Tuesday, March 29, 2011

:: Apabila Firefox 4.0 tidak mahu berkompromi..

..maka fungsi ‘disable right click’  dengan mudah digagalkan..

Ok2, actually, setakat letak warning ‘Tak dibenarkan klik bahagian kanan tetikus anda di blog ini’  pun, kalu orang tuh jenis ‘Ada aku kisah’, macam2 trick boleh buat, kalu tak boleh right click, kibod pun masih berfungsi utk grab info kan..hehe..tapi, masih tak puas hati bila Firefox 4.0  langgar polisi blog yang tak kasi right click..Jom tengok apa Firefox 4.0 dah lakukan..

 

2011-03-28_180024

Mula-mula, alert keluar seperti yang dikehendaki..ok, kredit to Firefox 4.0 sebab kasi background gray camtu..bagus2!

2011-03-28_180038

Lepas dah gembira tgk background, cuba lagi right click , kemudian keluar alert seperti di atas. ‘Prevent this page from creating additional dialogs’ begitulah bunyinya..

2011-03-28_180046

Kemudian, dengan sukarela, tick checkbox tersebut dengan anggapan 'mungkin ada keajaiban yang akan berlaku’

2011-03-28_180113

Yeah!! Keajaiban sudah muncul. Maka marilah exercise jari-jemari dengan melakukan aktiviti klik bahagian kanan mouse dengan rancaknya..Kerja untuk set gambar tauhu terbalik as desktop background pun akan menjadi mudah kan..Sesungguhnya Firefox 4.0 mahu semua orang dilayan dengan lebih friendly..

 

..dalam 48 people have this problem’,  terselit penulis blog ini di situ..

2011-03-29_165551

Note: Baru perasan yang disable right click selama ni tak berfungsi di browser Opera dan Chrome jugak..kalu masih berdegil nak disable right click, maka marilah godam backend blog sendiri ye..Anda boleh!

Friday, March 25, 2011

:: [Tutorial] Menukar fail PDF kepada format Word menggunakan Google Docs

Note: Fungsi upload di Google Docs ini tidak berfungsi apabila mengunakan browser Firefox 4.0 (25 Mac 2011).. Tutorial ini telah berjaya diuji menggunakan browser Chrome, Safari 5, Opera dan IE 9

 

Pening kepala bagaimana nak edit PDF fail? Jika anda ada Adobe® Acrobat® X Pro yang membolehkan anda create dan edit  fail PDF, sudah tentu anda tak perlu berdepan dengan masalah ini. Tapi ia memerlukan komitmen dari segi kos..Lazimnya, pelayar internet akan memburu perisian yang free tapi berfungsi dengan baik..tapi jarang yang kasi free seumur hidup sebab ketika kita seperti mahu tepuk tangan sebab berjaya jumpa perisian yang free, tetiba kecewa sebab tercatat ‘ Free trial for 15 days’.. Ok, untuk mengubat kekecewaan itu, apa kata mintak jasa baik Google Docs..tapi sebelum apa2, kena bagi tau awal-awal yang size maksima untuk file PDF adalah 2MB dan hanya 10 muka surat pertama yang boleh diproses . (ok, mungkin kecewa lagi)

 

page1

Google Docs boleh diakses dari http://docs.google.com menggunakan akaun Google yang sedia ada.

 

page2

Home untuk Google Docs. Untuk upload, klik button yang disediakan.

 

page3

Ada 2 pilihan untuk upload fail sama ada dengan klik ‘Select files to upload’ atau terus drag fail ke dalam ruangan ‘Drag and drop files here’ (Note: Fungsi drag and drop ini  tiada dalam IE 9, Opera, Safari)

 

page5

Untuk menukarkan fail PDF kepada format yang mudah untuk diedit seperti words, pastikan pilih option di atas.

 

page4

..dan juga pilih language yang digunakan dalam fail PDF tersebut

 page6

 

2011-03-25_164211

Sebelum menekan butang ‘Start upload’, user boleh pilih lokasi untuk simpan fail yang telah diupload dan juga memilih sama ada fail tersebut boleh diakses oleh orang lain atau hanya terhad untuk paparan diri sendiri sahaja..

page7

Process upload bermula.

page8

Setelah selesai proses upload, dengan klik pada nama fail pdf tadi, user akan dipaparkan dengan dokumen yang telah diconvert .. Setiap page dalam dokumen itu akan dipaparkan dalam 2 bahagian iaitu image (paparan seperti dalam fail pdf ) dan disertai susunan ayat yang boleh diedit. Susun atur (alignment) mungkin berbeza dari yang asal. Sesetengah image yang terdapat dalam fail PDF asal juga mungkin tidak dapat diconvert dengan betul..sebagai alternatif, user boleh save image di fail PDF asal, kemudian attach dalam dokumen baru ini.

 

page9

Tool bar yang disediakan untuk memudahkan proses mengedit..

2011-03-25_165150

User boleh edit dan save kepada format yang disediakan

 

 

 

Rujukan : Blognotes , Google Doc Support

Monday, March 21, 2011

:: Apabila tauhu melakukan aksi akrobatik..

..maka tunggang-langgang dan terbaliklah tauhu itu ..hehe..

SDC14505

Tauhu Puff ( merujuk nama yang tertera pada plastik pembungkus)..tauhu ni biasa orang letak dalam mee kari..memandangkan mee kari belum masuk dalam cooking list version 1.0 , maka sebagai permulaan, just buat benda yang lebih simple ..hanya memerlukan teknik terbalikkan tauhu..bunyi macam simple, tapi mari kita lihat hasilnya dengan note : Ini adalah Kuih Tauhu Terbalik Version 1.0..maka sebarang kecacatan harus diterima dengan redha..hehe

 

SDC14515-4

..dan inilah hasilnya..hah, tetiba terus letak hasil kan..

  ok2, resepi adalah seperti di bawah, boleh diubahsuai ikut kreativiti dan selera masing2..


Bahan-bahan adalah:

1) Tauhu puff (ada juga orang panggil tauhu goreng)..aku beli secara timbang kat Pasar Sg.Besi.. 1 gram = Rm1.00 ,kalu tak silap aunty tu cakap..tapi ada yang dah siap jual dalam 10 biji/paket kan..

2) Resepi asal suruh letak isi udang, tapi lepas tengok harga udang RM16/sekilo kat pasar..lupakan dulu..haha..ganti dengan daging burger ayam yang dicincang dan digoreng terlebih dahulu..

3) Telur sebijik

4) Lada sulah

5) Sedikit garam..sebab dah guna daging burger, so budget dah tak perlu letak garam..tapi kena letak jugak sikit...tauhu kan tasteless..

6) Daun sup dan daun bawang

7) Lada (dipotong halus2) ..sebenarnya sekadar nak kasi nampak variasi warna je..hehe..

8) Minyak masak untuk menggoreng..


Mekanismenya adalah :

1) Potong bentuk pangkah (X) kat bahagian atas tauhu..pastu keluarkan isi ,then terbalikkan tauhu tersebut..dan rupa paras tauhu yang terkini akan seiras kelopak bunga yang tak mekar..

2) Untuk buat inti, campurkan isi udang/isi daging burger/daging cincang dengan telur, lada sulah, daun bawang/daun sup, lada,sedikit garam dan isi tauhu yang telah dikeluarkan tadi..gaul rata..

3) Inti yang siap digaul dimasukkan ke dalam tauhu yang diterbalikkan itu.

4) Tauhu yang dah siap berinti digoreng dengan api yang perlahan sehingga garing keemasan..(kadang2 terkuatkan api gak sebab penat tunggu nak garing..hehe..)

5) Dah siap, best makan panas-panas dengan sos cili..apatah lagi kalu cicah dengan sos cili jenama Life, dah macam makan ayam KFC..hehe..


 

SDC14518

 

Jika tangan yang selalu pegang senduk atau biasa join tarian kebudayaan macam si Usop Wilca (maksudnya berseni lah tu) tiada masalah untuk membuat potongan yang lawa, tapi sebab tangan ini selalu pegang mouse dan keyboard, maka lihatlah betapa kembangnya kelopak tauhu di bawah..hehe..

 

SDC14530

 

Inti yang lebih tidak perlu dibazirkan..maka terciptalah burger seperti di bawah dengan inti yang dimasak terlebih dahulu.. roti burger adalah daripada jenama Gardenia yang ada 5 biji/paket dengan harga RM1.90..

SDC14543Note: Ini menu dinner malam tadi selepas makan bihun tomyam ( nafsu makan yang sukar diramal dan ditafsir oleh diri sendiri )..hehe..  

 


Soalan trivia:

Aura memasak boleh muncul dengan faktor pengaruh laman sosial, betul atau tidak?

Jawapan :

Sila lihat bukti di bawah..thanks Kak Jemah aka pemilik blog viruspadu.com

 

screenshot new

Friday, March 18, 2011

:: Program Soal Jawab TV3 yang ringkas tapi padat

Ketika mengadap tv,remote kena ada di sisi supaya senang melakukan aktiviti kegemaran sejak dulu iaitu flip channel..So, semalam, seperti biasa sorang diri mengadap tv , maka dengan mudah dan berkesan aktiviti flip channel dijalankan...sekejap Samarinda, sekejap Just in Heaven (TV2), akhirnya tersangkut sampai pukul 12 kat program Soal Jawab di TV3 yang biasa bersiaran pada setiap hari Rabu , jam 11.00 mlm dan dikendalikan oleh Ahmad Fedtri Yahya ..

 

Pernahlah ikuti sekali dua program ni, itu pun sebab pada episod itu, tetiba Maya Karin muncul untuk bercerita pasal kerjaya dia..Terserlah ke’innershine’an wajahnya..kemudian ada pulak episod mengenai filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan KRU dan Ummi Nazeera..hah, semua episod yang sempat tengok itu adalah apabila artis yang jadi panel jemputan..hehe..tapi kalau ahli politik yang jadi panel dan bincang pasal hal politik, memang aku rela tengok drama ulang tayang kat TV9..so, malam Rabu lepas, memang dah niat sebenarnya nak tengok..sebab TV3 dah tweet yang malam tuh ada slot perbincangan pasal Skim Rumah Pertama..tapi entah macam mana stuck sekejap kat TV2 , pukul 11.15 baru bukak program tuh.

 

Betul-betulkan tempat duduk, lalu kasi fokus sepenuhnya pada tv, remote letak jauh sedikit, agak2 boleh capai bila time iklan je...tetiba terbit tanda soal di atas kepala “aiks, apsal ada sebut pasal nuklear pulak ni?”.. Ok, segmen setengah jam pertama menyentuh pasal kejadian letupan di stesen loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi, Jepun.. Alang2 remote dah jauh dah tertengok, elok kiranya teruskan niat murni untuk menonton bual bicara berilmiah ini.. mendengar bual bicara tuh, terasa macam berada di kelas Fizik Form 5 dulu..terbayang atom - nuklear bagai..yang pasti, sebelum sesi tersebut tamat, panel jemputan buat kesimpulan yang kejadian letupan nuklear di Jepun tuh ada kebaikan dari segi kemajuan industri tersebut..maksudnya, lepas nih loji nuklear yang bakal dibina seharusnya mempunyai tahap ketahanan yang lebih tinggi..kalu tak salah dengar, panel ada bagitau yang loji di Jepun tuh mempunyai tahap ketahanan untuk gempar bumi richter 8.0 something sahaja..kalu salah maklumat, mintak maaf ye..

 

Ok, jam 11.30 mlm, bermulalah sesi bual bicara psal Skim Rumah Pertama pulak. Panel jemputan adalah Datuk Idris Haron, selaku Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan seorang lagi panel dari pihak perbankan Islam..tapi lupa nama..hehe..

