Cantik dan menarik adalah subjektif..sebab kalu korang buat dalam bentuk objektif, sudah tentu tidak cukup 4 pilihan jawapan A, B,C,D..maksudnya korang boleh tafsir kecantikan sesebuah blog berdasarkan pandangan mata kasar korang sendiri kan, yang penting ianya ikhlas dari hati naluri kan
..ada yang kata blog yang simple lebih menarik dan cantik berbanding blog yang macam pelangi, ada yang kata blog itu cantik sebab sebenarnya nak kata yang bloggernya memang dah cantik, so blog sekadar menumpang glemer kan....haha..ada kata blog itu cantik dan menarik sebab blogger dia designer, so boleh create template yang totally tak akan dijumpai di mana-mana website yang kasi free template kan…ada yang kata blog itu cantik sebab cerita pasal tip-tip kecantikan (berkaitan tak?"..hehe)..ada juga yang labelkan sesuatu blog itu cantik dan menarik sebab jalan cerita setiap entri memang awesome..kesimpulannya, terpulang kepada pembaca dan blogger untuk menilai kecantikan dan menariknya sesebuah blog itu..yang penting, selalu update sebab nuffnang tak kasi income berdasarkan kecantikan paras rupa blog mahupun blogger kan.. hehe
Ok la, minggu lepas ,
www.mzhany.com berkata-kata di alam maya bahawa blog ini cantik dan menarik..hehe..Terima kasih Puan Hany..macam dah berkurun blog ni tak kene tagged..kurang publisiti, mungkin juga jalan cerita tahap cerekarama sahaja..tak box-office.. kutipan nuffnang pun tak sampai lagi RM40 juta kan..hehe..
~ Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?
Blog
www.mzhany.com adalah blog yang mesra alam sebab warna dia hijau..hehe..Antara blog wajib kunjung setiap kali on pc opis..haha..maklum la, apabila abis opis hour, kehidupan kembali kepada paleolitik sebab no access to dunia internet..Blog hany nih memang sentiasa update walaupun ianya adalah auto-publish..at least dia seorang pekerja yang komited dengan urusan opis..tak seperti diri ini yang kadang-kadang curi
sedikit masa untuk kasi update blog..haha....Blog hany nih best sebab banyak info bleh collect..seperti dapat info pasal boleh beli tiket bas express balik kampung kat Putrajaya Sentral..Selain itu, pencapaian rekod peribadi
buat popia simpul dengan air tangan sendiri bertitik tolak dari entri blog hany juga..
~ Kenangan manis dalam hidup anda?
Dapat ambil foto famili pada hari raya tahun lepas selepas 8 tahun.....Paling manis dalam kehidupan apabila dapat tengok abah dan ma gembira dan bahagia di samping anak-anaknya..
Lulus lesen kereta pun dikategorikan kenangan manis jugak walaupun nak lulus tuh bukan main pahit-maung kena lalui..haha..3 kali test adalah pengalaman yang tak semua orang lalui kan, melainkan korang saja-saja nak repeat byk kali..hehe..
Dapat masuk Universiti, dapat degree, dapat kije (walaupun 6 bulan menganggur), dapat gaji pertama, dapat makan nasi minyak kawan-kawan, dapat pakai kereta sendiri dan segala nikmat kehidupan yang Allah berikan adalah paling ternilai dan manis..
~ Kenangan pahit dalam hidup anda?
Handset pertama dalam hidup, Nokia 3310 telah dicuri orang.. tapi aku anggap semua itu ada hikmah, sebab lepas tuh dapat pakai handset model baru ..hehe..tapi sebulan jugak la hidup tanpa handset..dulu, nak pakai handset bukannye mudah macam budak-budak zaman sekarang kan..
Pahit yang lain telah berjaya ditawarkan..hahaha..maknanya, dah lupa ingatan apa yang pahit itu..yang penting, pahit ke manis ke masam ke, itu semua perisa sebuah kehidupan..kalu asyik manis je pun, tak elok untuk kesihatan kan, gula pun dah naik harga..hehe..
~Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
Alhamdulillah, dengan nikmat kehidupan yang Allah SWT berikan, sebagai hambaNYA, aku berpuas hati..namun, tidak boleh dinafikan masih ada perancangan dan harapan yang ingin dicapai dengan izinNya..insyaAllah..
~ Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai?
Dulu kan, sebelum wujudnya mendalah blog begini, aku biasanya tulis wish-list pada hari jadi dalam kertas yang dikoyak dari buku sekolah..hehe…lepas tuh, kertas itu akan dilipat, then diselit kat buku..wish-list dulu2 lebih kepada kebendaan seperti mahu walkman ,mahu beg begitu-begini...haha..tapi bila usia dah masuk 20-an , wish-list semakin nampak kematangan dari segi tatabahasa dan struktur ayat..haha.. antaranya, sebelum usia 30 tahun, sudah ada rumah sendiri (walaupun kebendaan, tapi itu adalah aset kan..)..sekarang masih berumah sewa dan tengah belajar bagaimana mahu bijak mengurus kewangan sebab seperti masih kurang bijaksana perihal pengurusan RM( bukan Rosmah Mansor )..tengah YES pulak kan, lagi la ..hehe..
Impian yang sejak dulu tertunda adalah sambung belajar..heh..semangat tgk
Imm sambung PhD..
Lagi impian, mahu belajar buat roti..haha..ok2, serius mahu belajar buat roti tanpa guna breakmaker..breadmaker adalah mahal, lagipun kata nak berjimat kan..hehe..
Impian seterusnya , macam korang yang single kat luar sana, korang sure dah penat nak kasi default response setiap kali member2 tanya “wei, nasi minyak ko bila lagi?” .." asyik pegi majlis org je, majlis ko bile?”..so semoga ada sesi pengulungan kepada sesi soal-jawab/perbahasan ini ....
Impian lain, mahu tukar template baru untuk blog nih untuk edisi 2011 supaya tahun depan dapat anugerah blog cantik dan menarik lagi..hehe..
ok2, dah lebih limit dah kan..
~ Tag 5 orang untuk award ini.
http://loveville-cippzzyshmr.blogspot.com/
http://keypadlock83.blogspot.com/
http://teapot-teko.blogspot.com/
http://blogmamaqistina.blogspot.com/
http://sorotankami.blogspot.com/