Jika tiada hidangan ayam di atas meja makan, maka tiada selera makan,noktah..begitulah hipotesis songsang yang kerap meracuni pemikiran di zaman kanak-kanak dulu..sehingga Abah mengeluarkan kenyataan seperti berikut “Kalu suka sangat makan ayam, nanti kahwin ngn tauke ayam..tak pun anak tauke ayam”..hahhaha..nasib baik Abah tak cakap kahwin ngn Manager KFC atau lebih hebat dengan kerabat Kentucky Colonel..hehe..tapi kan sekarang KFC betul2 di belakang opis..setiap hari aku akan terpandang encik colonel itu..hehe
Tapi itu dulu, ketika pemikiran kanak-kanak tak cukup zat..kini, sudah matang mengumpul khasiat makanan..jika dulu langsung tidak memandang hidangan berklorofil, tapi setelah kerap membaca segmen kesihatan di majalah dan berkat ilmu mengenai piramid makanan dalam subjek biologi, maka menu mula dipelbagaikan namun masih tidak menyisihkan ayam di dalam pinggan..
Tapi, setakat suka tidak memadai jika tidak pandai masak menu berasaskan ayam..potong ayam pun masih gagal sehingga mengharapkan jurujual ayam..ehh..bukan..penjual ayam kat pasar memotong ikut portion yang paling mudah nak masak nanti..
- Ujian menggoreng ayam sudah lulus walaupun goreng guna serbuk ‘Pasti Sedap’..
- Ujian menggoreng ayam bersalut tepung juga lulus walaupun masih ragu-ragu sama ada isi kat dalam dah masak ke tak..hehe
- Ujian memasak sup ayam juga bleh dianggap lulus setelah melihat secara bersungguh2 rakan serumah masak..haha..
- Ujian ayam masak halia adalah lulus atas pagar sebab rasa x sama macam tapau kat kedai makan..
ok, next…Ujian masak nasi ayam....sebelum ujian, harus call chef di kampung..hehe..
..dan hasilnya..
Gambar sekadar bahan bukti..hehe
..hasil percubaan pertama dengan 4 cups beras + seekor ayam telah mendapat tepukan gemuruh daripada penghuni rumah itu..sehingga licin periuk nasik..hhahaha..terima kasih la korang di atas sokongan padu korang menghabiskan hasil karya yang tak seberapa ini..hehe…
Note: sila abaikan struktur ayam itu ..gara-gara terlupa bagitau penjual ayam supaya potong kepada 4 portions..lalu, jadilah ayam sebegitu rupa..dan kepada penjual ayam itu, ini adalah amanat saya –> “selepas ini saya sebagai pembeli ayam di gerai anda mungkin tidak lagi menyuruh anda potong ayam2 itu sebab saya nak belajar camne memotong ayam dengan betul di dapur rumah walaupun mungkin berlaku gempa bumi atau tsunami di dapur itu ”..
juga abaikan pinggan mangkuk pelbagai rupa dan bentuk itu serta saiz sudu yang x sesuai itu, semuanya hanya sebab kami orang bujang (kalu orang dah kahwin, sah banyak koleksi pinggan mangkuk hadiah korang kahwin kan..hehe), so gambar bukan untuk hiasan, tapi sekadar bukti “Nik dah berjaya masak nasi ayam”..hehe..
No comments:
Post a Comment