Antara point-point yang masih boleh refresh untuk dikongsi bersama adalah :

 

1) Elak berurusan dengan orang tengah jika ingin beli rumah especially rumah pertama..terus berurusan dengan pihak bank/SPNB.

2) Semak dahulu status pihak pemaju sama ada telah disenaraihitam atau tidak.. Boleh rujuk senarai pemaju yang disenaraihitam di laman web KPKT.

3) Bagi pemohon Skim Rumah Pertamaku ini, pihak bank akan meneliti status kewangan pemohon dengan mengambilkira baki akaun beberapa bulan sebelum itu  , at least ada simpanan RM500 something/month..penapisan seperti ini adalah untuk memastikan pemohon mampu untuk membayar bulanan dan tidak membebankan pemohon kelak.

4) Dengan adanya Skim Rumah Pertamaku, pemohon tidak perlu lagi mengeluarkan akaun ke-2 dalam KWSP untuk pembelian rumah itu. Tapi masih boleh dikeluarkan untuk bayaran bulan-bulan..tapi seeloknya, tak perlu usik duit simpanan KWSP itu..

5) Skim Rumah Pertamaku diperuntukkan untuk nilai hartanah bernilai RM100,000 hingga RM220,000. Bagi yang ingin membeli rumah pada harga yang lebih tinggi, mereka tidak layak untuk skim ini.

6) Boleh kunjungi laman web SPNB untuk meneliti senarai rumah yang available dan mengikut kemampuan masing-masing

7) Maklumat lanjut mengenai skim ini boleh didapati di laman web SRP.

 

 

Macam mana, ada yang berminat nak join skim ini?..Mari-mari warga muda, kita kumpul aset di usia yang muda..(tapi aku tak layak lagi sebab masih gagal mengurus kewangan dengan bijak..sedang berusaha lagi..tengah kumpul duit untuk byr road-tax ngn insurans musim nak raya nanti..)

 

Ok, setakat ini dulu lah entri petang Jumaat..owh ye, pagi tadi replay lagu Rebecca Black lagi, sebagai pembakar semangat di hari Jumaat katanya..hehe..Selamat berhujung minggu ya semua..

Thursday, March 17, 2011

:: Jangkitan Adenovirus

 

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.

Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan. Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lepas.

Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.

Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh. -BERNAMA

 

Tahukah anda apa itu jangkitan adenovirus?

Ok,selepas baca berita di atas tengahari tadi, maka dengan pantas menggoogle perihal virus tersebut. Cukup risau dengan situasi kesihatan sejak dua menjak ini memandangkan seminggu lebih demam yang disertai pakej batuk dan selsema..tapi alhamdulillah, setelah dua kali berjumpa doktor dan setelah disiplinkan diri dengan segala antibiotik, ubat batuk, ubat demam dan ubat selsema, sudah beransur pulih sejak Selasa lepas..adik di Matrik Melaka yang demam dengan sakit tekak sejak Isnin lepas, alhamdulillah sudah sihat hari ini .. di opis, beberapa staff masih tidak sihat sepenuhnya..ada mengadu sakit kepala, sakit tekak...hopefully, tiada apa yang mencurigakan.. insyaAllah.. mungkin faktor cuaca yang tidak menentu tapi bukanlah akibat kesan radiasi . Cuma, segeralah berjumpa doktor apabila sakit (Pesanan untuk diri sendiri juga)

 

Ok, berbalik kepada jangkitan adenovirus. Menurut sumber Britannica Online Encyclopedia, adenovirus adalah salah satu virus dalam kumpulan Adenoviridae, yang dikenalpasti sejak tahun 1950-an. Virus ini dikatakan boleh menyebabkan sakit tekak dan demam di kalangan manusia, hepatitis pada anjing dan beberapa jangkitan kepada haiwan jenis burung, lembu, babi dan monyet.

adenovirus fig1  Adenovirus Electron Microscopy (Credit Microbelibrary.com)

Berdasarkan sumber Berita Harian :

 

Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.


Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD).


Pengamal perubatan, Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.


“Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria,” kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan.


Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru.

 

Kes jangkitan Adenovirus di Pulapol sejak 10 hari lalu dikatakan kes pertama bagi kumpulan yang ramai di Malaysia dan Kementerian Kesihatan masih tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan virus tersebut. Jangkitan virus ini juga dikatakan tidak berjangkit melalui udara .

Antara simptom-simptom awal  jangkitan virus ini adalah :

Demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru.

Untuk maklumat lanjut mengenai virus adenovirus ini, boleh rujuk pada Adenovirus.com.

Sedar tak, semakin banyak penyakit yang tidak diketahui puncanya mula muncul . Dan sedarlah bahawasanya penyakit-penyakit ini adalah salah satu bentuk ujian/musibah yang diturunkan-Nya untuk menginsafkan hamba-Nya di atas segala kesilapan dan kelalaian.

“Dan Kami berikan ujian kepada mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Al-A’raf : 168

Sumber rujukan:

 

Wednesday, March 16, 2011

:: Siapakah Rebecca Black?

Tanpa sebab yang gagal dikenalpasti, saat ini kepala tengah stuck dengan lagu Rebecca Black, Friday..terpengaruh gara-gara Rebecca Black dapat top trending kat Twitter..sampaikan Tiz Zakyah pun bertanyakan siapa si Rebecca Black memandangkan ramai orang asyik tweet pasal nama tersebut..

2011-03-16_163443

senikata dan lagu  seumpama ini walaupun dikutuk dan susah untuk diterima oleh mereka-mereka yang berhempas-pulas belajar vokal, belajar seni muzik kan , malah orang kebiasaan pun macam nak tarik rambut dengar senikata dan lagu camni..tapi agak catchy untuk diperdengarkan di saat menghitung hari weekend..haha.. yes Rebecca Black is right, Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend ....mungkin bos boleh pasang lagu ni pada setiap pagi Jumaat agar staff-staff lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan sebelum bersuka-ria pada hari weekend ..tapi jika ramai yang terpaksa amik mc sebab migraine, harus dilupakan pendekatan itu..lagu ni boleh juga dipertimbangkan untuk dinyanyikan beramai – ramai di tadika ketika belajar ‘Days of the week’..hehe..apa2pun, seni itu subjektif..so, baik atau teruknya sesuatu karya itu bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri..macam tengok pameran lukisan..kalu tak paham maksud tersirat, maka akan berkatalah “Aku pun boleh lukis setakat macam ni”..kan..tapi senikata di bawah memang tak ada maksud tersirat, hanya bercerita pasal excitednya si Rebecca Black ini pada pagi Jumaat itu, dari kisah pukul berapa dia bangun ke kisah semangkuk cereal , terus kepada kisah confuse nak pilih seat dalam kereta..sungguh jujur ikhlas baris-baris ayat di situ..haha..

 

 

 

(Yeah, Ah-Ah-Ah-Ah-Ah-Ark)
Oo-ooh-ooh, hoo yeah, yeah
Yeah, yeah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah, yeah, yeah

[Rebecca Black - Verse 1]

7am, waking up in the morning
Gotta be fresh, gotta go downstairs
Gotta have my bowl, gotta have cereal
Seein’ everything, the time is goin’
Tickin’ on and on, everybody’s rushin’
Gotta get down to the bus stop
Gotta catch my bus, I see my friends (My friends)

Kickin’ in the front seat
Sittin’ in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend

[Rebecca Black - Verse 2]

7:45, we’re drivin’ on the highway
Cruisin’ so fast, I want time to fly
Fun, fun, think about fun
You know what it is
I got this, you got this
My friend is by my right
I got this, you got this
Now you know it

Kickin’ in the front seat
Sittin’ in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?

