Thursday, April 28, 2011

:: Ada apa dengan tarikh 29 April 2011?

Ok, bukan mahu berlagak sebagai ahli nujum negara untuk meramalkan apa yang bakal berlaku di tanah jajahan esok..apatah lagi mahu ramal nombor  4 angka yang dapat juta-juta..(Pesanan Khidmat Masyarakat: Jangan Berjudi!!)..cuma sekadar berkongsi info mengenai peristiwa penting pada hari esok..ok, mungkin ada peristiwa penting bagi anda juga kan..mungkin esok hari jadi anda, atau mungkin esok hari ulangtahun perkahwinan anda, atau esok hari jadi bos anda, atau esok hari jadi rakan anda (jika lupa, sila semak di Facebook anda esok ye), atau mungkin juga esok adalah hari anda plan nak amik cuti sakit...atau mungkin esok gaji baru masuk kan..apa2 pun peristiwa yang bakal anda lalui esok,  yang penting laluilah dengan hati yang tenang.. kepada lelaki muslim, jangan lupa peristiwa penting esok, iaitu jangan lupa pergi solat Jumaat dan hayatilah khutbah Jumaat dengan sebaiknya..

 

Ok la, mari kita tanya pakcik google apa yang bakal berlaku esok ,29/04/2011..

..dan pakcik google dengan bangganya meletakkan pemberitahuan mengenai The Royal Wedding of Prince William & Catherine Middleton mengikut waktu Malaysia ..hehe…esok juga, ada lintas langsung menerusi NTV7..

kate-william_1780580c

 

Nota pemberitahuan oleh pakcik google :

2011-04-28_120228

 

Sempena perkahwinan diraja esok, slot Sinar Pagi di SinarFM pagi tadi diriuhkan dengan topik  mengenai Kenangan Perkahwinan DiRaja Putera Charles dan Puteri Diana pada tahun 1981..mostly pendengar memberi maklum balas mengenai fesyen rambut Puteri Diana (Lady D) yang menjadi ikutan ketika itu..Kak Engku pun turut terpengaruh katanya..tapi bukan jadi Lady D, tapi Lady Donut..nasib baik Lady Gaga tak munculkan diri lagi ketika itu..hehe..

 

Peristiwa hebat lain yang dikatakan bakal berlaku esok adalah ketibaan iPad2 di pasaran Malaysia…mula2 ala-ala rumor sahaja..lepas ikuti bukti-bukti di forum dan di blog, maka kepada peminat gadget di luar sana, apply cuti untuk esok..kemudian awal-awal pagi pergi serbu store-store yang terlibat ya..tapi sebelum tu, pastikan anda tahu apa itu ipad2, ok mungkin harus tahu ipad itu spesis apa..hehe..tadi seorang rakan bertanya “iPad tuh untuk apa?”..maka sebagai bukan pengguna iPad, diri ini hanya mampu bagi info berdasarkan bacaan semata-mata..no experience..lepas dah kasi penerangan, dia masih tak puas hati kenapa perlu dicipta ipad tuh..aduh la..Steve Jobs ,sila adakan sesi conference dengan sahabat ku itu..

 

 110427-iPad-2-Official-Pricing-Malaysia-small

Untuk maklumat lanjut , boleh ketuk pintu di SoyaCincau

 

Nota: Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 tengah berlangsung di PWTC sehingga Ahad ini (1 Mei 2011), plan macam nak pegi..jom!

2 comments:

mzhany said...

nik...
ahaha nk gak ckp...esok lepas solat jumaat. ada orang nak angkat sumpah laknat esok...hurmm skrg angkat sumpah ni main main jer kan..nauzubillah la...

eh eh soriii terpesong sikit. nik boleh tak hany ngn MZ gaduh pasal ipad. huhuhu hany nak, MZ tanya nak buat ape? ahaha then dia tak terima alasan hany kuikuikui...

nik said...

sesuka hati je kan nak angkat2 sumpah, nasib baik dibatalkan..hehe..

hany, nanti request la hadiah besday -ipad dgn MZ next month:)