Friday, September 3, 2010

:: Psikologi emosi anda seminggu sebelum hari raya


Anda mungkin diterjah tauke biskut raya yang hadirkan diri dengan berbalang-balang biskut yang anda tempah, lalu mengeluarkan bil pembayaran yang kalau ditotalkan guna kalkulator, boleh digunapakai untuk langsai saman ekor..tapi raya puasa setahun sekali, saman ekor mungkin banyak kali, so tidak salah diperuntukkan untuk yang sekali itu, janji sebelum 28 Februari 2011, nama anda sudah di ‘liquid-paper’  dalam senarai hitam itu..


Anda mungkin menerima panggilan dari tukang jahit baju raya yang memaklumkan bahawa baju anda masih lagi dalam proses pembuatan, lalu seperti memberi hint bahawa anda perlu sediakan baju backup in case gagal disiapkan sebelum solat raya..jika dimaklumkan sudah siap diproses, cuma tunggu anda hulurkan bayaran sahaja, baru boleh bergaya dengan baju baru tanpa hutang..


Status FB rakan anda yang diberi kelulusan bercuti panjang bermula hari ini mungkin membunuh konsentrasi anda di opis yang ketika ini masih bergelumang dengan tugasan yang kalu dihitung, boleh bertakbir raya di opis alamatnya..


Anda mungkin tinggal serumah dengan kakitangan kerajaan, lalu anda menyaksikan kegirangan hati mereka setelah mendapat bonus raya yang kalu dihitung boleh beli 3-4 pasang baju raya lagi..sedangkan anda hanyalah menanti duit gaji masuk setelah lewat beberapa hari..kemudian, ada suara berkata “Tu la, siapa suruh tak kerja kerajaan?”..lalu anda mengira berapa ramai tauke kedai fotostat yang anda berurusan untuk salinan sijil anda sejak naik pentas amik ijazah hingga hari ini semata-mata nak apply kerja yang kasi bonus raya cam diorang..

Rakan serumah anda mungkin sudah bercuti mulai esok, lalu anda terpaksa menjaga rumah sewa seorang diri sehingga minggu depan dan berbuka puasa seorang diri sambil layan National Geography di TV1 dan bersahur seorang diri sambil layan drama melayu yang diulang-tayang jam 5 pagi


Anda mungkin sedang dan kerap membuka You Tube untuk mendengar lagu raya evergreen ketika jari seakan lemah menghentam kekunci kibod, mata seakan mata garfield yang malas memandang monitor dan otak slow motion untuk bertindakbalas dengan task yang diamanahkan..


Anda mungkin sudah menghabiskan 1/2 balang biskut raya dengan alasan untuk cari mood raya..


dan akhir sekali, anda mungkin nak kasi ucapan “ Sila service kenderaan anda di pusat service berdekatan dan berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung dan ketika kembali ke ibu kota”  kepada rakyat Malaysia yang bakal pulang ke kampung sama ada menaiki kenderaan awam mahupun kenderaan sdn bhd..


Note: Lebih 600,000 kenderaan akan berada di Kelantan semasa raya - Berita Harian

8 comments:

suamihanyisterizuki said...

Nik, redho n pasrah je la kite yang rakyat pantai timur nih...maklom ler populasi kite ramai n byk berhijrah...aperpon BANGGA BANGGA BANGGA...ahahha...

hany balek ganu dulu br kelate then ganu balek...aliran trafik xtahu ler redah je la nih.

animedi said...

Nik balik bila. Kami balik sehari sebelum raya. Waa...imm pun x dpt bonus raya nih..student la katakan. tgk ja la org dpt bonus. Serius..seminggu sebelum raya mmg dah takdak hati nak buat kerja..tak produktif lansung. Apa2 pun nik..selamat hari raya..imm minta maaf atas semua salah silap, terguris hati nik sepanjang kita berkawan. Balik kampung baik..mesti berbalang2 kuih raya nik bawa balik nih..camna nak angkut tu?

shariaah said...

komen ni xdak kaitan pun dgn tajuk entri tu...tp ni komen yg ikhlas dari lubuk telaga perigi hati yg bersih tanpa was2 bahawa sy sgt kagum dgn blog ni yg pergggghhhhhh mmg jimat smart padat best cantik meletop amazing maveles tip top kreatif inovatif cemerlang gemilang terbilang dll pujian yg memang super duper yummy mmg patot diberi utk cik empunya blog nih..sy doakan semoga cik empunya blog ni berjaya dunia akhirat,sihat tubuh badan,diberi kecerdasan akal dan fikiran utk trus mengetuk keyboard,dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan selamanya..ameen..
lg satu..ni bukan ayat mengipas..tp realiti..nik mmg best!!!!!!!!best of luck nik!=)

Sue@Iza said...

nikkkk, sesama lah kita telan air liur kannnn. T____T

bonus takde, cuti kena rijek.

Nasib pekerja private.

nik said...
This comment has been removed by the author.
nik said...

@hany: aha la, bangga kan tgk warga pantai timur dominan stesen bas, jalan raya, stesen keretapi , airport time raya..hehe...

@imm: sama la kite..sehari sebelum raya..hehe..nik tempah bas tambahan angkut berbalang2 kuih raya..hehe..

@sha: hohoo..guna kipas angin nih, kuat sgt speed..hahaha..komen sha kene masuk dalam segmen testimonial nih..hhaha..btw, tq2..nasib baik sha dah kawen, so x payah nik hulur duit raya kat sha ye ;)

@sue: bonus = MYR 0.00, cuti = unpaid leave :(

Sue@Iza said...

Hahahahaha.

erh, tak baik gelakkan orang.

Su punye, cuti = MC kuasa 2.

shariaah said...

haah nik..aku pasang speed nombor pat blas..mmg xpenah wat dek org len lg..sejuk sket aku kasi kat ko kan..haha..selamat hari raye..maaf zahir batin..=)