[Chorus]

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday


Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend

[Bridge]

Yesterday was Thursday, Thursday
Today i-is Friday, Friday (Partyin’)
We-we-we so excited
We so excited
We gonna have a ball today

Tomorrow is Saturday
And Sunday comes after...wards
I don’t want this weekend to end

[Rap Verse]

R-B, Rebecca Black
So chillin’ in the front seat (In the front seat)
In the back seat (In the back seat)
I’m drivin’, cruisin’ (Yeah, yeah)
Fast lanes, switchin’ lanes
Wit’ a car up on my side (Woo!)
(C’mon) Passin’ by is a school bus in front of me
Makes tick tock, tick tock, wanna scream
Check my time, it’s Friday, it’s a weekend
We gonna have fun, c’mon, c’mon, y’all

[Chorus]

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend


Sumber : CNN , Lirik Friday

Wednesday, March 9, 2011

:: [Tutorial] Microsoft Outlook 2007 tak boleh buka?

Pernah atau sedang berhadapan dengan masalah di atas? Apa tindakan anda? Ok,segera mengadu nasib kepada technical guy di opis adalah pilihan yang semulajadi. Tapi hakikatnya, anda boleh handle sendiri masalah ini..bagaimana? Jom..

Masalah 

Masa nak buka Outlook 2007, tetiba dapat error macam ni :

office_error_

Punca

Fail yang kendalikan Navigation Pane setting telah corrupted. Fail ni namanya [profilename].xml, yang mana profilename adalah nama Outlook profile anda. Contoh, untuk pc ini, ia guna Outlook.xml. Macam mana nak tahu corrupted ke tidak, tengok Size, kalu 0 KB, maknanya corrupt la tuh..

2011-03-09_185732

Lokasi file ini adalah seperti berikut:

  • Windows XP
    C:\Documents and Settings\username\Application Data\Microsoft\Outlook
  • Windows Vista, Windows 7
    C:\Users\username\AppData\Roaming\Microsoft\Outlook

Kalau anda tidak menjumpai lokasi file tersebut dengan bukak folder by folder,cuba search di  Start menu seperti berikut:

2011-03-09_190424

 

Penyelesaian:

  1. Start menu > Run.
  2. Taip outlook.exe /resetnavpane
  3. Klik Ok

    Note: Ada space antara "outlook.exe" and "/resetnavpane"

atau boleh juga search guna Start menu macam kat bawah, kemudian klik kat result yang keluar tuh.


2011-03-09_115241 2011-03-09_115308

Jika ok, automatik outlook akan dibuka..dan silalah check email yang bertimbun setiap hari itu..hehe..sekian..

Sumber rujukan: http://www.msoutlook.info/question/268 ; http://support.microsoft.com/kb/2022778

Note: Tetiba rajin buat tutorial kan..haha..sebab last week berdepan dengan banyak masalah teknikal dengan pc sendiri kat opis..satu hari berperang dengan virus..ok, ketemu lagi dalam sesi tutorial akan datang..sekian

:: Skim Rumah Pertamaku - My First Home Scheme

 

phpThumb_generated_thumbnailjpg 

Perkara mengenai pembelian rumah pertama tanpa deposit mula diperkatakan ketika Bajet 2011 dibentangkan hujung tahun lepas.

Dan pada 8 Mac 2011, dengan rasminya berlangsunglah perlancaran Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam usaha membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Dengan kata lain, skim ini membolehkan golongan muda mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat dalam urusan pembelian rumah yang  bernilai maksimum RM220,000 atau minimum RM100,000 untuk pertama kali. Skim ini sah untuk harta kediaman (dihuni oleh pemilik /pembeli), bukan harta komersial.

Skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja (berumur 35 tahun ke bawah) yang telah disahkan dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan. [FAQ]

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari SRP

Friday, March 4, 2011

:: Kebersihan Rohaniah

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tapi ia buruk bagi kamu.Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al-Baqarah,ayat 216

Panduan untuk hati yang bersih:

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa . Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri sendiri mengenai perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan
14. Berkawan dengan orang baik-baik
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16.  Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.
Credit to: http://sisdee.blogspot.com/2011/03/penjagaan-hati.html