Thursday, October 1, 2009

:: Patutkah saya menjadi pengguna pengangkutan awam sepenuh masa..part 1

ulasan penguatkuasa JPJ pada my slip ujian memandu ..gagal mengawal stereng dgn baik.Cara pemanduan boleh menyebabkan kemalangan.

dalam sesetengah perkara yg org lain x yakin nk buat, aku masih dapat menyakinkan diri utk lakukannya..tapi dari aspek memandu, aku belum nampak perkataan YAKIN itu..dan belum CERDIK utk menjadi pemandu yg baik..oleh itu, aku kene banyak lagi belajar..jangan terburu2 nk pakai kereta sehinggakan lupa aspek pemanduan yg harus dipraktikkan..

Setiap kali pulang ke kampung atau pulang ke KL, aku menaiki bas express..dan setiap kali itu lah, sebaik duduk di seat, aku terus mengucap dan selawat byk2..setiap kali driver bus bawak laju, aku dah risau..biler tiba di kampung dengan selamat,aku bersyukur sangat2..tp aku turut sedih bile dikhabarkan berlakunya kemalangan di laluan yg sama aku guna pada hari yg sama, minggu yg sama mahupun bulan yang sama..

Ops Sikap gagal?

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam, merekodkan jumlah kematian kedua tertinggi dalam sejarah operasi itu sejak diperkenalkan lapan tahun lalu dengan 261 pengguna jalan raya terbunuh.

Jumlah korban tertinggi sebelum ini sebanyak 285 orang daripada 253 kemalangan maut yang dicatatkan semasa Ops Sikap Ketiga, iaitu pada 13 Disember 2002. Purata kematian adalah 18.7 sehari.

Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam pula mencatatkan purata 17.4 kematian dalam sehari.

Jumlah itu sekali gus menyaksikan peningkatan 25.4 peratus kematian dengan penambahan 53 kematian berbanding Ops Sikap Ke-17, pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Secara keseluruhan lebih 60 peratus angka kematian sepanjang Ops Sikap Ke-20 itu masih disumbangkan oleh penunggang dan pembonceng motosikal.

Sementara itu, Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, seramai 23 lagi maut pada hari terakhir Ops Sikap Ke-20 semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 12 mangsa ialah penunggang dan pembonceng motosikal.

"Ia diikuti dengan lapan kematian membabitkan kereta dan tiga pejalan kaki. Kita juga mengeluarkan 9,826 saman di seluruh negara melibatkan pelbagai kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rasdi berkata, jalan bandaran sekali lagi mendahului senarai jumlah kemalangan dengan 388 kes, diikuti jalan Persekutuan (284 kes), jalan negeri (152 kes), lebuh raya (68 kes) dan jalan-jalan lain (39 kes).

Ops Sikap Ke-20 yang bermula sejak 13 September lalu bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia membabitkan kira-kira 2,500 penguat kuasa termasuk polis, bomba dan ambulans.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan menyatakan walaupun hukuman mati sekalipun dikenakan, pengguna jalan raya di negara ini akan tetap melanggar undang-undang.


2 org sahabat ku menemui ajal akibat kemalangan jalan raya.Arwah Pok Deq ( rakan sekelas di sekolah menengah) meninggal akibat xcident motor di bulan Ramadhan beberapa tahun yg lalu..dan yg terbaru, rakan sekelasku ketika sekolah rendah, Arwah Che Wan Norma..Allah lebih menyayangi mereka..al-Fatihah..semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 beriman..AMIN..

Perodua Kancil smashes into tree, killing two
2009/09/26

GUA MUSANG: Two people were killed when the Perodua Kancil they were travelling in turned turtle after hitting a tree at Km 21.3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai here today.

The dead are Hanif Imran Zainuddin, 19, and his aunt Che Wan Norma Che Wan Long, 26, from Kampung Beris Alor Pisang, Kuala Besut, Terengganu.

Gua Musang police chief DSP Aziz Hassan said Hanif Imran was believed to have lost control of the car before it skidded into the opposite lane and turned turtle after hitting a tree.

He said the victims were heading to Kuala Lumpur from Kuala Krai when the mishap occurred around 3pm today.

"Both victims, who sustained severe head and bodily injuries, died at the scene," he said.

The bodies of the victims were taken to Gua Musang Hospital for post-mortem and were later claimed by family members for burial. - BERNAMA


No comments: