Friday, October 30, 2009

:: Doughnut Machine Business Proposal

Itulah first business proposal yg aku prepare atas arahan lecturer utk subjek KPMxxxx..( x igt code subject )..hehe..dan hasilnya, kini aku berjaya makan donut yg dijual oleh makcik2 dan bakeri2 di kawasan berhampiran dgn ku..hehe..

Bukan senang nak hasilkan bisnes plan/proposal yg sekali-baca-terus-org MARA/ bank -kasi-lulus-loan kan..

Even, member sekursus KPMxxxx yg kini dh jadik businessman pun akui akan susahnya nk buat bisnes proposal..


Dan kini, dengan adanya Koleksi Rahsia Mencipta Pelan Bisnes nih, diharap dapat membantu bakal2 peniaga utk memulakan langkah ke arah perancangan bisnes yg lebih baik.




Di dalam Koleksi ini terdapat pelbagai contoh Rancangan Perniagaan yang dapat membantu anda dalam beberapa perkara :

  • Membantu anda memikirkan keseluruhan proses perniagaan supaya anda tidak memulakan perniagaan secara membuta tuli atau kekurangan sumber.
  • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Menunjukkan kepakaran usahawan di dalam perniagaan yang mereka cenderung untuk menyertainya.
  • Kawalan yang teratur dan cekap akan menjadikan perjalanan perniagaan lebih lancar dan tersusun.
  • Meningkatkan Motivasi Usahawan dapat membuat ramalan tentang perniagaannya berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rancangan perniagaan.
  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  • Membolehkan usahawan menentukan siapakah pesaing utama mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan menentukan stretegi yang betul untuk menghadapi mereka.
  • Menjelaskan misi dan visi perniagaan membolehkan usahawan membuat keputusan yang betul dan mengambil tindakan yang tepat di masa hadapan.
Harga koleksi ini? Priceless!!..FREE!! PERCUMA !!

Dapatkan segera di sini!

Note: Tetibe rase janggal plak buat entry gaya gini..hahaha...lantakla..yg penting ilmu dpt dikongsi..

2 comments:

cippzzySHMR said...

salam..

what a proposal kan? my GOD. pernah buat tu dlu. sygnye PC dh crash xleh retrieve back old masterpiece.

susah gle nk buat..

nik said...

kan..and part yg paling fail dlm proposal adalah part marketing..hahaha..bak kata shukor, Dr Jo reject proposal dia coz dia suggest utk marketkan mesin tuh kt kantin sekolah..bagus la kan idea tuh..at least, student bleh makan donut yg bersih dan sedap..hehe..x perlu ponteng sekolah semata2 nk pegi Big Apple or JCo kan..then, makcik kantin pun bleh buat side business kt pasar malam plak kan..hehe