Orang kata bukan senang nak jadi cikgu..apatah lagi cikgu yang baik kan..banyak betul cabaran..Tahap kesabaran tuh memang kena 101%..
Di awal sesi persekolahan 2010, di dalam kelas 1A (bukan nama kelas sebenar..hehe)
Cabaran cikgu yang pertama
Cikgu: ok, sila eja nama cikgu?
Murid 1 : R-O-G-A-Y-A-H
Murid 1 :ROGAGA
dengar elok2 ye..R-O-G-A-Y-A-H = ROGAGA..
adik sayang..cikgu kamu bukan adik beradik Lady Gaga ye..
Cabaran cikgu yang kedua
Cikgu: Awak letak kat mana beg sekolah awak?
Murid 2:Saya simpan kat longkang semalam. Hari ni saya pegi semula,longkang tuh dah tak ada..
Cikgu: ????
adik sayang..rajin betul ye DBKL pegi timbus longkang tuh ye..
al-kisahnya, murid 2 tuh memang selalu melarikan diri ketika waktu sekolah sehingga ayahnya terpaksa tunggu di sekolah untuk memantaunya..pernah juga cikgu ini terpaksa berlari dengan high heel untuk mengejar dia..nasib baik ada parent kat pintu pagar ketika itu..
Cikgu: Tolong pegang budak tuh!!
Akhirnya murid 2 berjaya 'ditangkap'..
Sambungan cabaran cikgu di kisah 2
Cikgu: Rajin kamu hari ini(kamu dah penat berlari ke?)
Murid 2: Ayah saya kata kalau saya rajin belajar, dia nak bawak saya pegi tengok wayang
adik sayang..jangan lari dari kelas lagi ye..penat cikgu nak bilang jumlah pelajar setiap kali masuk kelas..dan bila jumlahnya tak cukup, cikgu rasa nak pengsan..dan kamu penyebabnya..
Sambungan cabaran cikgu di kisah 2
Di perhimpunan, tetiba..
Murid 2: Cikgu,saya tak tahu macam mana nak lukis bulatan yang cikgu suruh lukis semalam..adik sayang...walaupun ayah kamu dah janji nak bawak kamu pergi tengok wayang kalau kamu rajin belajar, tapi tunggulah lagu Negaraku habis berkumandang ye..
Note: Kisah ini adalah kisah benar, dikongsi oleh housemate ku..serius, aku kagum tgk housemate aku yang sorang nih..akak nih memang cikgu yang sabar sgt walaupun nama dia bukan cikgu Sabariah..
5 comments:
yeayy...nik da rajin hapdet....;)
hahaha..tue arh....kalo tak, tiap ari masuk blog die...sedey je tunggu entry T__T
kuat tul pengaruh lady gaga kat budak2 skang
erk888
erk888.blogspot.com
salam..
nik,nice header. i shud hire u again n again!!!
muahahaha..
thumbs up!
@hany
masih ragu-ragu dengan keupayaan tahap kerajinan diri sendirik..hahaha..
@su aka perenang muslimah 2010
owh..patut la forensik menjumpai kesan air mata kt blog ini..hahaha..kamu rupanya ye..
@deusXmachina®
thanks for visiting..
@cipah
tq2..mahu hire me???haha..berapa gaji kamu mau offer? hehe
Post a Comment