Wednesday, March 9, 2011

:: Skim Rumah Pertamaku - My First Home Scheme

 

phpThumb_generated_thumbnailjpg 

Perkara mengenai pembelian rumah pertama tanpa deposit mula diperkatakan ketika Bajet 2011 dibentangkan hujung tahun lepas.

Dan pada 8 Mac 2011, dengan rasminya berlangsunglah perlancaran Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam usaha membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Dengan kata lain, skim ini membolehkan golongan muda mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat dalam urusan pembelian rumah yang  bernilai maksimum RM220,000 atau minimum RM100,000 untuk pertama kali. Skim ini sah untuk harta kediaman (dihuni oleh pemilik /pembeli), bukan harta komersial.

Skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja (berumur 35 tahun ke bawah) yang telah disahkan dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan. [FAQ]

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari SRP

No comments: