Saturday, January 30, 2010

:: Tahukah kamu berapa harga tiket komuter yang paling murah?

Since komuter menjadi pengangkutan kesayangan diri, aku tak pernah lagi berdepan dengan fenomena ini..mari saksikan..

Seperti biasa, menunggu ketibaan komuter rawang di platform 2..cuaca yang panas terik sehingga penunggu komuter(owh..tak bleh guna istilah penunggu..kelihatan wujudnya unsur mistik di situ..hehe..) pengguna2 komuter terpaksa berdiri dgn jarak menghampiri garisan kuning.kelihatan seorang gadis depan aku yang agak gelisah..mungkin dia sudah lama menunggu kenderaan kuning biru itu muncul..sepatutnya aku jugak harus gelisah kerana bakal lewat masuk ke opis..

Ok, apabila kenderaan berwarna kuning biru itu muncul, maka dengan penuh 'sopan santun' kami dpt masuk ke dalam walaupun hakikatnya tiada seat lagi..so,port yang sesuai utk bersandar adalah tepi pintu..

Melihat panorama yang sama sesungguhnya membosankan..namun dapat menguji minda dan ingatan..contoh:'eh..semalam pokok tuh ader lagi..ari nih dah takder'...juga mungkin juga mampu untuk membilang kuantiti tiang-tiang elektrik sepanjang perjalanan..ok, memang bosan kalu tiada ipod atau handphone yg canggih ketika ini..sepatutnya harus mengikut saranan iklan "Pupuk budaya membaca" yang disiarkan kat tv tuh..tapi serius, aku pernah la try baca buku dalam tren, tapi lepas tuh rasa macam 'bukan diri sendiri plak'..hehe..aku memang jenis yang tak boleh baca buku dalam kenderaan yang bergerak (yang tak bergerak masih boleh diconsider) melainkan membaca papan2 iklan dalam tren dan map perjalanan tren ( sehingga mampu menghafal kesemua laluan tren..haha..KTMB ada keje kosong as co-pilot tak??)

Tengah kusyuk mengira tiang-tiang elektrik dan menghijaukan anak mata dengan pokok-pokok yang menghembuskan oksigen ke udara, tetiba datang seorang perempuan cina berdiri depan aku,menghulurkan tangan lalu meminta sedekah dengan alasan tidak makan apa-apa lagik..ok, serius, aku time tuh 99.99% blur..aku tengok jer muka perempuan tuh..melihat aku yang masih statik seperti terkena kejutan elektrik, perempuan tuh terus mintak duit lagik..setelah paras ke'blur'an turun ke level 50%, aku terus mengelengkan kepala sambil sedekahkan senyuman..ok,actually aku kesal sebab aku gelengkan kepala dan tidak sedekah duit..tapi serius, aku sebenarnya terkejut dan pelik kenapa ada orang mintak sedekah dalam komuter..dan bagaimana dia boleh masuk dalam komuter sedangkan komuter tak pernah kasi khidmat percuma kan..dan aku pun tak tahu ke mana hala tuju perempuan tuh sebenarnya.. Tapi, lepas perempuan tuh pegi ke arah penumpang lain, terdetik dalam pikiran aku, kalu la aku ada makanan dalam beg time tuh, sure aku kasi dia..tapi ada di kalangan mereka2 nih memang akan tolak pemberian makanan sebaliknya masih bertegas mahukan duit (owh mungkin makanan itu tidak semahal makanan yang diorang nak beli)..entah kenapa la hati aku tak terbuka nak kasi duit kat dia..ralat jugak aku time tuh..Penumpang-penumpang lain juga kelihatan menggelengkan kepala tatkala perempuan tuh menuju ke arah mereka..sehingga ada yang baik hati kasi duit..dan perempuan tuh siap tunduk2 kan kepala dia tanda terima kasih..

Aku hanya mampu doakan agar hidup perempuan itu dikurniakan kesejahteraan..

Kat opis , aku cerita kat member2 semeja makan..then, seorang colleague aku yang juga pengguna komuter yang setia mengakui pernah jumpa perempuan tuh..sebab tak mungkin ada perempuan lain yang pemakaian dan karakter seperti perempuan yang aku jumpa kat komuter itu dan menaiki komuter dengan niat meminta sedekah..

Member aku tuh pernah kasi sedekah kat perempuan tuh yang mana menggunakan modus operandi yang sama iaitu meminta sedekah sebab tak makan lagik..

Menurut cerita member aku nih, selepas member aku kasi duit, then bila tiba time orang sebelah member aku nak kasi duit, dia siap demand nak berapa ringgit dengan alasan nak cukupkan rm5(owh mungkin dia nak beli nasi ayam spesel kut)....then, perempuan tuh pun pegi ke arah platform lain..member aku dah rasa pelik coz dia ingatkan perempuan tuh nak pegi beli makanan ,tapi rupanya dia ke platform lain dan menaiki komuter ke arah lain plak..( tukar shift kerja kut..)

Keesokan harinya, seperti biasa member aku nih menunggu komuter di platform yang sama, then perempuan tuh datang untuk menjalankan tugasannya..dan bila dia mintak dengan member aku tuh, terus member aku sound.. "Semalam I nampak u pegi platform lain, bukan
pegi beli makanan" .. then perempuan tuh pun menjawab " Owh, you dah kasi ye semalam"..lalu 'melarikan diri' dengan muka tak bersalah..dush!!..Lain kali sediakan resit pembayaran..

Ok, tu lah pengalaman pertama aku tgk orang mintak sedekah dalam komuter..tapi menurut member aku, ada juga yang berkerusi roda mintak sedekah dalam komuter..tapi di'tangkap' oleh seorang polis ketika dia tgh sibuk memintak sedekah..cuba bayangkan kalu komuter tgh padat cam tin sardin..tetiba ada yang sibuk2 kan diri berjalan2 nk mintak sedekah..salah tempat namanya..

Ok, aku akui aku juga agak was-was ngn niat sebenar sesetengah org yang mintak sedekah..mungkin niat mereka tulus (betul2 perlukan bantuan)..namun hati manusia siapalah yang dapat baca melainkan Penciptanya..

Tapi, aku yakinkan diri sesungguhnya nak menderma atau tidak, itu datang dari hati masing-masing..yang penting ikhlas..walaupun orang tuh ada niat lain..sekurang-kurangnya niat kita betul..kita sedekah bukan kerana orang itu tapi kerana Allah SWT..



Note: Setelah bertapa sekian lama, akhirnya aku berjaya publishkan satu entry..yeah!!Tepuk-tepuk tangan kasi semangat kat diri sendiri agar ada semangat utk entry seterusnya..owh,rasanya perlu sambung bertapa seketika utk prepare research presentation dan draft utk freelance job yang baru dapat..hehe..doakan diri ini dimurahkan rezeki ye kawan-kawan.. nak gak pakai kereta cam korang..hehe..ye, azam aku utk dapatkan lesen tahun lepas terlaksana walaupun amik test 3 kali..hahaha..berkat doa korang gak..alhamdulillah..

4 comments:

elya said...

alhamdulilah ye enikkk :)
keje ape yeh tu...share sketttt :D

nik said...

elya,

first time komen kt blog nik kan..*clap..clap...hahaha

kije aper??? hehe..kije yang halal dan mengurangkan keboringan di ari weekend..haha :p

Sharinginfoz said...

komuter ni padat dengan org, sometimes tak ikut masa.. harap dapat tingkatkan perkhidmatan...

Siapa Nak Promo Blog???

Macam Mana Nak Didik Anak2????

Hati2 Guna Debit Card

HoNey MieZaL said...

aiii nik...lame xkomen xblog nik.. he3..

ermmmm.. kdg2 hati berbisik.. btul ke diorg nie minta sedekah ataupun ade dalang disebaliknya..

itu juge slh 1 sebab knp ak xbrape suke nk derma kat org2 cmni.. :D