Wednesday, June 24, 2009

:: Fadhilat Bulan Rejab

Hari ni 24 Jun 2009 bersamaan 1 Rejab 1430.

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya .

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari
- mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari
- dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Dipetik dari Portal Pusat Islam UUM

Nota Tazkirah: saper2 yg blum ganti puasa tuh, eloklah melaksanakannya di bulan ini..( ingatan utk diri sendiri jugak ) ;)

Tuesday, June 23, 2009

:: The awards goes to Being Coach Potato..yeah!!

Penganugerahan award sempena Festival Awards Sesama Bloggers yg ke-1
(dlm sejarah kewujudan blog ini)

Pihak Penaja Award :
Imm, zla and zla again..thanks babes!

Ucapan Penerima Award :
Terima kasih kepada peminat2 blog saya .Tanpa sokongan anda, sudah tentu tiadalah Being Coach Potato dalam blog list anda..hehehe
..( to kili: dengan munculnyer entry nih, maka dpt lah blog nih terpublish dlm top10 blog list ko ye )


Imm to Nik "member kamceng masa kat UPM dulu. Byk jasanya kpdku terutama masa nak siapkan assignment pasal programming. Career s'rang menyimpang jauh dari Food Engineering tetapi merupakan major skill and her speciality..programmer. Betulkan Nik? "

Nik to Imm: xder la major skill..my major skill masih berkaitan food engineering yakni makan (food) dgn kelajuan maksima (engineering) ..hehehe..


zla to Nik "Senior masa uni dulu2 ni..sangat suka blog nye..Kakak Senior yang sweet sangat!"

Nik to zla : owh my x-junior, thanks..btw, akak pun xtau tang maner la yg sweet tuh =)

ok..jom kiter lihat awards aperkah yg diberikan kpd Being Coach Potato..

First award given by Imm, the supermom



2nd award given by zla, the gorgeous makeup artist



3rd award given by zla again..yeah..



Nota Hari Anugerah : Selain awards, turut disertakan dlm pakej hadiah adalah 'Tagged'..so, next entry will be on Award Tagged..wait and see who will be given these valuable awards..( sori ya..mengejar masa ( sambil mencuri tulang yg bersepah ) ketika menaip entry ini..so, x sempat nk jawab tagged award tuh..(maklumlah menyalahgunakan masa 'free' di opis namernya kan..)

Monday, June 15, 2009

:: Quick Update: Lim's Wedding

Misi merealisasikan entry yg direquest oleh Imm, Sha & Yanz.

Memandangkan mesin taip di rumah masih tidak beroperasi ngn baik,( juga disebabkan hari ni adalah hari isnin ) maka entry ditulis menggunakan pc opis, di waktu semua opismate kuar lunch..hehe..

For the moment, just 3 pics jer sempat diupload..










Monday, June 8, 2009

:: Back to Zaman Purba Kala

di suatu weekend yg cam x best..
aku..jadi tak tentu arah..
celik jer mata di pagi hari ( owh..baru ku sedar, di tengahari rupanya),
aku dah hilang arah tuju..
ke hulu ke hilir..tapi masih buntu mencari arah tuju..
selama ini, aku masih mampu bertahan di situ untuk tempoh 48 jam tanpa perlu menjenguk operasi lrt, komuter di BTS samada tergendala atau tidak..

kucing2 di belakang rumah juga agak pelik melihat aku mundar mandir dari dapur ke ruang tamu..sesekali ( owh tidak..byk kali jugak) pintu peti ais dibukak dengan tujuan menambahkan stamina badan utk ke hulur ke hilir..

namun, ader kebaikan terserlah disebalik sindrom ini..
surat khabar Metro Ahad yg bertarikh 31 Mei dikhatam..( owh..ditekankan di sini 31 Mei..)..majalah CHIP keluaran May juga hampir dikhatam..handphone kerap kali dicharge gara2 didesak putarkan mp3 ( yg jarang diupdate) 24 jam..

cam bosan jer kan scope cerite kat atas..tp hakikatnya itulah sindrom yg aku alami gara2 kehilangan sesuatu yg agak kamceng ngn aku selama nih..iaitu komputer...uwahhhhhhhhh..komputer sudah rosak maaaa...seakan duduk dlm zaman batu purba kala..dan yg membuatkan aku sakit hati time paleolitik mode ini adalah melihat tersergam indahnya broadband yg hampir seminggu lebih tidak aku gunapakai..ye..ye..aku begitu bermurah hati kasi derma kt maxis every 14hb...grrr..


Nota tertulis di dlm gua batu kapur
: tabiat menulis entry di opis berlaku apabila hari itu adalah hari isnin..naper ek??? ye la...aku xder mesin taip kt rumah..huhuu..