Dulu, bila cikgu tanya “ Nik, nanti besar , nak jadi apa?”
lalu budak hingusan yang tidak mengerti kenapa cikgu tanya soklan tuh pun jawab “Jadi cikgu, cikgu”..jawapan sebenarnya dipengaruhi oleh jawapan rakan-rakan apabila bertanya “wei, nanti besar, korang nak jadi ape ek?”..walaupun ada yang menjawab “Suri rumah”..
..dan tetiba boleh terselit jawapan berikut oleh budak yang perasan tinggi ini ketika cikgu tanya soalan yang sama untuk tahun seterusnya.. “Pramugari, cikgu” ..jawapan diberi tanpa mengetahui skop pekerjaan itu , sebaliknya hanya bersandarkan kecanggihan perkataan pramugari itu sendiri..
Tahun seterusnya “Nik, cita-cita?”..lalu dengan konfiden jawab “Polis”(mungkin terpengaruh dengan permainan police & thief yang digemari ketika usia itu)..hah..cikgu pun pening tengok buku rekod budak sorang nih..setiap kali sesi persekolahan, cita-cita asyik berubah..tu la cikgu, apasal tanya tiap-tiap tahun..buat susah payah saya berangan nak jadi apa..ingatkan cita-cita kene tukar setiap tahun..
Dalam buku rekod cita-cita, takde langsung terselit perkataan “Doktor”..haha..serius, time tuh budak2 yang genius je yang terpikir nak jadik doktor..hehe..
Walaupun ketika itu sudah disuruh join kelas komputer, tapi budak naif camni agak kurang paham tujuan belajar komputer ketika itu, apatah lagi nak pasang cita-cita untuk jadi programmer apatah lagi hacker..hehe..perkataan ‘programmer’ pun tak tahu apa ke bende kan..haha..tapi belajar je la guna disket besar gedabak yang boleh dikatakan sama saiz dengan murtabak sekarang..
Selain daripada buku rekod oleh cikgu kelas, koleksi cita-cita turut dimuatkan dalam buku autograf member2 yang gigih suruh tulis biodata agar dapat dikenang sampai bila-bila..time tuh tak tahu pulak akan wujud laman sosial macam Friendster or Facebook yang boleh get connect semula dengan kawan2 kan....ye la, Mark Zuckerberg pun time tuh agaknya tengah belajar naik basikal..kalu tahu, tak payah habiskan duit mak ayah suruh beli buku autograf kan..
Ok, itu kisah ketika masih ke sekolah dengan cekak rambut berwarna-warni, dan kadang kala bertocang (itu pun Ma yang tolong ikat sebab mengikat rambut sendiri ketika itu umpama menghafal sifir, susah sungguh ketika itu..)
Bila dah mula ada skill pakai tudung dengan berlapikkan plastik buku folio supaya tudung nampak kemas terbentuk, perkataan cita-cita macam jarang bermain dalam selebrum, mungkin sebab tiada lagi soalan karangan berjudul “ Cita-cita saya” dalam silibus budak PMR.. serius, memang takde cita-cita, cita-cita nak masuk universiti pun tak terpikir, yang tahu hanyalah jawab exam kene lulus..tu je..naif sungguh..sehinggalah, pada suatu ketika, TV2 kerap menayangkan slot drama penyiasatan terbitan TVB (Hong Kong) dan drama siri Detective Investigation Files telah berjaya mencetuskan anjakan paradigma minda ini agar bila besar nanti harus jadi polis..masa tuh, belum paham erti forensik sebab cikgu belum ajar dalam kelas bahasa melayu..
Siri Detective Investigation Files memang antara siri penyiasatan yang best..ada 4 seasons…siri ini buat aku berangan tak sudah nak jadi polis , dan berangan telah berjaya menyelesaikan kes-kes profil tinggi hanya menggunakan kepakaran dan kecerdikan minda..hehe..drama penyiasatan begini membuatkan aku berkerut dahi mengadap tv memikirkan siapa suspek dan sanggup pulak mengingat segala bagai bukti dalam episod-episod sebelumnya..ok2, nampak macam taksub sangat..Ma dan abah pun tak boleh nak halang , daripada anak dia bersosial bukan-bukan kat luar, bagus jugak tengok TV dengan serius..heh…
Nak jadi polis, tapi tak aktif sukan, lari pun tercungap2...pastu rabun..haha..lalu simpan dulu cita-cita, just belajar sampai lulus exam..bila dah mula sibuk memikirkan jurusan apa nak amik di universiti, maka mula lah terpikir nak amik course forensik..ok, time tuh dah paham la skit apa itu forensik..kira tak jadi polis pun, kije dalam bidang forensik pun boleh sama-sama tolong polis kan..hahha..so, tekad nak amik course forensik..sekali seorang member kasi gangguan emosi “Pakcik I kerja forensik, pernah dia periksa mayat (post mortem) kan, tetiba kan tangan mayat tuh terangkat sendiri”..terus lupa hasrat..(teruk sungguh pengaruh mistik dalam pemilihan cita-cita)..pastu tengok markah kimia macam tak berapa nak score, agak kecewa di situ..tapi masih mahu berusaha..tapi Allah Maha Mengetahui..4 tahun seterusnya , aku ditakdirkan berkecimpung dalam bidang kejuruteraan yang kurang diminati asalnya ..tapi gigih kasi minat sampai grad..lepas grad, conflict kerjaya bermula..6 bulan menganggur tanpa hala tuju..dan setelah berfikir panjang, aku tekad masuk kursus programming selama 6 bulan dan end up dengan kerjaya hari ni sebagai programmer..
..dan walaupun tidak berada dalam bidang forensik secara khusus tapi at least kerja sekarang ada bau-bau bacang dengan dunia forensik....hehe..nama company pun dah bunyi macam institut pengumpulan Deoxyribonucleic acid (DNA)…haha..pernah seorang nurse bertanya ketika nak isi surat MC, “Company u nih check darah ke?”..dan itu bukan orang pertama yang tanya..tapi masa mula2 send resume via Jobstreets, aku tak teruja pun dgr nama tuh sebab time tuh memang terdesak nak kije..hehe…credit to CEO sebab pilih nama company yang memberi peluang kepada staffnya berangan seperti agen sulit kerajaan bila disoal “ tempat kije u nih check DNA macam cite CSI ke?”...what we can say “ Kami tak periksa DNA manusia, tapi kami periksa DNA komputer..haha..”..setiap apa yang berlaku, sure ada puncanya..macam buat system, bile kite tau system kene hack ,we will do forensic computing to investigate..cume takdela sampai gi kesan cap jari kat kibod sapa2 kan..hehe..macam jika berlaku cyber crime, forensik komputer akan digunakan dalam membantu penyiasatan untuk dikemukakan kepada kekuatan undang-undang..gitu..tu je pun yang aku tahu, secara detail, kena la sambung belajar dalam bidang computer forensic yang dah mula ditawarkan di institusi pengajian di Malaysia..sila google jika berminat dengan jurusan ini :)
Kerana zaman remaja disogok dengan cite Detective Investigation Files, maka hari ini integrasi jiwa dengan dunia forensik+penyiasatan masih kukuh..ada ala2 watak Joyah dalam drama Opah kan, sibuk nak menyiasat..tapi aku tak berapa minat slot drama penyiasatan melayu..hehe..bukan tak menyokong industri negara..tapi memang tak menarik perhatian ....sebab tuh, sejak umur belasan sampai sekarang asyik bergayut depan TV semata-mata cite penyiasatan cina n mat saleh..haha..at least procedure siasatan dan kije-kije forensik yang diorang paparkan totally nmpk real dan menambahkan ilmu kimia dalam otak dan at least boleh teringat kat cikgu kimia masa pakar forensik tuh tengah duk kasi penerangan..sebab tuh Criminal Mind, CSI dan terbaru Unriddle (Singapore) dan Forensic Heroes (Hong Kong) jadi tarikan berbanding Gerak Khas..even tengok Detective Conan pun lagi berilmiah..hehe..sori ye Mak Limah. Mak Limah nih jiran sebelah rumah kat kampung..berumur 70 ++ tapi setia tengok Gerak Khas dari musim pertama..
Ok la, sebenarnya tak tahu tujuan sebenar entri ni..cuma apa yang boleh disimpulkan, setiap weekday, aku akan conquer Tv dari 10 malam smpi 12 tgh malam sebab cite Unriddle dan Forensic Heroes II ..kagum ketangkasan Madam Ma Kwok-Ying dan kegeniusan watak forensic analyst( mungkin sebab diorg hensem jugak..hehe) ..tu je..penat yang membaca, penat lagi yang menaip..hehe..dan mintak maaf kalu karangan di atas tiada pendahuluan dan penutup..sekadar isi kandungan yang bercampur baur ..at least tahap pembacaan anda dah lancar....
Nota DNA: Kan hebat kalu boleh buat forensic dalam hati orang..haha
5 comments:
ingat cerita detektif conon
Nak share gak..dlu pas matrik nak amik course biokimia. Sekali ada sorang lect ni ckp..biokimia kan..x psl2 awak kena analyze tahi mcm saya. La2 tu terus cancel amik biokimia...hahaha
nik,hany jawab nak jadik askar...ahahaha askar kono, test tinggi pon xlepas, belom lagik mtest berlari ke haper kan...ahahhaa
**nmpaknya aura hijau hany dh nampak dr kecik kan**
@sharinginfoz:
detective conan memang best ;)
@imm:
haha..tapi imm, seingat nik, kite ada amik subjek biokimia kan..owh, nasib baik xde lab berkaitan benda tuh..haha..
@hany:
haha..nik yg jadik anak askar pun tak terpikir nk jadi askar, walaupun abah nik macam suruh jugak masuk askar..tapi anaknya memang kategori rabun + kurang stamina..kalu nak masuk palapes pun macam tak lepas je..haha..setakat boleh nyanyi karaoke lagu si baju hijau je la..hehe..
aha la,hany ngn hijau memang tak bleh dipisahkan kan..hehe..
nick nak nyanyi?what?hehehe...
Post a Comment