Wednesday, May 26, 2010

:: Ahli kumpulan hemisfera kanan..

Beberapa bulan yang lepas, Timbalan Perdana Menteri mencadangkan penubuhan Jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara . Ini menunjukkan kerajaan memandang serius masalah itu yang dikhuatiri menjejaskan prestasi guru terbabit dan pencapaian pelajar untuk jangka masa panjang. Bebanan guru bukan sahaja pada jumlah pelajar yang ramai mahupun bebanan tugasan pentadbiran tapi juga ditambah dengan masalah kesihatan yang terjejas dan masalah kekurangan modal untuk beli stok pen dakwat merah berikutan faktor-faktor di bawah:

1) Wujudnya pelajar yang begitu tulus ikhlas ketika menjawab soalan latihan dengan harapan cikgu juga ikhlas memberikan markah extra, lalu terciptalah karya seperti berikut:




2) Wujudnya pelajar yang mempunyai imaginasi tahap 4-dimensi , lalu terhasillah jawapan seperti berikut:




3) Wujudnya pelajar yang terlalu memikirkan risiko dalam setiap tindakan, lalu terhasillah penyelesaian seperti berikut: 

 





4) Wujudnya pelajar yang berprinsip bahawa "Perbezaan melambangkan Keunggulan"..maka hanya yang ganjil harus dikekalkan..lalu, prinsip itu diabadikan di kertas jawapan..



5) Wujudnya pelajar yang bijak mencari penyelesaian dalam setiap masalah,lalu berjaya menemui jalan penyelesaian yang tidak boleh diragui oleh Majlis Peperiksaan Malaysia..



6) Wujudnya pelajar yang tidak sanggup menerima kenyataan bahawa "Dia kene repeat paper lagi sekali"..




No comments: