Saturday, April 3, 2010

:: Ingin setabah mereka..

Pernahkah korang ternampak laluan kuning bergaris nih?



Gambar nih aku snap ketika menunggu ketibaan si kuning biru..kelihatan wujudnya kebosanan ketika itu, lalu on camera hp instead of bukak buku(aku blum join fan page Baca@komuter..hehehe).....actually, dulu aku tak tahu pun ape tujuan laluan kuning bergaris nih, lalu sesuka hati jer aku lalu situ seperti wujudnya peraturan suruh ikut laluan tuh lebih2 lagi kalu tapak kasut telah haus..hehe..sehinggalah aku tertengok dokumentari kat tv pasal isu laluan ni yang dikatakan masih kurang disediakan..actually laluan kuning bergaris ini dipanggil laluan pejalan kaki khas 'tactile' untuk kemudahan orang kurang upaya (OKU) terutamanya golongan cacat penglihatan..at least mereka boleh melalui laluan jalan kaki yang betul dan selamat..dan harus diakui golongan ini bukanlah sedikit yang menggunakan pengangkutan awam..perjalanan pegi balik aku dari tempat kije memberi peluang aku bertemu golongan2 ini yang bagi aku begitu gigih berdikari menaiki bas/komuter/lrt utk ke tempat yang mereka tuju..mereka2 ini sebenarnya mempunyai semangat waja yg tinggi sehingga kekadang aku tengok mereka2 ini cuba untuk tidak mendapatkan simpati orang lain..tapi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, orang disekeliling mereka sedia menghulurkan bantuan seperti memberi peluang mereka naik bas/komuter terlebih dahulu, bangun untuk beri seat kepada mereka dan membantu mereka turun/keluar dari bas/komuter dengan selamat..


Berikut adalah petikan dari blog AccessGuide mengenai panduan laluan ini..Blog AccessGuide ini cukup berinformasi mengenai kemudahan yang harus dinikmati oleh OKU..tagline 'Malaysia should have better disabled access' cukup membawa pengertian yang besar kepada golongan ini..

...................................................................................................
What Good for Disabled Will Be Good for Others

(Apa yang Baik untuk OKU juga Baik untuk Semua)

Sunday, October 4, 2009

Guiding Block

Guilding block atau tactile surface merupakan blok-blok yang dibina pada permukaan lantai mengikut susunan tertentu yang memberi panduan kepada OKU penglihatan untuk berjalan dari satu tempat ke satu tempat tertentu dengan selamatnya.

Ia patut dibina di tempat-tempat tertentu iaitu:-
  • di hadapan kawasan lalu lintas
  • di hadapan laluan masuk atau keluar
  • apabila terdapat tangga atau tangga bergerak
  • laluan menuju ke sesebuah bangunan
  • laluan dari sesebuah bangunan ke perhentian pengangkutan awam
Terdapat dua jenis guilding block iaitu blok berbentuk dot dan blok berbentuk garisan. OKU penglihatan dapat merasai dan membezakan jenis blok dengan menggunakan tongkat putih mereka dan juga dengan tapak kasut mereka.

Blok berbentuk dot memberi amaran kepada OKU penglihatan akan kemungkinan wujudnya bahaya di hadapannya seperti terdapat kawasan lalu lintas, laluan masuk/keluar, tangga atau sebarang halangan di hadapan seseorang itu. Blok berbentuk dot juga digunakan untuk menandakan terdapat pertukaran arah pada laluan yang diikuti. Apabila OKU tersebut berada atas blok tersebut, dia akan berhenti langkahnya dan meneroka sekelilingnya sebelum terus berjalan. Hal ini adalah untuk mengelak diri seseorang itu daripada menimpa kecelakaan.

Manakala blok berbentuk garisan pula memberi panduan kepada OKU penglihatan untuk berjalan dari satu tempat tertentu ke satu tempat yang lain dengan mengikuti susunan blok tersebut.


....................................................................



..aku berharap kemudahan laluan seperti ini dan kemudahan2 lain dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi kepentingan dan keselesaan golongan ini..

Note:

Setiap hari apabila aku bertembung dengan penumpang2 bas/komuter daripada golongan ini, aku jadi malu dengan diri sendiri..bayangkan di saat muka aku stress seperti pegi kije itu sesuatu yang membebankan, tapi wajah2 golongan ini langsung tidak menampakkan garis2 keresahan, tekanan sebaliknya di wajah mereka jelas terukir senyuman..seolah2 setiap hari yang mereka lalui adalah sesuatu yang indah menerusi pandangan 'hati' mereka...dan apabila melihat keadaan ini, aku mula terpikir betapa aku yang normal ini masih gagal untuk setabah mereka..


1 comment:

Rohani Hashim said...

hany tahu psl ni melalui 3R, hurmm tengok gadis2 3R, totop mata dan cuba menjalani kehidupan sperti mereka tak senasib baek kita macam susah sgt...isshhh...

betol, mereka sgt tabah kan nik...