Tuesday, August 10, 2010

:: Sebelum anak bulan Ramadhan kelihatan..

1)  Hari ini, KFC belakang opis diserbu oleh sekalian staff2 premis sekitarnya..rakan sekerja melaksanakan kempen pujuk rayu suruh aku join lunch kat KFC, tapi aku lebih setia dengan bekal bihun dalam tupperware itu..hehe. (fakta dan hakikatnya baru semalam bedal KFC chicken rice..hehe)..dan statement paling menduga keimanan dan ketabahan diri adalah “Nik, jom la, rugi tau, esok dah puasa”..ok, haruslah diakui jika iman tidak kuat, maka ada juga yang layu di tasik  madu pantry (betul2 di belakang dapur KFC )  esok gara-gara aroma rempah ratus dari resepi rahsia Mr Colonel itu..dan mulai esok, sila jangan pandang poster ayam hot and spicy di depan KFC itu ketika menuju ke opis..


2) Hari ini,Pasar Pekan Sg Besi dilaporkan sesak berikutan kaum ibu membuat pembelian beramai-ramai bekalan ikan, ayam, daging, sayur-mayur hanya untuk bekalan sahur pagi nanti..(dilaporkan oleh pakcik teksi yang selalu charge tambang setaraf tambang bas rapid kl =RM1/sehala..hehe)


3) Hari ini, Cikgu Rogayah bermurah hati menjamu student2nya dengan bihun goreng sempena menyambut Ramadhan esok..Dan untuk tujuan murni itu, beliau sanggup beli sebuah kuali kawah bersaiz medium dan bangun seawal pagi lalu menggoreng bihun sebanyak 4 paket sedangkan housematenya seorang ini belum lagi baca doa bangun tidur..hehe..dan bangun pagi tadi, dapat 2 sms “Nik,jgn lp mkn bihun kak yah msk” ..dan “Nik, habiskan bihun tu”..so, bihun yang mengandungi sotong, fish ball dan sayur itu berjaya menghalang aku dari menjamu lunch di KFC tadi…hehe..owh ye, seorang ibu telefon Cikgu Rogayah lalu kasi tau yang anaknya yang demam sanggup datang sekolah semata-mata nak makan bihun Cikgu Rogayah..hehe


4)  Hari ini , tepat jam 4.10 pm , Outlook menerima kunjungan email daripada rakan sekerja yang bermurah hati seperti Cikgu Rogayah..mempelawa rakan sejawatnya menikmati kek dan donut..actually, my colleague baru sahaja dapat imbuhan duit (bukan loteri..hehe) sempena kemenangannya dalam sebuah contest anjuran opis bulan Mei lepas..wah, murah rezeki..tapi kalu grab 4++ tak bleh ek??hehe

2010-08-10_161504


5) Status2 di FB dipenuhi dengan ucapan Salam Ramadhan, mintak maaf sesama rakan, tidak kurang juga yang countdown berapa hari nak raya(lalu dibebel oleh yg kasi comment), malah ada juga baik hati kasi bacaan niat berpuasa, tapi bila orang tanya doa bukak puasa camne..terus x balas, nampak sgt x menyempat baca doa ketika berbuka kalu dah air sirap bandung ngn nasi kerabu berada depan mata..hehe..[tazkirah kepada diri sendiri sebenarnya..hehe]


6) Hari ini, kedai–kedai mamak dan kedai-kedai makan sudah menambah bilangan kerusi dan meja makan..

ok, sekian dulu ulasan sebelum anak bulan Ramadhan muncul. Dan di kesempatan ruang dan masa ini, ingin diucapkan Salam Ramadhan buat semua (macam ramai je bunyinye) yang singgah sama ada secara sengaja atau tidak ke blog ini..semoga singgahan anda menambah incomeku sebagai Nuffnanger yang tak active..hehe..harap dimaafkan jika tersinggung, terguris hati dek kerana entry-entry sebelum ini..semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada semua..

Note: Esok tiada lagi task seawal  selewat 6 petang sebab pukul 4 dah boleh berlari2 mengejar komuter..hehe

No comments: