Friday, August 27, 2010

:: Kisah sebuah karya yang dinamakan mini murtabak..

 SDC13568
Gambar berjaya disnap tanpa pengetahuan orang sekeliling..hehe

Sejarah kisah ini bermula apabila diri sendiri teringin nak makan murtabak setelah meronda-ronda blog yang menduga keimanan ketika bulan puasa yakni blog masakan....maka,balik dari opis, terus gi beli bahan-bahan..kenapa tak beli kat bazar?? sebab nak uji skill katanya..bleh?hehe..sampai kat rumah , dah 6.30 petang, so harapan untuk melaksanakan operasi mencipta mini murtabak sendiri terbantut sebab kapasiti dapur telah penuh dengan 2 orang chef bergegas menyiapkan juadah berbuka..so, operasi ditangguhkan keesokan harinya..

..dan keesokan harinya, terdamparlah  beberapa keping mini murtabak di atas sebuah pinggan hadiah sabun Daia..haha..melihat kepada hasil karya itu, ianya seakan nipis seperti kedekut isi kandungan..hehe..first trial macam berwaspada sikit sebab takut jika terlampau byk isi akan mengundang kepada kecacatan pada kulit popia itu..reasonable tak?heh..

Ok, mereka2 yang terlibat secara langsung dalam sejarah karya ini adalah:
1) daging kisar 
2) kulit popia
3) ubi kentang
4) bawang besar
5) bawang putih
6) rempah kari
7) lada merah
8) telur (2 biji)
9) serbuk Pasti Sedap menggantikan garam/ajinamoto

..dan alhamdulillah, karya yang dihasilkan 2 hari berturut-turut telah hilang tanpa meninggalkan kesan DNA di atas pinggan..thanks my housemates yg selalu support my-so-called-operasi-mentsunamikan-dapur lalu request supaya timbangan berat haruslah bertambah untuk murtabak next season.. “baiklah, akan diusahakan dengan bersungguh-sungguh” ;)

Note: Boleh ke tidak guna printer opis untuk print out resepi??..hehe..

Monday, August 23, 2010

:: Seperti Hot and Spicy Shrimp KFC lagaknya..hehe

 Sebelum:
  1. Udang (kuantiti mengikut budget..hehe)
  2. Tepung serbaguna cap *Nona ( tepung nih ada rasa pedas skit) depan kotak tuh ada gambar cili..hehe..beli dlm  harga RM1.30 sekotak..
  3. Serbuk roti (bread crumb) cap *Nona jugak...dibeli dgn harga rm2.30 sekotak..
  4. Sebiji telur( tapi amik putih telur sahaja, yang kuning gunapakai time goreng sayur..hehehee)
  5. Minyak masak yang tidak dikitar semula

Semasa:
  1. Udang tuh dibasuh, pastu dibuang kulit tapi kepala ngn ekor , tak buang sebab nak kasi udang nmpk besar..hehe
  2. Pukul putih telur sampai kembang..
  3. Celup satu per satu udang dalam putih telur tuh, kemudian golek-golekkan (perkataan apakah yang sesuai di sini?) atas tepung serbaguna sehingga rata
  4. Kemudian celup udang tuh dalam putih telur sekali lagi, kemudian golek-golekkan atas bread crumb sehingga rata..
  5. Kemudian, goreng time..goreng sampai  nampak macam dah tergoreng..hahah..maaflah, x tahu istilah-istilah dalam dunia masakan nih..sehingga warna keperangan kut

Selepas:
Hasilnya lebih kurang dan sama dengan rupa di bawah. Cuma packaging je out..hehe..


kfc-hot-and-spicy-shrimp

Hasil karya ciptaan sendiri gagal dipotretkan berikutan bimbang dipandang pelik oleh housemate2 yang mungkin berkata “ek eleh, gambar udang cenggitu pun nak amik gambar, baru masak udang nak kecoh”..haha..ok2, sebetulnya, sejak laptop takde, maka aktiviti snap-snap nih terbantut seketika..Yang pasti, bunyi je azan Maghrib, lepas baca doa bukak puasa, terus grab udang tuh sambil berkhayal seperti berada di dalam KFC..hehe

* boleh ditukar ganti dengan jenama lain, yang penting hasilnya masih lagi udang celup tepung bukan udang masak lemak cili api..

Note: Sejak bulan puasa nih, kerap bermundar-mandir  kat blog masakan..hahaha..tgk makanan, terus bertenaga, hilang ngantuk..isk..isk..

Friday, August 20, 2010

:: My PC said “I am a woman”..

