Friday, July 30, 2010

:: I'm a cookies monster



..kenapalah cookies itu sangat sedap??..
 





Thursday, July 29, 2010

:: Hitam Manis

bubur pulut hitam


Aku memang suka makan apa sahaja hidangan pulut except pulut durian ( boleh makan tapi tanpa durian..apakah ?? ) ..belum pernah menguji ketabahan dan kecekalan diri untuk menjamah pulut durian..hehe..mungkin suatu masa nanti, akan cabar diri untuk bersemuka dengan my fear factor durian....

Malam tadi, cik yah telah masak bubur pulut hitam..walaupun hitam, tapi manis....sebab cik yah berdarah Kelantan, maka tahap kemanisan bubur ini menepati selera tekak ini..

So, semalam dengan rasminya aku berjaya melicinkan 2 mangkuk bubur pulut hitam di tengah malam hari sambil layan drama melayu yang diulang tayang (sebab takde option cerita lain nak tengok ) sedangkan cik yah sedang kusyuk menaip di dalam biliknya dan cik zura sedang lena di buai mimpi..
Note: Last week, time aku balik kampung, both housemates ku telah kenduri durian di rumah sewa..sesungguhnya mereka memanjatkan kesyukuran kerana aku pulang ke kampung ketika itu..haha

Wednesday, July 28, 2010

:: Currently in Year Three..

e4a53_phd120804s
..Bila sendiri buat keputusan, maka sendiri kene tanggung kan..

Note: entri mi-segera camni akan sering kelihatan berikutan..
laptop =gone
broadband =terminate
wireless area flat = invisible +  visible tapi secure [lagi sakit hati]

 

Monday, July 12, 2010

:: [Pedoman] Syaaban bulan menghapuskan dosa


SABDA Rasulullah SAW: “Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadan pula adalah bulan bagi umatku.

Sebagaimana kita ketahui, kita kini di penghujung Rejab dan dalam tempoh dua hari lagi menyusul kedatangan Syaaban iaitu bulan yang dianggap sebagai pintu gerbang bagi menanti kedatangan Ramadan.


Sebagaimana Ramadan yang penuh dengan kemuliaan, Syaaban adalah bulan untuk menghapuskan dosa sementara Ramadan pula bulan menyucikan diri daripada dosa dan antara amalan yang sangat digalakkan pada bulan ini adalah dengan ikhlas beramal kepadanya, terutama melakukan puasa.


Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas daripada kegelapan alam kubur, bebas daripada huru-hara Munkar dan Nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.”

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan jika dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.” Itulah antara kelebihan berpuasa pada Syaaban. Di samping itu berpuasa dalam bulan ini juga sebagai persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan pada Ramadan.


Selain memohon doa, umat Islam digalakkan bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT sebagaimana dinyatakan, dalam bulan ini juga ada satu malam yang sangat istimewa yang dikenali sebagai ‘Nisfu Syaaban’.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tibanya malam ini, datanglah malaikat Jibril lalu memberitahu sesungguhnya pintu-pintu langit serta pintu-pintu Rahmat Allah SWT sudah pun dibuka. Maka, bagi orang yang beriman dan beramal soleh, dirikanlah solat dengan disertai doa kerana dibukakan (oleh Allah SWT) 300 pintu Rahmat-Nya.


“Juga sesungguhnya, Allah akan mengampuni orang-orang yang tidak menyekutukan-Nya (serta syirik kepadanya) kecuali mereka yang mengamalkan sihir, mereka yang mencetuskan perbalahan serta bermusuhan, peminum arak, mereka yang melakukan zina dan memakan riba, manusia yang menderhaka pada orang tuanya, mereka yang memutuskan tali persaudaraan serta mereka yang menghasut orang lain, yakni mengapi-apikan dengan perasaan kebencian. Maka, sesungguhnya mereka tidak akan diampun melainkan dengan sebenar-benar taubat selain tidak mengulanginya.” (Riwayat Ibn Hibban) Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, sesungguhnya baginda Rasulullah SAW bersabda: “Dalam solat, lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah pada malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.” Jadi, antara kelebihan yang Allah SWT kurniakan pada hambanya, diberi dalam Syaaban bagi mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh melakukan amalan mereka.

Credit to: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pedoman_Syaabanbulanmenghapuskandosa/Article/index_html

Thursday, July 8, 2010

:: Hardcore Programmer

A: ko tgk Si F buat kije tuh, boleh sampai muntah darah..

B: Cuba ko tgk si F tuh, mana tau mulut dia dah berbuih-buih ..

C: Selagi ko tak buat kije sambil pakai helmet, aku anggap ko still ok lagi..


aad6f_programmer

Monday, July 5, 2010

:: Mentor- Mentee , Mentor – Protégé

Perkataan ‘Mentor’ mula wujud dalam kamus hidup ini ketika di zaman matrikulasi 9 tahun lepas (owh…dah berkurun rupanya..)..kalu la time SPM aku dah belajar perkataan nih,sure gempak karangan time tuh kan..hehe....berbalik kepada zaman matrikulasi, time tuh ada program Mentor-Mentee di mana Mentor sudah tentu di kalangan pensyarah manakala Mentee pula sudah tentu bukan makcik2 kafe yang berloghat nogori itu..hehe..

Program ini dijalankan pada waktu pagi sekali seminggu kut..ke sebulan sekali ..entah, bende2 yang aku x berapa nak  minat ni memang dengan mudah direkod sebagai ‘Kad memori gagal diproses’ seperti mengingati jalan –jalan di KL nih .. hehe..dan secara jujur dan tulus ikhlas, aku tak berapa suka program nih sebab macam tak berkesan..sekadar borak-borak dengan geng se’mentor’..mungkin lain mentor, lain kaedah pengendaliannya..actually, program ini bertujuan untuk membantu pelajar2 dalam  berkongsi masalah sama ada dalam akademik atau luar bidang akademik (contoh: mintak mentor tolong beli tiket balik kampung atau at least  mintak mentor tolong hantar sampai Gedung Harian kat pekan Kuala Pilah itu)..kalu dapat mentor yang memang mengajar core subjek seperti fizik, kimia, mate mungkin best skit kut..at least bleh gedik2 mintak soalan bocor untuk kuiz bulanan..hahaha..konsep Mentor-Mentee nih macam konsep kekeluargaan la..so, akan ada mentee yang terlebih rapat ngn mentornya sehingga menimbulkan kejelesan di kalangan mentee-mentee lain (macam mak sayang anak bongsu lebih la), ada yang tak boleh ngam ngn mentornya sebab mentor pilih kasih kut..hehe..ada yang macam nak berpuak2 plak dalam group sebab ada fenomena anti ngn certain class praktikum..boleh??

..dan berikutan aku tak berape enjoy ngn program nih, so aku memang tak ingat langsung siapakah mentor (bleh consider sebagai mak angkat..sungguh derhaka anak angkat melupakan mak angkat..) dan mentee2 yang lain (adik-beradik angkat yang sebaya belaka)....tapi program di awal pagi itu juga bermanfaat jika mentor tidak dapat hadir..at least, aku dan mentee-mentee yang tak siap tutorial boleh memanfaatkan masa free itu dengan men’copy’ jawapan tutorial orang lain..eh,at least, dah berusaha semalaman kat bilik hostel mencari solution untuk soklan tutorial itu sehingga tertidur kat meja study dengan kalkulator masih on dan  kertas kajang bersaiz A4 masih kosong tanpa dakwat pen....bagi yang dah siap tutorial, maka kafe A atau kafe D menjadi port untuk lepak sementara tunggu kuliah bermula sambil usha student2 dari praktikum lain yang sedang menyuap nasi goreng di meja berdekatan..hehe..

Selepas tamat matrikulasi, aku dah tak jumpa dah perkataan Mentor dalam diari hidup..sehinggalah program realiti show “Mentor” diperkenalkan kat TV3..hehe..

..dan sudah pasti program Mentor sebegini rupa lebih meng’enjoy’kan sebab nama pun entertainment..hehe....nak declare sebagai kipas-susah-mati pun bleh diconsider sebab memang folo since 1st season sehingga 4th season yang berakhir semalam..sokongan die hard fan seperti aku nih hanyalah ditunjukkan melalui peningkatan bil elektrik rumah setiap hari ahad selain menyumbang kepada peningkatan ranking program itu sahaja..tiada sokongan dari segi mengkayakan syarikat telekomunikasi mahupun menyumbang sorakan di MBSA..

..seperti realiti show lain, faktor aura  seseorang peserta itu lebih mempengaruhi dalam meraih  sokongan penonton..dan sudah pasti kombinasi  aura + bakat harus seiringan, baru lah berbaloi-baloi rm100,000 itu..sebab tuh Mohd ,protege Ziana Zain diangkat sebagai juara Mentor 4..cuma, mungkin populariti Mohd sukar diramal sama ada boleh menandingi Black Juara Mentor 3 atau tidak..yang pasti laluan Mohd dalam Mentor 4 ini sama seperti laluan perjalanan Mawi di AF dulu..digugurkan di peringkat pemilihan tapi ternyata rezeki yang lebih besar menanti mereka..

