Thursday, July 14, 2011

:: POWERVEGGIES & FRUITS lebih hebat daripada POWER RANGERS?

Perhatian: Ini bukan iklan berbayar, mahupun pertandingan menulis review anjuran mana-mana pihak. Sekadar coretan seorang pengguna yang baru sahaja habiskan produk itu sebelum memulakan entry ini ..hehe....Abaikan jika anda tetiba seperti melihat seorang promoter produk minuman di depan anda setelah baca baris-baris ayat seterusnya..

 

Bayangkan hasil yang anda akan dapat apabila formula di bawah dimanfaatkan dalam seharian hidup anda ?

Purple Carrot +  Purple Beetroot + Purple Potato + Pumpkin + Spinach + Tomato + Celery + Bluberries + Prune + Lemon + Apple + Pineapple  + Grape  – SUGAR

= 100 % HEALTHY JUICE

 

Ya, mungkin ada yang berimaginasi sesi marathon ke tandas..Lupakan imaginasi itu kerana gabungan formula itu akan menghasilkan produk yang kaya dengan Vitamin C .. sekaligus sumber awet muda dengan adanya kandungan antioxidant yang tinggi.. jika anda ke tandas, itu menunjukkan proses pembuangan toksin dalam badan sedang berlaku..bagus kan.. badan bertambah segar dan muka bertambah ceria..

 

Ok, aktiviti mencuba formula di atas menggunakan blender di dapur mungkin memerlukan komitmen dari segi kos, masa dan tahap kerajinan diri yang boleh berubah mengikut waktu dan umur anda.. Kini, gabungan formula di atas boleh diperoleh dengan mudah di pasaraya berdekatan anda dengan adanya ‘Marigold Peel Fresh Powerveggies & Fruits’ . Cubalah rasai kesegarannya..yeah! Bagi mereka (termasuk diri sendiri) yang kurang makan sayur, eloklah tambah nilai kandungan zat sayur dalam badan dengan minum jus ini..

 

index

Credit to http://vimeo.com/20356005

Note: Jarang ada entry genre camni..hehe..sekadar menggambarkan kesegaran setelah minum Marigold Peel Fresh Powerveggies & Fruits pagi ni , lalu timbul mood nak menaip :D

Wednesday, July 13, 2011

:: [Tutorial] Apabila berlaku konflik antara Skype dan WampServer..

2011-07-13_132431                    VS                           images

 

..maka haruslah berusaha mendamaikan mereka dengan berhemah..

Mengikut ayat skema, Skype adalah salah satu medium komunikasi secara maya seperti Yahoo Messengers mahupun MSN dan seangkatannya dengan tujuan membuktikan US dengan Malaysia tu macam jiran sebelah tingkap je.. Jarang sebenarnya guna Skype ni , tapi tuntutan kerja di opis memerlukan diri ini untuk install di PC lalu memulakan komunikasi dengan masyarakat luar negara tanpa kamus di sisi demi kerja yang diamanahkan walaupun gigih cepat-cepat google definition kat online dictionary supaya tak kantoi bila tak paham sesuatu ayat.. hehe.. Actually, Skype ni ada kemudahan video call, phone/mobile call dan instant messaging..tp setakat hari ni, hanya pandai guna untuk instant messaging je....Untuk tahu lebih lanjut, boleh cari bahan bacaan tambahan di Skype

Pasal WampServer ,nak menerang secara ayat skema, macam tak berupaya…maka minta jasa google jugak..hehe

WampServer is a variety of packages enable WAMP (Windows, Apache, MySQL, PHP/Perl/Python) to be downloaded on a Windows-based computer.

Tak paham , tak apa..sebab matlamat tutorial kali ini adalah untuk membantu sesiapa yang berada dalam persekitaran WampServer dan dalam masa yang sama menjadi pengguna Skype..

Ok, masalah yang ingin diterjemahkan dalam tutorial kali ini adalah berhubung konflik dalaman yang berlaku apabila kedua-dua program ini, ‘Skype’ dan ‘WampServer beroperasi di dalam PC anda yakni ‘Wampserver tidak dapat berfungsi apabila anda online Skype’.. so tak kan nak offline Skype semata-mata nak on Wampserver kan..so,orang tua-tua kata, sikap tolak ansur membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.. maka, penyelesaiannya adalah Start WampServer dahulu  SEBELUM online Skype’.. Jika anda online Skype dahulu, maka WampServer akan merajuk’ .. actually ada option lain yang lebih teknikal , tapi tutorial yang lebih simple akan mudah masuk dalam kepala kan..hehe..

 

Sumber : http://drupal.org/node/275914

Tuesday, July 12, 2011

:: Perkahwinan itu sebahagian daripada iman

"Being married forces you to fine tune those not-so-great-aspects of yourself and strive to be better. Love comes in here too; when you are in a loving relationship (and in love and loved); you have this amazing reservoir of energy within you that allows you to flourish and nurture. It brings out the best in you and makes you strive to be better because someone cares and loves you; and vice versa. It is kind of like how we instinctively react to another’s perception of us, when they think well of us and believe in us, we want to do even better; but when they disparage us we will get defensive. Is it any wonder that our beloved Prophet ﷺ said that marriage is half of faith?"

(via islamicthinking)

Thursday, July 7, 2011

:: Anda seorang penggemar cookies?

Jom singgah blog http://kukiskuskus.blogspot.com/ .

2011-07-07_133541

Note: Sekadar promote bisnes opismate..hehe..

Friday, July 1, 2011

:: Naik taraf kerjaya seorang penjaga oven kepada pembuat kek

Akhirnya, cita-cita nak hasilkan sebiji kek (at least jiran boleh terbau aroma sebiji kek , bukan aroma benda terbakar dari pintu depan..hehe) dengan kudrat tenaga sendiri terlaksana..hehe.. Actually, ini adalah percubaan yang ke-3..yang pertama nak buat brownies, tapi terbantut tumbesarannya.. 2nd time try buat butter cake, boleh makan tapi nipis semacam coz x cukup adunan.. hasil bukti percubaan pertama dan kedua gagal dipamerkan.. apatah lagi hasil yang pertama yang terus masuk tong sampah..hehe

..dan hasil ketiga adalah marble cake..hehe..mengadun adunan tanpa mixer (bayangkan)…hanya mampu execise tangan dengan putaran 360 darjah utk dapatkan adunan yang betul2 sebati dan gebu..kebetulan hari tu tak pegi aerobik, so berbaloi exercise kat dapur..hehe..

SDC14850

SDC14851

Note: Teringin nak buat kek oreo, tapi belum sempat buat kek, oreo yang dibaham dulu..hehe..Untuk projek kek seterusnya,harus sediakan mixer di dapur dahulu nampak gayanya..(penat guna tenaga tangan..hehe)