Wednesday, September 11, 2013

:: Sedekah Al-Fatihah


Sekadar berkongsi amalan saudara kita ini . InsyaAllah,turut menjadi amalan kita semua.


Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Saturday, June 29, 2013

:: Jom #shoppingraya2013

Hidup ini satu perkongsian.
Yang pandai, berkongsi ilmu dengan yang tidak tahu..
Yang sihat, berkongsi perhatian dengan yang sakit..
Yang berkemampuan, berkongsi rezeki dengan yang miskin..
Yang cantik, berkongsi tip kecantikan dengan yang mahu cantik..
Yang berduka, berkongsi masalah dengan yang sudi mendengar..
Yang pandai masak, berkongsi resepi di Facebook, so ramai yang LIKE sempena bulan Ramadhan menjelma..eh..

Kesimpulannya, jangan sesekali wujud sikap individualistik dalam diri..
Rezeki kita bukan 100% milik kita walaupun bekerja 24/7.

Asalnya nak tulis mukadimah, tapi terus letak kesimpulan..
Isi kandungan sebenarnya nak berkongsi projek best dengan anda semua..
Kagum dengan semangat sahabat-sahabat yang menerajui projek best ini..
Inisiatif mereka untuk bergerak sebagai sebuah badan NGO secara langsung telah memberi peluang kepada sahabat-sahabat lain membuat kebajikan. Ibarat menghulurkan payung ketika seseorang sedang kebasahan terkena hujan (eh, macam iklan PIDM la)..so, bila orang tu dah dapat payung, orang itu boleh meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju di mana penting untuk orang lain juga, mungkin ahli keluarga yang sedang menunggunya. 

Ok, sekarang nak war-warkan apa nama projek best ni .

Shopping Raya 2013 anjuran Projek Iqra'.



Cun banner yang sama backgound color dengan blog kan..hehe



Projek ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda sibuk-sibuk mengira belanjawan untuk pakaian raya anda, memilih pusat membeli-belah yang hendak dituju ketika waktu lunch di bulan puasa, apatah lagi mengintai Facebook KL Sogo untuk tengok ada sale ke tak..

Projek ini adalah projek pelaburan saham untuk akhirat. Kita membantu mereka yang memerlukan. Tak semua orang mampu untuk meraikan kemeriahan menyambut hari raya di samping keluarga. Dengan adanya projek seperti ini, insyaAllah, ada sinar kegembiraan di wajah mereka.

Dengan  melibatkan 4 buah rumah anak yatim di 4 buah negeri, yang mana membabitkan 266 penerima terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU, insyaAllah Shopping Raya 2013 akan menjadi platform penyatuan tali silaturrahim sesama insan tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan. 

Bagaimana projek ini dijalankan?

Orang ramai diberi peluang untuk menaja wang atau menyumbang masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal yang terlibat. Bantuan yang dihulurkan akan digunakan untuk membolehkan mereka membeli -belah barang keperluan di pusat membeli-belah terpilih.

Nak join, dapatkan maklumat lanjut di 

2) Facebook Projek Iqra' (follow #shoppingraya2013)
3) Twitter Projek Iqra' ( follow #shoppingraya2013)

InsyaAllah, bantuan yang dihulurkan sama ada dari segi wang ringgit mahupun tenaga dapat menceriakan mereka yang memerlukannya sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Dan ingatlah matawang kita di akhirat ialah pahala kita. Jom kumpul pahala, sahabat-sahabat sekalian.



When you find yourself in a position to help someone, be happy because Allah SWT is answering that person's prayer through you - Ustadh Nouman Ali Khan





Thursday, January 24, 2013

:: [Tutorial] Apabila Windows Update menemui kegagalan..


Jika Windows Updates itu menyiarkan berita-berita sensasi artis, sudah tentu ia diberi layanan istimewa. Sering kali juga dicemuh sedangkan sedikit masa yang diperlukannya itu sebenarnya disertakan dengan niat murni yang tersirat..sekurang-kurangnya pemilik PC/notebook boleh menikmati secawan kopi di pantry ofis (ketika ON)..atau mengucapkan selamat pulang kepada semua rakan sekerja dari satu meja ke satu meja (ketika Shut Down)..

Tapi, niat murni Windows Updates itu mungkin tidak tercapai apabila paparan di bawah muncul..So, mari kita realisasikan niat murni window updates itu menerusi tutorial kali ini..

Problem : Failure configuring Windows updates. Reverting changes. 




1) Open Windows Update  sama ada melalui Control Panel atau taip guna search box macam kat bawah:

 



2) Apabila panel Windows Update dah dipaparkan, klik pada link "View update history"  atau "..important updates are available"






  3) Akan dipaparkan senarai update yang perlu di'install'. Un-tick semua list yang ada. Kemudian cari kod KB2647753 dalam senarai tu dan tick. Kemudian klik 'Install updates' button.


 



4)  Dah selesai, restart PC/notebook.


 5)  ..dan tunggu 100% complete dengan penuh harapan..




Reference: Forum Lenovo


Monday, January 7, 2013

:: Restart

Ibarat sebuah komputer yg dah lama tak on, maka cmos setting pun dah tak betul..kena la gigih tukar bateri..macam tu jugak la dengan aktiviti blogging ni..hampir setahun jugak tak menaip kat platform free ni,rasa macam dah kurang skill membebel2 kat blog sendiri..tetiba boleh pulak nak rindu dengan skill undercover update blog kat ofis..skill menekan keyboard dengan kadar bunyi ketukan paling minima agar tak kantoi dengan rakan sekerja..tapi at last, kantoi gak :-D

Kenapa tak berblog di rumah? Oh,  ibarat macam ni la; tempat jatuh lagi dikenang,ini kan pulak tempat jatuh cinta pandang pertama dengan blog..hehe..nak jugak highlight yang blogging kat ofis lagi best..boleh?

Ok la,dah kata baru nak restart kan..so,entry pun ala-ala 'Tak janji,tapi akan berusaha update lagi'.

Note: habit boleh diubah kalau anda tekad..so,entry ni tak ditaip di ofis..ofis x bukak lagi pukul 2 pagi..hehe..