Wednesday, August 19, 2009

:: 1 Malaysia katanya..part 2

Di waktu petang yg dingin ngn hembusan angin aircond jenama BUKAN BUATAN MALAYSIA..hehe

SMS Rakyat 1 : Kt pejabat lagi ke? Nk minta tlg tgk tema hari kebangsaan tahun ni kt internet


Makanya Rakyat 2 memulakanlah operasi googling tema hari kebangsaan itu..

SMS Rakyat 2: Kedewasaan Bernegara .Maksudnya kita sudah menjadi matang dan mampu untuk memahami cabaran-cabaran kehidupan. (siap ngn definisi bagai..hehehe)

Rakyat 2 agak ragu2 ngn SMS yg dihantarnya td..agak janggal bunyi tema itu..maka digoogle lagi..lalu terbukti Rakyat 2 telah membuat kesilapan yg boleh memalukan diri sendiri dan negara tercinta.

SMS Rakyat 1: Tema tahun ni ke tu?
SMS Rakyat 1 (lagi) : Confirm tema tu? Nk buat buku program ni.

SMS Rakyat 2: eh..silap
SMS Rakyat 2 (lagi): tema tahun ni '1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan'..yg tadi tuh tema hari kebangsaan negara Brunei..hahhaha..



Kesimpulannya, byk2 la tgk tv Malaysia ( jgn byk tgk drama indon, korea, jepun, taiwan etc) , baca paper Malaysia, dgr radio Malaysia especially di bulan kemerdekaan ni .. so,xder la anda diklasifikasi sebagai Rakyat Asing yg ada Kad Pengenalan Malaysia selepas berumur 12 tahun..



“1Malaysia adalah satu gagasan
bagi memupuk perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, berteraskan
beberapa nilai-nilai penting
yang seharusnya menjadi
amalan setiap rakyat Malaysia.”

- Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak -
Perdana Menteri Malaysia

Nota 52: Sape nk Blackberry , bleh la gigih vote kt sini or kt sini (jika tidak dpt blackberry, sila dapatkan tart blueberry di stokis2 kuih raya berdekatan)

1 comment:

cippzzySHMR said...

salam..

blueberry cheese tart sedap duhhh..
blackberry pun harga sedappp..

=)