hmm..camne nak buat penutup untuk entry nih..ni la akibatnya apabila mukadimah cerita lain, isi cerita lain..dari matrikulasi terus ke Mentor TV3..dua dunia yang berbeza di situ..tapi at least keyword yang digunakan masih sama iaitu ‘Mentor’..kan best kalu dulu kat matrik , bila org tanya “Ko protege sapa?”.. “Aku protege Cik M, ala yang ajar Fizik kuliah 1 tuh”..pastu time sesi bersama mentor, aktiviti berlatih vokal dilaksanakan..tapi bukan latihan vokal  sambil hafal lagu negeri sembilan time perhimpunan tuh..pastu ada award untuk group Mentor paling hebat ..sah2 semua ‘protege’ berbaik2 sesama sendiri , then 24 jam duk mengadu nasib kat Mentor memasing kan..hehe..pastu sesama ‘protege’ buat study group untuk kasi performance hebat dalam kuiz atau exam demi menjaga nama baik mentor memasing kan..ok2, dah tersasar dari penghujung landasan dah..ok, sebagai penutup, tahniah Mohd,Juara Mentor 4 ..muka kamu asyik blur jer..satu group la ngn penulis blog nih..

Friday, July 2, 2010

:: Misteri senaskah suratkhabar dan sekeping tiket lrt..

Selain KTM Rawang-Seremban dan bas RapidKL, LRT Star juga termasuk dalam senarai pengangkutan awam  perjalanan harian rumah <-> opis..

Setiba di stesen lrt dalam pukul 8.30 pm, tidak kelihatan sesiapa di depan kaunter..yang ada cuma seorang staff yang kusyuk menunduk kepala ke bawah..ya, sedang kusyuk menelaah senaskah suratkhabar Kosmo nampaknya..begitu sibuk dia hari ini sehingga hanya sempat membaca suratkhabar di waktu malam..

Akibat terlalu kusyuk membaca, staff itu bertindak di luar kemachoan diri tatkala aku berdiri depan kaunter..tahap kegelabahan dan kekejutan staff tersebut mampu mengundang kemusykilan kepada sesiapa sahaja di situ..malangnya aku je kat situ..punya la gabra + gelabah + terkejut  staff itu lalu sepantas kilat melempar suratkhabar ke bawah..kemudian beliau dengan automatik menegakkan badan lalu melemparkan senyuman seorang staff LRT yang berwibawa lagi mesra pelanggan.aku hanya mampu terkebil-kebil melihat tindak-tanduk staff itu yang jika dikira tahap kelajuan tindakan refleknya itu barangkali boleh sipi-sipi menandingi kelajuan cahaya..
Aku: Bandar Tasik Selatan..
Staff itu: (lalu menghulurkan tiket)
Staff itu lagik : Sebenarnya, bos marah baca suratkhabar time keje..(statement cover malu barangkali)
Aku : ooo…(macam biasa, tu je respon time mode stress tapi dalam hati berdialog “laa..patut la ko gelabah semacam je..kalu betul2 bos ko depan mata tadi, sah2 ko pura-pura sawan kan..haha")
..lalu, meninggalkan kaunter menuju ke platform tanpa menoleh ke belakang sama ada staff itu sambung baca suratkhabar ke tak..
..beberapa minit kemudian, dapat miscall dari housemate..so, call semula..
Housemate : nik, kat maner?
Aku: tgh tggu tren..nape?
Housemate: kitorg nk makan kat D’santai, nk join?..(kebetulan restoran tuh tak jauh dari lrt station tuh)
Aku: ok..nt nik pegi sane..
..dengan konfiden aku meninggalkan platform lalu menuju ke arah kaunter..dan staff itu kelihatan masih kusyuk membaca suratkhabar..dan kali ini dia sekali lagi tersentak tapi tidak seserius tadi..haha..

Aku: tak jadi naik tren..(lalu menyerahkan tiket)
Staff itu: (mengambil tiket dan menekan2 di mesin tiket) sebenarnya boleh je masuk ikut situ..
Aku: bukan, saya tak guna tiket nih, saya tak jadi naik tren..(ok, ayat agak tunggang-langgang di situ..aku plak yang gelabah)
Staff itu : (penyakit gelabah kembali lalu cepat-cepat dia kembalikan duit)
Aku: terima kasih
selepas kejadian di atas, aku bagitau member yang aku refund tiket lrt..then, dia cakap “boleh ke refund tiket lrt"?”..rentetan soalan itu, aku mula terpikir

“Tiket lrt boleh refund ke tak sebenarnya?”

IMG_0561photo digrab dari google image 
ke kalu dah masuk,  dah dikira sebagai ‘Anda telah guna perkhidmatan lrt walapun tidak naik lrt’ ???..jika jawapan adalah …

“Tidak boleh”

.. maka, adalah diharapkan agar staff itu tidak dibuang kerja walaupun hanya kerana membaca suratkhabar ketika bertugas..hehehe…