'ditangkap'..

Sambungan cabaran cikgu di kisah 2

Cikgu: Rajin kamu hari ini(kamu dah penat berlari ke?)

Murid 2: Ayah saya kata kalau saya rajin belajar, dia nak bawak saya pegi tengok wayang


adik sayang..jangan lari dari kelas lagi ye..penat cikgu nak bilang jumlah pelajar setiap kali masuk kelas..dan bila jumlahnya tak cukup, cikgu rasa nak pengsan..dan kamu penyebabnya..

Sambungan cabaran cikgu di kisah 2

Di perhimpunan, tetiba..

Murid 2: Cikgu,saya tak tahu macam mana nak lukis bulatan yang cikgu suruh lukis semalam..
adik sayang...walaupun ayah kamu dah janji nak bawak kamu pergi tengok wayang kalau kamu rajin belajar, tapi tunggulah lagu Negaraku habis berkumandang ye..


Note: Kisah ini adalah kisah benar, dikongsi oleh housemate ku..serius, aku kagum tgk housemate aku yang sorang nih..akak nih memang cikgu yang sabar sgt walaupun nama dia bukan cikgu Sabariah..