Thursday, April 7, 2011

:: Apabila musim durian muncul..

..maka secara automatik sel-sel deria bau berkembang dengan cepat seperti simulasi dalam iklan susu DHA....

ok2, seperti satu perkembangan positif selari dengan peningkatan usia , maka tahun ini , seakan mahu tambah azam baru iaitu ‘Saya mahu cuba makan durian, ok at least boleh habiskan seulas..’..maksud di sini, durian mentah, bukan yang diproses ya..Semalam, housemate dengan senyum sinis bertanya lagi “Nik meme dop boleh make durie ko?” ..idle sebentar sebab time tuh tengah flashback semula tahun bila last makan seulas durian..lalu menjawab “hmm..dop tau la, rajin la tera make seulas dulu, tu pun mugo keno pakso..tapi gak, tempoyok make  pulok..hehe..”..sila pelik dengan kenyataan itu sebab ternyata gulai masak tempoyak diberi layanan esklusif berbanding seulas durian..

 

Semalam, jam 9.00 di TV3 ada paparan esklusif pasal durian, slot 360..ada la satu statement dikeluarkan ketika itu seperti ‘Bagi yang tidak gemar durian mentah, bolehlah mencuba durian yang telah diproses’ (ketika itu dipaparkan produk makanan berasaskan durian seperti popia perisa durian)..lalu housemate menyampuk ‘Hah, sini ado sore’..haha..hanya mampu menundukkan muka buat seketika ..terasa seperti ‘Orang yang tak makan durian itu adalah salah di sisi undang-undang’.

 

Dalam paparan semalam, team 360 buat tinjauan di Durian Buffet di SS2, PJ (jual durian pun ada website kan).. konsep di sini adalah  makan durian secara buffet..Wartawan ada la sebut jenis-jenis durian, termasuk nama durian raja kunyit..hehe..kepada Durian Lover di luar sana, apa kata sempena durian feast nih, pegi serbu sana..jangan lupa bawak Air Cap Kaki Tiga ye..hehe..

 

 durian

Credit: Google Image

Kemudian, ada seorang interviewee yang ditanya sebab apa suka makan durian..lalu dia jawab “Tak tahu la..”..see..sama la jugak bila orang tanya ‘Kenapa tak makan durian?’..jawapan adalah sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk ayat skema..hehe..tapi lepas tuh, sempat pulak interviewee tuh sambung jawapan..’hmm..sebab rasa dia lemak manis’.. ok, orang yang tak makan durian, maybe boleh jawab ‘Tekak masing-masing kan’..

 

Walaupun azam di atas belum terlaksana, sempena musim durian kali ini, satu peningkatan telah berlaku yang mana telah melayakkan diri ini menyertai Fear Factor episod ‘Eat Durian Until You Get Full’ iaitu Saya sudah kalis dengan bau durian, no more pening-pening lalat’....so, housemate –housemate ku tidak perlu lagi makan durian secara illegal di dalam rumah sendiri..hehe..Cuma, bila dah kalis bau, tetiba boleh pulak  semalam terjadi kejadian tersilap bau…konpius dalam mengenalpasti antara bau gas bocor di dapur  dengan bau durian dalam peti ais..isk..isk..

 

Sebagai penutup entri, jom rewind semula zaman kanak-kanak di akhir 80-an dan di awal 90-an dulu dengan menyaksikan kehebatan pengaruh snek di bawah ini  dalam hidup anda ketika itu..walaupun tak makan durian, tapi snek ini tetap menjadi buruan selepas balik sekolah..dan pernah dimarah gara-gara kemaruk sangat makan snek ini, sehingga ditegah sama sekali dari membeli snek ini lagi..tapi serius, sedap terutama part habuk2 snek tuh..sehingga menjilat jari..

140320111803Packaging baru (Credit to http://setiapelangi.blogspot.com/2011/03/popcorn-durian-bedak-sejuk.html )

Note: Tahukah Durian Lover sekalian, durian yang dieksport dari Thailand ke US , boleh capai harga RM100 sebijik..Boleh jadi jutawan ni kalu ada dusun durian kan..

2 comments:

miss su_gy. said...

he3 blog walking here, nice last pic, thanks cz scre x sgje u nk cypkn entry ni. u tervisit my blog.. kn

nik said...

hehe..hi miss su_gy, pakcik google telah bawa ke blog awak gara-gara nak search snek popcorn durian..hehe..btw, thanks ya :)