KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada ini.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaipdan hantar ke 36363, atau menaip dan hantar ke 15888. Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari pada tarikh itu.
Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 11.30 pagi pada tarikh sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Tahun lalu, 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian. - Bernama
Note: Dah lamer x rasa debaran tunggu result exam kan..hehe..skang, debaran hanya akan muncul secara otomatik bile tibe waktu menunggu giliran masuk komuter yg penuh sesat di mana kebarangkalian untuk gagal memboloskan diri ke dalam komuter adalah tinggi kalu tak ade skill seperti pemain ragbi..hehe
No comments:
Post a Comment