Friday, May 21, 2010

:: Keberkesanan koc Merah Jambu

Tiang siap dicat dengan warna pink seperti Patrick sebagai tanda pemisah antara tempat menunggu wanita dan lelaki, itu pun jika anda tidak buta warna mahupun lelaki pencinta warna pink..hehe

Banner dibentangkan betul2 di waiting area sebagai pemberitahuan kepada anda yang pandai membaca..


Pengumuman dari corong2 speaker di station komuter dalam dwi-bahasa oleh kakitangan komuter yang merdu itu diulang-main sebanyak mungkin sebagai pemberitahuan perihal koc wanita itu..itu pun jika auditory nerve anda masih berfungsi..

Sticker-sticker di pintu masuk ke koc wanita terang-terangan lagi bersuluh mempamerkan label "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" sebagai pemberitahuan bahawa itu adalah koc wanita bukan koc unisex..itu pun jika anda tidak rabun mahupun berpura2 hilang ingatan akan status diri sama ada lelaki atau perempuan..



Namun, segala pendekatan ini seolah2 berkesan di hari pelancaran sahaja dan suasana aman damai di koc wanita hanya dapat dilihat di muka-muka akhbar ketika di awal pelancarannya..dan hari ini,seperti tidak wujud perbezaan antara koc biasa dengan koc wanita melainkan label dan dekorasi di dinding2 komuter..


Berbalik kepada tujuan koc wanita ini diwujudkan, ianya fokus kepada memastikan keselamatan penumpang wanita daripada risiko jenayah.

Melalui  pemerhatian aku sepanjang guna perkhidmatan komuter,tiada istilah 'ladies first' untuk menaiki pengangkutan awam ini apatah lagi ketika waktu puncak..tapi utk kejadian kehilangan wallet dan kehilangan telefon bimbit wujud pula istilah 'ladies first'..pengalaman diri sendiri yang hampir kehilangan handset membuatkan aku serik utk bersesak2 dalam komuter ....pengalaman melihat penumpang warga asing yang gelisah sambil memaksa2 penumpang2 sekeliling dia membuka beg memasing (sehingga hampir menimbulkan pergaduhan dalam komuter) dengan tujuan utk buat pemeriksaan setelah menyedari walletnya hilang tatkala masuk ke dalam komuter dan diikuti pula kehilangan handset seorg perempuan cina dalam waktu dan gerabak yang sama membuatkan aku agak serik utk guna komuter terutama waktu puncak ditambah pula bila faktor komuter delay..aku lebih rela menunggu komuter seterusnya dari mengambil risiko seperti di atas..


Dan apabila koc wanita diperkenalkan ke semua laluan komuter, aku berasa agak lega..dan pada pagi isnin lepas (koc wanita utk laluan Seremban-Rawang dilaksanakan bermula 15 Mei) , aku dan penumpang2 wanita lain dengan excitednya beratur di platform utk koc wanita itu..dan sebaik sahaja pintu koc dibuka, kami penumpang wanita agak kecewa kerana penumpang lelaki pulak yang mendominasi koc itu..dan kami pulak yang terpaksa berdiri berhimpit2 sambil mencari tiang2 utk dipegang demi kestabilan diri..tiada siapa yang berani bersuara kerana bukan seorang dua kaum lelaki yang berada di dalam itu tapi ramai..dan membuatkan hati kami lagi berapi bila sampai di stesen berikutnya, 2 org lelaki warga asing yang membawa beg2 besar meluru masuk ke koc itu.

Melihat situasi ini, sudah tentu ramai pihak ragu-ragu akan keberkesanan koc wanita ini. Rentetan itu, Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan melalui kenyataannya di dalam Berita Harian (17/5/2010) menyatakan bahawasanya penumpang komuter lelaki yang dikenal pasti sengaja memasuki koc merah jambu dan melakukan aktiviti kacau ganggu terhadap penumpang wanita boleh dikenakan tindakan undang-undang sebaik sahaja akta berkenaan diwujudkan.

Keesokan harinya, seperti biasa, aku menunggu di waiting area utk koc wanita dan kelainan pada hari tersebut berbanding sebelumnya adalah kehadiran polis bantuan yang ditugaskan untuk berkhidmat demi bangsa,negara dan agama. Encik polis bantuan telah berjaya menghalau lelaki-lelaki dalam koc wanita ke koc lain sebelum komuter bergerak. Dan pada hari tersebut, kami penumpang wanita lebih selesa menaiki komuter tanpa perlu kekurangan oksigen. Jarang aku dapat seat dalam komuter dan pada hari tersebut aku berjaya melabuhkan diri di kerusi empuk yang kusam sehingga hampir terlelap, namun kembali sedar apabila destinasi hampir tiba.. Tapi perlu diberi perhatian di sini bahawa tidak semua stesen ditempatkan polis bantuan atau petugas utk kerja selia ini sepanjang masa.  Jadi sebagai penumpang komuter wanita, kita berhak untuk memaklumkan dan meminta penumpang lelaki secara berhemah menaiki koc biasa dan jika pintu tren telah tertutup dan tren bergerak, penumpang lelaki tersebut boleh turun dan berpindah ke koc biasa di stesen berikutnya.So, kepada penumpang lelaki yang ditegur itu, silalah beri kerjasama sebaik mungkin.

Aku, sebagai pengguna komuter KTMB sejak 2002 berharap agar pelaksanaan koc wanita ini berjaya mencapai matlamat utamanya..lagipun aku sudah lama bercita-cita mahu  pulang awal ke rumah tanpa perlu menyaksikan perlawanan ragbi depan pintu komuter lagi..

2 comments:

cippzzySHMR said...

Salam,

I just posted on ladies coach jugak! Telepathy btul la kte Nik.Mcm jnji je, but u go in depth sbb u experienced it everyday, kan?

Xde pun waiting area kt Serdang aritu? Xde polis bantuan jugak..
Lelaki? Memang ada!

nik said...

owhhh..haha..telepathy sungguh, effect lahir selang sehari kut..hehehe..

polis bantuan tuh kadang2 je muncul..kalu bernasib baik bleh jumpe polis bantuan yg hensem..hehe