Bulan2 puasa nih,sindrom menguap depan pc berlaku tidak mengira waktu dan cuaca..
Dan, untuk menyegarkan mata , jom berBueno atau Kit Kat sebentar..ok, lupakan nasihat begitu, mari bersukaneka dengan aktiviti di bawah..

1) Mula-mula, korang bukak Notepad..bukan notepad atas meja kerani tuh
Cara nak bukak Notepad:
Start > All Programs >Accessories> Notepad
atau
Run > taip notepad
2) Pastu, korang taip kat notepad tuh macam nih..
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"1 Malaysia"
(korang boleh replace  ayat 1 Malaysia tuh dengan apa2 ayat mengikut citarasa korang..kalu tgh mood kewarganegaraan sebab bulan merdeka, bleh copy-paste..kalu korang nak letak “Today, I want to eat Ayam Percik” pun bleh..hehe)
3) Pastu, korang Save As file tuh sebagai [apa2 nama].vbs

2010-08-20_123125

4) Pastu korang tutup file tuh..then, cari semula file tadi (hehe..exercise mata skit di bulan puasa supaya hilang mengantuk)

hah..dah jumpe kan..

  2010-08-20_123852
5)Pastu korang bukak file tuh dan lihatlah hasilnya..

6)Apa?? tak berhasil…cuba check speaker on ke tak..atau lebih logical, pc ada speaker ke tak, kalu tak der, pinjam speaker/headphone member sebelah..hehe..

7) Jika berhasil, maka terlaksanalah misi korang dalam  mengenali jantina pc/laptop korang itu..haha..pc opis nih berjantina perempuan rupanya, patutla x semangat ngadap pc..haha..kalu pc korang x bersuara apa2 tuh, padahal speaker dah pasang, volume dah 100%,  mungkin dia bisu..atau dengan kata lain, sila suruh technician replace sound card baru..hehe..

Jika tetibe pc korang bersuara garau semacam, maka pc itu telah mengalami transmisi jantina..hehe..

Aktiviti ini juga boleh digunapakai untuk komunikasi dengan rakan sekerja , dengan syarat pasang volume 100%, atau kalu nak lagi berkesan, letak speaker dekat meja dia..haha..contoh  “Ahmad, jom solat Jumaat ”..sure, bukan sahaja Ahmad yang ikut, tapi Abu dan Ali yang mendengar turut ke masjid..alhamdulillah..

Note: Sebenarnya , nak hilang mengantuk senang jer, gi amik wuduk =)

Friday, August 13, 2010

::[Pedoman] Checklist kesilapan yang anda, kamu dan saya mungkin/pernah lakukan ketika Ramadhan



13 KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN
Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah,bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Dibulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah
Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan pelbagai kesalahan. Antaranya:-

1.Berpuasa tetapi tidak solat. Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2.Tidak menjaga batas-batas agama aurat .Lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3.Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4.Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda. 
 
5.Semakin cepat marah.Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6.Membazir ketika berbuka puasa.Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7.Tidak mengeluarkan zakat fitrah
 
8.Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun.Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9.Hanya puasa makan dan minum sahaja. Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10.Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan.Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11.Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna; Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat; Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan

12.Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Credit to : http://mrsfiza212.blogspot.com/2010/08/kesilapan-di-bulan-ramadhan.html

Tuesday, August 10, 2010

:: Sebelum anak bulan Ramadhan kelihatan..

1)  Hari ini, KFC belakang opis diserbu oleh sekalian staff2 premis sekitarnya..rakan sekerja melaksanakan kempen pujuk rayu suruh aku join lunch kat KFC, tapi aku lebih setia dengan bekal bihun dalam tupperware itu..hehe. (fakta dan hakikatnya baru semalam bedal KFC chicken rice..hehe)..dan statement paling menduga keimanan dan ketabahan diri adalah “Nik, jom la, rugi tau, esok dah puasa”..ok, haruslah diakui jika iman tidak kuat, maka ada juga yang layu di tasik  madu pantry (betul2 di belakang dapur KFC )  esok gara-gara aroma rempah ratus dari resepi rahsia Mr Colonel itu..dan mulai esok, sila jangan pandang poster ayam hot and spicy di depan KFC itu ketika menuju ke opis..


2) Hari ini,Pasar Pekan Sg Besi dilaporkan sesak berikutan kaum ibu membuat pembelian beramai-ramai bekalan ikan, ayam, daging, sayur-mayur hanya untuk bekalan sahur pagi nanti..(dilaporkan oleh pakcik teksi yang selalu charge tambang setaraf tambang bas rapid kl =RM1/sehala..hehe)


3) Hari ini, Cikgu Rogayah bermurah hati menjamu student2nya dengan bihun goreng sempena menyambut Ramadhan esok..Dan untuk tujuan murni itu, beliau sanggup beli sebuah kuali kawah bersaiz medium dan bangun seawal pagi lalu menggoreng bihun sebanyak 4 paket sedangkan housematenya seorang ini belum lagi baca doa bangun tidur..hehe..dan bangun pagi tadi, dapat 2 sms “Nik,jgn lp mkn bihun kak yah msk” ..dan “Nik, habiskan bihun tu”..so, bihun yang mengandungi sotong, fish ball dan sayur itu berjaya menghalang aku dari menjamu lunch di KFC tadi…hehe..owh ye, seorang ibu telefon Cikgu Rogayah lalu kasi tau yang anaknya yang demam sanggup datang sekolah semata-mata nak makan bihun Cikgu Rogayah..hehe


4)  Hari ini , tepat jam 4.10 pm , Outlook menerima kunjungan email daripada rakan sekerja yang bermurah hati seperti Cikgu Rogayah..mempelawa rakan sejawatnya menikmati kek dan donut..actually, my colleague baru sahaja dapat imbuhan duit (bukan loteri..hehe) sempena kemenangannya dalam sebuah contest anjuran opis bulan Mei lepas..wah, murah rezeki..tapi kalu grab 4++ tak bleh ek??hehe

2010-08-10_161504


5) Status2 di FB dipenuhi dengan ucapan Salam Ramadhan, mintak maaf sesama rakan, tidak kurang juga yang countdown berapa hari nak raya(lalu dibebel oleh yg kasi comment), malah ada juga baik hati kasi bacaan niat berpuasa, tapi bila orang tanya doa bukak puasa camne..terus x balas, nampak sgt x menyempat baca doa ketika berbuka kalu dah air sirap bandung ngn nasi kerabu berada depan mata..hehe..[tazkirah kepada diri sendiri sebenarnya..hehe]


6) Hari ini, kedai–kedai mamak dan kedai-kedai makan sudah menambah bilangan kerusi dan meja makan..

ok, sekian dulu ulasan sebelum anak bulan Ramadhan muncul. Dan di kesempatan ruang dan masa ini, ingin diucapkan Salam Ramadhan buat semua (macam ramai je bunyinye) yang singgah sama ada secara sengaja atau tidak ke blog ini..semoga singgahan anda menambah incomeku sebagai Nuffnanger yang tak active..hehe..harap dimaafkan jika tersinggung, terguris hati dek kerana entry-entry sebelum ini..semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada semua..

Note: Esok tiada lagi task seawal  selewat 6 petang sebab pukul 4 dah boleh berlari2 mengejar komuter..hehe

Monday, August 9, 2010

:: Nik, jangan merungut..

Lately, fenomena mendapat tugasan di saat-saat menghitung detik untuk punch card acap kali berlaku. Tapi hakikatnya sebagai pekerja yang dibayar gaji at least seawal 26hb setiap bulan, aku harus akur dengan tanggungjawab itu..cuba mendidik jiwa dan diri agar jangan merungut setiap kali dapat kerja last minit..at least masa free sebelum itu boleh dimanfaatkan untuk menguji typing speed, tak pun jika aura kerajinan untuk membuat research muncul secara sukarela, maka bertemu janjilah dengan encik google ..hehe..ok2, at least sebelum gigih hapdet blog ari ni, harus bertanya khabar dulu dengan ketua, kira macam mintak izin la..hehe

2010-08-09_154151
Actually, last Friday, ketua dah inform yang this week akan sambung task pasal funding module itu..tapi ym beliau di atas seakan kasi hint tugasan itu bakal bermula 6 petang barangkali..maka kunjungan ke kedai roti /kedai mamak tidak berlaku hari ini barangkali..hehe..tapi tak pe, sempena ketibaan bulan Ramadhan ini, ingin didik diri supaya banyak2 bersabar..sebab sabar itu macam pelaburan jugak, semakin tinggi kesabaran, maka tinggi la pulangannya..

Ok, keyword entry dah menjurus kepada term kesabaran kan..ok la, bercerita perihal kesabaran ini, setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing..kesabaran itu boleh jadi dari segi mengawal amarah, mengawal nafsu ,meningkatkan keimanan di sebalik dugaan yang menimpa mahupun sentiasa berdoa memohon pertolongan dan hidayah Allah SWT tanpa berputus asa..sabar itu seharusnya menjadi makanan ruji setiap orang..kehadiran unsur kesabaran dalam formula kehidupan boleh menghasilkan produk yang berkualiti tinggi..ada juga orang yang bersuara, “kalu asyik bersabar jer, sampai bila nak dapat”..tapi sedarkah orang itu sebenarnya jika dia bersabar sedikit lagi, mungkin imbuhan yang bakal diperolehi adalah lebih baik..macam contoh, korang tengah tunggu komuter, kemudian komuter sampai, dan memang jelas komuter telah penuh di stesen sebelumnya..tapi kerana kehabisan nilai kesabaran dalam diri, maka korang berebut-rebut sehingga boleh mencetuskan kejadian tidak diingini..malah tindakan korang yang mendesak untuk masuk mungkin menyebabkan kesabaran orang yang tengah bersesak2 dalam komuter itu sudah hilang, lalu keluar segala unsur amarah dan caci maki..ini adalah antara fenomena yang aku sering kali lihat, apatah lagi ketika bulan puasa..tak pasal-pasal kurang pahala gara-gara kesusutan nilai kesabaran..dan kerana ketidaksabaran itu, maka tercetus kejadian kehilangan dompet dan handphone..jika korang sabar sikit lagi dengan ketibaan komuter seterusnya, sudah pasti korang bukan sahaja dapat guna perkhidmatan awam itu dengan selesa malah akaun pahala korang di tambah nilai di atas kesabaran itu..begitu juga di jalan raya, jika tiada papan tanda ‘kesabaran’ dalam buku undang-undang pemanduan korang, maka jalan raya yang objektif asalnya untuk menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat bertukar menjadi landasan maki-memaki mahupun landasan maut..Bab kata housemate aku, orang KL cepat tua atau sakit gara-gara sumpah seranah dalam kereta (tiada unsur state-bias di sini )..aku x pernah bawak kereta, just jadi co-pilot member2..tapi aku perasan ada member2 yang bawak kereta siap ada pakej perbahasan dengan kereta belakang, depan mahupun sisi gara-gara sikap pemanduan masing-masing..terdetik jugak, maybe jika aku di tempat mereka, aku juga macam tuh barangkali..tapi cuba yakinkan diri bahawa kesabaran dalam segala hal adalah jalan yang terbaik..insyaAllah..

Oleh itu, sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang sehari dua ini, didiklah diri dengan nilai kesabaran yang tinggi..jangan cepat marah..percayalah tiada ruginya jika dalam diri ada kesabaran..untuk peringatan diri sendiri juga sebab lately, agak kurang bersabar..hehe..mungkin faktor usia..tapi itu bukan alasan sepatutnya..insyaAllah, marilah sama-sama bersabar ye..sama-sama dapat topup akaun pahala masing-masing kan..

Ok, perlu berhenti menaip untuk memberi laluan kepada tugasan yang baru diterima sebentar tadi..at least tak sia-sia bersabar kan....

Note: Bagi anda yang menyinggah blog ini utk melihat gambar, sila bersabar dengan entry ini sebab takde gambar yg proper untuk tatapan anda..hehe

Thursday, August 5, 2010

:: One Goal, a Second Chance

 
Gara-gara tidak dapat mengulangi rekod ketibaan di pintu rumah sekurang-kurangnya jam 7.30 pm seperti dulu, maka sudah agak lama tidak dapat melayan slot Lagenda ulang tayang kat TV9 (at least).. By default, masa untuk melayan tv adalah jam 10 malam ke atas setelah segala urusan wajib dilaksanakan.. Untuk waktu sebegitu, sudah tentu terpaksa melayan tv seorang diri berikutan semua housemates sudah bersiap sedia untuk baca doa tidur..Semalam ,sesudah mandi dan solat, terus on tv..then, menukar dari satu channel ke satu channel sehingga bosan..6 channel options yang ada memang tidak berbaloi kalu semua berkisar slot  bual bicara hal politik la , slot mistik la [sebab tgk sorang, maka jangan harap la nak layan unless mute volume], iklan minyak masak Alif yang dubbing error la, berita mandarin la, slot drama melayu yang kalu dilayan, memang dah boleh agak kesudahan jalan ceritanya..so, aku biarkan sahaja tv on lalu memberikan sepenuh konsentrasi kepada sepinggan nasi berlaukkan semangkuk tomyam campur..then, tepat pukul 10.30 malam, sebaik sahaja Gelora di Hati Sara 2 tuh abes, maka kuarlah citer Gridiron Gang lakonan Dwayne Johnson aka The Rock..mula2 macam malas nak layan, tapi bila dengar intro,
Most sixteen/seventeen year old kids, they make a bad choice. Something gets broken, they screw up in class, hurt somebody's feelings, show up at the prom drunk. They get sent to the Principal office, have their car keys taken away or get grounded. Then there's kids that make a bad choice, somebody ends up shot dead in a parking lot. Those kids get sent here.
terus layan sampai pukul 1.00 pagi...

