Lately, fenomena mendapat tugasan di saat-saat menghitung detik untuk punch card acap kali berlaku. Tapi hakikatnya sebagai pekerja yang dibayar gaji at least seawal 26hb setiap bulan, aku harus akur dengan tanggungjawab itu..cuba mendidik jiwa dan diri agar jangan merungut setiap kali dapat kerja last minit..at least masa free sebelum itu boleh dimanfaatkan untuk menguji typing speed, tak pun jika aura kerajinan untuk membuat research muncul secara sukarela, maka bertemu janjilah dengan encik google ..hehe..ok2, at least sebelum gigih hapdet blog ari ni, harus bertanya khabar dulu dengan ketua, kira macam mintak izin la..hehe
Actually, last Friday, ketua dah inform yang this week akan sambung task pasal funding module itu..tapi ym beliau di atas seakan kasi hint tugasan itu bakal bermula 6 petang barangkali..maka kunjungan ke kedai roti /kedai mamak tidak berlaku hari ini barangkali..hehe..tapi tak pe, sempena ketibaan bulan Ramadhan ini, ingin didik diri supaya banyak2 bersabar..sebab sabar itu macam pelaburan jugak, semakin tinggi kesabaran, maka tinggi la pulangannya..
Ok, keyword entry dah menjurus kepada term kesabaran kan..ok la, bercerita perihal kesabaran ini, setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing..kesabaran itu boleh jadi dari segi mengawal amarah, mengawal nafsu ,meningkatkan keimanan di sebalik dugaan yang menimpa mahupun sentiasa berdoa memohon pertolongan dan hidayah Allah SWT tanpa berputus asa..sabar itu seharusnya menjadi makanan ruji setiap orang..kehadiran unsur kesabaran dalam formula kehidupan boleh menghasilkan produk yang berkualiti tinggi..ada juga orang yang bersuara, “kalu asyik bersabar jer, sampai bila nak dapat”..tapi sedarkah orang itu sebenarnya jika dia bersabar sedikit lagi, mungkin imbuhan yang bakal diperolehi adalah lebih baik..macam contoh, korang tengah tunggu komuter, kemudian komuter sampai, dan memang jelas komuter telah penuh di stesen sebelumnya..tapi kerana kehabisan nilai kesabaran dalam diri, maka korang berebut-rebut sehingga boleh mencetuskan kejadian tidak diingini..malah tindakan korang yang mendesak untuk masuk mungkin menyebabkan kesabaran orang yang tengah bersesak2 dalam komuter itu sudah hilang, lalu keluar segala unsur amarah dan caci maki..ini adalah antara fenomena yang aku sering kali lihat, apatah lagi ketika bulan puasa..tak pasal-pasal kurang pahala gara-gara kesusutan nilai kesabaran..dan kerana ketidaksabaran itu, maka tercetus kejadian kehilangan dompet dan handphone..jika korang sabar sikit lagi dengan ketibaan komuter seterusnya, sudah pasti korang bukan sahaja dapat guna perkhidmatan awam itu dengan selesa malah akaun pahala korang di tambah nilai di atas kesabaran itu..begitu juga di jalan raya, jika tiada papan tanda ‘kesabaran’ dalam buku undang-undang pemanduan korang, maka jalan raya yang objektif asalnya untuk menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat bertukar menjadi landasan maki-memaki mahupun landasan maut..Bab kata housemate aku, orang KL cepat tua atau sakit gara-gara sumpah seranah dalam kereta (tiada unsur state-bias di sini )..aku x pernah bawak kereta, just jadi co-pilot member2..tapi aku perasan ada member2 yang bawak kereta siap ada pakej perbahasan dengan kereta belakang, depan mahupun sisi gara-gara sikap pemanduan masing-masing..terdetik jugak, maybe jika aku di tempat mereka, aku juga macam tuh barangkali..tapi cuba yakinkan diri bahawa kesabaran dalam segala hal adalah jalan yang terbaik..insyaAllah..
Oleh itu, sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang sehari dua ini, didiklah diri dengan nilai kesabaran yang tinggi..jangan cepat marah..percayalah tiada ruginya jika dalam diri ada kesabaran..untuk peringatan diri sendiri juga sebab lately, agak kurang bersabar..hehe..mungkin faktor usia..tapi itu bukan alasan sepatutnya..insyaAllah, marilah sama-sama bersabar ye..sama-sama dapat topup akaun pahala masing-masing kan..
Ok, perlu berhenti menaip untuk memberi laluan kepada tugasan yang baru diterima sebentar tadi..at least tak sia-sia bersabar kan....
Note: Bagi anda yang menyinggah blog ini utk melihat gambar, sila bersabar dengan entry ini sebab takde gambar yg proper untuk tatapan anda..hehe
No comments:
Post a Comment