Thursday, January 27, 2011

:: Bakal menganaktirikan keyboard dan monitor opis

..Telah mendapat kelulusan untuk pulang awal bagi memulakan sesi percutian 9 hari 8 malam di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ..

Nik: (sengaja berbahasa skema) Nak mintak izin..* belum sempat habiskan ayat*

Ketua: mintak izin nak kahwin? ok saya izinkan..

..ok, speechless dalam suasana gelak-tawa teammates sekalian..

..Kepada yang bercuti-cutian sempena Hari Wilayah dan CNY nanti, selamat bercuti ya..

Monday, January 17, 2011

:: Operasi hias kek secara digital

Anda suka makan kek? Majoriti akan angguk..Anda tahu buat kek? Separuh akan geleng ..Anda tahu hias kek? Suku akan angguk ..  Menghias kek adalah bergantung kepada kreativiti dan bakat seseorang..sekarang ini, dah ramai yang mencebur diri dalam pembuatan kek cawan yang sinonim dengan dekorasi buttercream yang cantik..ketika menulis entri ini, baru paham bahawasanya buttercream itu adalah aising..hehe..google berjasa lagi..Tahukah anda,apakah perkataan lain yang merujuk kepada aising kek? Sekali lagi google membantu : It is called cake-frosting ya kawan-kawan..sila masukkan dalam buku salin resepi vocab ya  

 
Kek, buttercream dan frosting, kenapa ketiga-tiganya mendapat perhatian dalam entri petang ini ? Hari penambahan umur semakin dekat kah? ataupun sudah mahu mengikut jejak rakan sejurusannya? ..jawapannya adalah untuk war-warkan kepada kesemua pencinta dan pencipta kek, anda tidak perlu lagi menggigilkan tangan untuk menghias aising atas kek dengan terciptanya inovasi daripada pelajar Franklin W. Olin College of Engineering,Boston yang dinamakan AutoFrost. Ok, jangan terburu-buru pergi call kedai elektrik SenHeng atau kilang mesin pemprosesan makanan untuk order mesin ini, apatah lagi google kat Yellow Pages..mungkin boleh request Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, UPM untuk cipta mesin yang lebih canggih daripada AutoFrost.. Ini kerana AutoFrost sebenarnya adalah hasil projek pelajar di Franklin W. Olin College of Engineering untuk subjek Principles of Engineering . Owh, baru belajar prinsip kejuruteraan, mereka dah boleh buat sehebat ini?? ini dah macam subjek Projek Tahun Akhir masa belajar kat Fakulti Kejuruteraan dulu nih..kagum! 

 
AutoFrost merupakan sebuah mesin yang dibekalkan keupayaan untuk menghias kek secara automatik. Mekanisme mesin ini bermula dengan membenarkan pengguna design/lukis dalam Paint-like GUI (built in Python *Python-bahasa pengaturcaraan*), kemudian dengan menekan button yang tersedia, arahan akan dihantar kepada cake foster untuk merealisasikan design yang dilukis dalam Paint-like GUI ke atas kek. Boleh gambarkan tak macam mana flow tuh? kalu tak paham, tengok video lagi senang kan..


Demo menunjukkan bagaimana sebuah mesin diarahkan untuk merealisasikan perkataan ‘Happy Birthday’ ke atas sebiji kek berwarna putih..mungkin operasi ini bukan dipanggil cake-frosting, tapi cake-decorating kan..ke sama je?? hehe.. 

Note: Ada sejarah nih, pernah la time buat kek dulu..owh pembetulan,actually just tolong jaga kat oven je pada malam raya..at last, baru perasan Planta yang dipakai tuh dah expired , padahal baru beli..tu pun sedar bila kek berbau tengik.. akhirnya, pagi raya, buang je kek tu..moral of the story, sebelum bawak barang ke kaunter bayaran, tgk expired date dulu..walaupun kedai itu kemas dan tidak berhabuk :P

Friday, January 14, 2011

:: Sepetang bersama Jawapan #tanyanajib

Kesinambungan kepada entri Sepetang bersama #tanyanajib Selasa lepas..Rupanya DS Najib serius dalam hal ini..hehe..dan hari ini beliau muncul dengan 3 video pendek  bagi menjawab beberapa soalan yang dikemukakan di Facebook dan Twitter beliau..soalan seperti ‘Antara Pirates dan Ninja, siapa akan menang?’ turut dipandang ‘serius’ oleh PM..hehe..


2011-01-14_173742


Ketika memberi reaksi kepada soalan ‘serius’ di atas, PM masih menjawab beberapa soalan yang betul-betul serius dengan wajah yang lebih serius di dalam 2 video berasingan iaitu di http://bit.ly/pmoTcorp (mengenai Talent Corp)  dan http://bit.ly/pmoSpM (mengenai peluang pekerjaan untuk lepasan SPM)..

:: Kisah sebuah perhargaan

Disclaimer: Entri ini mungkin memakan masa untuk dihabiskan proses pembacaannya, agak-agak penat membaca, boleh rehat jap :)

Entri ini diilhamkan oleh kewujudan email bertajuk ‘The Story of Appreciation’ dalam Inbox sebentar tadi..

Dan sebelum kita sama-sama mendalami isi kandungan email itu, kasi peluang untuk pemilik blog berceloteh jap ye..hehe..

 

Ok.Sejak kecil, kita diajar mengucapkan terima kasih kepada sesiapa di atas pemberiannya dari segi pertolongan, barangan mahupun ilmu.. Kepada Yang Maha Esa, menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya merupakan satu tindakan terima kasih seorang hamba kepada Pemiliknya yang Satu.. 

 

Ketika kita masih kecil, ibu dan ayah akan mengajar kita menyebut terima kasih apabila dihulurkan gula-gula mahupun permainan walaupun ketika itu kita sekadar boleh menyebut “macih”..

 

Ketika kita belajar di sekolah, apabila guru selesai mengajar, ketua kelas akan bangun lalu mengucapkan terima kasih sambil diikuti oleh rakan-rakan sekelas yang lain.. tapi budaya ini tidak diamalkan ketika di universiti/kolej..kalau ada pun, secara individu, itu pun ketika hampir menduduki  peperiksaan.. 

 

Ketika kita menaiki kenderaan awam, seperti teksi mahupun bas, pernahkah kita mengucapkan terima kasih kepada pemandu? Biasanya pemandu akan cakap terima kasih , tapi tidak salah jika kita yang ucapkan terima kasih kerana pemandu tersebut telah membantu kita  ke destinasi dengan selamat..untuk pengangkutan awam yang lain seperti komuter mahupun lrt, ucapan terima kasih boleh diterjemahkan dalam bentuk tindakan menjaga kebersihan, tidak melakukan vandalisme dan mematuhi peraturan yang ditetapkan ketika menaiki kenderaan itu..

 

Budaya berterima kasih sebenarnya sudah tertanam dalam diri kita sejak kecik. Tapi kenapa apabila kita sudah mampu berdikari, sudah mampu memiliki segala yang diingini, kita lupa untuk berterima kasih kepada orang sekeliling kita apatah lagi kepada al-Wahhab,Maha Pemberi Kurnia dan al-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki..

 

Menghargai orang sekeliling bukan dengan kebendaan semata-mata, yang lebih bernilai adalah budaya berterima kasih dan  rasa hormat antara satu sama lain..yang penting, ianya IKHLAS..

 

Ok,sekarang kita beralih kepada isi kandungan email tadi..celoteh kat atas tadi sekadar kasi hint kepada kisah yang bakal dibaca ini :)

 

One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company.


He passed the first interview, the director did the last interview, made the last decision.
The director discovered from the CV that the youth's academic achievements were excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never had a year when he did not score.


The director asked, "Did you obtain any scholarships in school?" the youth answered "none".


The director asked, " Was it your father who paid for your school fees?" The youth answered, "My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees.


The director asked, " Where did your mother work?" The youth answered, "My mother worked as clothes cleaner. The director requested the youth to show his hands. The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.


The director asked, " Have you ever helped your mother wash the clothes before?" The youth answered, "Never, my mother always wanted me to study and read more books. Furthermore, my mother can wash clothes faster than me.


The director said, "I have a request. When you go back today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning.*


The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back, he happily requested his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to the kid.


The youth cleaned his mother's hands slowly. His tear fell as he did that. It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother shivered when they were cleaned with water.


This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fee. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his graduation, academic excellence and his future.


After finishing the cleaning of his mother hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.
That night, mother and son talked for a very long time.


Next morning, the youth went to the director's office.
The Director noticed the tears in the youth's eyes, asked: " Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"
The youth answered, " I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes'
The Director asked, " please tell me your feelings."


The youth said, Number 1, I know now what is appreciation. Without my mother, there would not the successful me today. Number 2, by working together and helping my mother, only I now realize how difficult and tough it is to get something done. Number 3, I have come to appreciate the importance and value of family relationship.


The director said, " This is what I am looking for to be my manager. I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life. You are hired.”


Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and as a team. The company's performance improved tremendously.


A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop "entitlement mentality" and would always put himself first. He would be ignorant of his parent's efforts. When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would always blame others. For this kind of people, who may be good academically, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement. He will grumble and be full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying the kid instead?*


You can let your kid live in a big house, eat a good meal, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experience it. After a meal, let them wash their plates and bowls together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way. You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done.

Sekian, terima kasih sebab baca sampai habis..perhargaan jugak ni..hehe..

Thursday, January 13, 2011

:: mzhany 1st GA

Tahukah kamu apa itu GA? GA adalah ‘Giveaway’..betul kan? actually baru je tahu..hehe..Giveaway dalam kamus membawa maksud ‘To make a present of’..(yang ini siap tanya incik google..hehe)..

Ok..memandangkan blog kegemaran yakni Green Space sedang menganjurkan 1st GA untuk pembaca sekalian, maka tidak boleh lepaskan peluang..mana tahu boleh topup vitamin E ke muka..tak pun boleh grab produk made in Terengganu..keropok lekor pun sedap nih..hehe..

  1-10-2011 9-13-32 AM




 




Dan untuk memastikan penyertaan adalah sah, maka perlu mengikut segala syarat penyertaan yang dikemukakan.
Syarat #1:
mzhany: Nik kena buat entri dengan tajuk “mzhany 1st GA”  tau
nik: Baiklah..cuba tengok di atas..copy-paste lagi..hehe..

Syarat #2:
mzhany: Nik kena letak banner  dalam entry nik tau..
nik: Baiklah, nik dah sertakan banner tersebut seperti di atas..
  
Syarat #3:
mzhany: Nik kena letak link ke entri mzhany 1st ga tau
nik: Baiklah, cuba klik setiap hyperlink dalam entri ni, ke manakah hala tujunya?hehe
Syarat #4:
mzhany:Nik, dah follow belum blog mzhany, kalu tak nak follow pun takpe
nik: Dah follow sejak dulu lagi....wajib follow sebab blog kegemaran kan..hehe

Syarat #5:
mzhany:Nik, blog mzhany ada dalam bloglist nik tak?
nik: Sudah semestinya..mahu bahan bukti? hehe

2011-01-13_181935

Syarat #6:
mzhany: Nik, nanti dah siap, tinggalkan kesan bukti kat entri mzhany 1st ga tau..
nik: Nanti, dah siap entri ni, nik terjah ke sana ye..
Syarat #7:
mzhany: Nik, mzhany 1st ga ni tidak seperti rancangan Pilih Kasih..dan tiada istilah kroni boleh menang..pemenang dipilih secara cabutan undi oleh kami suami isteri ye..
nik: Baiklah, untung sabut tenggelam timbul, untung blogger, dapat menang mzhany 1st ga ..hehe

Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang ye, marilah sama-sama join mzhany 1st GA ..kita bersaing secara sihat! 


Untuk menarik minat anda, harus disogok dengan gambar hadiah kan…
040120114332

amacam..terpikat tak?

Tuesday, January 11, 2011

:: Sepetang bersama #tanyanajib

..Petang tadi, #tanyanajib telah menjadi trending kat Twitter..

2011-01-11_175049








..dan ini sebahagian petikan soalan yang diutarakan daripada beratus2/beribu2 soalan barangkali..yang follow trend ni  pun pening, inikan pulak PA Najib nak menjawabnya kan..hehe..

2011-01-11_174831

2011-01-11_175509


2011-01-11_175523


2011-01-11_175720


 2011-01-11_181019

2011-01-11_175808


2011-01-11_175027


2011-01-11_175010


2011-01-11_174936

2011-01-11_174651
2011-01-11_174731

2011-01-11_175849
2011-01-11_175523

2011-01-11_1746062011-01-11_185859


..dan sepatutnya esok PM akan buat pertemuan 1Malaysia dengan rakan-rakan internet beliau..tapi ditangguhkan pada 20 Feb depan di  Seri Perdana,Putrajaya, pada 4 petang..(source: MstarOnline)

Nota: Mungkin trend twitter ini gimik untuk mengisi kekosongan ISA? hehe..ok2, no more political issue here..we are 1Malaysia !

Monday, January 10, 2011

:: Kalau Lupa,Tolong Ingatkan Aku

..Mari patahkan papan markah lama..
..Mari padamkan buku tiga lima.. 

Kalau la PTPTN boleh padamkan ‘buku tiga lima’, tak perlu tolong ingatkan aku lagi akan baki tunggakan...

.

..gubahan lagu dan senikata lagu yang awesome. Tahniah. Cuma plot persembahan hanya orang seni dan yang berjiwa abstrak macam Habsah Hasan dan M.Nasir je paham barangkali..



..itulah Siti yang tak pernah mengecewakan penonton dan penerbit AJL..industri muzik macam sudah ketandusan irama Etnik Kreatif..perlu diakui AJL sebelum ini lebih meriah dengan penyertaan dari kategori Etnik Kreatif..yang sekarang ni, banyak lagu yang melariskan Strepsil ,Fisherman’s Friend , tak pun air asam jawa..

Apa-apapun, tahniah kepada para pemenang..Cuma, pengacara ketandusan idea yang bernas..