Sunday, June 20, 2010

:: Ketika blur..

1. colleague sedang sibuk bergossip pasal management opis , tetibe ko dengan muka tak bersalah terus tukar channel pasal hal lain ..pastu tukar lagi..n tukar lagi..kesimpulannya, ko memang x bleh berada dalam arena perbincangan dengan topik yang sama dalam tempoh yang agak lama sebab ko akan cepat blur lalu hilang idea..dan terus berdiam diri..

2. orang tanya pasal lain, ko jawab lain..sebab tuh dulu kalu buat karangan, bila dah karang 2 muka surat, baru sedar yang ko dah terpesong tajuk..pernah cikgu Bm komen dalam karangan ko supaya diringkaskan mukadimah karangan..ini tak, ko biarkan cikgu BM tercari2 isi kandungan karangan ,lalu menjumpai isi pertama di  perenggan ke-4..

3. Ko berjalan  tanpa melihat sekeliling sehingga dah jauh tersasar dari tempat parking kereta member ko,lalu member menegur "Nikkkk, nak gi mana tuh??"..ok, entah aper la yang bermain dalam pikiran ko time tuh kan..maybe ko berangan kereta mewah di depan itu adalah hak milik ko kan..lupakan..


4. ko banyak berdiam diri atau bersikap berkecuali dalam sesuatu aktiviti perbincangan sebab ko takut ko akan tersalah cakap..sebab tuh ko dikategorikan sebagai golongan kurang bercakap sejak di bangku sekolah..komen default cikgu kelas kepada abah " Anak encik nih pendiam sikit.."..pastu abah balik rumah, terus pesan "Angah, jangan diam sangat dalam kelas"..esoknya ko terus jadi joyah..mustahil, hakikatnya ko masih blur camne nak jadi macam kawan-kawan seuniform itu yang boleh bercakap non-stop walaupun diorang dah nampak cam semput..even tengah mengunyah karipap 20 sen sebijik pun ,diorang masih boleh mengawal nafas untuk bercakap..kagum ya amat..

5. "Nik, ari sabtu nih buat ape?"..lalu di jawab "owh, baru sudah solat"..ok, di sini bukan blur tapi saraf auditori tersalah hantar message ke otak sebagai " Nik, tengah buat aper?"..

6. "Bas nih last berhenti kat Central Market ke? "..lalu ko jawab "Pasar Seni'..orang tuh senyum je dengan beranggapan ko nih pencinta bahasa kebangsaan barangkali..sebetulnya ko blur dengan soklan asal..

7. Ko memang fail bab ingat direction atau dengan kata lain ko adalah versi gps/navigator made in china..bila org tanya "amik kiri ke kanan nih?"..boleh plak ko tetibe cakap "errr..x ingat la" ..atau lebih teruk, ko dah terberi direction yang salah..lalu member ko dah bengang dah..sebab tuh untuk selamatkan keadaan seperti ini, ko dengan sukarela membuka google map di opis, lalu print map direction..nasib baik time test JPJ ko x blur sehingga salah jalan..x salah jalan pun, still repeat 2x test kat jalan raya..


8. Ko nih jenis long-term memory keeper sebab ko bleh ingat perkara2 yang dah berkurun sedangkan process flow utk projek integration yang baru ko discuss semalam, hari nih ko dah ala-ala conpius..

9. Ko banyak idea nak berblogging, tapi tiap kali ko access blogspot, jari-jemari ko dah kasi hint nk kejang..idea macam terapung-apung tapi gagal di grab..maka kuar la entry genre sebegini rupa..





Note: Dah 2.45 am..masih celik..padahal esok ada aktiviti bakar kalori seawal 7.30 am..mahu dibuatnya esok ada orang beraerobik gaya tai chi dalam iringan muzik rancak..

2 comments:

Sue@Iza said...

hahahah..nikkkk...comel gile entry....

nik said...

ehh..camne nk describe sesuatu entry itu adalah comel gile? hahaha