Gridiron Gang nih berkisarkan kisah benar mengenai Sean Porter yang bekerja di Kilpatrick Detention Center yang berusaha membantu golongan remaja bermasalah yang terdiri daripada samseng jalanan, pengedar dadah, pencuri kereta etc.. Cerita dimulakan dengan kisah Roger Weathers (gang 88) yang mati setelah keluar dari pusat itu..kematian Roger telah membuatkan rakan baiknya Willie Weathers berdendam dengan gang 95 dan kerana hasutan Free , gang mate dia, maka Willie tekad untuk pergi bunuh Anthony( gang 95’s brother) tapi gagal, sebaliknya pistol yang diberikan oleh Free tuh tersalahguna dengan menembak bapa/bapa tiri dia..then, Willie dimasukkan ke Kilpatrick Detention Center.. ok sinopsis cerita selanjutnya disalin-tampal dari wikipedia sebab malas nak hurai..hehe..
Sean Porter (Dwayne Johnson) works at Kilpatrick Detention Center in Los Angeles. Frustrated by not being able to help the young kids get away from the problems in life, such as street gangs he decides to create a football team for the kids to feel a part of something. Porter believes that football will teach the teenage inmates what it takes to be responsible, teammates, and be winners. He picks out a few kids in the room that he feels will benefit from this program and requires that they practice with him the following day. He states to his new team, the Kilpatrick Mustangs, Two of the teens do not get along because they are from rival gangs. Willie Weathers (Jade Yorker) is from the 88’s and Kelvin Owens (David Thomas) is from the 95’s.

The first game is against the best team in the league, Barrington. The game starts out somewhat positive for the Mustangs, as they recover a fumble on the first drive, but things quickly turn. They are demolished by Barrington, losing by 38 points. After starting 0-2, the Mustangs start winning games as they learn to work together. Kelvin and Willie finally shake each others' hands when they win a game by one touchdown after Kelvin makes a big block for Willie. Near the end of the season, the Mustangs are headed for the playoffs. They are getting more publicity and more fans along the way.
One of Willie’s 88 gang mate named Free stops by the field. He realizes that Kelvin is a 95. Free and Kelvin get into a fight, and Free pulls out a gun and shoots Kelvin in the shoulder. As Free prepares to put another bullet in Kelvin's head, Willie runs toward his old gangmate and tackles him to the ground to save Kelvin. Free is shocked that Willie helped Kelvin and not him. Then the police show up, and Free runs off. He fires at the responding officers who return fire, killing him. Although Kelvin survives the attack, he will not be able to play in the finals. In the next game ironically against Barrington, the team that beat them by 38 points earlier in the season the Mustangs go into the half down 14-0. Willie gives a motivational speech, and they go out and beat Barrington on the last play of the game. It is revealed in the narration that they lost the championship game, but no one called them losers. A few months later, Sean's football method is officially made part of the program.

Nearly all the kids who were on the Mustangs are now somewhere doing good things. Willie Weathers is playing football for a top boarding school, Kelvin Owens is playing football for Washington High, Kenny Bates is living back with his mother, Junior Palaita is working for a furniture company. Unfortunately, five are back in jail, and Bug Wendall was killed in a drive by shooting in Compton.


gridirongang

Kita kena sentiasa maafkan orang lain..Jangan biarkan kesalahan orang lain membebankan kita..kata Sean Porter kepada Willie , tapi bukan dalam bahasa melayu ;)


Note: Serius, kalau kita mudah maafkan orang lain, jiwa akan rasa tenang..percayalah..hehe..

Wednesday, August 4, 2010

:: Food Hunter at 6 PM

 
..apabila jam menunjukkan pukul 6 pm ++ , maka berlakulah kejadian yang secara tidak langsung akan menaikkan profit kedai mamak bawah opis dan kedai roti seberang jalan itu..

2010-08-04_190242 
Note: Kejadian di atas kerap kali berlaku..maka, kami cadangkan agar kedai mamak kat bawah opis mewujudkan membership scheme..hehe..