2 hari berturut-turut, dapur rumah tidak berasap untuk hidangan tengahari..kami pantang diajak makan free walaupun yang dijemput adalah Cikgu Rogayah, bukan housemate-housematenya..jadinya, apabila seorang kakak telah mengajak adik-adik untuk ke rumah terbuka rakannya( at least adik-adik boleh temankan kakak agar tidak berlaku penculikan..hehe), sudah tentu adik-adik dengan mata terkebil-kebil mengangguk setuju sambil membayangkan apakah juadah yang bakal mereka analisis dan proses dalam perut nanti..
Hari pertama, kami menyerbu rumah Cikgu Sham di quarters polis betul2 di depan flat..dan selepas bersalam-salaman dengan tuan rumah dan cikgu-cikgu yang lain sambil Cikgu Rogayah memperkenalkan geng escort yang datang dengan pakaian bukan tema raya, tapi tema baru balik dari service kereta, terus meja hidangan diterjah..aku, pada awal lagi, apabila Cikgu Rogayah bagitau kawannya itu adalah orang kelantan, terus aku terbayangkan nasi kerabu..dan tanpa perlu menjeling laksa lemak dan laksa penang, terus aku mengisi sepinggan nasi kerabu berlaukkan telur masin dan daging panggang..dan serius, nasi kerabu Cikgu Sham tuh adalah sedap sehingga pinggan licin tanpa pembaziran..Sebelum balik,housemateku bertanya perisa agar-agar yang dimakannya ketika itu..lantas aku terus bertanya “ Amik kat maner?”..housemate aku dah gelak..dan ternyata agar-agar itu perisa gula-gula kopiko aka nescafe kut..padahal ketika itu,si kakak dah nak mintak izin balik dengan tuan rumah , tapi adik-adik masih menjamu agar-agar perisa kopiko tanpa segan..
Hari kedua, Cikgu Rogayah mengajak kami ke rumah terbuka Cikgu Zai pulak. Lokasi tidak jauh dari tempat tinggal tapi terpaksa buat call di tepi jalan gara-gara konpius lokasi sebenarnya..hehe..kan senang kalu Cikgu Zai terus bagitau suaminya askar, sah2 senang kami terus masuk kem..haha..security quarters askar dan polis adalah berbeza..quarters polis yang dituju semalam tidak memerlukan pemeriksaan ketika masuk, siap masuk ikut pintu belakang lagi…tapi di kem askar, harus mematuhi peraturan yang ditetapkan walaupun anda yakin boleh gedik2 dengan encik askar itu agar membenarkan anda masuk tanpa sebarang pas..
Encik Askar yang dedikasi bertugas jaga pintu masuk kem: Nak ke mana nih?
Cikgu Rogayah: Nak ke open house..blok E2
Encik Askar yang masih dedikasi itu: tak boleh masuk, parking kat tepi, pastu call tuan rumah suruh datang sini..
Cikgu Rogayah: Kalu saya bagitau nama dia, boleh?
Encik Askar yang bersenjata lagi berdedikasi : kat sini ada beribu2 orang, macam mana saya nak tahu..(sambil gelakkan kitorg)
Kami : Okk..
Lalu, kami mengikut arahan..park kereta kat tepi , then call tuan rumah..
Kemudian, 2 buah kereta lain mengalami nasib seperti tahanan..hehe..ada yang ingin tinggalkan IC kat pos kawalan itu, tapi encik askar lagi dedikasi itu menolak mentah-mentah..dia suruh call tuan rumah jugak..ayoyo..
Cikgu Rogayah: Kalau kita terus je pegi, agak-agak askar tuh kejar tak?
Izura: Dia pakai M-16 tuh..
Terus terbantut niat tak murni tuh..hehe
Cikgu Zai, tuan rumah tidak dapat meninggalkan rumahnya ketika itu sebab tetamu ramai time tuh..suami Cikgu Zai yang turun menjemput di pos kawalan..dan ternyata 2 buah kereta yang tersadai tepi pos kawalan itu jugak datang dengan tujuan seperti kami, iaitu ke rumah Cikgu Zai..dan setiba di sana, kami dihidangkan dengan nasi dagang, laksam dan nasi minyak..yang pasti, nasi dagang dah berjaya dianalisis dalam perut ini..hehe…
Itu cerita last weekend, dan esok, khabarnya ex-housemate ajak teman pegi open house guru besar sekolahnya..cikgu lagi..hehe..
No comments:
Post a Comment