Thursday, March 17, 2011

:: Jangkitan Adenovirus

 

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.

Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan. Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lepas.

Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.

Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh. -BERNAMA

 

Tahukah anda apa itu jangkitan adenovirus?

Ok,selepas baca berita di atas tengahari tadi, maka dengan pantas menggoogle perihal virus tersebut. Cukup risau dengan situasi kesihatan sejak dua menjak ini memandangkan seminggu lebih demam yang disertai pakej batuk dan selsema..tapi alhamdulillah, setelah dua kali berjumpa doktor dan setelah disiplinkan diri dengan segala antibiotik, ubat batuk, ubat demam dan ubat selsema, sudah beransur pulih sejak Selasa lepas..adik di Matrik Melaka yang demam dengan sakit tekak sejak Isnin lepas, alhamdulillah sudah sihat hari ini .. di opis, beberapa staff masih tidak sihat sepenuhnya..ada mengadu sakit kepala, sakit tekak...hopefully, tiada apa yang mencurigakan.. insyaAllah.. mungkin faktor cuaca yang tidak menentu tapi bukanlah akibat kesan radiasi . Cuma, segeralah berjumpa doktor apabila sakit (Pesanan untuk diri sendiri juga)

 

Ok, berbalik kepada jangkitan adenovirus. Menurut sumber Britannica Online Encyclopedia, adenovirus adalah salah satu virus dalam kumpulan Adenoviridae, yang dikenalpasti sejak tahun 1950-an. Virus ini dikatakan boleh menyebabkan sakit tekak dan demam di kalangan manusia, hepatitis pada anjing dan beberapa jangkitan kepada haiwan jenis burung, lembu, babi dan monyet.

adenovirus fig1  Adenovirus Electron Microscopy (Credit Microbelibrary.com)

Berdasarkan sumber Berita Harian :

 

Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.


Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD).


Pengamal perubatan, Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.


“Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria,” kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan.


Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru.

 

Kes jangkitan Adenovirus di Pulapol sejak 10 hari lalu dikatakan kes pertama bagi kumpulan yang ramai di Malaysia dan Kementerian Kesihatan masih tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan virus tersebut. Jangkitan virus ini juga dikatakan tidak berjangkit melalui udara .

Antara simptom-simptom awal  jangkitan virus ini adalah :

Demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru.

Untuk maklumat lanjut mengenai virus adenovirus ini, boleh rujuk pada Adenovirus.com.

Sedar tak, semakin banyak penyakit yang tidak diketahui puncanya mula muncul . Dan sedarlah bahawasanya penyakit-penyakit ini adalah salah satu bentuk ujian/musibah yang diturunkan-Nya untuk menginsafkan hamba-Nya di atas segala kesilapan dan kelalaian.

“Dan Kami berikan ujian kepada mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Al-A’raf : 168

Sumber rujukan:

 

No comments: